Wanita dan kecantikkan tidak dapat dipisahkan. Ada yang nak cantik wajah dan ada juga nak kelihatan ramping. Untuk kelihatan cantik dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, ramai wanita sanggup memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli pelbagai jenis produk kurus dan wajah.
Selain membeli produk ini, apa kata cuba petua secara alami. Hanya menggunakan bahan-bahan herba yang memang tersedia di rak dapur.
Ikuti perkongsian ini, menarik petua ini untuk turunkan berat badan dalam dalam tempoh 20 hari.
Ikuti perkongsian ini.
Ada tak kat sini yang tercari-cari resepi atau petua untuk turunkan berat badan? Resepi ni ciksu dapat dari sahabat kat seberang. Inshaallah berkesan katanya. Yang penting mudah dan selamat.
Bahan-bahannya:
2 sudu besar habatussauda
1 jug air
1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan)
Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.
Cara-caranya adalah :
1- Rendam semalam habatussauda dalam periuk yang berisi air.
2- Esok paginya, korang rebus rendaman tadi dengan api sederhana kecil sehingga menggelegak.
3- Apabila air sudah bertukar warna, tutup api dan tudung periuk tadi sementara menunggu rebusan tadi sejuk.
4- Kemudian, tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon.
5- Kacau rata. Dan taraaa. Dah siap. Sedia untuk diminum. Memang best nau-nau rasa dia. Haruum gitew. Lembuuut je bila masuk mulut. Aishh. Korang rasalah sendiri.
AMALKAN SEBELUM SARAPAN
Amalkan sehari sekali sebelum sarapan. Kalau korang nak tahu, dalam habatussauda ni terdapat sejenis kandungan kimia yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan.
That’s why la ia berkesan untuk menurunkan berat badan. Kandungan saponin dalam habatussauda ni juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan. Jadi, badan akan terasa ringaaan je. Tak de mengah-mengah lagi.
Selain untuk turunkan berat badan, resepi ini juga bagus untuk meredakan batuk dan selsema. Ciksu dah try bagi kat anak. Alhamdulillah, batuk reda walaupun baru sekali minum.
Selamat mencuba.
Sumber: Zaiton Abdul Manaf
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club