Dihujung minggu ni ramai yang bercuti, mungkin ada yang ingin melakukan aktiviti meluangkan masa dengan anak-anak, anda boleh cuba ‘main’ masak-masak macam ni pasti menyeronokkan!
Kali ini kita masak ala-ala ‘western’ saja, Bila disebutkan makanan barat ni mesti ramai yang menyangka bahannya yang ‘kayangan’. Tapi jangan risau, kali ini kongksikan respi Pizza Cup yang mana bahan-bahan dia mudah untuk didapati serta ‘low budget’ pun boleh buat yaa.
Kali ini kita guna Air frYer saja, sebab lebih mudah dan pantas. Kalau buat dalam cup sebab lebih jimat tau sebab kita dah bahagikan siap-siap bahagiannya, senang boleh terus ambil seorang satu cup. Tak risau sebab anak tak perlu bergaduh dah, Kebiasaanya pizza biasa perlu potong dan dikhuatiri bahagian yang tak sama besar saiznya dah satu hal! bergaduh pula anak kita nanti. hehehe
Hidangan ini anggaran dapat dalam 8 cup.
Bahan-Bahan
2 biji telur
3 keping roti (potong cube)
Ads
2 btg sosej
2 sb butter (cairkan)
2 sb sos spahetti
5 sb susu cair
1 sb mayonis
Ads
Cara-cara
campur semua bahan, masukkan dlm papercup.
Kemudian tambah:
2 keping cheddar cis (sekeping potong 4)
Ads
nak tambah cis mozarella pun sodap
sedikit oregano (hiasan atas cis)
Bakar suhu 160’c selama 10minit di Air fryer
Ting!
Siap!
mudah bukan? memang tak sampai 5 minit pun pembuatannya. Anak kita mesti suka buat aktiviti seperti ini. Perut kenyang, hati jadi senang. Selamat mencuba semua!
Ingat lagi tak, orang dulu-dulu suka buat kek yang mudah dan rasanya sangat sedap seperti kek butter atau kek oren. Ada kek tu dengan kopi o panas waktu petang pun dah terbaiklah minum petang sambil borak-borak.
Yang mana rindu nak makan kek simple macam dulu-dulu tu, apa kata jom jengah resipi kat bawah ni dari Rosliza Sabar Malisi iaitu kek oren yang mudah dan paling penting sedap! Jom cuba.
RESIPI KEK OREN
ALHAMDULILLAH… KEK OREN…
Ptg ni Maklong buat kek oren…Ada ke peminat kek oren ni…Dah lama nak buat…tp asyik tertangguh je dgn masaalah kesihatan…
Kat sini MakLong bg resepi ye…MakLong nak bg kek x dpt…dpt bg resepi je la…
Doakan MakLong terus sihat dan di murahkan rezeki yg x putus2 ye…
Bahan-bahannya :-
1 cwn gula aising – beli di sini
1 cwn butter atau majerin (maklong guna butter) – beli di sini
2 cwn tpg gandum – beli di sini
4 biji telur gred b – beli di sini
3 sudu mkn susu pekat manis – beli di sini
3 sudu mkn pati oren sunquik – beli di sini
stgh sudu kecil kulit oren sunkis yg diparut – beli di sini
stgh sudu kecil baking soda
stgh sudu kecil soda bikabornat
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna kuning telur
Cara-caranya :-
1. Pukul butter dan gula hingga kembang, mskkan telur sebiji2 hingga habis, pukul lg hingga kembang dan masukkan susu, pati oren, esen vanilla, kulit oren,pewarna kuning dan pukul sebati…
2. Last sekali masukkan tepung yg dah diayak bersama dgn baking soda dan soda bikabonat…kacau sebati…
3. Panaskan oven api atas bawah 180° c…
4. Sapu loyang dgn butter dan lapik dgn kertas minyak…
5. Tuang adunan dan hentak sikit loyang supaya padat dan x de kelembung udara…
6. Bakar dlm 1jam…tengok keadaan oven masing2…bila dah nampak coklat2 tu cucuk dgn lidi atau pisau…klu x lekat tu…dah masak le tu….
slmt mencuba…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu. Kenal pasti risikonya.
