Biasanya sayuran hijau seperti daun ketumbar misalnya mudah busuk dan layu. Tapi ada cara andai ibu-ibu mahu pastikan ia dapat tahan lebih lama. Kaedah ini dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad
PETUA simpan daun ketumbar kekal segar selepas sebulan.
Kat rumah sis wajib ada daun ketumbar ni untuk perasa dan hiasan dalam nasi ayam, sup, tom yam dan kerabu ala Thai 😋. Jadi, kenalah buat stok. Malas pulak nak ke kedai runcit setiap kali nak masak.
Ads
Sis suka daun segar untuk dijadikan hiasan diatas lauk, masih kekal warna hijau daunnya. Barulah cantik presentation makanan 😘
Sebelum ini sis rendam akarnya dan masukkan dalam bekas yang sama. Ia tidak tahan lama dan akar cepat reput dan busuk. Mungkin juga sebab sis tak kerap tukar airnya.
Oh ye, ada yang suka simpan dalam freezer dengan cara masukkan dalam bekas kiub ais dan ada yang masukkan dalam plastik aiskrim supaya jimat ruang. Sis tak guna cara ni sebab nak kan daun yang segar buat hiasan atas makanan.
Ads
Sis pula lebih pentingkan bentuknya, guna container macam ni lebih praktikal bagi sis. Bekas pon senang nak basuh dan keringkan. Sis dah guna beg ziplock. Tak serasi, leceh nak basuh dan lambat kering.
Anak-anak yang minum air, pasti akan tumpah walaupun setitis. Betul tak? Tiba-tiba kita perasan, ada kesan tompokan pada sofa.
Dah tak cantik ada tompokan kan? Jadi, anda boleh menghilangkannya dengan cara yang dikongsikan oleh Nurul Wahyu ini. Nak share haritu ada ahli tya mcm mana ye nak hilangkan kesan tompok pada sofa yg color light2. ada ahli kelab ni share kata pakai air panas. so saya dah buat. mmg berkesa. terima kasihh pada yg share Caranya:
Letak air panas dalam mangkuk, kemudian rendam dengan kain bersih. Lap semua permukaan sofa bagi balance. Selepas itu lap dengan kain kering. Akhir sekali, biarkan kering menggunakan hydryer atau bawah kipas. saya pakai kipas jek. mmg berkesan. hilang tompok semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membaca Al quran di bulan Ramadan yang penuh barakah ini pastinya kita semua maklum akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah swt. Lalu kita sebagai ibu, pasti mahu merebut pelung keemasan ini agar dapat membaca al quran bersama anak-anak dan keluarga. Pun begitu, mengharapkan anak-anak membaca al quran tanpa perlu dipaksa mungkin ada cabarannya yang berbeza.
Jadi bagaimana harus kita lakukan?
Persoalan ini mungkin dapat dijawab bila melihat perkongsian daripada seorang ibu ini dalam mendidik anaknya untuk mencintai membaca al quran tanpa perlu dipaksa malah tanpa diberikan sebarang reward sekali pun, anaknya terus membaca al quran.
Diharapkan dengan perkonsgian ini, dapat memberi inspirasi untuk kita mendidik anak-anak menjadi insan yang sempurna di dunia dan di akhirat.
“Mak, Muiz nak baca sampai ayat 46 je, tak nak baca sampai habis..” Tiba-tiba anak bersuara ketika kami sedang Halaqah Surah al Kahfi Jumaat yang lepas. Saya menjawab sambil tersenyum..” ok sayang, no problem..terpulang pada Muiz..”
Anak lelaki terus memandang saya dan bertanya..”Mak nak baca sampai ayat berapa?” Saya diam sambil merenung Quran yang terbuka di depan saya: “Mak nak habiskan baca seluruh surah”
Tiba-tiba saya jadi sayu..
“Sebab mak banyak dosa..Mak takut, muiz. Mak harap Allah bagi mak cahaya supaya mak nampak bila jalan kat padang mahsyar nanti. Nanti kat padang mahsyar keadaan dia gelap sangat. Ada yang berjalan guna tangan, ada yang jalan guna muka..ada yang mengesot..
mak tak tahu mak macam mana nanti..Mak harap Allah bagi mak cahaya ni supaya mak boleh jalan sendiri..”
