Tak lengkap rasanya masakan kari atau gulai tanpa daun kari. Kan? Selain dua menu itu, ada juga beberapa menu lain yang menggunakan daun tersebut dek aromanya yang harum dan membangkitkan rasa. Jadi, tak rugi sebenarnya nak tanam pokok kari di rumah. Bila nak pakai, petik je!
Tapi… Nak menjaga pokok kari ini ada juga cabarannya. Salah satunya kalau perasan ada terdapat bintik hitam di bahagian daunnya sampaikan kita nak guna pun rasa terganggu dek bintik hitam itu. Haa nak tahu macam mana cara nak rawat masalah itu? Jangan buang masa jom tengok tip di bawah!
POKOK DAUN KARI NAIK BINTIK HITAM, RAWAT GUNA CARA INI!
1. Buang semua daun yang ada bintik hitam ini. Jangan terlalu banyak cantas dahannya kerana ia akan menjangkiti daun lain.
Ads
2.Selepas cantas, siram pokok tersebut seperti biasa. Lakukan juga proses untuk suburkan kembali pokok seperti siram dengan air beras, air ikan atau kulit bawang. Boleh juga gunakan baja organik.
3.Selepas lebih kurang dua minggu, tunas baharu akan tumbuh. Elakkan letak pokok di tempat yang redup kerana ia juga salah satu punca pokok mengalami masalah bintik hitam.
Ads
ini lepas 10hari+- lepas togel.
4.Selepas sebulan daun pokok akan merimbun, buat semburan untuk elakkan serangga yang boleh dibuat sendiri atau semburan cuka kayu. Ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Tidak dinafikan masih ramai antara kita tiada pengalaman menggunakan lorong tol yang menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) ini. Ini memandangkan telah sekian lama pengguna berasa selesa melepasi tol di lorong Touch N Go atau pun di lorong Smart Tag berbandingv MyRfid yang baru beberapa tahun sahaja diperkenalkan.
Namun bila baru-baru ini ada diumumkan bahawa bayaran tol di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan, akan dilaksanakan bermula Januari tahun hadapan membuatkan ada yang berdebar-debar dibuatnya.
Maklumlah risau membayangkan kali pertama untuk menggunakan RFID tersebut, apatah lagi bila kerap kali juga kita melihat ada sahaja pemandu yang terpaksa berundur dua tiga kali sebelum berjaya melepasinya.
Mungkin ada juga tertanya-tanya bagaimana cara pemasangan, di mana hendak beli dan bermacam-macam lagi persoalan berkaitan RFID ini.
Untuk itu jom kita baca perkongsian daripada Khairul Abdullah yang sudah 3 tahun berpengalaman menggunakan transaksi tol RFID ini. Menurutnya memang ada pengalaman yang menarik dan tidak menarik semasa menggunakan RFID tersebut.
Ini perkongsiannya.
RFID?
Jom aku cerita pengalaman best dan tak best hampir 3 tahun aku guna benda alah RFID ni.
Paling best?
Hmmm sebab lane RFID ni tak banyak kereta, hampir sentiasa kosong, so lebih pantas lah. Tak payah que panjang waktu peak hour.
Best juga sebab aku tak payah risau takut baki tak cukup. Sebab kat TouchNgo e-wallet aku set auto topup. So sangat mudah untuk aku dan tak perlu risau tersangkut. Boleh track pula setiap perbelanjaan toll aku setiap bulan dengan lebih mudah.
Tapi yang selalu tak best adalah kerap sangkut.
Entah kenapa ada lorong yang smooth jer dia buka palang tu, ada lorong yang kau drive dengan speed yang sama tapi tak detect. Jenuh kau undur then lalu balik pun tak detect. Sampai 2-3 kali baru detect. Lemah.
Kalau lorong yang kau selalu masuk setiap hari, ada peluang kau akan mudah lepas sebab kau dah tahu speed yang sesuai untuk dia detect. Itu pun ada chance sangkut juga. Aku rate 8:2, means 10 kali kau lalu, 8 kali lepas 2 kali sangkut.
Aku sentiasa saspen kalau lalu lorong di highway yang aku jarang lalu. Memang kena slow terhegeh-hegeh sikit bila masuk lorong tu sebab takut dia tak detect. Nasib baik lepas, nasib tak baik maka jenuh kau berundur depan belakang 2-3 kali baru lepas.
But so far aku suka sangat guna benda ni. Kalau tak takkan sampai 3 tahun aku bertahan guna dia ye dak?
Dulu mula-mula depa perkenalkan benda alah ni free jer, leceh nak dapatkan dia. Kena daftar, buat appointment, pergi ke pusat pemasangangan, kena bawa geran kereta bagai baru boleh pasang.
Sekarang tidak lagi.
Pergi ke stesen Shell, beli jer kat kaunter RM35 tak silap aku. Lepas tu pasang sendiri. Dia tunjuk instruction lengkap dari start nak pasang sampailah nak activate guna apps touch n go tu.
Atau beli sahaja di Shopee.
Kau boleh pilih nak pasang kat cermin depan bahagian atas belah kiri atau kat lampu depan belah kiri. Ada pro n cons juga nak pilih tempat nak pasang ni.
Aku pernah pasang kat cermin (windshield) depan, tapi bila cermin aku pecah, nak ganti cermin maka dah tak boleh pakai dah. Pasang kat lampu pun sama juga lah, kalau lampu tu pecah, kena ganti maka dah tak boleh pakai dah.
