Selain menjadi bahan penyedap dalam masakan, serai antara herba yang sangat efektif untuk membaiki kesihatan dalaman seorang wanita. Bagi anda yang mementingkan kecantikan dan kesihatan dalaman, apa kata cuba praktik petua menggunakan serai ini.
Perkongsian petua oleh Mastura Rashid melalui laman facebook ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Patutlah wajahnya bersih tanpa cela, rupanya dia mengamalkan petua mudah ini.
Tapi, dalam mana-mana herba pun, bila ada baik, mesti ada buruknya juga jika terlebih dos, terutama sekali jika anda sedang mengandung, menyusu atau orang tua. jadi, berpada-pada tatkala mengamalkan sesuatu petua.
Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba !
Okay, resipi teh serai ni asalnya adalah dari perkongsian seorang bidan kelantan. Kalau tengok umur dia waktu tu, ingatkan baru lewat 30an atau awal 40an gitu. Rupanya dah 50an ok. Pengsan fiona tengok wajahnya yang bersih dan muda tak padan umur. Kemerahan, bersih, bertenaga. Jangan fikir dia bela saka atau hantu raya pulak ok. Memang dia amalkan teh serai sejak muda lagi.
BAHAN-BAHAN
3 batang serai
1 sudu besar daun teh hijau
2 ketul besar gula batu (pecahkan)
Resipi asal hanya gula batu dan serai saja. Tapi fiona tambah daun teh hijau supaya teh ni supaya fungsi awet mudanya berdouble triple dengan teh hijau yang antioksida. Bukan saja darah lancar, siap pakej cairkan kolestrol ,sihatkan jantung dan otak sekali.
Boleh guna teh hijau uncang brand OSK, AHMAD TEA ATAU BOH. Boleh ganti dengan teh rooibois atau black tea biasa. Boleh guna madu, stevia atau gula perang kalau tak nak gula batu. Tapi sebaiknya jangan guna gula biasa sebab tak berkhasiat. Boleh tambah halia jika nak extra hot. Tambah lemon untuk extra vitamin c booster.
Ketuk serai sampai pecah supaya kesemua khasiat serai masuk dalam air rebusan.
Ads
Isi air dalam cerek terus (cerek jenis boleh masak atas induction cooker), atau dalam periuk pun boleh.
Isi serai dan teh hijau.
Masukkan gula batu terus ke dalam air. Mulakan merebus sampai mendidih.
Dah didih, tutup api, dan biarkan seketika selama 10 minit. Biarkan dulu bahan-bahan berada dalam cerek. Nampak tak air dah bertukar warna perang? Kalau air bertukar hitam, cuba check, takut ada cicak tokek termasuk sekali tanpa sedar.
Tuang secawan. Harumnyaaa aroma teh serai ni. Jadilah kau esok berwajah baby baby dengan teh awet muda yang satu ni. Simple kan? Tak buat jugak, tak tahulah.
Kos RM1 untuk 5 batang serai, dan RM10-RM15 untuk daun teh hijau asli sebungkus. Gula batu sepeket RM2.20. Kos tak sampai RM20, tapi boleh buat berkali-kali.
Ads
Jemput minum. Lepas minum ni berpeluh-peluh badan. Ini antara teh terbaik untuk diminum sebelum mulakan senaman atau buat kerja rumah.
Teh ni selamat diminum kanak-kanak ok. Tak perlu rebus 7 hari 7 malam. Cukup 10 minit untuk legakan cirit birit anak, demam dan sakit perut.
Oh jangan hairan lepas minum asyik nak kentut, sendawa dan kencing saja ok. Nilah “magic”nya teh serai awet muda ni. Amalkan gaya hidup sihat dengan bahan semulajadi dari dapur ok.
APA KEBAIKAN TEH SERAI?
1. Kalau selalu senggut sampai guling-guling dan bergulung macam tenggiling tu, bolehlah minum teh serai secawan bila senggugut menyerang takde belas kesian.
