“Abang ada 100 ringgit tak, pinjam dulu”

Biasa dengar kan dialog ni. Buat para isteri ia adalah perkara biasa apabila meminta duit kepada suami.

Ada sesetengah para isteri yang bekerjaya walaupun bergaji besar tetap  suka meminta duit kepada suami. Katanya bahagia apabila dapat berbuat begitu.

Begitu dengan perkongsian ini. ‘Manis’ untuk kita amati bersama. Menurut lelaki ini, Aizat Azman , isterinya mahu meminjam duitnya dengan alasan mesin ATM tempat kerjanya rosak.

Namun, sebagai suami, istilah ‘pinjam’ tidak ada dalam kamus kehidupannya setelah bergelar suami kepada isterinya.

Dia berkata, setiap pemberiannya kepada isteri itu sebagai hadiah dan rezekinya melimpah ruah apabila ikhlas memberi kepada isteri.

“Abg ada 100 ringgit tak, pinjam dulu” Isteri nak pinjam duit. Katanya mesin atm kat tempat kerja rosak, malas nak g bank cucuk duit.

Saya kata ok la. Pegi la ambil dalam dompet. Ambil berapa pun boleh.
Kebetulan saya baru je cucuk duit juga. Ada la dalam dompet tu 235.80 baki lepas dah settle bayar bil semua.
Bila nampak ada 200+ tu pun isteri teringat sesuatu.

Pinjam RM200, Dapat RM2000. “Kita Yang Pinjam Rezeki Isteri.”

IKLAN

“Abg pinjam 200 boleh, baru teringat ada nak bayar cod barang hari ni”
Saya kata ok je. Ambil la.
“Terima kasih abg”, sambil tersenyum
Bahagia sangat nampaknya. Dapat 200 ringgit macam dapat 200,000.
Rasa macam di permainkan pula.

Dia bukan malas nak g bank sebenarnya ni, dia nak duit dari saya je untuk buat dia rasa bahagia.

Patut la, bukan sekali ni tapi dah beratus kali kena modus operandi pinjam duit yang sama.
Baru saya teringat, bahasa cinta isteri saya ni ialah hadiah. Dia akan rasa bahagia bila saya bagi hadiah.

 

 

.

IKLAN

 

 

 

 

Mungkin sebab dah lama tak dapat hadiah, dia pun buat la akal macam tu. Umpama ambil dari duit dompet saya tu macam dapat hadiah la.

Sejak dari itu sengaja saya biarkan ada duit tunai dalam dompet. Duit tu memang khas saya sediakan untuk di pinjam oleh isteri.
Paling bestnya saya tak pernah pun minta isteri bayar balik kerana Allah selalu bayarkan untuk isteri.

IKLAN

Pinjam 200, dapat balik 2000 memang untung sangat la. Rezeki datang tanpa di tagih.
Sebenarnya bukan isteri yang pinjam duit kita, tapi kita yang pinjam rezeki dia.

Wallahu A’lam,
Ambil la banyak banyak pun tak apa duit suami duit isteri juga.

Sumber: Aizat Azman

 

Pinjam RM200, Dapat RM2000. “Kita Yang Pinjam Rezeki Isteri.”

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Pinjam RM200, Dapat RM2000. “Kita Yang Pinjam Rezeki Isteri.”

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI