Ramai yang mengeluh kerana mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Tidak hairanlah jika ada kajian yang mengatakan Malaysia antara negara yang mempunyai rakyat yang paling obes.Walaupun cuba pelbagai cara, namun sukar untuk mendapatkan kembali berat asal. Terutama sekali bagi wanita yang sudah melahirkan anak.
Tips untuk kempiskan perut untuk yang perut buncit atau yang nak kurus sebelum raya ni. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan mahupun normal juga sangat bagus untuk membantu kempiskan perut. Jom cuba petua yang dikongsikan oleh Nana Farhanna.
Cara-caranya boleh dilihat menerusi gambar yang disertakan.
Khasiat minyak bawang putih ini banyak dalam membantu meredakan masalah sakit perut, kembung, batuk, selesema atau gatal-gatal digigit oleh serangga.
Senang cakap seisi keluarga memerlukan minyak sapu daripada bawang putih ini.
Jadi tahukah anda, kita boleh hasilkannya sendiri dan untuk pastikan warna minyak bawang putih kuning keemasan, begini tip yang dikongsikan oleh Wan LuQman.
Minyak bawang putih. Kalau boleh, setiap rumah buatlah 1 botol. Multipurpose jugaklah minyak ni…
Jom kanda ajar pada yang belum tahu ya.
Ada jugak mengeluh susah nak buat, ade yang terhangit.
Ok, tips dia kalau boleh dinda² semua jangan blend / cincang terlalu halus dan jangan tunggu minyak dalam kuali tu betul² panas tau nanti cepat hangit.
Minyak pastikan banyak, lepas tu masa minyak tengah suam² nak ke panas, awak masukkan bawang putih tu. Biar aroma dia lama dan melekat dalam minyak.
3-5min sebelum dari keadaan ni, kander
dah masukkan bawang putih tu. Dalam
3-5mins, minyak dah mula betul panas,
dia akan start menggoreng. Nampak
buih-buih keliling tu tandanya proses menggoreng pun bermula.
Selalu check ye…selalu kacau untuk bagi
rata. Pastikan api maintain sederhana.
Bila warna dah kekuningan macam ni,
tutup terus api dan biarkan ia berlalu.
Api pun slow...bile dah nak start golden brown, awak terus tutup api tau. Biarkan dalam minyak tu sehingga dia sejuk.
Haaa tengok dia automatik jadi golden brown.
Sepanjang proses nak sejuk tu, minyak masih panas kan jadi naturally akan buatkan bawang putih tu jadi total complete golden brown.
Lepas itu awak masukkanlah dalam bekas yang kedap udara.
Selamat mencuba dinda semua
Sumber : Wan LuQman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sentiasa nak dekat dengan anak, demikian juga dengan situasi yang dilalui pelakon, Emma Maembong.
Akui ibu muda ini, dia lebih selesa menjaga sendiri anaknya Shariq Gabriel yang kini berusia setahun daripada ditinggalkan kepada pembantu rumah atau dihantar ke rumah pengasuh.
Itulah lumrah bagi setiap wanita bergelar ibu. Tatkala si kecil menjengah dunia, waktu itu hilang segala rasa sakit dan perit selama mengusung perut 9 bulan. Apa sahaja yang nak dibuat,pasti anak menjadi keutamaan.
Berkongsi cerita bersama Harian Metro baru-baru ini, Emma mengakui, tindakannya itu bukan kerana tidak percaya kepada orang lain, sebaliknya naluri seorang ibu yang menyayangi anak. Sementelah dia sendiri baru melalui fasa bergelar ibu.
“Sejak menjadi ibu, memang susah untuk saya tinggalkan anak. Walaupun dia okey saja, tetapi saya sendiri yang tidak bersedia dan tak biasa untuk tinggalkannya.
“Biasalah, saya pun baru saja menjadi ibu. Tetapi apabila difikir-fikirkan semula, saya juga yang susah nanti jika terlalu obses dengan anak sendiri dan dia pula asyik nak melekat dengan saya setiap masa,” ujarnya lagi.