2. Untuk orang yang sakit-sakit urat, krem urat lepas bersukan, atau bersumo, boleh minum teh serai secawan ok. Serai bersifat antispasmodic, iaitu boleh melegakan otot yang kekejangan.
3. Melancarkan darah, buatkan badan berpeluh non stop macam berlari naik tangga 20 kali.
4. Detox semulajadi. Detox perut dan juga detox kulit. Jadi senang membuang, senang berpeluh dan anda pun sihat happily ever after.
Ads
5. Boleh melegakan sakit sendi dan arthritis.
6. Rumah yang selalu dimasuki ular, bolehlah tanam serai sekeliling pagar. Pantang 7 keturunan ular dekat dengan rumah yang ada pokok serai. Kalau dimasuki ular juga, belalah angsa sebagai bonus. Ular paling anti dengan bunyi angsa. Tapi angsa arwah abah dulu, kena telan juga dengan ular sawa. Bising sangat kot, jalan mudah, telan saja.
7. Melegakan selsema dan meningkat sistem imun badan, dan mengelakkan kerosakan sel badan. Jadi badan dan muka maintain awet muda.
APA SIDE EFFECT TEH SERAI?
1. Ibu mengandung tak boleh minum dikhuatiri berlaku birth defect disebabkan bahan aktif nama Citral dan Myrcene yang ada dalam serai.
2. Fungsi melancarkan darah haid juga menyebabkan risiko keguguran tinggi.
3. Orang berkulit sensitif tak boleh minum teh serai kerana serai ni boleh trigger ruam dan alergik.
SIAPA BOLEH MINUM?
Semua dari kanak-kanak hingga orang tua. Termasuk ibu menyusu. Tapi ibu menyusu tak perlu letak daun teh hijau ok. Teh hijau ada kafein. Elakkan.
Jika anda mengandung, berkulit sensitif, nak makan boleh, tapi dalam masakan saja ok. Elakkan minum teh, apatah lagi sapu minyak serai yang panas di kulit.
Boleh tengok cara buat di dalam gambar. Fiona dah ubahsuai resipi ni untuk tambah fungsi antioksida dan sejukkan badan.
BERAPA KALI MINUM SEHARI?
Serai bersifat diuretik. Boleh singkirkan garam dan air berlebihan dari badan. Efek kencing, berpeluh tu sangat biasa. Boleh minum 2-3 kali sehari. Tapi sebaiknya jangan tambah gula putih ok. Hilang khasiat dia tau.
Tambah halia untuk efek panas dan extra diuretic function. Orang yang ada darah tinggi, bengkak badan, kencing manis, elok minum teh serai ni. Kalau ada kencing manis, tolong jangan tambah gula batu, gula biasa, gula perang, madu, atau pemanis. Stevia saja ok.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasang sebuah kabinet dapur yang cantik dan lengkap dengan segala fungsi memang didambakan oleh semua wanita. Pun begitu bukan semua orang punya citarasa sama. Ada juga yang lebih gemar melakukan sendiri dan berkreatif demi mencari kelainan di rumah sendiri.
Ada daripada kita yang gemarkan gaya luar biasa, bersahaja mahupun cara paling simple dalam menghias rumah. Begitu juga di dapur. Bagi anda yang lebih gemar melakukan sendiri, ada baiknya anda mencuba hasil ilham Shuhaimi Zulkefli yang membina sendiri kabinet DIY nya di rumah dengan hanya menggunakan rak buku.
Cantik, kemas dan kreatif. Bukan hanya cantik dan kemas, malah ideanya ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata sangat berminat dengan hasil kerjanya. Pemuda ini berkongsi hasil kerjanya dengan turut menyenaraikan bajet yang diperlukan. Menarik!
” Oleh sebab ramai pm cara buat kabinet pakai rak buku tu, saya bagi gambar detail di bawah sekadar berkongsi.
