Pikat Selera Keluarga Dengan Puding Laici Berkuah, Semudah ABC. Simple Tapi Sedap!

Share

Nak sediakan menu apa untuk minum petang hari ni? Kalau belum ada plan, apa kat cuba Puding laici Berkuah ni. Resipi simple tapi sedap. Pasti anda sekeluarga terpikat.

Ini adalah resipi dari perkongsian Aisyah Humaira.

Selamat mencuba!

Hujan panas, Hujan panas tekak rasa nak sejuk manis. Puding laici berkuah. Semudah ABC! 😊

Bahan dan cara membuat:

1 pekat agar² sukatan air ikut arahan dibelakang bungkusan. Masuk 2-3 sudu besar gula jika suka manis boleh lebihkan dan masuk 4 sudu besar kordial laici Didihkan semua ni hingga sebatiSusun buah laici dalam bekas, tuang beberapa senduk agar² tadi dan bekukan.

Baki agar² dalam periuk tadi masukkan setengah tin susu cair. dan cebisan buah laici. Tuang lapisan susu ni dalam bekas agar2 yg dah beku.

Siap cara #dapurpolis Makan bersama susu cair jika suka berkuah.

IKLAN