Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan suaminya, Atta Halilintar yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada Sabtu lalu.
Sekali lagi memilih tarikh yang cantik iaitu pada tanggal 11 November, Atta dan Aurel turut berkongsi beberapa momen bahagia namun menyentuh hati itu di media sosial mereka.
Aurel dan Atta yang kini memiliki dua orang cahaya mata turut menimang cahaya mata perempuan yang dikatakan sudah pun diberikan nama, Azura Hanna Nur Atta.
“11-11-23 Alhamdulillah telah lahir puteri ke 2 kami,” tulisnya di kapsyen.
Ads
Menerusi beberapa momen yang dikongsikan Atta di Tik Toknya turut dikongsikan saat kelahiran anak kedua mereka yang penuh dengan momen menyentuh hati sehingga detik melahirkan.
Aurel yang ketika itu dibedah sempat ditenangkan Atta yang sentiasa mendampingi isterinya setiap saat untuk memberikan semangat buat Aurel.
Manakala Atta pula sentiasa mengucapkan kalimah Allah serta berselawat sepanjang masa agar dipermudahkan urusan kelahiran bayi kedua mereka.
Ads
Atta dilihat menangis sebak sepanjang detik hebat itu lantas membuatkan ramai yang hiba menyaksikan video penuh makna itu.
Semoga kelahiran bayi kedua ini mencambah rasa bahagia buat keluarga besar mereka.
Sudah tentu kita pernah dengan kata-kata ini, ‘Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
Namun, diharap kita bukan dari golongan itu. Kita perlu menghargai dan membalas jasa ibu bapa kerana mendidik dan membesarkan kita dari kecil hingga ke dewasa.
Jangan sikap kita itu mengakibatkan doa ibu terhenti buat kita. Sebagaimana perkongsian ini. Moga jadi iktibar bersama.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban.
Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita.
Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu.
Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita.
Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
IBU KORBAN SEGALA
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita.
Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita.
Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit.
Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita.
Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik.
Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan.
Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ini kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Memikirkan cara terbaik untuk menyusun atur beberapa jenis botol sos yang sedia ada di dapur, boleh pening kepala juga dibuatnya.
Mana hendak diletakkan sos cili, sos tiram, sos lada hitam, botol kicap dan beberapa jenis sos yang lainnya.
Kalau ditempatkan di atas meja makan, menjadi sempit pula, kalau diletakkan di dalam kabinet sukar pula dicapai. Malah kalau hendak disimpan di dalam peti sejuk, menjadi sarat pula peti sejuk dengan makanan-makanan lain.
Jadi apa kata, usahakan untuk melakukan DIY yang cukup ringkas ini dengan bermodalkan RM 10.50 sahaja.
Bukan sahaja murah, malah hasilnya memang wow. Bekasnya cantik, dan paling penting mudah diangkat jika ingin dijadikan sebahagian elemen dekorasi di ruang dapur.
Nak tahu bagaimana cara membuatnya, ini dikongsikan langkah demi langkahnya oleh Noriza Zainal Abidin. Jom semak.
Bahan-bahan yang digunakan :
batang mop 1
hiasan dinding 2
papan pemotong 2
kos 5 brg × rm2.10 = rm10.50
Step 1 : Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
Step 2 : Potong kayu mop ikut saiz papan.
Step 3 : Buangkan plastik merah pada batang mop yang telah dipotong dan kemudian pakukan kayu mop dengan papan hiasan.
Step 4 :Pakukan kiri dan kanan seperti di dalam gambar. Boleh gunakan Tupperware sebagai penahan.
Step 5 : Jadikan papan pemotong sebagai tapak dan paku kiri dan kanan.
Step 6 : Papan kedua ikut individu Sama Ada hendak Jadikan rak bertingkat atau setingkat. Kayu mop dipaku untuk jadikan penghalang.
Pernah tak waktu kecil dahulu, guna pelbagai alasan gara-gara tidak mahu ke sekolah? Antara alasan yang paling kerap guna kalau tak demam, rasa pening kepala! Dua ni lah yang selalu digunakan sehingga mak ayah memang ‘masak’ sangatlah perangai anak-anak ini.
Kalau dulu, seawal 4 tahun ibu ayah hantar anak-anak ke sekolah tadika kan, sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Zaman moden kini, ramai ibu bapa yang cakna dengan pembelajaran anak dengan menghantar mereka ke playschool di mana bukan sahaja itu menjadi transit tempat untuk anak-anak duduk sementara ibu bapa pergi bekerja, tetapi anak-anak lebih awal terdedah dengan kawan-kawan untuk bergaul sambil bermain dan belajar.
Tidak terkecuali buat pengacara, Dayah Bakar yang turut menghantar anaknya Fahri ke playschool seawal usia 2 tahun. Bagi sesiapa yang mengikuti laman sosial personaliti ini, mesti pernah lihat telatah anak ini yang gelagatnya buat orang tak kering gusi.
Baru-baru ini, Dayah bakar ada berkongsi anaknya dah mula ‘panjang akal’. Berbeza dengan kanak-kanak lain yang mungkin menangis teresak-esak, tetapi Fahri bagaimanapun secara spontan buat isyarat kepalanya kurang selesa sebagai alasan untuk tidak pergi sekolah.
Video yang dimuat naik di laman Tiktok itu mendapat tontonan ramai dan meninjau di ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anak Dayah Bakar sekali gus mempersoalkan di mana dia belajar ‘taktik’ tersebut. Tidak ketinggalan, segelintir mereka turut berseloroh bahawa Fahri mungkin ikut alasan ibunya sewaktu kecil dahulu.
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.