Saya hanya pakai :
1) Rak Buku (Tesco)
– RM14.90 x 6 Biji
2) Angle Bar L Shape (Kedai D.I.Y @ hardware)
– RM3.60 (12 pcs)
** Setiap rak, saya letak 2 pcs Angle Bar (atas & bawah) tepat pada tulang tengah tu. Tingkat atas tak perlu ikat, letak jer kat situ.
** Beban paling berat saya, lesung batu & botol pencuci.
Cantikkan hasilnya? Bukan hanya itu sahaja malah dia juga dengan sedang mempersiapkan beberapa projek DIY lain.
Next insya allah, sekarang saya tengah siapkan projek diy yang lain :
1) Sofa L Shape size 9 kaki untuk 12 orang duduk, dengan modal RM250 sahaja.
2) Buaian katil bayi dengan bermodal RM60.
3) Kitchen Hood – Penyedut Asap Dapur DIY kos dalam RM100
Solat tarawih andai dapat ditunaikan secara berjemaah di masjid tentu lebih seronok dirasakan, namun tidak semua berpeluang dan berkesempatan untuk sama-sama lakukan berjemaah di masjid atau pun surau yang berdekatan.
Apatah lagi dengan pematuhan SOP di masjid-masjid dan ditambah pula ibu-ibu yang mempunyai anak masih kecil, tentu sahaja keadaan tersebut menghalang untuk dapat sama-sama mendirikan solat tarawih pada tahun ini.
Jadi usah kecewa dan ayuhlah kita fahami cara bagaimana untuk mendirikan solat tarawih secara bersendiri di rumah dengan membaca ayat-ayat tertentu yang mudah dan ringkas.
Hal yang sama juga telah dilakukan oleh Puan Yatie Eimra ketika mengandungkan anaknya dahulu dan cara untuk menunaikan ibadah ini telah dikongsikan olehnya untuk manfaat bersama.
SOLAT TARAWIH SECARA SENDIRIAN
Mak-mak yang ada anak kecil atau yang tak berapa sihat dan tak dapat nak ke surau atau masjid, bolehlah ikut cara solat tarawih yang mudah ni. Saya ambil ni dari buku solat-solat sunat kepunyaan mak saya. Cara solat tarawih ini memang ringkas dan sangat mudah nak buat (tasbih dan selawat hanyalah sunat).
Seingat saya, sejak dari zaman sekolah lagi mak saya suruh ikut cara tarawih dalam buku ni bila tak ke surau. Almaklum lah, arwah ayah dah takde sejak kecil, adik-beradik yang ada kat rumah pun perempuan je. Bila 2-3 orang datang bulan serentak, dah tak dapat nak pergi surau. So belajarlah buat solat tarawih sendiri kat rumah masa tu.. Even masa mengandungkan Fydh dulu pun, alhamdulillah saya dapat buat solat tarawih setiap hari. Tertinggal sehari jer sebab dah bersalin.
Bukan setakat mak-mak, anak-anak remaja yang baru nak belajar-belajar solat tarawih pun boleh buat cara ni kalau tak berkesempatan ke surau/masjid. Mak-mak jangan jadikan alasan tak dapat pergi surau/masjid tak boleh buat tarawih.. Ramadan setahun sekali jer, jomlah kita tambahkan amalan.
a) Rakaat pertama – Alfatihah & surah pilihan
Rakaat kedua – Alfatihah & surah pilihan
b) Bacaan doa pendek setelah salam*
Ekstra Tip :
Disebabkan solat tarawih ini dilakukan secara sendirian, lebih mudah jika baca surah Al-Ikhlas pada setiap rakaat ke-2 supaya tak mudah keliru/lupa bilangan rakaat.
Doa pendek juga merupakan amalan sunnah sahaja sebagai waktu berhenti/selingan (maksud tarawih adalah beristirehat — berhenti seketika supaya solat tarawih dapat dilakukan dalam keadaan yang tenang dan bukannya tergesa-gesa)
?sangat disarankan baca doa pendek ini kerana mengandungi doa ‘afuw di dalamnya. Sebaik-baiknya doa ‘afuw di dalam doa diulang sebanyak 3x.
