Bila melangkah ke dapur, pisau antara peralatan dapur yang teramatlah penting. Pisau yang tumpul atau sudah tidak elok lagi untuk digunakan boleh buat hati jadi berang ketika hendak memasak.
Apatah ketika pulang daripada kerja dan ini akan menambah sakit hati ketika hendak memasak. Bagaimana memastikan pisau sentiasa tajam dan terjaga dengan cantik walaupun telah lama digunakan. Ada caranya. Cuba petua ini.
Asah Selalu
Pisau yang tajam haruslah diasah permukaannya lebih kerap. Jangan malas kerana inilah cara untuk memudahkan proses memasak anda dengan lebih pantas. Biasakan diri untuk mengasahnya setiap kali hendak digunakan. Biarkan sentiasa tajam.
Ads
Pilih Pengasah Sesuai
Ada juga pengasah yang tidak kena dengan jenis pisau yang anda gunakan. Namun ada juga yang lebih senang mengasah pisau menggunakan lesung batu yang digunakan untuk menumbuk sambal. Tidak salah, namun kenalah bijak menggunakannya agar kena pada semua mata pisau. Jika tidak, beli sahaja pengasah jenis bulat dan panjang, khusus untuk mengasah.
Simpan Tempat Kering
Setiap kali selepas menggunakannya, pastikan pisau diletakkan di tempat yang kering seperti di dalam laci atau sebagainya. Selain lebih selamat, ini juga dapat menjaga mata pisau lebih lama. Malah ulu pisau jenis kayu juga tidak mudah reput kerana disimpan di tempat yang kering dan terjaga.
Ads
Jaga Dengan Teratur
Selepas digunakan pastikan pisau dibersihkan kotorannya dan dilap dengan kain yang bersih. Ini penting bagi memastikan tiada sebarang kotoran seperti getah yang terlekat di mata pisau, yang pastinya akan membuatkan mata pisau tumpul.
Ads
Gunakan Minyak
Jika perlu, ketika membersih atau selepas mengasah mata pisau, sapukanlah sedikit minyak dipermukaannya dan simpanlah kemas di dalam laci. Ini bagi memastikan mata pisau sentiasa tajam dan licin. Harus cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak itu anugerah terindah bagi pasangan suami isteri yang dah berkahwin. Bukan sahaja penyambung keturunan kita, tetapi sumber rezeki bagi ibu ayah.
Semua orang menginginkan untuk peroleh zuriat sendiri, namun lain pula bagi seorang influencer dari seberang ini, iaitu Gita Savitri di mana dia mengatakan wanita tanpa anak tidak perlu menerima gangguan seperti ibu rumah tangga yang lain. Ia termasuklah dapat tidur yang cukup iaitu selama 8 jam dan tidak tertekan dengan jeritan anak-anak di rumah.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gita itu berpunca daripada komen yang ditinggalkan oleh salah seorang pengikutnya yang mengatakan mahu menjadi awet muda sepertinya walaupun sudah berusia 30 tahun.
“Saya yang berumur 24 tahun pun kalah dengan Kak Gita, padahal sudah usia 30 tahun. Awet muda sangat ni,” kata pengikutnya.
Gita kemudian dilihat membalas:”Tidak mempunyai anak adalah cara semula jadi awet muda.
“Anda boleh tidur lapan jam sehari dan tidak tertekan mendengar jeritan anak. Dan pada saat wajah berkedut, kita punya duit untuk melakukan botoks.”
Malah melalui live bersama suaminya, Paul Andre Partohap baru-baru ini tetap menegaskan untuk tidak mempunyai anak dan menyifatkan anugerah Ilahi itu sebagai beban.
“iye, buat saya anak itu beban. Buat anda kan, bukan (tapi) anugerah. Buat saya beban sebab itu saya tidak mahu (punya anak).
“And there’s nothing wrong with it (dan itu tidak ada salahnya), ujar Gita di sesi live Instagram seperti dilaporkan Detik.com.