Begitu pun dia tidak menafikan terpaksa berhadapan kesukaran hendak memberi fokus kepada lakonan kerana asyik teringatkan anak di rumah.
“Sebagai ibu, saya percaya kita akan menjaga anak lebih baik daripada orang lain. Daripada asyik fikir anak dah makan ke belum, dia buat apa di rumah, menyebabkan saya akhirnya ambil jalan pintas dan bawa anak ke lokasi.
“Tapi, tak selalulah kerana perlu melihat juga tempat itu sesuai dan selesa untuk bayi. Namun, apabila anak ada dekat dengan saya baru boleh bekerja, hati pun tenang dan selesai masalah,” katanya.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazil Azhar, 33, pada 20 Februari tahun lalu dan selamat melahirkan anak sulung mereka pada 8 November tahun lalu.
Setiap antara kita yang bergelar ibu dan ayah tentu mahukan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik. Maka perkara pertama yang diberi perhatian adalah dalam membuat pilihan sama ada ingin menghantar anak di Sekolah Kebangsaan biasa, bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau sebagainya.
Berpandukan keputusan yang dibuat, ia akan menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil oleh ibu dan ayah bagi mempersiapkan anak-anak. Tidak dinafikan juga, pasti akan timbul delima dan keraguan di hati, ada pro dan kontra dan hal ini telah dikongsikan oleh seorang ibu bernama Puan Farawahida Dzulkifli yang telah pun tiga tahun menghantar anaknya bersekolah di SJKC.
Jom semak apa katanya.
Ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Sekolah Cina or SJKC mesti korang rasa apa yang Sis Fa rasa kan?
First thing first. Kenapa Sis Fa nak hantar anak ke sekolah Cina ya?
Zaman Sis Fa muda dahulu Sis Fa lebih ramai kawan yang berbangsa Cina. Oleh itu Sis Fa memang bertekad untuk menghantar anak Sis Fa untuk mempelajari bahasa Cina. Sis Fa memang tidak tahu berbahasa Cina langsung.
Dari pengalaman Sis Fa lah lagi banyak pertuturan bahasa yang kita kuasai, lebih cerah dan lebih mudah untuk kita di masa hadapan.
Hebat bukan jika anak kita boleh berkomunikasi/ menguasai Bahasa Cina dengan fasih?
Bermula seawal umur anak Sis Fa empat tahun Sis Fa menghantar anak Sis Fa ke tadika Cina sehinggalah umurnya 6 tahun.
Tahun 2017 adalah tahun pertama anak Sis Fa menjejakkan kaki ke Tahun Satu. Nervous dan macam- macam perasaan ada tapi Sis Fa memang dah tekad untuk meneruskan pengajian anak Sis Fa ke sekolah Cina.
Tahun 2018 ini adalah tahun kedua. Alhamdulillah Sis Fa tetap teruskan. So far semua nya ok cuma biasalah kita sebagai ibu mesti risau kan jika anak kita susah dan masih tak dapat menguasai Bahasa Cina dengan baik.
Berikut adalah 9 dilema yang Sis Fa hadapi sepanjang dua tahun menghantar anak Sis Fa ke sekolah Cina / SJKC:
1) Bahasa/ Pertuturan
Bahasa dan Pertuturan mereka di sekolah semestinya Bahasa Cina sahaja. Risau juga nanti kalau anak Sis Fa terlupa pula bahasa Ibunda dia…KihKihKih
2)Pembelajaran
Semua subjek Pembelajaran mereka adalah dalam bahasa Cina kecuali BM, BI dan Agama. Pening juga tengok buku-buku sekolah anak Sis Fa.
3)Makanan/ Minuman
Sis Fa tidak menggalakkan anak Sis Fa untuk membeli di kantin sekolah. Lagi pun katanya tidak sempat sebab kena beratur panjang. Waktu rehat pula singkat kerana masa inilah mereka hendak makan lah, hendak ke tandas lah. Mesti bawa bekal setiap hari dari rumah.
