Selebriti yang kita anggap mungkin hanya menumpukan pada bidang seni ini, rupa-rupanya ada secebis hati yang cukup mulia dan murni dalam membantu mereka yang memerlukan.
Biar mengetahui akan risiko dan terpaksa berjauhan dengan keluarga, namun dek kerana mahu menjayakan misi kemanusiaan mereka tempuhinya jua.
Bukan sahaja hebat sebagai penghibur, namun beberapa selebriti Malaysia iaitu antaranya Faizal Tahir, Aizat Amda, dan Noh Hujan sangat aktif dalam menyertai misi kemanusiaan.
Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook Cinta Syria Malaysia dan juga di IG Faizal Tahir, memaparkan aktiviti sukarelawan yang dilakukan bersama dengan anak-anak mangsa perang Syria di kem Al Jasmine, Lubnan.
IKLAN
Namun, apa yang menyentuh hati ialah dapat dilihat saat Faizal Tahir mengetuai majlis khatam Al-Quran yang diadakan untuk anak-anak disana.
Ketika Faizal Tahir membuka majlis khatam Al-Quran bersama anak anak Syria di kem Al Jasmine, Lubnan dengan bacaan surah Al Fatihah, ada di antara kami yang mengalirkan air mata.
Ianya memberi syahdu, kami pakat berdebar belaka. Boleh kata semuanya mengetap gigi menahan diri supaya tidak tertumpah segala tangis yang beriya.
Dikelilingi anak anak syurga ini memberi satu aura yang sangat berbeza. Ia nyaman, namun disebalik senyum mereka ini kami tahu derita besar yang melanda.
Ada yang sebatang kara, hidup dengan entah siapa, ada juga yang kehilangan berbagai deria, hancur keluarga dan trauma dengan berbagai hal.
Mereka datang berjalan ke masjid dalam cuaca sejuk untuk mengagungkan ayat suci.
Dan kami menyambut mereka dengan sedikit hadiah serta sumbangan.
IKLAN
Iya kawan-kawan, yang kalian hulur itulah kami hantar ke sini. Syukur, semoga Allah sentiasa memelihara mereka, juga kalian yang sentiasa bersama kami demi memberi bantuan kepada mereka ini.
Terima kasih semua, doakan perjalanan kami ke kem-kem di Turki pula.
khusyuk dengar Faizal alun surah Al-Fatihah
IKLAN
Sungguh sedap dan merdu bacaan Al-Quran penyanyi tersebut, bacaannya diikuti oleh anak-anak Syria yang menyertai majlis khatam Al-Quran itu.
Khusyuk anak-anak Syria itu mendengar alunan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Faizal. Menerusi foto yang dikongsi, terpacar kebahagian di wajah mereka menerima kedatangan dan bantuan daripada para sukarelawan Malaysia.
Masalah perut buncit menjadi antara masalah yang ramai wanita hadapi. Lebih-lebih lagi jika telah melalui proses melahirkan anak beberapa kali.
Lazimnya, wanita tidak mahu terlihat tidak cantik dihadapan suami, lalu pelbagai cara harus dilakukan untuk kembali langsing.
Jadi apa langkah yang harus anda buat sekarang?
Di sini ada disenaraikan beberapa petua yang sesuai untuk diamalkan bagi mengatasi masalah perut buncit dan seterusnya terlihat langsing.
Jom semak.
LIMAU NIPIS
1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. Atau cara lain, anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis
TEH CINA
Ada dua cara yang boleh diamalkan.
1. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
2 Selepas makan, amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu, Ia boleh menurunkan berat badan.
ASAM JAWA
Air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan. Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas.
Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari.
HALIA BARA
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Kemudian perahkan air limau nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
KAPUR MAKAN
Anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
LEMON
Caranya : Ambil sebiji lemon diperah jusnya dan tambah satu sudu madu lebah/kelulut asli dicampur dgn secawan air suam dan minum. Amalkan 2 kali sehari Insyallah mujarab.
SENAMAN
Semua petua ini sangat2 bagus n baik, yang penting sekali kena buat apa jua senaman baru hasilnya sangat2 bagus.
Selamat mencuba.
Sumber : Petua Kempiskan Perut
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian ibu ini mengenai bagaimana cara kalau ibu ayah hendak mohon ke sekolah aliran tahfiz (di bawah KPM) untuk anak cukup berinformasi.
Apatah lagi buat ibu ayah yang baru menguruskan anak -anak selung ke tingkatan satu.
Untuk itu, ikuti perkongsian ini untuk info bersama.
Sejak saya tulis hal Najla bersekolah di sekolah Tahfiz Model Ulul Albab tempoh hari, ramai betul ibu bapa (yang anak sulung baru ambil UPSR tahun ini) mesej saya di Fb dan Whatsapp bertanyakan bagaimana cara kalau nak mohon ke sekolah aliran tahfiz (di bawah KPM) begitu. Terutamanya, yang anak-anak mereka bersekolah di sekolah rendah swasta.
Ok, saya cuba catatkan soalan yang kerap ditanya. Tetapi ini hanya untuk mereka yang ingin mohon dalam SELANGOR/WILAYAH KL SAHAJA ya. Negeri lain tak pasti bagaimana.