Laju pula air mata kali ni macam sedang kupas bawang
“Sebab tu mak nak baca seluruh surah ni..Allah dah janji nanti siapa yang baca akan dapat cahaya terang sangat ..Cahaya tu terang sangat sampai orang munafik akan kejar kita sebab nak mintak sikit cahaya tu..Haritu semua orang akan berjalan dalam gelap gelita..Muiz tolong doakan mak selamat ye”
Anak yang dari tadi khusyuk dengar cerita sayu mak dia tiba-tiba bersuara:
“Mak, Muiz nak baca sampai habis hari ni Surah Al Kahfi”
“Allahuakbar” jawab saya sambil peluk anak lelaki.
Beginilah saya dorong anak saya membaca al Quran tanpa sebarang reward seperti main game atau hadiah fizikal. Sesekali tiada salahnya beri ganjaran tapi jangan dibiasakan.
Yang kerap saya lakukan untuk dorong anak saya ialah:
1) Suburkan jiwa anak dengan Hadith Sahih
Ceritakan fadilat kelebihan surah-surah yang dibaca.
kenapa baca al Mulk sebelum tidur?
kenapa baca Sajdah?
kenapa baca Al Quran?
Kenapa perlu tadabbur al Quran?
Bina kefahaman anak kenapa dia perlu selalu baca dan tadabbur al Quran
Semua ni ada diceritakan dalam Hadith Nabi Muhammad saw
2) Jangan paksa
Jangan paksa anak habiskan seluruh surah bila nampak mereka tak minat lagi nak habiskan bacaan Al Quran. Tapi dorong mereka. Saya sentiasa berlaku fleksibel dengan permintaan anak-anak saya apabila tiba sesi Quran. Bila mereka nak berhenti, saya tidak akan paksa. Tapi saya akan beri “offer” yang menarik melalui hadith nabi Muhammad saw
Dalam erti kata lain saya seolah memberi gambaran pada anak yang mereka akan terlepas satu ganjaran yang besar yang Allah nak beri pada mereka jika mereka stop baca Quran. Biasa anak tidak mahu lepaskan “offer” dari Allah kerana fitrah anak-anak memang suka kepada kebaikkan
3) Tunjukkan kasih sayang kita
Apabila sesi baca Quran, ekspres sebanyak mungkin kasih sayang kita pada mereka
peluk dan cium anak usap mereka sambil ucap kata-kata yang baik. Bina memori penuh kasih sayang setiap kali anak menatap ayat-ayat Allah ketepikan amarah dan rotan.
4) Berdoa didepan anak
Berdoa dengan nada yang cukup kuat untuk anak dengar. Saya sering doakan anak dengan doa yang Nabi baca untuk Ibnu Abbas,
saya usap ubun-ubun anak sambil baca doa ini. اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil”
Saya bacakan sekali terjemahannya supaya lebih bermakna doa itu.
Saya juga akan angkat tangan berdoa supaya Allah jadikan Al Quran seperti taman-taman bunga dalam hati kami seluarga, Al Quran sebagai penghilang kesedihan kami,
dan Allah pilih anak-anak keturunan kami sebagai orang yang belajar dan mengajar Al Quran.
Inilah doa yang selalu saya ulang-ulang setiap petang Jumaat ketika baca Surah Al Kahfi bersama anak-anak.
Segala puji bagi Allah yang beri ilham kepada saya untuk terus mendidik anak-anak, tanpa petunjuk dan rahmatNya saya tidak akan mampu untuk terus sabar dalam membesarkan anak-anak. Semoga Allah pilih kita dan zuriat keturunan kita sebagai Hamalatul Quran , dan dimatikan sebagai Pencinta al Quran dan kelak dibangkitkan dengan mendapat Syafaat al Quran dengan Izin Allah.
Pertama kali dalam sejarah negara, apabila majlis pernikahan dilaksanakan secara online.
Itulah situasi yang dikongsikan semalam bila mana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan Majlis Akad Nikah satu pasangan pengantin secara atas talian (online), ekoran kekangan pergerakan akibat wabak COVID-19.
Majlis pernikahan pertama secara online melalui sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, disempurnakan dalam sekali lafaz.
Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa pada jam 10.10 pagi tadi. Menariknya, majlis itu hanya mengambil masa 15 minit sahaja.
Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan kehadiran saksi.
Majlis bersejarah yang turut disiarkan menerusi Facebook Live Berita AlHijrah itu disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.
Majlis nikah online itu selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin daripada JAWI untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.
Antara negara melaksanakan nikah online ekoran penularan wabak COVID-19 adalah Emeriyah Arab Bersatu (UAE). Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu hingga 28 April depan bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...