4) Kawan/ Pergaulan
Anak Sis Fa lebih cenderung berkawan dengan murid Cina. Ada juga kawan lain yang berbangsa Melayu dan India. Biasalah anak Sis Fa suka berkawan dengan semua orang… Macam Sis Fa juga!
5) Belajar Agama
Setiap hari ada pelajaran agama tetapi result tidak memberangsangkan. Oleh sebab itu Sis Fa menghantar anak Sis Fa ke kelas KAFA setiap hari kecuali Hari Rabu.
6) Kelas Tambahan
Sangat perlu sebab tidak ada seorang pun di rumah yang boleh mengajar dalam bahasa Cina. Kalau ada kerja rumah yang tidak sempat buat atau terlupa bawa, biasanya Sis Fa akan cuba bantu dengan menggunakan ‘Google Translator’ atau pun meminta tolong kawan-kawan Sis Fa yang berbangsa Cina.
7) Mengaji
Belajar mengaji di rumah sahaja buat sementara waktu. Kadang sempat kadang tidak sempat pun.
Owh, Sis Fa dah dapat cari tempat mengaji dah… Kelas mengaji setiap hari selepas kelas KAFA dengan ustazah yang sama. Bila weekend Sis Fa akan ulangkaji Iqra dengan anak Sis Fa pula.
8 ) Hari Sukan /Mesyuarat PIBG
Biasanya mereka berkomunikasi dalam Bahasa Cina. Sepatah pun Sis Fa tidak faham. Biasanya orang sebelah akan jadi ‘translator’ lah.
9) Buku
Masalah buku banyak dan beg berat… Kadang-kadang kesiankan… Tapi hendak buat macamana.. Anak Sis Fa pun suka bawa semua buku ke sekolah…Hahaha..
Ini adalah apa yang dikongsikan oleh Puan farawahida setahun yang lalu di akaun fbnya. Bagi mengetahui cerita terkini, kami hubunginya untuk mengetahui cerita terkini pada tahun ini dan ini katanya.
“Alhamdulillah untuk tahun 2019, tahun ke – 3 anak saya di SJKC. Tahun ini jadual agak padat sikit. Ada kelas Wushu, ada Kokurikulum… Baru je minggu lepas pergi Mesyuarat PIBG, jumpa cikgu-cikgu setiap pelajaran tanya perkembangan dia. So far semua positive, ada peningkatan cikgu cakap dia ni smart, independent, sangat talkative.
“Bila cikgu – cikgu bagitau anak saya suka bercakap, talkative sangat dalam kelas. Bagus jugalah kan, boleh ada peningkatan Bahasa Mandarin dia tapi itulah kena pesan kat dia juga, masa cikgu mengajar jangan main- main, jangan berbual. Dalam hal pembelajaran, semua ok. Ada peningkatan, walaupun jadual setiap hari amat padat. Sabtu dan Ahad saya bagi dia rehat. Hanya ulangkaji sendiri di rumah.
“Bab makan dan minum, saya masih pastikan anak akan bawa makanan dan minuman dari rumah. Belajar Agama/ Mengaji: Kelas kafa selepas waktu sekolah dari jam 2.45pm-5.45pm. Lepas tu sambung belajar mengaji dengan ustazah kafa yang sama. Manakala kelas tambahan, tahun 2019 so far belum ke kelas tambahan. Ulangkaji sendiri dari rumah.
“Saya juga ingin berpesan kepada ibu ayah yang menghantar anak-anak di sekolah SJKC ini, pada Hari Sukan/ Mesyuarat PIBG Wajib hadirkan diri setiap tahun. Sebab masa ini lah kita jumpa cikgu – cikgu, ibu bapa dan kawan-kawan anak kita. Masa ni juga jumpa setiap cikgu untuk tahu perkembangan anak kita di sekolah.”
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus membuktikan komitmennya terhadap kebajikan rakyat apabila menyalurkan RM115,000 hasil daripada kerja sambilan yang dilakukannya bagi...