Siapa yang tidak bimbang jika anak asyik makan junk funk kan. Tapi jangan pula sehingga obses sehingga menyebabkan ada yang cuak atau berkecil hati dengan kita.
Memang tindakan kita betul agar anak dijauhi sebarang bahan kimia seperti bahan pengawet yang boleh menjejaskan kesihatan untuk jangka masa panjang.
Malah kita dengan bangganya membeli ikan dan buah-buahan segar dikatakan real food. Tapi adakah kita yakin, adakah buat itu betul-betul real food tanpa bahan pengawet agar memastikan ikan-ikan itu segar sepanjang masa.
Persoalan ini diketengahan oleh seorang wanita yang juga bergelar ibu. Sungguh deep perkongsiannya.
JANGAN OBSES SANGAT PADA REAL FOOD INI SEBABNYA.
Ads
Lebih 10 tahun dulu saya ada seorang kawan yg sangat obses dengan real food. Dia takkan beli makanan yg digelar process food. Kfc pun dia geli geleman. Sehinggalah dia berkahwin dan ada anak, dia akan mengamuk bila org bagi anak dia makanan instant. Sampai satu tahap dia marah mak mertua sbb bg anak dia minum teh. Masa tu anak dia 1 year ++. End up, dia bercerai dgn suami. Terlalu obses dan cerewet adalah salah satu puncanya.
Walaupun memilih real food tu bagus, tp please lah jgn obses. Sampaikan anak termakan pemberian org pun dah masam mencuka, campak depan2 masuk longkang. Ramai org susah yg anak2nya membesar dgn teh dan sirap, alhamdulillah sihat walafiat.
AMBIL MAKANAN REAL FOOD SECARA SEDERHANA
And I’ll tell you the truth, the real food also can be harmful. For example, ramai yg fikir minum byk air elok sangat2. Tp terlalu byk minum air putih boleh menurunkan kadar natrium dan sebabkan hyponatremia, sawan, sakit buah pinggang, meningkatkan isipadu darah, membebankan jantung dan buah pinggang dan boleh sebabkan pelbagai penyakit lain. Sama juga dengan pengambilan buah dan sayur yg tak terkawal juga boleh sebabkan pelbagai penyakit akibat excessive of fructose, vitamin C, D, K dan E.
Ads
Menjauhkan anak2 dari junk food dan beri mereka makan real food bukanlah benda pelik. Semua parents wajib ada usaha tu, tapi jangan sampai terlalu obses sehingga memandang rendah parents lain. Kita belum tahu siapa yg bakal diuji dengan anak2 yg sakit. Kadangkala, anak kampung yg bermandi hujan, makan megi, minum teh dan kopi lebih kebal melawan penyakit berbanding anak kita yg sangat terkawal pemakanannya.
Last but not least, kalau betul2 inginkan real food yg sihat, stop beli seafood di pasaraya. Cari stock ikan, udang, sotong yg segar dan bebas pengawet dari bot balik hari. Pengawet pada makanan laut yg dihidang tiap hari utk anak2 tu jauh lebih bahaya dari jajan cikedis.
Ads
PILIH REAL SEA FOOD JUGA!
Bubur nasi + ikan tenggiri bunyinya sihat, tp jangan hidangkan anak bubur tenggiri ber-formalin pulak. Remember, real food means the real seafoods!
Seronok tengok gelagat Soraya, anak kepada pelakon Ain Edruce. Siapa sangka, cepatnya masa berlalu, pejam celik dah setahun rupanya usia si kecil ini.
Dalam satu perkongsian, si ibu memuat naik video throwback ketika kelahiran Soraya pada tahun lalu. Cukup menarik dan pastinya menjadi kenangan buat Soraya kelak.
Akui Ain, dia melalui detik sukar bila mana terpaksa menahan sakit kontraksi hampir 26 jam sebelum melahirkan anaknya.
“Anak Mummy dah 1 tahun. Pedih mata kita, masuk bawang ke tetiba.
“Cepatnya dah 1 tahun, punyalah susah nak keluarkan si kecik ni. 26 jam mummy dalam hospital, tak nak keluar-keluar.
“Seronok kot duduk dalam perut. Lama ekk nak keluar tu😣,” tulisnya berkongsi.
Sebagai ibu,tiada lain yang diharapkan selain mahu si anak terus menjadi yang baik sepanjang hidupnya kelak. Itulah juga titipan doa Ain buat Soraya.
“Happy birthday @__itsmesoraya. Mummy love you.. be a good girl okay.
“Jangan kuat jerit kat orang. Dah macam chucky dah mummy tengok. Kang semua takut dengan soraya ok,” tulis Ain lagi menerusi kapsyennya.
Apabila bergelar suami isteri tentunya pelbagai perkongsian hidup dilakukan bersama. Dalam pada itu, apabila usia perkahwinan makin bertambah maka tanggungjawab juga turut bertambah dengan komitmen membesarkan anak-anak. Isteri dulunya cantik padangan mata, namun kesibukan menguruskan anak-anak membuatkan diri tidak terurus.
Perkongsian Taufiq Razif mengenai perlunya suami bersikap ringan tolong membantu isteri amat penting bagi memastikan rumahtangga makin bahagia dan hubungan ini pastinya makin sweet! Ikuti perkongsian ini.
Wajah Isteri Comot Macam Lukisan Ni?
Serius isteri saya kadang-kadang lebih comot daripada lukisan ni. Wajah berminyak, muka redup dan berkain batik lembap penuh dengan jeluak susu basi anak!
Pernah juga saya merungut dalam hati ” awat laaaa comot sangat??? Tak sayang suami ke sampai comot taraa ni “
Yang peliknya suatu hari tu semua comot isteri saya ni tiba-tiba bertukar!
Senyumnya yang dulu tawar hambar kini dah mula manis dan mekar. Kain batik yang dulunya masam kini dah bersih dan semerbak. Wajah yang dulunya redup dan kusam dan dah ceria dan penuh senyuman!
Pelik la saya kan!
Bila gali punya gali rupanya yang isteri saya berubah kerana saya yang MULA BERUBAH!
Bila saya dah mulai rajin tolong dia jaga anak, kemas rumah, rajin mendengar keluhan dan paling penting banyakkan sikit nafkah bulanan daripada kebiasaan, kepenatan yang terbeban selama ni tu mulai ringan dan menghilang.
Kita sendiri pun kalau tertekan dan kepenatan, muka jadi masam, mood tak stabil dan akhirnya jadi serabut kan?
Sama la juga dengan pasangan kita. Tu je sebenarnya rahsia nak ubah pasangan. Kita ubah je dulu benda paling mudah dan paling dekat dengan kita.
Apa tu?
DIRI KITA SENDIRI!
Isteri kita macam lukisan yang saya buat ni la. Nampak comot kalau tak berseni, bernilai ribuan ringgit pada yang pandai menghargai.