Masalah rambut gugur dikalangan kaum ibu bukan boleh dipandang remeh, apatah lagi jika semakin hari terasa semakin nipis pula rambut yang ada. Jika terus dibiarkan bimbang juga akan menjadi botak!
Oleh itu, segeralah cari rawatannya dan jika tidak pun boleh amalkan petua yang dikongsikan oleh Puan Najwa ini yang cukup mudah untuk diamalkan.
Menariknya juga petua ini bukan yang biasa kita ketahui antaranya menggunakan lidah buaya atau sebagainya, tetapi kali ini dengan menggunakan cengkih.
Menurutnya, petua ini diperolehi daripada masyarakat Arab dan bolehlah dicuba. Apa yang pasti, Puan Najwa serasi dengan petua ini dan menampakkan kesan yang baik setelah mengamalkannya.
Jadi tunggu apa lagi, elok kita pula mencubanya!
Hanya ambik bunga cengkih berapa biji masukkan dalam shampoo .. dan selamat digunakan.. Najwa dah kali kedua guna petua ni.. memang puas hati alhamdulilah
Ads
Mana-mana shampoo pun boleh.. tapi Najwa beli untuk baby sebab anak-anak boleh guna sama, bagi rambut lebat sikit.. sebenarnya petua ni untuk lebatkan rambut tapi kesan dia banyak lagi.. Najwa takdak gatal-gatal lagi time pakai tudung panas-panas macam sekarang ni.. rambut kering takdak berminyak rasa kembang fresh gitu, alhamdulilah rambut tak gugur berkilo..
*Najwa ambik petua ni dari orang arab* bagi tahu siap-siap satgi ada orang bising pulak.
Ads
Cengkih Hilangkan Masalah Rambut
Bunga cengkih banyak kegunaan dia selain diguna untuk masak.. salah satu Najwa guna cengkih untuk hilangkan masalah Najwa alami lama dah..
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Hati mana yang tidak sayu melihat kepayahan hidup insan lain. Lebih meruntun jiwa apabila ada yang terpaksa membawa anak bersama mencari rezeki dalam keadaan terik panas.
Anak kecil yang masih mentah sepatutnya bermain untuk menerok persekitarannya, sebaliknya terpaksa mengikut orang tua kepayahan mencari rezeki.
Yang pasti, semua ibu bapa mahu memberikan yang terbaik buat anak. Namun apakan daya, kesusahan hidup memaksa membuatkan mereka tiada pilihan terpaksa membawa anak bersama-sama menempuh kesusahana mencari rezeki yang halal.
Kepayahan hidup yang dilalui oleh penghantar makanan membawa anaknya tular sehingga menarik perhatian pelakon, Anzalna Nasir.
Melihat perkongsian Ebit Lew, ibu kepada dua orang cahayamata ini meluahkan hasrat untuk membantu lelaki berkenaan.
Hasrat ingin membantu itu diluahkan menerusi InstaStory, Anzalna yang mahu menghulurkan sumbangan dari segi keperluan bayi sekiranya anak rider tersebut adalah lelaki.
“Hanya Allah yang dapat membalas jasa Ebit Lew. Rezeki abang ni dapat motor baru,”
“Anak abang (rider) ni lelaki ke? Kalau lelaki, boleh datang ke rumah Anzalna.. banyak barang-barang bayi nak bagi kat dia.”
EBIT LEW BAGI HADIAH MOTOSIKAL BARU
Terdahulu, menerusi facebook Ebit Lew, menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada bapa tiga anak itu selain memintanya mencari pengasuh supaya bayi digendong tidak perlu dibawa sekali ketika keluar bekerja.
Sebak bila lihat video adik ni bawa anaknya sambil kerja menghantar makanan. Motor pinjam dengan mertua. Isteri kerja butik baju. Duit tak cukup. Menangis je masa jumpa tadi. Terharu dapat berjumpa. Saya hadiahkan motor baru untuknya dan minta adik ni cari pengasuh untuk anaknya. Nanti saya akan bantu bayar bulanan pengasuh. Ulang kali abang ni ucap terima kasih.
