Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, terlalu ramai yang terkesan dengan keadaan banjir di Lembah Klang yang disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air secara tiba-tiba.

Dapat kita lihat juga betapa sukarnya mereka semua menempuh banjir apabila ramai yang turut berkongsi situasi semasa di media sosial. Kita dapat lihat bukan sahaja jalan dan penempatan di Selangor ditenggelami air malah ada juga dikongsikan suara-suara meminta bantuan dalan keadaan bergelap daripada individu yang terperangkap akibat banjir. Hal ini cukup menyentuh hati!

Menghadapi keadaan banjir yang cukup sukar dan bagi meringankan beban yang ditanggung, menyebabkan kerajaan bersetuju memberi bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir. Ini sepertimana memetik berita yang dikongsikan BERNAMA.

PM Umum Bantuan RM1,000 Untuk Setiap Isi rumah Yang Terjejas Akibat Banjir!
Foto BERNAMA

“Esok Isnin bermula hari kerja, jadi mereka perlu bekerja walaupun terpaksa berpindah (ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Kita faham kesusahan mereka, maka kerajaan setuju memberi cuti kecemasan akibat bencana ini.

“Kepada kakitangan awam yang terkesan akibat banjir, bila masuk kerja semula, bolehlah berbincang dengan ketua jabatan masing-masing untuk menentukan (cuti), saya harap bila dah balik rumah, selesaikan cuci rumah dan sebagainya, bolehlah bekerja semula. Untuk setakat ini, kita bagi cuti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan banjir di sini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menyeru majikan-majikan swasta supaya mengambil inisiatif sama sebagaimana dilakukan oleh kerajaan dengan memberikan cuti kecemasan kepada pekerja mereka yang terkesan akibat banjir.

“Kalau mereka setuju beri (cuti), dua perkara kita syaratkan iaitu tidak boleh ditolak daripada cuti tahunan dan tidak boleh dipotong gaji…kalau cutinya lima hari, tak boleh potong gaji, (ia) cuti berbayar,” kata beliau.

Selain itu, kerajaan turut bersetuju menyediakan peruntukan awal sebanyak RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.

Beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir.

IKLAN
PM Umum Bantuan RM1,000 Untuk Setiap Isi rumah Yang Terjejas Akibat Banjir!
Foto : BERNAMA

“Seperti sedia maklum, kerajaan pada September 2021 telah meningkatkan kadar bantuan wang ihsan iaitu RM1,000 bagi setiap isi rumah, dan kita akan mempercepatkan bayaran kepada kawasan terlibat banjir seperti Selangor dan enam negeri yang lain,” kata beliau.

Dalam masa sama, Ismail Sabri berkata syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan dan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan secara geran padanan bersama-sama dengan pihak kerajaan.

Pada peringkat awal ini, masing-masing bersetuju untuk menyediakan peruntukan RM20 juta, kata perdana menteri.

“Maknanya kalau RM20 juta (masing-masing dari kerajaan dan GLIC/GLC, (keseluruhannya) RM40 juta, kita ada ‘back to back’ geran padanan dari kerajaan dan GLC. Ini adalah antara bantuan yang diberikan secara segera bagi membantu mengurangkan bebanan mangsa-mangsa banjir,” kata beliau.

Ismail Sabri berkata sehingga hari ini, sebanyak 103 pusat pemindahan sementara (PPS) disediakan di lapan daerah di seluruh Selangor, yang meningkat daripada 48 PPS semalam.

IKLAN

“Di dalam PPS, semua isu berbangkit seperti ketiadaan makanan akan diselesaikan hari ini…makan malam dan sarapan esok akan disediakan oleh kerajaan negeri Selangor dan bermula esok makan tengah hari disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” kata beliau.

Selain itu, Kementerian Kesihatan akan menyediakan jururawat, doktor serta peralatan perubatan seperti pelitup separuh muka, pensanitasi tangan dan bekalan ubat-ubatan di semua PPS.

“Saringan Covid-19 melalui RTK Antigen juga akan dilakukan di setiap PPS untuk memastikan semua mangsa banjir selamat daripada jangkitan Covid-19,” kata perdana menteri.

Sumber : BERNAMA

ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!

IKLAN

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI