Amalan makan malam sebelum pukul 7 amat popular dalam kalangan orang yang berdiet. Amalan ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah dapat menghalang kita dari makan terlalu banyak sebelum tidur.
Makan sebelum pukul 7 telah lama diamalkan oleh masyarakat Cina. Ada banyak manfaat makan malam awal yang ramai tidak tahu.
Oleh itu, jom baca artikel kami untuk tahu dengan lebih lanjut!
Sebenarnya ada banyak lagi manfaat makan awal yang kita tidak tahu. Kebaikannya merangkumi bukan sahaja dari aspek sosial malah dari segi kesihatan juga!
Jangan biasakan amalan makan sebelum tidur. Anda akan mudah jatuh sakit nanti!
1. Anda mahu kurus? Cuba makan sebelum pukul 7 malam
Makan sebelum pukul 7 boleh membantu anda untuk turunkan berat badan. Tetapi, dengan syarat anda tidak makan apa-apa lagi sampailah anda tidur.
Kajian mendapati bahawa makan selepas pukul 8 akan membuatkan invividu rasa lebih teringin untuk mengunyah ataupun snacking sehingga masa tidur mereka tiba.
Selalu makan lewat malam dan tidur lambat boleh menjejaskan sistem metabolisma badan. Jika anda ingin kurus, cuba pastikan anda makan sebelum pukul 7.
Tambah lagi, tempoh masa yang lama dari pukul 7 malam sehinggalah keesokan pagi membolehkan badan memproses makanan dengan lebih sempurna.
Ads
Tempoh ‘puasa’ ini juga antara sebab anda mudah untuk turun berat badan!
2. Tidur yang lebih lena
Elakkan makan sebelum tidur! Banyak kajian yang telah membuktikan bahawa makan pada waktu kita sepatutnya tidur hanya akan bawa mudarat kepada kesihatan badan.
Kami faham bahawa ramai yang sibuk dengan kerja. Tapi elakkan menunda-nunda waktu makan sehingga anda terpaksa makan sebelum waktu tidur.
Individu yang makan lebih banyak pada lewat malam didapati lebih sukar untuk tidur berbanding individu yang makan lebih awal.
Sama seperti minum alcohol ataupun kopi sebelum tidur, efek makan sebelum tidur hanya akan buatkan anda sukar untuk lena!
Ads
Apabila anda makan lewat malam, sistem penghadaman anda terpaksa bekerja lebih keras ketika anda tidur.
Ini akan buatkan anda sering terjaga ketika malam. Tidur yang tak lena hanya akan buatkan anda lebih penat ketika bangun tidur keesokan harinya.
3. Kurang rasa pedih ulu hati
Kepada invididu yang sering menderita sakit ulu hati, cuba makan malam sebelum pukul 7. Makan awal akan membantu badan untuk mencerna makanan dengan lebih baik.
Makanan memerlukan lebih kurang 3 hingga 4 jam untuk habis dicerna oleh perut. Jika anda makan terlalu lewat, badan anda terpaksa mencerna makanan ketika anda sedang tidur.
Pasti pesakit yang selalu menderita pedih ulu hati tahu bahawa heartburn lebih teruk ketika badan dalam keadaan berbaring.
Ads
Oleh itu, makanlah sebelum pukul 7 malam untuk elakkan rasa pedih ulu hati ya!
4. Badan yang lebih sihat
Tahukah anda makan sebelum tidur boleh meningkatkan kadar lemak dalam darah? Apabila anda makan, badan akan menukarkan kalori yang tidak digunakan kepada trigliserida ataupun lemak.
Tahap trigliserida yang tinggi di dalam darah boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap penyakit jantung, strok dan juga obesiti.
Selain itu, makan makanan yang bergaram ketika lewat malam juga boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan kembung perut.
Oleh itu, cuba elakkan makan pada waktu malam lebih-lebih lagi makan makanan yang berat seperti nasi goreng, tomyam ataupun nasi kandar pada pukul 10 malam ya!
Nak jadi sebahagian dari ahli Keluargagader Club? Jom sertai sekarang juga di sini !
Sebagai ibu yang menyediakan makanan untuk seisi keluarga, kita sering beranggapan apa yang kita masak semestinya bersih dan selamat untuk dinikmati.
Pun begitu, sedar atau tidak pencemaran makanan juga boleh berpunca daripada dapur kita sendiri.
Bukan apa, ramai yang terlepas pandang dengan tahap kebersihan perkakasan memasak yang digunakan.
Terutamanya bila menyentuh tentang penggunaan blender dan chopping board.
Dalam sedar atau tidak sebenarnya mesin pengisar makanan atau pun chopping board yang sering kita gunakan adalah antara dua perkakasan memasak yang rupa-rupanya ada menyembunyikan bakteria jika tidak diselenggara dengan baik.