Melengkapkan kediaman dengan dekorasi yang menarik dan selesa untuk didiami oleh keluarga bukan boleh dilakukan sekelip mata.
Ini sebagaimana perkongsian Puan Noor Hafiza Mohamad, nyata kesabaran menghias kediaman hingga bertahun-tahun memberi impak dekorasi yang menarik dan selesa.
Dari mula menyewa di rumah flat, tak berhajat nak stay lama kat sini. Kami nak duduk rumah teres.
Saya masuk rumah sewa Julai 2013, tahun 2017 baru complete barang rumah. Tahun 2018 sehingga kini hanya touch up sikit-sikit dari segi persalinan fabrik (langsir, sarung kusyen, karpet, sarung kerusi).
Tapi hajat tu terpaksa kami tangguh. Sewa rumah teres di Seri Kembangan sangat wow masa kami mencari tahun 2013. Orang kata baik beli terus daripada bayar sewa beribu.
Takpalah. Lagipun kami berdua je. Buat apa nak duduk rumah besar. Cukuplah rumah kecil ni kami buat selesa macam hotel hehehe.
Lagipun masing-masing banyak outstation. Berapa hari seminggu je ada kat rumah. Dengan bayar sewa rumah sangat murah masa tu, selebihnya boleh lah buat saving dan boleh hulur dekat orang tua atau adik beradik yang dalam kesusahan.
Dalam berjimat tu, tak boleh tahan tau “nafsu” nak deko-deko macam rumah orang lain. Suamiku yang super “kedekut” belilah tv, iron, katil, kerusi-kerusi dari kedai perabot terpakai. Dah pindah kedai tu. Syukur sangat ada suami kedekut. Dia buat kita belajar erti syukur dan jadi extra kreatif.
Suami jugalah orang pertama yang bawa ke IKEA Damansara. Dalam diam, dia lagi tahu pasal rumah, perabot, shopping kompleks, cara gantung langsir.
Al maklumlah kami ni tak kapel macam orang. Orang tua yang match kan . Dah kawen baru tau kelebihan masing-masing.
Thank you sangat dekat mak dan pak mertua . Walaupun dia ni berat montot, tapi dialah orang paling berkuasa dalam kerja-kerja mengecat dan drill dinding.
Kerja pasang wallpaper buat tanpa bantuan suami. Dia balik kerja tengok dah setel semua. Tekejut dia dapat bini ganas panjat sendiri.
Thank you jugak suami sebab support hobi. Walaupun kebanyakan hiasan beli dengan duit sendiri. Kita rasa puas hati.
Idea asal
Idea asal dari saya sendiri. Suami pula dari segi teknikal. Kalau nak beli rak, wall shelve, perbot besar kena pergi kedai dengan dia. Dia yang arif pasal saiz, muat tak barang ni angkat melalui tangga sempit ke tingkat 1 dan cara pasang.
Kami suka ambil inspirasi dari deko hotel dan saya akan tunjuk kat dia contoh deko rumah dalam drama tv atau media sosial.
Kos deko
• perabot utama kebanyakan perabot terpakai
Asas/wajib:
– kerusi 2 biji RM80
– sofa bed RM200
– meja makan 4 kerusi RM290
– kerusi tambahan eames chair RM160 (2 biji)
– meja kopi RM170
– langsir sliding RM220
– TV RM600
Total : ~ RM1720
Hiasan
– karpet RM150
– karpet meja makan RM70
– Floor lamp RM50
– Shelve tv RM60
– Frame @ wall art RM120
– pokok artificial RM600 (semua)
– langsir pintu RM14
– rak buku/akuarium RM40
– kusyen kecil 5 biji termasuk cover RM150
– bantal besar 2 biji RM120 termasuk cover
– jam dinding RM60
– meja sudut RM60
Total : ~RM1494
Sumber : Noor Hafizah Mohamad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di