Kecantikan memang tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Malah ada yang sanggup menghabiskan ratus ringgit untuk memastikan wajah kekal awet muda.
Namun apabila usia meningkat pelbagai masalah di wajah timbul. Termasuk masalah jeragat. Nak hilangkan tentu susah. Nak beli produk yang mahal, kena ambil kira bajet juga.
Menarik dengan perkongsian wanita ini, Marina Saringat hanya menggunakan dua bahan iaitu limau dan tepung memang menjadi!
Tips pudarkan Cik Puan Jeragat dan kurangkan Whitehead.
Actually ni petua orang dolu-dolu. Tapi saja ari flashback balik dekat ugais sejak ari belajar and dapat petua dari ibu ibu.
Tips pertama yang ari dapat ni sangat mudah dan senang je nak cari bahan-bahannya. Apa pun petuanya, mestilah kena KONSISTEN tahap infiniti gaiss.
Ads
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BAHAN:
-Sebiji buah limau tak kesa kasturi/purut/lemon(kalau lemon maybe kena hiris halus sebab kita perlukan jusnya sahaja)
-1 sudu kecil tepung gandum/kalau takda tepung gandum/tepung beras boleh asalkan berasaskan tepung.
-Perahkan jus limau dan campurkan ke atas tepung. Gaul sebati.
-Pastikan sebelum lumur di muka, gaisss…bersihkan muka terlebih dahulu. Barulah tepek pelan-pelan lembut lembut pada muka youalls.
Ads
-Amalkan 3 kali seminggu dan konsistenkan pemakaian, lelama ugais tengok whitehead berkurangan, jeragat memudar plus lama-kelamaan kulit jadi bersih wakkkk! Selamat Mencuba!
*Awalnya pedih sikit, lama lama tunggu sehingga 15 minit/ kalau pakai waktu malam sebelum tido teruskan pakai hingga pagi pun takde masalah.
Bagi menyelesaikan masalah kelemumur selalunya ramai yang menggunakan syampu anti kelemumur. Namun masalah kelemumur masih juga belum reda. Walaupun masalah kelemumur tidak boleh berjangkit dan tidak merbahaya, tetapi jika dibiarkan tanpa dirawat dan dipantau dengan betul ia boleh mengganggu penampilan seseorang individu dan boleh menyebabkan rasa rendah diri.
Ingat ya, jangan menggaru kulit kepala secara agresif kerana tindakan terbabit akan mengakibatkan masalah kelumumur menjadi semakin teruk.
Bagi anda yang mengalami masalah kelemumur dan sudah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap sama, apa kata anda cuba daun limau purut pula. Caranya mudah sahaja;
Ambil 10 helai daun limau purut.
2. Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.
3. Kalau rajin, boleh sahaja tumbuk dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
4. Anda boleh mesin juga ye menggunakan mesin pengisar tapi agak-agak airnya, jangan terlalu cair.
5. Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan sapukan di kepala. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.
6. Urut kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ye. Bilas sehingga bersih.
NOTA: Amalkan selalu nescaya anda akan dapat lihat hasilnya. Selamat mencuba!
Ada pelbagai jenis kulit sama ada jenis berminyak, kulit kering dan ada yang kulit jenis kombinasi. Oleh itu, jangan ingat setiap kulit ini sama cara nak jaga. Begitu juga dengan pemilihan produk penjagaan diri.
Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh Doktor Aris di Twitternya. Kali ini adalah mengenai penjagaan untuk kulit jenis berminyak.
Face serum juga penting untuk semua jenis kulit. Tapi bagi kulit berminyak jika boleh elakkan oily based untuk serum.
Selain itu, semak tip ini untuk penjagaan kulit wajah:
1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA
Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.
2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.
3. SERBUK TEH DAN MADU
Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.
Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.
4. WAP PANAS
Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.
Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.
Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.
5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU
Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.
6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN
Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.
7. TEH HIJAU (GREEN TEA)
Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.
8. MINYAK SAYURAN
Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.
9. SENAMAN MUKA
Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.
10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH
Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.
Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.
Petua tradisional kalau hendak dihimpunkan untuk wanita menjaga menjaga penampilan dan kecantikan memang diakui terlalu banyak. Dan ini membuktikan wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipsahkan sejak dahulu lagi.
Oleh itu, jom kita ketahui beberapa petua yang boleh kita amalkan untuk membantu mengatasi masalah kecantikan wanita dengan menggunakan bahan-bahan alami.
1. MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika ibu-ibu ada masalah dengan berat badan yang berlebihan, silalah amal minum air limau nipis. Caranya mudah dan boleh juga dijadikan minuman kegemaran seisi keluarga.
• Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air suam. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cuaca yang panas kadang kala menyebabkan ruam boleh timbul di kulit kita. Kalau dibiarkan bimbang juga menjadi penyebab kulit mengeruti atau sebagainya. Oleh itu, cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh badan ialah dengan melumurkan tepung ubi pada bahagian yang terkena jangkitan ruam.
3. HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.
4. MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita umumnya antara perkara yang dibimbangi adalah terlihat tua sebelum waktunya. kalau boleh tanda-tanda kedutan ingin ditutup terutamanya di bahagian muka. Jadi ini caranya, ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
5. PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.
6. ELAK MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan rasa tidak selesa dan hilang keyakinan diri untuk kita berbicara dengan orang lain. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.
7. TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.
8. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.
9. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan kita akan ada terkena bintik-bintik merah. Mungkin ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di