Ada beberapa kriteria plasenta tidak normal yang boleh mengundang bahaya kepada ibu iaitu:
1. Uri melekat (retained placenta)
Tanda dan risiko:
a. Ketiadaan tanda-tanda plasenta sudah lekang selepas 30 minit menunggu.
b. Pengalaman lepas, ibu pernah mengalami masalah plasenta melekat.
c. Pernah menjalani pembedahan Ceasarean sebelum ini.
d. Pernah menjalani D&C.
e. Mempunyai anak ramai.
f. Kandungan kembar.
g. Kehamilan lewat usia.
Cara menanganinya:
Ibu perlu dibius. Seterusnya doktor akan cuba membuat MRP dengan memasukkan seluruh tapak tangan ke dalam rahim dan hujungnya akan digunakan untuk mengikis permukaan uri yang melekat di dinding rahim.
Doktor akan mengeluarkan plasenta sepenuhnya atau sedikit demi sedikit (serpihan).
Bagaimanapun terdapat risiko dengan cara ini iaitu:
– Uri tidak dapat dikeluarkan sebab tertanam di dalam lapisan otot dinding rahim. Ia dikenali sebagai acretal/percreta. Boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Doktor akan memberikan ubat methtrexate untuk mengecutkan sel-sel plasenta supaya ia keluar sendiri atau melalui pembedahan histeraktomi (buang rahim) terutama kepada pesakit yang sudah cukup bilangan anak atau lewat usia.
– Serpihan uri tidak lengkap. Mungkin doktor akan melakukan D&C untuk mencuci hingga rahim bersih.
– Berlaku jangkitan.
– Luka pada dinding rahim (perfocation) tetapi jarang berlaku.
2. Uri di bawah (placenta previa)
Lokasi plasenta di bawah ini boleh disahkan selepas usia kandungan 8 bulan melalui pemeriksaan ultrasound. Tanda-tanda masalah ini ialah:
-Pendarahan yang tidak sakit pada trimester pertama kehamilan.
-Kedudukan bayi yang tidak normal seperti melintang atau menyongsang.
Jenis-jenis plasenta previa: Minor – Tidak menutupi keseluruhan rahim. Wanita ini mempunyai peluang untuk bersalin normal. Tetapi jika berlaku pendarahan, pembedahan Ceasarean perlu dilakukan.
Major – Uri menutupi keseluruhan rahim. Pembedahan Ceasarean perlu dilakukan. Antara risikonya termasuk pendarahan banyak, kelahiran kecemasan dan kelahiran pramatang.
3. Uri lekang (abraptio placenta)
Plasenta lekang daripada tempatnya sebelum bayi dilahirkan. Biasanya berlaku semasa trimester ketiga kehamilan atau sewaktu kontraksi. Antara tanda-tandanya:
– Pendarahan yang banyak berbanding darah biasa diiringi dengan kesakitan.
– Denyutan nadi anak semakin menurun kerana dia cemas.
– Kes-kes ekstrem, degupan jantung anak tidak dapat dikesan menyebabkan dia lemas. Kadangkala masalah ini berlaku pada ibu yang mempunyai darah tinggi, bersalin kembar, kembar air (ketuban banyak) dan ibu yang mengamalkan urutan untuk membetulkan kedudukan plasenta atau bayi.
Jika doktor mendapati bayi masih hidup dan pintu rahim masih terbuka, pembedahan Ceasarean akan dijalankan. Jika pintu rahim sudah terbuka dan bayi masih stabil, doktor akan membenarkan ibu bersalin normal. Kalau bayi sudah meninggal pun, ibu tetap perlu bersalin normal.
4.Serpihan plasenta tertinggal (retained placenta tissue)
Boleh berlaku sejurus kelahiran bayi atau selepas ibu pulang ke rumah. Antara tanda-tandanya:
– Darah nifas yang banyak dan tidak berkurangan diiringi dengan ketulan darah yang banyak.
– Rengat yang berterusan dan teramat sakit.
– Darah nifas berbau menunjukkan jangkitan sudah berlaku.
Doktor akan mengesahkan terdapat serpihan plasenta tertinggal melalui pemeriksaan ultrasound. D&C akan dijalankan bagi membersihkan rahim dan kikisan serpihan plasenta akan dihantar ke makmal untuk mengesahkannya.
Apakah semua kes serpihan plasenta perlu menjalani D&C?
Hal ini bergantung pada serpihan yang tertinggal. Jika tidak banyak pendarahan, doktor akan memberi antibiotik dan serpihan akan keluar bersama darah nifas.
Adakah masalah serpihan plasenta tertinggal boleh dielakkan?
