Sakit gigi memang cukup menyeksakan. Walaupun satu tempat yang bermasalah, tetapi seluruh badan turut menerima kesannya.
Gusi menjadi bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut, sukar untuk mengunyah antara yang berlaku bila mana gigi sakit. Sekali gus menyebabkan segala rutin harian yang dilakukan juga menjadi terbatas.
Namun kesengsaraan sebenarnya boleh diatasi dengan cara cukup mudah, menggunakan bahan semula jadi iaitu kunyit.
Ads
Menurut kajian yang dilakukan oleh Song J., Dkk. daripada Fakulti Sains Biologi,College of Natural Sciences, Wonkwang University, Korea kandungan utama kunyit yang bernama kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi berlubang.
Selain, kunyit juga bermanfaat dalam meningkatkan daya ingatan, menyembuhkan selesema, hidung tersumbat dan sebagainya.
Ads
Caranya hanya berkumur dengan larutan air kunyit, sama ada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk secara teratur. Ia merupakan salah satu petua untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi (gigi berlubang).
Ads
Di samping itu, jaga kebersihan gigi. Pastikan gigi digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur.
Periksa tahap kesihatan gigi dengan melakukan pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan sekali.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak lelaki kepada penyanyi Lan Solo kini ditahan di wad sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas pada malam Sabtu.
Muhammad Akid Qassyaff, 7, mengadu sukar bernafas ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri satu program di ibu kota.
“Kisahnya dia dah start semput 4 hari tapi on off yang tak konsisten.. jadi mommy daddy tak rasa la macam serius sangat.. sebab dia masih boleh main bola.. lari sana sini.
“Siap beria join buat tiktok! Risau muka dia takde dalam tiktok.. So malam tadi dari PWTC, dia bagitau dia lapar.. so mommy pon dah siap order la makanan.. tapi nampak dia restless masa dalam kereta nak ke kedai makan tu.. .
“Dia sdiri minta nak gas.. nak gas.. .Setiap 15 minit dia mintak lagi. Jadi daddy terus ke PPUM.
“Ketika dalam kereta, Akid mengadu susah hendak bernafas. Dia sendiri susah nak jelaskan bagaimana keadaannya. Maklumlah budak kecil lagi.
“Jadi kami terus bawa dia ke bahagian kecemasan dan dia terpaksa ditahan di wad untuk menerima rawatan lanjut,” kongsi Nur Sheila Hassim isteri kepada Lan Solo tatkala ditanya mengenai situasi kesihatan anaknya.
Menurut Sheila , anaknya itu mempunyai masalah asma sejak kecil lagi. Namun, ini pertama kali di tahan di wad akibat penyakit tersebut.
“Sejak umur Akid 3 tahun dah ada asma.. tapi dah hampir 2 tahun dah off segala ventolin inhaler & nebuliser. Tiba-tiba asma dia datang balik lepas dia positif covid hujung bulan februari lalu,” ujar Sheila lagi.
Sementara itu, Lan Solo dalam kenyataannya pada mStar memberitahu, pemeriksaan doktor mendapati terdapat habuk kotor pada saluran darah yang mengakibatkan dia sukar bernafas.
Tambahnya, Akid kini dalam keadaan stabil namun masih menerima bantuan pernafasan.
“Doktor memberitahu ada habuk pada saluran darah anak saya. Ia terjadi mungkin disebabkan dia terlalu sensitif dan gemar bermain di luar.
“Akid memang ada masalah asma cuma sudah lama dia tidak mengalami situasi teruk begini,” jelas Lan lagi.
Memandangkan situasi kesihatan anaknya itu, Lan sentiasa bersedia dan akan terus membawa anak menerima rawatan.
“Sejak kami tahu Akid ada asma, memang sentiasa bersedia jika melihat dia mengalami kesukaran bernafas.
“Lebih senang untuk terus bawa menerima rawatan kerana pusat perubatan tersebut sudah mempunyai rekod kesihatan anak saya dan mereka tahu ubat terbaik untuk Akid,” ujarnya.
Untuk rekod, Lan mendirikan rumah tangga dengan Nur Sheila Hassim pada Disember 2009.
Selain Akid, pasangan ini juga memiliki tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 10, Nur Amna Qeesyara, 8, dan Nur Amna Quzandra, 4.
Melegakan batuk dengan air rebusan serai mungkin ada yang tidak biasa mengamalkannya.
Pun begitu, melalui perkongsian daripada Yatie Eimra berkongsi pengalaman peribadinya boleh dijadikan panduan.
Untuk itu, ikuti perkongsian ini.
Kalau ada lebihan batang serai yang dah kering² tu, jangan dibuang..
Boleh rebus macam ni untuk kurangkan bau yang tak disenangi lepas masak (ikan kering, belacan, dll), halau agas & boleh kurangkan batuk, selesema gak.
Sebelum ni saya selalu buat air rebusan ni bila anak/suami tak sihat.. Walaupun makan ubat, bukannya boleh terus sembuh..
Bila rebus serai & kayu manis ni, boleh elakkan berjangkit 1 rumah..
3 hari sebelum PKP bermula, adik bersalin & mak minta tolong saya tengokkan adik yang berpantang.
Adik & suaminya batuk teruk sejak balik hospital. Bila saya masuk bilik untuk uruskan adik/bayinya, tak sampai sejam pun saya dah start sakit tekak. Petang saya dah start batuk² lak. Tapi lagi kesian sebab bayi kecik pun dah start batuk gak..
Untuk ruang tamu, saya rebus jer batang serai ni atas dapur. Lepas menggelegak, biarkan merenih 30 minit (tanpa bukak kipas ekzos dapur). Kat bilik adik, letak rice cooker kecil & renihkan air serai 20-30 minit. Buat 2x untuk pagi & malam. Hari ke-3 buat, alhamdulillah si kecik dah berhenti batuk..
Biasanya saya guna 3 batang serai (diketuk). Tapi guna lebihan/yang dah kering macam ni pun boleh..
Rebus dengan 1-3 batang kayu manis, 3-5 biji cengkih, 3 helai daun limau purut (optional je).
Biarkan merenih sekurang²nya 30 minit. Buka sikit je tudung periuk supaya wap² & aroma dapat keluar.
Biasanya air yang sama boleh direbus 2x (boleh rebus malam lak). Kang dah suam², boleh campurkan dalam air mandian (bilasan terakhir) untuk segarkan badan.. Untuk esoknya, rebus yang baru lak..
Sumber : Yatie Eimra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pertama kali dalam sejarah negara, apabila majlis pernikahan dilaksanakan secara online.
Itulah situasi yang dikongsikan semalam bila mana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan Majlis Akad Nikah satu pasangan pengantin secara atas talian (online), ekoran kekangan pergerakan akibat wabak COVID-19.
Majlis pernikahan pertama secara online melalui sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, disempurnakan dalam sekali lafaz.
Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa pada jam 10.10 pagi tadi. Menariknya, majlis itu hanya mengambil masa 15 minit sahaja.
Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan kehadiran saksi.
Majlis bersejarah yang turut disiarkan menerusi Facebook Live Berita AlHijrah itu disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.
Majlis nikah online itu selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin daripada JAWI untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.
Antara negara melaksanakan nikah online ekoran penularan wabak COVID-19 adalah Emeriyah Arab Bersatu (UAE). Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu hingga 28 April depan bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.