Tentu ramai yang mencari petua simpan bunga kantan. Maklumlah fdalam masakan Tradisional Melayu bunga kantan antara bahan yang selalu kita guna dalam masakan. Ia diperlukan bagi menambah aroma mahupun menyedapkan lagi masakan seperti kuah laksa, asam pedas dan sebagainya.
Apabila tiba musim perayaan untuk mendapatkan sebatang bunga kantan memang susah. Harganya memang mahal.
Menarik dengan perkongsian oleh Dunia Hanya Sementara Fy, menyediakan cara untuk menyimpan bunga kantan dalam tempoh yang lama. Malah, ia boleh bertahan sehingga enam bulan. Masih kekal segar dan bunga tidak kecut.
Ini petuanya:
Bahan:
Bunga kantan
Plastik
Air Masak
Cara penyediaan:
1.Basuh terlebih dahulu bunga kantan sehingga bersih.
2.Potong ikut suka kita. Potong dua pun boleh.
3. Letak dalam plastik atau bekas yang bersesuaian bunga kantan tersebut
4.Letak air masak dalam bunga kantan tersebut. Nanti senang boleh masukkan terus dalam masakan.
5. Kemudian bolehlah di simpan dalam frezer atau peti sejuk beku.
6. Letak untuk sekali masak. Mudahkan kerja. Boleh terus masuk dalam masakan. Jadi boleh digunakan ketika beku atau di cairkan terlebih dahulu
Tibanya esok, bermakna bermulanya sesi persekolahan anak-anak bagi kebanyakan negeri. Manakala di Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah pula hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan.
Ini bermakna juga akan bermulalah episod drama ‘tarzan’ di waktu pagi hari antara ibu dan anak.
Sebenarnya untuk mengejutkan anak memerlukan teknik dan skil yang betul. Selain perlu ada rasa sabar dalam diri si ibu, perlu juga patuh tip ini. Jom semak!
PERSEDIAN SEBELUM TIDUR
1) Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak anda lebih susah untuk bangun di pagi hari.
2) Sesetengah pertarungan untuk bangun awal pagi adalah berpunca daripada tidur pada lewat malam. Hadkan penggunaan gadjet mahupun televisyen yang boleh melekakan anak-anak sehingga berjaga ke larut malam.
3)Siapkan juga kelengkapan untuk esok pagi seperti kerja sekolah, alatulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi insya Allah akan berjalan dengan lebih lancar.
TIDUR DENGAN BAHAGIA
1) Berikan motivasi sebelum tidur.Cetuskan keghairahan dengan cerita-cerita persekolahan yang menaikkan semangat mereka untuk seronok pergi ke sekolah. Beri dorongan dengan menjelaskan bahawa guru-guru dan kawan-kawan pasti tertunggu-tunggu kehadiran mereka di sekolah esoknya. Dan guru-guru suka siapa yang datang awal pagi ke kelas.
2) Sebelum tidur, pesanlah untuk mereka baca doa sebelum tidur beserta surah Al-Muawwizat (3 Qul).
3) Elakkan konflik sebelum tidur. Jika ada, selesaikan dengan segera. Pujuk anak dan terus bermaaf-maafan. Berikan pelukan dan ciuman pada si manja sebelum mereka tidur. Pastikan mereka tidur dalam keadaan gembira dan mencium tangan ibuayah terlebih dahulu sebelum mereka lena dibuai mimpi.
4) Ketika mereka dalam zon separa sedar (tidur-tidur ayam), selitkan juga doa ibuayah dan programkan minda si manja untuk mereka mudah bangun awal untuk ke sekolah.
5) Pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari gangguan dan kebisingan. Jika memasang rakaman bacaan Al Quran semasa anak-anak tidur, minimakan kelantangan bunyinya.
KEJUTKAN DENGAN KASIH-SAYANG
1) Beri salam kepada anak yang sedang tidur. Gunakan nada suara yang lembut, bukan suara yang tinggi seperti, “Assalamualaikum anak soleh. Bangun sayang, anak ibu ni suka bangun awal”.
2) Gerakkan mereka dengan sopan, bukan agresif. Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyangkan perlahan-perlahan. Jangan direntap ibu jari kaki mereka, kelak mereka menyimpan dendam.
3) Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun dalam keadaan terkejut dan ketakutan.
4) Kejut anak secara berperingkat. Jangan memaksa mereka. Jangan terus disimbah air ke atas mereka.
5) Panggil nama mereka dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya. Jika masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.Teruskan memanggil namanya dan panggillah panggilan yang baik.Kejutkannya sambil memujinya : “Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin. Anak ummi ni senang bangun. Ummi kejut, terus bangun.”
6) Sebaik saja anak bangun, terus berikan anak anda ganjaran ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira pada diri mereka untuk bangun tidur. Usap kepalanyasambil bercakap dengan lembut agar si manja terus mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
7) Berilah ganjaran dari sudut pujian dan galakan apabila si manja memberikan kerjasama yang baik untuk bangun tidur di awal pagi sebelum ke sekolah. Hargailah setiap perkembangan mereka, teruskan mendorong dan berdoa.
Dari sudut segi psikologi, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau pukulan, maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci dan berdendamdengan orang yang membangunkan itu. Seandainya rutin setiap dinihari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab, maka sebenarnya kita telah menyalakan api kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu.
Oleh itu, elakkanlah perbuatan yang DILARANG sewaktu mengejutkan anak bangun dari tidur seperti :
> DILARANG meninggikan suara.
> DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian.
> DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat.
> DILARANG menyimbah air.
> DILARANG membebel berterusan tanpa henti.
Diharap cara dan langkah-langkah di atas mampu memotivasikan ibubapa untuk mengejutkan si manja di awal pagi dengan lebih tenang.
Sekiranya si manja terus-terusan meragam dan liat untuk bangun di awal pagi, laluilah ia dengan sabar dan positif. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza mengikut perkembangan masing-masing.
Semoga warna-warni di pagi hari ini menjadi episod eksklusif untuk dikenang baik untuk si manja mahupun buat mama dan papa. Hiburkanlah hari anda dengan sketsa pagi si comel.
Kredit: ExcelQhalif via Solusi Minda
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini kita mendapat perkhabaran gembira tentang perkahwinan Abang Viva bersama pilihan hatinya, Evanoza. Namun, dalam pada itu muncul kekecohan dikatakan perkahwinannya tidak mendapat restu ahli keluarga oleh kakaknya sendiri yang mendedahkan adiknya itu berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
Bagaimanapun, hari ini Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar memaklumkan segala perselisihan faham antara mereka sekeluarga akhirnya berjaya diselesaikan dan sudah berbaik semula.
Perkara ini dimuat naik sendiri olehnya dalam satu perkongsian yang mengandungi gambar mereka sekeluarga di laman Facebook.
Menerusi hantaran tersebut, Azwan meluahkan kesyukuran apabila salah faham itu akhirnya diselesaikan dan berterima kasih atas doa semua pihak terhadap mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah, segala perselisihan faham telah diselesaikan.. dan kami menjadi seperti dahulu kembali. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan. Saya, wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi. Saya berharap tiada lagi isu kecaman atau isu yang akan dikeluarkan,” tulis Azwan.
Dalam masa sama, Azwan enggan mendedahkan perbincangan mereka sekeluarga kerana mahu ia menjadi rahsia mereka bersama.
Azwan juga berharap tiada lagi pihak mempersoal atau bertanya tentang isu ini kepada ibu bapanya, jika ada mereka boleh secara terus bertanya kepada diriya dan biarlah dia seorang menanggung segala beban.
“Saya juga berharap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu ini kepada ibu bapa saya.. Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja.
“Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban, bukan keluarga saya. Insha-Allah, majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini.
“Maaf juga kepada pelanggan saya sebab tak dapat datang untuk basuh kereta korang dan mungkin saya bercuti dalam sehari dua lagi sebelum saya teruskan kembali kerja cucian kereta bergerak saya..” tambahnya.
Alhamdulillah, selesai juga perselisihan faham antara mereka sekeluarga. Diharap persaudaraan terjalin lebih kuat dan segala salah faham berlaku dapat diselesaikan secara baik.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.