Saat kita merasa kita susah ada orang lain yang lagi memerlukan. Bila hadiahkan motor melihat air matanya membuat kita rasa lebih bersyukur. Besar nilai rezeki tak sangka-sangka. Semuanya dari Allah.
Semoga Allah mudahkan hidupnya. Berkatkan rezeki buat keluarga ini. Doakan buat semua saudara kita yang dalam kesusahan di luar sana yer.
Memiliki anak adalah impian setiap pasangan suami isteri, ada yang mahu sedikit tak kurang yang suka anak ramai.
Biar berapa pun bilangan anak, yang penting kehadiran mereka mengeratkan lagi kasih sayang dan menyemarakkan lagi ikatan perkahwinan.
Baru-baru ini viral perkongsian seorang wanita yang berkongsi gambar raya keluarga besarnya dari tahun 2018 sehingga sekarang. Semuanya gara-gara memiliki anak yang ramai.
Mana tidaknya, setiap tahun pasangan ini dikurniakan anak. Bahkan, mereka turut berseloroh kononnya kena menaiki lori untuk tahun ini gara-gara anak ramai.
Menurut wanita ini, keluarga mereka awalnya masih mampu menaiki motorsikal beramai-ramai. Tetapi dengan bertambahnya bilangan anak, akhirnya pada 2020 tidak lagi mampu berbuat demikian.
Apa yang melucukan, timbul idea dari si ayah untuk menaiki lori bagi menampung bilangan anaknya yang seramai 7 orang.
Menurut Puan Yati, walaupun memiliki anak ramai dan masih kecil, namun setakat ini dia dan suami tiada sebarang masalah dalam menguruskan tujuh anak mereka.
Begitu pun, dia tidak menafikan berhadapsn dengan pelbagai gelagat dan karenah anak-anak.
“Alhamdulillah setakat ini mudah je nak handle semua anak-anak. Saya dah bagi tugasan khas untuk tiap seorang.. Bab jaga adik, bergilir-gilir.
“Kalau saya keluar berdua dengan suami pun, 4 yang besar akan jaga 3 yang lain.
“Macam tugas mandikan adik, buat susu adik, suap adik makan, bergilir2.. Macam pagi kakak dah buat susu adik, tengahari saya minta abang dia pulak buat. Tak nak nanti kakak rasa asyik dia je yang buat. ” ujar Yati lagi sambil memberitahu pakaian raya untuk anak-anaknya adalah atas pilihannya sendiri.
Rata-rata warganet yang membaca perkongsian tersebut terhibur. Tak kurang yang memuji sambutan raya pasti lebih meriah dengan gelagat anak-anak itu.
Siapa sangka masih ada yang hidup tanpa bekalan mudahan asas dengan menjalani kehidupan serba daif . Ia diluar jangkaan kita di era negara serba modern.
Tiada siapa yang mahu kehidupan serba kemiskinan dan tanpa keluarga serta mempunyai kediaman yang selesa.
13 tahun tinggal di stor barang
Kisah seorang lelaki tua yang berusia 60 tahun, Ismail Dolah mengundang simpati warga net sejak tular di media sosial setelah tinggal di bilik stor barang di Kampung Melati, Jalan Jirat, Kuala Krai selama 13 tahun tanpa bekalan elektrik dan air.
Mujur ada perigi sebagai sumber air dengan jarak kira-kira 300 meter di atas bukit. Manakala lilin pula sebagai bekalan waktu malam.
“Saya mencari rezeki sebagai penoreh getah di sini dan majikan membenarkan saya tinggal dalam stor ini namun tiada bekalan air dan elektrik.
“Disebabkan itu, cahaya lilin sahaja menerangi gelap malam dan bekalan air pula, selain mengangkut dari perigi, saya juga menadah air hujan yang dapat digunakan untuk membasuh dan mandi.