Hal ini merupakan satu kontroversi di kalangan pakar perubatan. Doktor dapat mengeluarkan plasenta sepenuhnya tetapi masalah selaput plasenta masih tertinggal masih boleh berlaku.
Masalah plasenta succencuriate lobe yakni tertinggal serpihan daging tambahan plasenta yang tidak diketahui oleh doktor boleh membawa kepada pendarahan yang banyak selepas pulang ke rumah. Bagaimanapun masalah ini jarang berlaku.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tekanan yang kuat setiap hari membuatkan ramai diantara kita tekad untuk berhenti kerja dan meneruskan bisnes sendiri. Sebenarnya tidak salah jika ingin menginjakkan kaki ke dunia perniagaan. Itu sebaiknya.
Pun begitu jangan jadikan alasan kerja sebagai titik untuk memulakan langkah dalam dunia perniagaan sebaliknya kena tahu niat sebenar berbisnes. Takut jatuh terduduk!
Sebelum tekad untuk berhenti kerja, ada baiknya kita dengarkan nasihat daripada Tuan Norizan Sharif yang merupakan seorang usahawan di Bridgewater, New Jersey.
“Saya kini bekerja makan gaji dan bercadang untuk buat bisnes sepenuh masa. Apakah nasihat tuan?”
1. Fikir habis-habis kenapa anda nak tinggalkan kerja yang ada gaji tetap untuk buat bisnes yang pendapatan tak menentu. Banyak bisnes bungkus. Anda bersedia?
3. Usah harapkan bos anda, staf anda, vendor dan orang yang pernah anda tolong dulu untuk bantu anda buat bisnes. Apabila anda melangkah keluar pejabat tanpa pangkat dan jawatan, orang sudah tidak peduli siapa anda lagi. Belajar untuk hidup sendiri tanpa mereka.
4. Banyak bisnes tak beri apa-apa pendapatan untuk beberapa bulan pertama. Bukan mudah nak dapat market traction. Walaupun bisnes tak masuk duit, anda tetap kena bayar sewa rumah dan kereta. Begitu juga dengan belanja anak-anak sekolah. Pastikan anda ada simpanan untuk enam bulan sehingga setahun. Kalau lagi banyak, lagi bagus.
5. Sebahagian besar bisnes lambat masuk duit terutama sekali “duit besar.” Pastikan anda ada strategi untuk buat pendapatan kecil sebelum dapat wang yang lebih banyak. Boleh saja sasarkan dapat RM1 juta selepas setahun, tetapi pastikan anda juga dapat RM1,000 sebulan sewaktu mula berbisnes. Apabila wang masuk (walaupun kecil), kita lebih bermotivasi untuk berbisnes.
7. Fokus kepada perkara-perkara asas yang membangunkan bisnes, bukan renda-renda bisnes. Usah travel sana, travel sini, meeting sana, meeting sini — sekiranya kesemua itu tidak membantu pertumbuhan bisnes. Sewaktu bekerja kita boleh meeting satu pagi atau pergi seminar sepanjang hari. Apabila buat bisnes, lihat semula adakah ia betul-betul membantu bisnes.
8. Mulakan bisnes sewaktu bekerja. Banyak kerja-kerja groundwork boleh dibuat awal. Buat business plan, validate idea dan produk sewaktu bekerja. Sebahagian aktiviti ini tidak mendatangkan apa-apa pendapatan. Usah tunggu berhenti kerja dulu baru nak buat kesemua itu.
9. Usah buat hutang untuk memulakan bisnes. Simpan wang modal sewaktu bekerja. Apabila cukup modal, baru berhenti. Bank atau institusi kewangan tak beri pinjaman perniagaan kepada bisnes baru. Kalau guna kad kredit atau pinjaman peribadi, kadar faedah yang dikenakan cukup tinggi. Usah jadi bodoh buat pinjaman sedangkan kita belum ada apa-apa pendapatan bisnes. Nak berkembang nanti, baru
buat pinjaman.
10. Belajar berjalan sendiri. Apabila kita memilih untuk buat bisnes, kita sebenarnya memilih untuk berjalan seorang diri. Ada masa kita nampak dunia di depan cerah. Seringkali, kita nampak terowong gelap. Apa pun, teruskan berjalan. Ramai orang give up buat bisnes bukan pada peringkat awal, tetapi apabila mereka sudah hampir nak capai kejayaan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.