Masalah minyak menjadi hitam dengan cepat apabila mengoreng ikan dengan bahan kisar. Biasanya masalah ini berlaku apabila memasak lauk ikan cencaru sumbat.
Apabila menggunakan minyak banyak kali pastinya hasil gorengkan ikan tak kelihatan cantik.
Namun sebagaimana perkongsian puan Ariza Kak Chik yang menggunakan air bancuhan tepung jagung untuk mengurang minyak menjadi terlalu hitam. Katanya petua ini di didapati daripada TikTok yang menggunakan nama Richard Is Cooking.
Tukang masak ini Richard bersama pengacara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman
Ikuti petua yang telah dicuba oleh wanita ini. Memang menjadi!
Guna bancuhan jagung kurangkan warna hitam minyak masak
Pernah jadi masalah mcm ni tak bila goreng ikan cencaru sumbat? Kadang2 untuk goreng ikan seterusnya kita terpaksa tukar minyak baru. Petua untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar baru ialah dgn guna 3-4 sudu besar tepung jagung yg ditambah dgn air. Kemudian tuang air tepung jagung dalam minyak yg hitam tadi.Nanti minyak akan jernih semula dan dpt grg ikan yg seterusnya.
Ardell Aryana ke Gaza menjadi antara momen yang paling menyentuh hati ramai apabila pelakon dan aktivis kemanusiaan itu sekali lagi berangkat demi membawa misi bantuan untuk rakyat Palestin.
Di sebalik senyuman dan kata-kata semangat yang diberikan, tersimpan perasaan sayu seorang suami dan anak-anak yang terpaksa berjauhan dengan insan tersayang. Itulah yang dapat dilihat menerusi perkongsian pelakon Nadzmi Adwa sebelum isterinya, Ardell Aryana, berlepas untuk menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.
Momen perpisahan di lapangan terbang nyata meruntun jiwa ramai. Ardell bukan sahaja diiringi suami tercinta, malah anak-anak serta ahli keluarga lain turut hadir memberikan sokongan dan doa. Tangisan anak-anak yang mengiringi pemergian ibu mereka membuatkan ramai warganet tidak dapat menahan sebak.
Ardell dilaporkan berlepas semalam bersama rakan aktivisnya, Haroq bagi menjayakan misi Global Sumud Flotilla 2.0, iaitu satu usaha kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang terus berdepan krisis berpanjangan.
Pemergian ini bukan sekadar satu perjalanan biasa. Sebaliknya, ia membawa simbolik besar tentang keberanian seorang wanita yang sanggup meninggalkan keselesaan keluarga demi membantu saudara seagama yang sedang berdepan penderitaan. Dalam situasi seperti ini, setiap langkah yang diambil hadir dengan risiko, pengorbanan dan doa yang tidak putus-putus.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, Nadzmi meluahkan rasa reda walaupun berat untuk melepaskan isterinya pergi. Sebagai suami, dia tetap memberikan sokongan penuh terhadap perjuangan Ardell yang sudah lama terlibat dalam aktiviti kemanusiaan.
Dalam perkongsian tersebut, Nadzmi menitipkan doa yang cukup menyentuh hati buat isterinya.
“Saya dan anak-anak dan keluarga kita semua tunggu awak balik ya. Semoga kali ini awak dapat jejakkan kaki di bumi Gaza kali ini. Luruskan niat awak.
Kami sentiasa mendoakan awak. Semoga Allah reda dengan usaha awak membantu ummah dan semoga Allah permudahkan awak dan semua yang terlibat. Goodluck isteri, teman gaduh, bestfriend and soul mate @ardellaryana,” tulisnya.
Luahan itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tersentuh dengan kekuatan pasangan ini. Ramai memuji Ardell atas keberaniannya, selain menyifatkan Nadzmi sebagai suami yang sangat memahami dan sentiasa berada di belakang isterinya dalam setiap perjuangan.
Sokongan daripada keluarga dilihat menjadi antara kekuatan terbesar buat Ardell untuk terus istiqamah dalam kerja-kerja kebajikan. Bukan mudah untuk seorang ibu meninggalkan anak-anak demi misi besar seperti ini, namun kasih sayangnya terhadap saudara seagama yang memerlukan bantuan membuatkan dia terus cekal melangkah.
Tangisan anak-anak di lapangan terbang menjadi gambaran paling jujur tentang betapa beratnya perpisahan itu. Dalam usia yang masih kecil, mereka mungkin belum memahami sepenuhnya makna perjuangan kemanusiaan, namun jelas terpancar rasa rindu dan kasih terhadap ibu mereka. Momen ini membuatkan ramai melihat pengorbanan Ardell dari sudut yang lebih mendalam, bukan hanya sebagai aktivis, tetapi juga sebagai seorang ibu.