Hal itu menimbulkan kontroversi dan disifatkan seperti menyindir wanita yang sudah berkahwin sekaligus menjadi ibu. Perempuan yang berasal dari Palembang itu juga dikatakan sombong dengan anugerah yang tuhan berikan.
Terdahulu, Gita dan suaminya membuat keputusan untuk childfree atau tidak memiliki anak pada 2021 lalu.
Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu kepada insan bergerlar anak, jika ingin dihitung nyata terlalu luas, banyak dan tidak terjangkau banyaknya. Bahkan kerana tulis kasih dan sayang itu jugalah seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anak tercinta.
Ini sebagaimana yang dilaporkan di dalam Berita Harian apabila seorang ibu bernama Surawati Mohd, 33, yang maut bersama suaminya dalam kemalangan di Keratong, Rompin, Pahang, sempat mencampakkan anak bongsunya ke belakang untuk menyelamatkan anaknya itu sebelum kereta mereka bertembung dengan lori, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, Surawati, bersama suaminya, Muhammad Noor Idham Ramli, 31, maut selepas kejadian itu yang berlaku di Kilometer 134, Jalan Kuantan-Seremban, dekat Keratong.
Kejadian menyebabkan tiga anak mereka iaitu Arfan Rakeen, 2; Areesh Razeen, 4, dan Aryan Rizqy, 6, yang cedera ringan menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.
Adik Surawati, Syaidatul Fatihah Mohd, 30, berkata kejadian berlaku ketika lima beranak itu dalam perjalanan dari rumah mereka Pulau Duyong ke rumah orang tua suaminya di Felda Lui, Jempol, Negeri Sembilan.
“Kami (ahli keluarga) semua tidak tahu mereka bertolak awal sehari ke sana. Kakak memaklumkan dia sekeluarga akan bertolak ke rumah mentuanya pagi esok (hari ini) sebab anaknya cuti sekolah pada hari berkenaan.
“Malah keluarga ipar di sana pun tidak tahu yang lima beranak terbabit bertolak awal.
“Mungkin lepas suaminya habis kerja awal pagi mereka terus bertolak ke Felda Lui dengan menaiki kereta Perodua Myvi,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, di sini, semalam.
Syaidatul berkata, ahli keluarganya hanya mengetahui mengenai kemalangan terbabit selepas dihubungi pihak Hospital Muadzam Shah, Pahang, kira-kira jam 7 pagi.
“Kami dimaklumkan kakak dan suaminya meninggal dunia dan pihak hospital minta kami datang ambil tiga anak mereka yang cedera ringan.
“Apabila tiba di hospital anak saudara menangis dan ahli keluarga cuba menenangkan mereka.
“Menurut anak sulungnya sewaktu kereta hilang kawalan dia masih sedar dan ibunya sempat mencampakkan Arfan ke tempat duduk belakang bagi menyelamatkan anak bongsunya itu.
“Aryan sempat menyambut adiknya sebelum kereta berkenaan berlanggar dengan lori,” katanya.
Syaidatul berkata, jenazah Muhammad Noor dibawa ke Felda Lui untuk dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan rumah ahli keluarganya.
“Manakala jenazah kakak kami dibawa pulang di sini (Gong Merawang) untuk solat jenazah di rumah kedua orang tua kami dan mayat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Marang, di sini, selepas solat Isyak.
“Tiga anaknya turut dibawa pulang bersama kami kerana mereka lebih rapat dengan ahli keluarga di sini. Bagaimanapun, kami akan berbincang dengan ahli keluarga abang ipar mengenai penjagaan tiga anak arwah ini,” katanya.
Akhirnya Cara Ini Paling Tak Beban Simpan Duit, Setahun Dapat RM3,300!
Tidak dinafikan untuk menyimpan duit agak sukar bagi mereka yang boros berbelanja. Bahkan setiap kali hendak menyimpan, ada yang beranggapan ia sebagai beban. Akibatnya hasrat menyimpan tak menjadi!