Juga kebanyakan pertanyaan adalah daripada ibu bapa yang anak-anak mereka bersekolah di SEKOLAH RENDAH INTEGRASI SWASTA.
Satu lagi, pengalaman ini berdasarkan pengalaman waktu menguruskan kemasukan anak ke Tingkatan 1 pada tahun 2016 dan 2017. Maaf kalau ada info terkini yang Kak Odah tak tahu ya.
Kak Odah tulis dalam bentuk soalan – jawapan ok. Semoga membantu.
Soalan 1 :
Anak saya bersekolah di sekolah rendah agama swasta. Boleh ke dia mohon sekolah menengah agama bawah kerajaan ya? Kalau boleh, apa syaratnya?
Jawapan :
Ya boleh. Biasanya masa mohon tu mereka akan tengok keputusan UPSR dan PSRA (Selangor)/UPSRA (KL) iaitu peperiksaan agama waktu darjah 6. UPSR tu tak perlu straight A pun (tak ingat perlu berapa A). PSRA/UPSRA kalau tak salah kena Mumtaz/Jayid Jiddan. Kalau lepas syarat permohonan ni nanti mereka akan panggil temuduga.
Soalan 2 :
Ada kawan saya kata kalau dari sekolah rendah swasta tak boleh mohon sekolah berasrama penuh (SBP). Betul ke? Kalau sekolah asrama tak boleh mohon susahlah, sebab anak nak duduk asrama.
Jawapan :
Ya betul. SBP ialah Sekolah Berasrama Penuh. Senarai sekolah-sekolah di bawah SBP boleh disemak di sini :
https://www.permohonan.my/senarai-sbp-sekolah-berasrama-penuh/
Untuk makluman, bukan semua sekolah yang ada asrama tu, di bawah sekolah SBP. Mohon jangan keliru. Banyak sekolah lain yang ada asrama dan bukan dalam kategori sekolah SBP.
Jadi, jika anak sekolah rendah swasta, yang tak boleh mohon hanya ke SBP. Lain-lain seperti MRSM, sekolah-sekolah agama kerajaan negeri semua boleh mohon.
Soalan 3 :
Anak saya sekolah rendah agama swasta, tapi dia nak masuk sekolah ALIRAN TAHFIZ. Saya ingat nak mohon sekolah tahfiz bawah KPM atau kerajaan negeri. Boleh saya tau sekolah apa boleh saya mohon?
Jawapan :
1. Sekolah Ulul Albab bawah KPM. Kalau di KL, boleh mohon SMKAKL. Kena semak di lamanweb Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KL :
http://jpwpkl.moe.gov.my/
2. Sekolah MRSM Ulul Albab. Mohon masuk MRSM di website, tapi kena pilih MRSM Ulul Albab. Senarai MRSM Ulul Albab ada di sini :
3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Cheras. SMISTA ni di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMAIWP). Juga kena semak maklumat permohonan di laman web mereka :
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/. (sila tengok pautan pautan berkenaan ya)
4. Sekolah tahfiz di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ada 5 buah sekolah iaitu Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Selangor (MITS) di Sabak Bernam, Bagan Lalang, Sepang, Banting dan di Alam Impian, Shah Alam. Rujuk guru SRA, kerana kelayakan memohon ikut keputusan PSRA. Yang layak sahaja guru akan beri borang permohonan.
Soalan 4 :
Saya tak faham sebenarnya, ada yang cakap sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) ni bawah SBP, ada yang cakap bukan. Yang mana satu yang betul ya Kak Odah.
Jawapan :
Memang ada TMUA di bawah SBP. Ada yang bukan.
Contoh, TMUA (Selangor) ialah SBPI Rawang, iaitu sekolah SBP. Manakala TMUA (Wilayah KL) ialah SMKAKL, iaitu bukan sekolah SBP tetapi sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KL.
Soalan 5 :
Kalau selain sekolah aliran tahfiz, sekolah aliran agama mana yang anak saya boleh mohon kalau anak saya dari sekolah rendah agama swasta?
Jawapan :
1. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah JAIS. Contohnya SAM Rawang (Sekolah anak saya, Tasneem). SABK ni ada di banyak dalam Selangor. Setiap daerah mesti ada. Semak di sini :
https://drive.google.com/file/d/0B_MtGztwyVrYMDVjM2Y2ODctZjZkNy00Yzk5LWExOTctYWE0YTU4MzNjMDY3/view
Nota 1 : Sekolah Agama Menengah (SAM), Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) adalah sekolah agama negeri yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sekolah-sekolah ini juga dikenali sebagai kelompok Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dibawah Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nota 2 : Sekolah SAMBEST, hanya akan ditawarkan kepada murid yang keputusan PSRA mereka 96% ke atas (kalau tak salah).
2. Sekolah SMAIWP di Cheras. Permohonan online di laman web SMAIWP :
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/
Soalan 6 :
Kalau anak saya tak ambil PSRA tu, tapi dia ambil UPKK, boleh tak mohon sekolah-sekolah agama ni?
