Menjadi tradisi sebagai seorang wanita Melayu, kita akan menjaga kecantikan bukan sahaja luaran malah bahagian dalaman juga amat diambil berat. Hal ini lebih diberi tumpuan bila mana seorang itu telah mendirikan rumah tangga.
Terutamanya ibu-ibu yang telah melalui proses kehamilan, tidak mahu berdepan dengan masalah faraj atau vagina longgar. Lantas petua bidan dijadikan pilihan sejak zaman berzaman.
Buat anda yang belum mencubanya, apa kata [su_highlight background=”#cadec2″ color=”#242121″]amalkan[/su_highlight] dan [su_highlight background=”#cadec2″ color=”#242121″]rasai perbezaannya.[/su_highlight]
1. Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda.
2. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan pati yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat.
Ads
3. Jika perlu, campurkan sedikit air.
4. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj.
Ads
5. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.
Andai seseorang ibu atau isteri ingin membuat perubahan besar pada diet harian demi mendapatkan berat badan unggul bagi dirinya, pasti sesetengahnya merasakan ianya bukanlah kerja mudah.
Apatah lagi, jika setiap hari sudah menjadi rutin harian memasak hidangan yang enak untuk dijamah oleh seisi keluarga. Pasti sahaja, bila terlihat pelbagai menu tersebut akan secara tidak sengaja, kita sendiri boleh makan bertambah pula jadinya. Ini sekali gus membantutkan usaha untuk berdiet.
Pun begitu, jika anda rajin menyediakan menu berasaskan cendawan ia sebenarnya baik untuk anda sekeluarga. Bukan sahaja dikatakan boleh bantu turunkan berat badan, malah banyak lagi khasiatnya.
Hal ini sebagaimana yang dikongsikan oleh coach Syai Aizat di akaun fb. Jom semak apa katanya.
SIHAT DENGAN SI CENDAWAN
Siapa suka cendawan? Berita baik untuk anda. Bukan setakat sedap dimakan, tapi juga sebagai ‘nature medicine’. Siapa yang ingin menurunkan berat badan, sangat bagus untuk diamalkan.
Kebaikan Cendawan :
1. Fat-Free, tinggi fiber, sangat rendah kalori
(1/2 mangkuk – 10kcal)
2. Tinggi mineral – mengandungi Postassium, Selenium, Riboflavin, Thiamin, Folate, B6, Niacin (B3) dan ZInc.
3. Mengandungi Phytochemical & Glutamic acid
Dapat membantu untuk :
1. Menurunkan berat badan
2. Meningkatkan sistem imun
3. Mencegah kanser
4. Menurunkan tekanan darah
5. Menurunkan kolestrol
Ia boleh diambil sebagai ‘pengganti daging’ kerana sifat kekenyalan dan mineral yang tinggi.
Saya share menu sihat cendawan
Bahan-Bahan
1.Cendawan
2.Bawang merah+ bawang putih
3.Lada hitam
4.Cili padi
5.Telor
6. Air
7.Secubit Garam
Cara-caranya
Didihkan air,masukkan bawang merah,putih,cili padi,kacau-kacau.Kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan telor,tunggu masak masukkan secubit garam dan tutup api.
Amalan makan malam sebelum pukul 7 amat popular dalam kalangan orang yang berdiet. Amalan ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah dapat menghalang kita dari makan terlalu banyak sebelum tidur.
Makan sebelum pukul 7 telah lama diamalkan oleh masyarakat Cina. Ada banyak manfaat makan malam awal yang ramai tidak tahu.
Oleh itu, jom baca artikel kami untuk tahu dengan lebih lanjut!
Sebenarnya ada banyak lagi manfaat makan awal yang kita tidak tahu. Kebaikannya merangkumi bukan sahaja dari aspek sosial malah dari segi kesihatan juga!
Jangan biasakan amalan makan sebelum tidur. Anda akan mudah jatuh sakit nanti!
1. Anda mahu kurus? Cuba makan sebelum pukul 7 malam
Makan sebelum pukul 7 boleh membantu anda untuk turunkan berat badan. Tetapi, dengan syarat anda tidak makan apa-apa lagi sampailah anda tidur.
Kajian mendapati bahawa makan selepas pukul 8 akan membuatkan invividu rasa lebih teringin untuk mengunyah ataupun snacking sehingga masa tidur mereka tiba.