Sticker RFID tu once tampal maka kira kekal di situ. Kau tanggalkan jer terus dia tak function dah. Kalau orang curi pun tak guna, memang takkan boleh pakai.
So far nak beli dan pasang sendiri benda alah RFID tu memang mudah yakmat. Aku hari tu lepas ganti cermin depan yang retak, aku singgah Shell jer dan beli satu.
Tak sampai 10 minit siap pasang.
Dia ada bagi link untuk tengok video cara nak pasang kalau kau tak faham instruction atau gambarajah dia tunjuk kat pek dia tu. Dalam masa 24 jam dia akan activate sticker/tag RFID tu.
Tapi pengalaman aku dalam masa sejam jer dah activate dan boleh guna dah.
Nak taknak memang kau kena start guna dah RFID ni. Nanti depa dah nak mansuh terus kad touch n go dan juga smart tag. So boleh start belajar guna sementara lane RFID tu masih tak sesak.
Selamat mencuba dan selamat ber”saspen” bila lalu lane RFID buat pertama kali.
Dap dup dap macam nak akad nikah wehh.
Sumber : Khairul Abdullah[su_button url=”https://www.facebook.com/khairul.m.abdullah/posts/10159693476982277″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Khairul Abdullah[/su_button]
Biasanya bab kita ingin membeli kereta ini ada macam-macam alasannya, antaranya dengan adanya kerata yang ingin kita beli akan dapat digunakan untuk memenuhi keperluan dasar sebagai pengangkutan untuk kita bawa keluarga ke destinasi tertentu dengan selesa dan mudah. Keduanya ada orang beli kerata disebabkan ingin menunjukkan status diri pada orang lain dan tidak kurang juga sebagai suatu kepuasan diri.
Berkongsi tentang pembelian kereta ini, Dr Azizul Azli Ahmad ada berkongsi pandangannya dan bolehlah dijadikan panduan agar pilihan yang dibuat tidak membebankan kewangan sendiri. Ini kerana kenderaan itu ada yang menyamakan sebagai ‘monter’ yang telan banyak duit.
Kenapa begitu? Ini kupasannya.
BOLEHKAH GAJI BESAR, KERETA KECIL BANG?
“Bang, gaji saya RM7000, tapi nak pakai Bezza saja boleh bang?”
“Boleh sangat dik, lebih bagus berjimat dari membazir”
“Bang gaji saya layak pakai City dan Vios bang”
“Pakai sahaja dik jika mampu tak salah”
“Orang kata bodo bang, gaji besar pakai kereta kecil bang?”
“Sesungguhnya dia tak membantu waktu kita susah nanti”
“Malu bang, belajar susah susah kereta murah macam nie pakai?”
“Lagi malu pakai kereta mewah, tapi masih duduk rumah sewa”
“Kita ambil hak orang lain nie bang?”
“Stok kereta dah habis ka?”
Kawan kawan,
Saya jumpa ramai orang yang ‘mampu’, tapi rendahkan kemampuan kewangan mereka untuk hidup dengan baik.
Kereta mereka biasa biasa sahaja.
Tetapi ada hartanah yang baik, buat simpanan emas, ada simpanan persaraan yang baik, Sediakan dana pendidikan anak yang baik.
Tidak salah, walau kita mampu beli kereta yang bagus. Hiduplah secara sederhana sahaja waktu begini.
Sekarang bukan masanya buat hutang yang ada susut nilainya.
Kenderaan lokal, ada susut nilai RM10,000 setahun. Kenderaan import ada susut nilai RM20,000 setahun.
Tanya diri kita, kita ada simpanan 2 kali ganda dari susut nilai ini atau tidak?
Saya dulu pernah terjebak juga dengan dunia kereta kayangan ini. Maklumlah waktu itu gred jadi 52. Bila kita semakin bijak, kita tahu mana yang perlu kita dahulukan.
Saya jual kereta MPV besar dan 3 tahun saya hanya sewakan kenderaan besar bila nak balik kampung bercuti. Ia selesa dan tetap menjimatkan.
Kenderaan adalah monster yang telan banyak duit kita bak kata sahabat saya Ahyat Khalissabri Bin Ishak.
Saya jumpa ramai kawan hebat yang gaji RM7000 tetapi masih naik Myvi dan ada hartanah yang baik buat dirinya.
Jika mampu beli dan nikmati, jika tidak lebih baik hindari .
Satu video yang dimuat naik menerusi facebook chedetofficial cukup menyentuh hati dan sebak apabila melihat situasi tersebut. Perlakuan spontan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memeluk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas sidang media khas di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur membuatkan ramai tersentuh hati.
Video dimuat naik di Instagram @chedetofficial dengan kapsyen, ‘Terima kasih semua’ telah ditonton lebih 651,863 sejak dua jam dimuat naik.
Pelukan semangat yang diberikan oleh isteri walaupun agak malu-malu sang suami, namun itulah manisnya hubungan suami isteri ini. Tidak hairanlah mereka contoh kepada pasangan suami isteri lain dalam mengharungi kehidupan berumah tangga.
Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kisah cinta yang lahir daripada keikhlasan dan nilai kekeluargaan sering kali menjadi sesuatu yang dekat di hati masyarakat.Itulah...