Jawapan :
Boleh (Tadi saya cakap rasanya tak boleh, tapi sudah ada yang sudah betulkan dalam komen di bawah). Cuma rasanya, ada sesetengah permohonan yang mahu kedua-dua keputusan peperiksaan tersebut.
Soalan 7 :
Kalau anak saya masa sekolah rendah tak pernah ada asas hafazan/tahfiz, boleh ke mohon sekolah aliran tahfiz tu?
Jawapan :
ya boleh mohon. Semua yang mohon, jika lepas kelayakan permohonan, akan kena hadir sesi temuduga hafazan. Jadi lepas UPSR atau PSRA nanti boleh latih anak-anak menghafaz. Biasanya diberi satu muka surat, dan diberi tempoh dalam setengah jam dan tengok berapa banyak dia boleh hafal. Yang banyak dapat hafal peluang cerah dapat masuk.
Soalan 8 :
Permohonan ni mak ayah kena buat sendiri atau sekolah akan buatkan?
Jawapan :
Ada yang sekolah beri borang dan sekolah uruskan. Tapi ada yang kena buat sendiri. Sekarang semua permohonan kebanyakannya online. Jadi jangan lupa tengok laman-laman web berkenaan. Apa pun, jangan lupa dapatkan update dari guru dan update dari group group Whatsapp sekolah anak-anak anda.
Soalan 9 :
Semua sekolah yang kena mohon ni belum tentu dapat kan? Macam mana prosedur selepas kita submit permohonan?
Jawapan :
Kalau sekolah SABK (selain MITS), kalau permohonan berjaya/tidak berjaya mereka akan hantar sms/emel makluman. Boleh semak dalam sistem juga. Tiada temuduga.
Bagi sekolah aliran tahfiz, selepas hantar permohonan, nanti mereka akan maklumkan sama ada berjaya untuk panggilan temuduga atau tidak. Makluman biasanya melalui SMS atau emel, atau semak dalam sistem online.
Jika berjaya temuduga, barulah berjaya masuk sekolah tersebut. Mereka akan hubungi ibu bapa pelajar.
Soalan 10 :
Kak, katakanlah semua permohonan dan temuduga nak masuk ke sekolah tahfiz tu tak berjaya, habis tu anak kita nak masuk sekolah apa?
Jawapan :
Boleh daftar sahaja dahulu nama anak di sekolah menengah (SMK) yang sepatutnya dia didaftarkan. Kadang-kadang anak kita dapat panggilan kedua atau ketiga atau keempat. Atau jika tidak berjaya, jangan putus asa. Sila buat rayuan. Jadi untuk sementara boleh sekolah SMK biasa dahulu.
.
Ok, kalau ada soalan lain, boleh tulis di ruangan komen.
Semoga bermanfaat. 🙂
Kak Odah Anderson
Anak di TMUA dan SABK.
Kredit foto lawa : Ustaz Rafiq/Ustaz Bushra SMKAKL
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran si kecil dalam rumah tangga. Bagi yang bertuah mungkin awal kahwin sudah dikurniakan rezeki ini tapi tak kurang juga yang terpaksa menanti lama baru dapat.
Ada juga pasangan yang berkahwin bertahun-tahun namun belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri. Demikian juga dengan pelakon dan pelawak tanah air, Achey yang tidak pernah putus asa untuk memiliki zuriat senrdiri.
Terbaru, Achey memberitahu sterinya, Nor Hasanah Yahaya ingin menjalani rawatan kesuburan menerusi proses ujian persenyawaan in vitro (IVF) sebagai salah satu usaha untuk mereka menimang cahaya mata sendiri. Bagaimanapun, kata Achey, hasrat tersebut masih belum lagi tertunai sejak mula dirancang pada penghujung tahun lalu.
“Awal bulan Disember tahun lalu, saya dan isteri memang ada rancang nak buat IVF. Cuma memikirkan mungkin banyak program komedi pada hujung tahun, perancangan itu agak susah kerana nak buat proses tersebut tak boleh stres. “Sepatutnya bulan Jun lepas, tapi tuntutan kerja dan pandemik Covid-19 pula. Insya-Allah mungkin dalam tahun ini juga, kalau boleh secepat mungkin. Orang rumah pun kalau boleh nak anak dari rahim sendiri juga ,” katanya kepada Gempak.
Menurut Achey, dia dan isteri memang mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun.
Pada masa sama, katanya, dia tidak kisah sekiranya ada rezeki untuk mengambil anak angkat lagi. “Kalau ada dapat seorang anak angkat ‘sebat’ (ambil) sahajalah dulu.
“Tak kisah sebenarnya kalau tambah anak angkat lagi. Bila dah ada seorang jadi seronok. Cuma, kalau boleh nak puas jaga sampai umurnya tiga tahun. Mungkin tambah seorang anak lelaki pula. “Cuma, sebelum nak ambil tu, saya kena fikirkan dalam ahli keluarga saya ada tak yang boleh jadi ibu susuan untuknya,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011.
Intan Ladyana kongsi wajah Umayr, anak keduanya sudah 3 bulan, "Rupa siapa ye." Pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata keduanya, di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur ada 26 April yang lalu.