Selalu makan lewat malam dan tidur lambat boleh menjejaskan sistem metabolisma badan. Jika anda ingin kurus, cuba pastikan anda makan sebelum pukul 7.
Tambah lagi, tempoh masa yang lama dari pukul 7 malam sehinggalah keesokan pagi membolehkan badan memproses makanan dengan lebih sempurna.
Tempoh ‘puasa’ ini juga antara sebab anda mudah untuk turun berat badan!
2. Tidur yang lebih lena
Elakkan makan sebelum tidur! Banyak kajian yang telah membuktikan bahawa makan pada waktu kita sepatutnya tidur hanya akan bawa mudarat kepada kesihatan badan.
Kami faham bahawa ramai yang sibuk dengan kerja. Tapi elakkan menunda-nunda waktu makan sehingga anda terpaksa makan sebelum waktu tidur.
Individu yang makan lebih banyak pada lewat malam didapati lebih sukar untuk tidur berbanding individu yang makan lebih awal.
Sama seperti minum alcohol ataupun kopi sebelum tidur, efek makan sebelum tidur hanya akan buatkan anda sukar untuk lena!
Apabila anda makan lewat malam, sistem penghadaman anda terpaksa bekerja lebih keras ketika anda tidur.
Ini akan buatkan anda sering terjaga ketika malam. Tidur yang tak lena hanya akan buatkan anda lebih penat ketika bangun tidur keesokan harinya.
3. Kurang rasa pedih ulu hati
Kepada invididu yang sering menderita sakit ulu hati, cuba makan malam sebelum pukul 7. Makan awal akan membantu badan untuk mencerna makanan dengan lebih baik.
Makanan memerlukan lebih kurang 3 hingga 4 jam untuk habis dicerna oleh perut. Jika anda makan terlalu lewat, badan anda terpaksa mencerna makanan ketika anda sedang tidur.
Pasti pesakit yang selalu menderita pedih ulu hati tahu bahawa heartburn lebih teruk ketika badan dalam keadaan berbaring.
Oleh itu, makanlah sebelum pukul 7 malam untuk elakkan rasa pedih ulu hati ya!
4. Badan yang lebih sihat
Tahukah anda makan sebelum tidur boleh meningkatkan kadar lemak dalam darah? Apabila anda makan, badan akan menukarkan kalori yang tidak digunakan kepada trigliserida ataupun lemak.
Tahap trigliserida yang tinggi di dalam darah boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap penyakit jantung, strok dan juga obesiti.
Selain itu, makan makanan yang bergaram ketika lewat malam juga boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan kembung perut.
Oleh itu, cuba elakkan makan pada waktu malam lebih-lebih lagi makan makanan yang berat seperti nasi goreng, tomyam ataupun nasi kandar pada pukul 10 malam ya!
Nak jadi sebahagian dari ahli Keluargagader Club? Jom sertai sekarang juga di sini !
Kolesterol menyerang kita secara senyap. Bahaya tanpa sedar yang akhirnya bila sudah berada di tahap tertinggi akan mengakibatkan risiko beberapa penyakit lain seperti jantung, strok dan sebagainya.
Ia berpunca daripada kadar kolestrol yang tinggi di dalam tubuh. Mencegah sememangnya lebih baik daripada merawati. Amalan pemakanan yang sihat dan terkawal adalah langkah bijak dan perlu dilakukan lebih awal.
Pun begitu amalan minum air rebusan yang sihat antara yang boleh diamalkan dalam menu harian. Campuran jus halia yang diberikan ini boleh juga diamalkan demi kesihatan jantung.
Jus ini dipercayai mampu menyingkirkan kolestrol dalam masa yang singkat. Tak salah untuk kita cuba.
Bahan-Bahan:
500gm bawang putih
500gm halia
1 cawan perahan lemon
1 cawan apple cider
1 cawan madu
Caranya:
1. Masukkan bawang putih dalam pengisar, tambahkan 2 cawan air. Kisar dan tapis.
2. Gunakan air tersebut untuk kisar halia pula dan tapis jusnya.
3. Masukkan perahan air bawang putih dan halia dan perahan lemon ke dalam periuk. Panaskan dengan api perlahan dan biarkan masak selama 30 minit.
4. Angkat dan sejukkan.
5. Campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.
Cara minum:
1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur.
Semoga bermanfaat, bersama-sama kita menjaga kesihatan jantung kita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...