Selain Ardell, beberapa figura terkenal lain turut menyertai misi Global Sumud Flotilla 2.0 termasuk penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi. Kehadiran mereka secara tidak langsung membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penderitaan yang sedang dialami rakyat Gaza.
Difahamkan, setakat ini empat kumpulan delegasi dari Malaysia telah berlepas bagi menjayakan misi berkenaan. Misi tersebut dijadualkan bermula pada 12 April dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol, dengan harapan bantuan kemanusiaan dapat disampaikan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Perhatian yang diberikan terhadap misi ini menunjukkan masih ramai yang prihatin terhadap nasib rakyat Palestin. Dalam keadaan dunia yang semakin pantas bergerak, usaha seperti ini menjadi peringatan bahawa masih ada insan yang sanggup turun padang, membawa suara kemanusiaan dan menzahirkan solidariti melalui tindakan sebenar.
Apa yang pasti, Ardell Aryana ke Gaza bukan sekadar kisah pemergian seorang selebriti, tetapi lambang pengorbanan besar seorang wanita, isteri dan ibu demi kemanusiaan. Keberaniannya meninggalkan keluarga buat sementara waktu demi menyantuni penderitaan orang lain wajar dihormati dan dihargai.
Semoga segala urusan Ardell serta seluruh delegasi dipermudahkan dan mereka diberikan keselamatan sepanjang misi berlangsung. Semoga juga kekuatan yang ditunjukkan oleh suami, anak-anak dan seluruh keluarga menjadi inspirasi kepada masyarakat tentang erti sokongan, kasih sayang dan perjuangan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
Viral satu video di TikTok mengenai seorang anak menghantar ayah menunaikan umrah di Mekah. Namun apa yang menarik perhatian adalah ayahnya mengambil keputusan untuk terus menetap menghabiskan sisa hidup di sana.
Menurut si anak yang dikenali sebagai Leesa, ayahnya berbuat demikian selepas ibunya meninggal dunia. Ayahnya juga enggan berkahwin lain dan ingin beribadat dengan tenang.
Menurut Leesa lagi, dia dan adik beradiknya bersetuju dengan hasrat si ayah asalkan itu yang boleh membahagiakannya.
Dalam masa yang sama, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih di atas segala pengorbanan ayah membesarkan mereka selama ini.
Sebak dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet menitipkan doa semoga dipermudahkan urusan dan si ayah ini sentiasa dilindungi.
Seorang bekas pekerja Starbucks berkongsikan resepi bancuhan air nescafe paling sedap dan pekat persis kafe mahal hasil pengalamannya bekerja sebagai ‘barista‘ di Starbucks selama ini.
Tak dinafikan ramai antara kita yang suka minum nescafe. Namun meskipun ramai yang suka, tidak ramai yang pandai menyediakannya sendiri di rumah. Selalunya rasanya macam tak sampai di tekak seperti yang biasa diminum di luar.
Perkongsian dari bekas barista ini nampaknya membuatkan ramai boleh menarik nafas lega. Al maklumlah, selepas ini, tidak lagi selalu pesan coffe di kafe mahal lagi sebab dah boleh buat sendiri. Wang pun boleh dijimatkan.
Tapi nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum.
Untuk seorang minum. Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya.
Mintak maaf ya, aku paling tak suka 3 in 1 tu…kite menci 3 in 1.
Kepada penagih sekalian alam….Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah…
Jangan gelas besar, 280 – 325ml pun dah ok.
Asal hilang ketagih sebab tu perut kau buncit tak kempis-kempis…
Salam 1 jemaah nescafe…saya tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu.
Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ket agih dah..boleh la sikit-sikit, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku. Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!
INI RAHSIANYA!
1.Sesudu kecil nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok
2. Susu cair dalam 2-4 sudu kecil
3. Susu manis 1 setengah sudu hingga 2 sudu kecil
4. Campurkan dan kacau sekali
5. Warna bila dicampur dan dikacau, waktu ni bau macam dekat Starbucks kononnya. Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku tak suka minum manis-manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.
6. Lepas dah kacau kuchalana tadi, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih!
7. Dah siap! Memang sedap, jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya, warna Sungai Pahang ini lah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara. Ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya, macam tu lah nescafe.
*Buat anda yang merupakan penggemar Nescafe tu memang wajib cuba! Barulah terbuka luas mata sebelum pergi kerja tu.
Dah terbiasa dengan etika budaya kerja Starbucks dahulu kala, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4.
Terbaiklah perkongsian dari lelaki ini, nanti di rumah anda boleh cuba buat sendiri ya, takkan asyik nak beli di luar, hihi.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.