Ini sebagaimana apa yang didedahkan oleh Dr Aida Azmi Official ini. Jom semak perkongsian ini, semoga dapat memberi manfaat.
Just nak kongsi sikit perkara-perkara yang dekat dengan kita, yang mungkin kita tak perasan sebab kekerapan kita menggunakannya.
Cuba lihat gambar blender di bawah. Bagi jenis jug yang boleh dibuka begini, berapa kerap anda buka dan cuci?
Sesetengah orang tidak tahu pun jika blender yang beliau gunakan sekian lama boleh dibuka dan dibasuh.
Di dalamnya ada satu getah bulat yang berfungsi sebagai pengetat dan penebat kebocoran cecair yang diisi di dalam blender tersebut.
Di bawah ini la sisa makanan selalu terperangkap. Sisa makanan ini akan mereput dan akhirnya menjadi tempat pertumbuhan bakteria.
So lepas ni, ibu-ibu, mak-mak, anak2 dara yang selalu memasak tu boleh check blender masing-masing ok. Bukak dan cuci bersih. Boleh juga direndamkan air panas sebentar untuk menyah kuman.
Yang kedua adalah chopping board.
Bagi yang masih gunakan chopping board jenis kayu, perhatikan permukaannya. Pasti dah terhakis, kan?
Ia boleh menyebabkan pencemaran fizikal iaitu serpihan kayu masuk ke dalam makanan. Selalu yang saya perhatikan, penjual daging dan ayam di pasar menggunakan chopping board jenis kayu ini.
Saya nasihatkan bertukar kepada jenis chopping board jenis plastik (PE dan HDPE) – yang bewarna putih kebiasaannya (namun kini ada juga chopping board yang menggunakan color coding).
Kerana ia kurang risiko pencemaran fizikal tetapi tetap perlu dibersihkan dengan baik bagi mengelakkan ia menjadi pusat pembiakan bakteria.
Tular video yang dikongsikan oleh seorang pakar jantung yang menjelaskan serangan jantung disebabkan tekanan.
Menerusi video memaparkan soalan yang ditanya netizen mengenai rakannya yang mendapat serangan jantung walaupun tidak merokok, tiada kencing manis, tahap kolestrol normal.
Video berdurasi 16 saat itu telah meraih tontotan sehingga mendapat share 14K setelah pakar jantung membuat pendedahan mengenai punca serangan jantung bagi individu yang sihat tanpa penyakit.
Menurut Pakar Jantung, Dr Rahim, pesakit yang mengalami serangan jantung adalah golongan muda yang mengalami tekanan, tidak cukup rehat dan tidur.
“Saya telah menemui ramai pesakit yang mempunyai rekod kesihatan yang baik. Tapi beliau terkena serangan jantung pada usia yang muda.
“Ia berpunca daripada stress, tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur. “
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa bimbang dengan gaya hidup. Ada juga berkongsi tip dan pengalaman ahli keluarga yang mengalami serangan jantung.
“Jaga makan jangan stress lakukan perkara yang kita suka dan adakan satu hobi.”
Kolesterol menyerang kita secara senyap. Bahaya tanpa sedar yang akhirnya bila sudah berada di tahap tertinggi akan mengakibatkan risiko beberapa penyakit lain seperti jantung, strok dan sebagainya.
Ia berpunca daripada kadar kolestrol yang tinggi di dalam tubuh. Mencegah sememangnya lebih baik daripada merawati. Amalan pemakanan yang sihat dan terkawal adalah langkah bijak dan perlu dilakukan lebih awal.
Pun begitu amalan minum air rebusan yang sihat antara yang boleh diamalkan dalam menu harian. Campuran jus halia yang diberikan ini boleh juga diamalkan demi kesihatan jantung.
Jus ini dipercayai mampu menyingkirkan kolestrol dalam masa yang singkat. Tak salah untuk kita cuba.
Bahan-Bahan:
500gm bawang putih
500gm halia
1 cawan perahan lemon
1 cawan apple cider
1 cawan madu
Caranya:
1. Masukkan bawang putih dalam pengisar, tambahkan 2 cawan air. Kisar dan tapis.
2. Gunakan air tersebut untuk kisar halia pula dan tapis jusnya.
3. Masukkan perahan air bawang putih dan halia dan perahan lemon ke dalam periuk. Panaskan dengan api perlahan dan biarkan masak selama 30 minit.
4. Angkat dan sejukkan.
5. Campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.
Cara minum:
1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur.
Semoga bermanfaat, bersama-sama kita menjaga kesihatan jantung kita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sampai hati sebak anak yatin piatu! Kejadian yang melibatkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun didakwa ditampar dan ditumbuk seorang guru hingga lebam di...