Sebenarnya ada pelbagai cara hendak menyimpan tanpa rasa beban. Namun perkongsian Nur Nilam Sari ini agak menarik apabila menyimpan mengikut jumlah duit.
Walaupun nampak mudah tetapi ia memerlukan komited.
Jom lihat cara ini. Boleh cuba tambah tabungan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
RM1 – Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun RM 365 so genapkan cikitt agi bagi RM400
EXTRA TIP MENABUNG
Selain itu kita boleh menabung dengan cara mengamalkan konsep Labur dahulu baru belanja sebagaimana perkongsian daripada facebook, Sembang-sembang ASNB.
Tip mudah simpan duit
Ada banyak cara yang dikongsikan bagaimana untuk menyimpan duit tanpa rasa terbeban. Ada yang menyarankan supaya wang RM5 jangan digunakan, sebaliknya diketepikan dalam satu tabung dan hanya digunakan pada hujung tahun. Ada juga yang menyarankan simpan duit ikut hari, contohnya hari Isnin – RM1, Selasa – RM2 dan seterusnya.
Tiada cara yang salah ataupun betul, yang penting ada keinginan untuk menyimpan duit. Admin pun nak kongsikan satu kaedah mudah untuk menyimpan dan melabur, malahan dengan cara ini, anda mungkin tidak sedarpun yang anda melabur setiap bulan.
Bagaimana caranya? Pastilah dengan mengamalkan konsep ‘Labur Dahulu Baru Belanja’.
Jika dahulu nasihat yang sering kita dengar ialah ‘kalau ada lebih, jangan lupa melabur’, tetapi dalam zaman teknologi serba canggih ini, adalah lebih mudah kalau kita ‘melabur dahulu baru belanja’.
Anggap pelaburan sama seperti komitmen membayar hutang yang perlu diketepikan terlebih dahulu sebelum anda mula berbelanja untuk barangan keperluan.
Dengan mengamalkan konsep ini, pengurusan duit setiap bulan menjadi lebih mudah kerana anda sudah melabur, jadi tiadalah istilah terlebih berbelanja, tiada masa melabur atau tiada lebihan untuk melabur. Diam tak diam, anda sudah memiliki duit simpanan yang boleh digunakan pada bila-bila masa.
Kelebihan Labur Dahulu Baru Belanja
1. Anda sudah melabur terlebih dahulu setiap bulan, jadi tiada istilah terlupa untuk melabur. Anda boleh berbelanja berdasarkan wang yang masih tinggal selepas membayar hutang kerana sudah melabur sebaik gaji diterima
2. Anda berpeluang menerima dividen tahunan kerana instrumen pelaburan seperti ASB memberi dividen berdasarkan baki setiap bulan. Modal pelaburan juga tidak hilang kerana ASB berharga tetap
3. Sekiranya jumlah pelaburan sudah besar, anda boleh berbelanja menggunakan dividen sahaja tanpa mengeluarkan modal, menjadikannya sebagai sumber pendapatan pasif tahunan
4. Menabung tidak memberi pulangan, malahan jika kita menabung sahaja tanpa melaburkan wang berkenaan untuk satu tempoh yang panjang, nilai wang dalam tabung makin mengecil akibat inflasi. Malahan ada kemungkinan ia rosak dimakan anai-anai
Dalam menetapkan jumlah pelaburan bulanan, pastikan anda mengetepikan jumlah yang anda selesa dan tidak terlalu megganggu perbelanjaan untuk keperluan.
Pelaburan secara sistematik, walau serendah RM30 setiap bulan akan membantu membina tabungan dan pada masa yang sama, menjana pendapatan pasif menerusi dividen yang diterima.
Jangan pula anda ketepikan sehingga RM200 tetapi mengeluarkannya pula dihujung bulan. Sekiranya ini berlaku, wang yang dilaburkan memang tidak akan bertambah kerana sudah dikeluarkan sebelum sempat menjana keuntungan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.