Barangkali ada yang kata ia tidak relevan apabila ada yang masih tingga sebegitu. Namun hakikatnya ia berlaku dalam masyarakat.
Cuba letakkan diri kita di dalam kasut orang lain untuk memahami mereka, kenapa mereka bertindak begitu dan berperangai begitu. Semua itu ada sebab tersendiri yang empunya diri sahaja yang tahu.
Mengimbau ranjau hidupnya, dia yang tidak pernah berkahwin hidup di kawasan itu bersendirian sejak 2008 selepas beberapa bulan menumpang rumah kakaknya di Kampung Sungai Durian di sini, sebaik kematian kedua orang tuanya. Dia
Makan nasi berkuah air garam
Dalam pada itu, kekangan kemiskinan memaksa dia hidup dengan seadanya dengan upah menoreh getah yang diterimanya hanyalah sekitar RM150 sahaja sebulan.
Meluahkan rasa syukur bekalan beras sentiasa ada, lauk pula menangkap ikan di anak sungai berhampiran dan jika tiada hasil hanya makan nasi berkuah air garam.
“Kuah garam itu pun sekadar untuk memberikan rasa sahaja kerana saya tidak amalkan makan budu disebabkan ada penyakit darah tinggi dan memandangkan tinggal berseorangan di lokasi agak terpencil sebegini, saya perlu menjaga kesihatan dengan baik.
Alhamdulillah, YB telah tampil membantu
Terdahulu, dia menerima kunjungan YB Guchil Hilmi Abdullah dan JKM telah terlebih dahulu melawat En. Ismail ini. Cakna dengan kesusahan masyarakat tempatan, beliau dan pasukannya bergegas ke kediaman memberi bantuan segera.
Semalam mendapat info drpd Abeyi Polis & M Jaya JM bahawa ada seorang lelaki yang tinggal sebatang kara di dalam ladang di penghujung jalan Jirat Cina tanpa bekalan air dan elektrik.
Perkara ini awalnya disedari oleh Abe Yie Polis yang kemudiannya bersama rakan2 NGO telah membantu membersihkan rumah dan membeli kelengkapan asas seperti katil, tilam dsbg serta memasang solar dan lampu.
Semalam, Waibi dan Penggawa Daerah Batu Mengkebang masuk ke ladang ini untuk lawatan serta membuat pemeriksaan. Lelaki yang dikenali sbg En Ismail ini memang tinggal seorang diri di berek lama ladang ini dan bekerja dengan mengambil upah menoreh secara pawah getah milik tauke dari Bukit Tiu, Machang seluas 40 ekar.
Beliau memang tidak pernah memohon bantuan dari JKM dan kelihatan lebih suka hidup bersendirian. Insha Allah, Penggawa Daerah akan melihat bentuk pertolongan & bantuan yang boleh diberikan kepada En Ismail.
Mohon kepada semua adik kakok jika ada kes terpencil seperti ini mohon segera maklumkan kepada kami atau agensi Kerajaan yang berkenaan. Insha Allah semoga tiada yang terabai & terlepas pandang terutama di musim Covid-19 yang sedang melanda yang membataskan pergerakan. Tambahan mereka yang tinggal terpencil dari msykt awam pastinya sukar untuk mendapat bantuan makanan.
YB tegur netizen jangan cepat ‘melatah’ tanpa selidik
Menurut YB Hilmi Abdullah kepada warganet yang mahu memberi sumbangan barangan @ tunai kepada En Ismail boleh call dia direct (HP: 0138070796) . Semoleknya turun melawat sekali sebab tak silap Waibi En Ismail ni takda akaun bank.
Keluarga: Moga kehidupan pakcik Ismail ini dipermudahkan dan mendapat tempat tinggal yang sempurna. Mudahlah untuk dia melakukan ibadah solat dalam suasana yang bersih dan tenang.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...