Anak itu anugerah terindah bagi pasangan suami isteri yang dah berkahwin. Bukan sahaja penyambung keturunan kita, tetapi sumber rezeki bagi ibu ayah.
Semua orang menginginkan untuk peroleh zuriat sendiri, namun lain pula bagi seorang influencer dari seberang ini, iaitu Gita Savitri di mana dia mengatakan wanita tanpa anak tidak perlu menerima gangguan seperti ibu rumah tangga yang lain. Ia termasuklah dapat tidur yang cukup iaitu selama 8 jam dan tidak tertekan dengan jeritan anak-anak di rumah.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gita itu berpunca daripada komen yang ditinggalkan oleh salah seorang pengikutnya yang mengatakan mahu menjadi awet muda sepertinya walaupun sudah berusia 30 tahun.
“Saya yang berumur 24 tahun pun kalah dengan Kak Gita, padahal sudah usia 30 tahun. Awet muda sangat ni,” kata pengikutnya.
Gita kemudian dilihat membalas:”Tidak mempunyai anak adalah cara semula jadi awet muda.
Ads
“Anda boleh tidur lapan jam sehari dan tidak tertekan mendengar jeritan anak. Dan pada saat wajah berkedut, kita punya duit untuk melakukan botoks.”
Malah melalui live bersama suaminya, Paul Andre Partohap baru-baru ini tetap menegaskan untuk tidak mempunyai anak dan menyifatkan anugerah Ilahi itu sebagai beban.
“iye, buat saya anak itu beban. Buat anda kan, bukan (tapi) anugerah. Buat saya beban sebab itu saya tidak mahu (punya anak).
Ads
“And there’s nothing wrong with it (dan itu tidak ada salahnya), ujar Gita di sesi live Instagram seperti dilaporkan Detik.com.
Hal itu menimbulkan kontroversi dan disifatkan seperti menyindir wanita yang sudah berkahwin sekaligus menjadi ibu. Perempuan yang berasal dari Palembang itu juga dikatakan sombong dengan anugerah yang tuhan berikan.
Terdahulu, Gita dan suaminya membuat keputusan untuk childfree atau tidak memiliki anak pada 2021 lalu.
Selalunya kalau telur yang lama tidak digunakan, pastinya akan membusuk! Lain pula bagi satu video yang tular ini apabila telur yang ditinggalkan selama seminggu menjadi anak itik. Fuhhh tak habis fikir jadinya!
Menurut individu yang memuat naik video ini di laman Tiktok miliknya, yang juga pemilik Homestay di Pendang Kedah ini, Zakaria Nazir, telur yang ditinggalkan oleh pelanggan itu difahamkan telur itik tersebut digunakan untuk umpan memancing.
Ini merupakan pengalaman kali pertama baginya sepanjang dia mengendalikan inap desa berkenaan.
Jelasnya, pada hujung bulan 10 ada pelanggan menginap di rumah tersebut dan tertinggal sepapan telur itik kampung. Pemilik telur berkenaan meminta Zakaria untuk menyimpan kerana akan kembali beberapa hari lagi.
Lain pula jadi apabila ada bau pelik ketika tuan rumah datang membuka dan melihat kebanyakan telur tersebut telahpun menetas menjadi anak itik.
Jumlah anak itik yang hidup adalah 13 ekor, manakala hanya tujuh biji sahaja yang tidak menetas.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan video berkenaan dan tidak sangka telur tersebut boleh menetas menjadi anak itik walaupun hanya ditinggalkan dalam tempoh seminggu.
Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kira-kira tiga bulan lebih lalu, ramai antara kita mempunyai hobi baru iaitu berkebun. Malah dalam tempoh itu, banyak grup ‘tumbuh’ di media sosial.
Menariknya, grup ini berkongsi mengenai cara menanam tanaman dan tip membuat baja. Selain membeli baja, ada juga petua untuk membuat baja secara organik.
Apa kata lihat cara buat baja ni. Menariknya apabila menggunakan dua bahasa aje iaitu telur dan yakult. Mudah kan.
Mak nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya. Ini mak dapat hasil dari menelaah FB.
Ini plant booster. Bukan otak aje perlu dibooster pokok pun sama okey. Nak dibelai-belai, ajak bersembang, senyum manis pada dia maka berbunga rianglah mereka.
Mengada sangat.
Kos nya murah, tak perlu guna tenaga beria, tak perlu baca jampi serapah. Cuma spray dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, daun bukan main hijau kemudian kalau berbunga tu bukan main meriah lagi.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Selamat mencuba! Memang mudahkan.
P/S: Nak tahu aktiviti kekeluargaan yang menarik dan petua-petua JOM JOINT TELEGRAM KELUARGAGADER
Inilah dikatakan norma baharu setelah penularan covid-19 apabila hari raya tahun ni, ramai yang memilih kaedah pemberian duit raya secara ‘online’. Malah sanak saudara dan nenek dan datuk di kampung memberi duit raya menggunakan kaedah ini sebagai tanda ingatan. Pemberian duit raya tidak berhenti walaupun tidak dapat berkumpul seperti dahulu. Anak-anak pastinya gembira dengan pemberian duit raya. Namun, ada segelintir ibu bapa menggunakan duit raya anak untuk kepentingan diri. Malah isu ini pernah tular suatu ketika dulu.
Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya. “Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri.
“Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera.”
Begitu juga dengan Mohd Fadli Salleh, berkongsi pengalaman mengenai isu menggunakan duit raya anak, namun katanya diganti balik setelah mendapat gaji bulan berikutnya.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
“Jangan guna duit raya anak tu. Saya sedekah untuk anak, bukan untuk mak ayah.”
Sinis beberapa status menyelar ibu bapa yang guna duit raya anak-anak untuk buat belanja sementara tunggu gaji.
Lebih pedih, ayat menikam marahkan ibu bapa tak buat simpanan. Tak buat perancangan rapi sebelum dan selepas raya.
Boros, tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan pada anak sendiri mentang-mentang mereka kecil lagi.
Baik pakar kewangan, tabungan dan simpanan sekalian. Meh sini Cikgu Korea nak sekolahkan kau orang. Kau baca dan hadam baik-baik.
Kau sedap menulis, kau sedap berkata, kau sedap menyindir dan mengata sebab kau tak rasa. Itu point utama.
Kau punya income lebat, kau punya simpanan banyak, maka kau kutuk hina pula mereka yang pendapatan rendah serta tak punya tabungan dan simpanan macam kau. Ini sangat tak kena.
Kau bicara kau mampu beli rumah walau gaji baru RM2000-RM3000. Kau cerita kau mampu buat saving hingga seribu sebulan dan mampu rancang perbelanjaan dengan baik sempena raya.
Perbandingan kau tak kena. Sangat tidak kena.
Kau tak lihat dari kaca mata orang yang punya anak ramai, punya tanggungjawab besar pada orang tua, adik-beradik dan anak-anak. Belum cerita bab komitmen hutang lagi yang bertambun banyak.
Bukan semua orang berhutang untuk berjoli. Kebanyakan mereka korbankan duit gaji baiki rumah ibu bapa. Ada yang menanggung hutang sebab menjadi guarantor beli kereta ayah ibu atau adik beradik.
Ada yang tanggung adik-adik di kampung disamping jaga keluarga sendiri. Ada juga yang bantu mak saudara, nenek, anak-anak saudara yang menjadi yatim dan sebagainya.
Maka usahkan nak menyimpan, nak survive setiap bulan pun satu cabaran.
Dan kau terus menyindir mereka. Sedangkan kau tidak merasa.
DUIT RAYA ANAK BANTU SEBELUM DAPAT GAJI.
Musim raya ini, kau terus dengan sindiran untuk ibu bapa yang guna duit raya anak-anak pula. Kejam kata kau. Haram kata kau. Ibu bapa tak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan pada kau.
Itu kau kata sebab kau tak rasa. Itu kau perli sebab kau tak lalui.
Aku sendiri secara peribadi pernah guna duit raya anak suatu ketika dahulu.
Isteri dan anak-anak lain ada di kampung. Duit belanja memang dah rancang, tapi perlu guna sedebuk untuk sesuatu hal luar jangkaan. Kes kecemasan yang tak boleh elak, maka habis segala duit yang ada.
Mujur ada duit raya anak-anak kat rumah. Aku pinjam hampir RM100 untuk teruskan hidup sementara tunggu gaji seterusnya ganti balik.
Masa itu aku terfikir, bagaimana mereka yang punya anak 7-8 orang survive sementara tunggu gaji. Aku yang masa tu duduk membujang sebab isteri berpantang pun terasa peritnya bila sampai waktu tersepit.
Maka pada aku, boleh saja ibu bapa guna duit raya anak-anak. Nanti ganti la balik bila ada duit.
Nak meminjam merata, orang lain pun bukan ada duit juga. Yang ada pun tak berapa nak bagi. Paling penting, air muka sewaktu meminta itu umpama pengemis pula.
Kadang disindir dan diperli hanya kerana nak pinjam RM50. Hinanya rasa pada waktu itu hanya Tuhan yang tahu.
Ye lah. Kau mana tahu. Kau mungkin tak merasa itu semua. Kau kan bijak merancang perbelanjaan. Kau kan hebat menyimpan.
Aku tahu sebahagian mereka ini hebat dalam pengurusan kewangan. Maka kau kongsilah tips menabung, kongsi tips mengurus kewangan tanpa perlu perli dan hina mereka yang guna duit raya anak untuk teruskan kehidupan.
JANGAN MENILAI ORANG SESUKA HATI
Banyak masalah yang mereka lalui kau tak pernah pun tahu. Kau tak pernah pun ambil peduli. Banyak kesakitan dan kesengsaraan kau tak pernah rasa.
Maka sangat tidak adil kau menghukum mereka hanya kerana mereka guna duit raya anak. Sangat tidak adil dan kejam sebenarnya.
Jangan menilai orang tanpa tahu kisah hidup mereka. Jangan!
Berkongsi saja tips yang kau tahu secara umum untuk manfaat semua. Berkongsi tips dan cara tanpa menyindir dan menyakiti sesiapa.
Kerana kita tidak berada ditempat mereka. Kita tidak rasa apa yang mereka rasa. Kita tidak lalui apa yang mereka lalu.
Hidup kita berbeza. Jangan mudah menilai sesiapa.
Bila pinjam, wajibkan diri untuk pulangkan walau itu milik anak kita sendiri.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.