Satu video yang dimuat naik menerusi facebook chedetofficial cukup menyentuh hati dan sebak apabila melihat situasi tersebut. Perlakuan spontan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memeluk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas sidang media khas di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur membuatkan ramai tersentuh hati.
Video dimuat naik di Instagram @chedetofficial dengan kapsyen, ‘Terima kasih semua’ telah ditonton lebih 651,863 sejak dua jam dimuat naik.
Ads
Pelukan semangat yang diberikan oleh isteri walaupun agak malu-malu sang suami, namun itulah manisnya hubungan suami isteri ini. Tidak hairanlah mereka contoh kepada pasangan suami isteri lain dalam mengharungi kehidupan berumah tangga.
Video pendek ini memaparkan Tun Dr Siti Hasmah kelihatan memeluk suaminya dengan wajah penuh sebak manakala Tun Dr Mahathir agak malu-malu namun tetap membalas pelukan sambil menenangkan hati isterinya.
Dalam video itu juga, dapat dilihat Tun Dr Siti Hasmah memeluk Tun Dr Mahathir Mohamad dengan erat sambil menyebut “I LOVE YOU”.
Siapa yang tahu di sebalik pelukan dan nun jauh disudut hati pasangan ini. Semoga Allah sentiasa merahmati pasangan ini selalu.
icookweeat Mixed feelings indeed..but ♥️ between these two conquers all.
imanerysha_ It’s like Tun Siti Hasmah knows how Tun M is tired and his job in rectifying mistakes is finally done. We love you Tun, thank you so much ❤️ Have a good rest.
Anda peminat tempe, selalu beli di kedai kan. apa kata kali ini buat sendiri je. Mungkin makan masa sedikit tetapi mudah je caranya. Bahan pun simple je.Jom kita cuba buat sendiri Tempe, lihat cara-cara yang dikongsikan oleh Chef Sue M Arukin
Tempe biasanya dikaitkan dengan orang jawa sebab katanya ini makanan yang dicipta oleh orang jawa dan menjadi sebahagian dari makanan ruji orang jawa. Memang tak dinafikan, sejak kecil lagi saya dah terbiasa makan tempe. Macam-macam menu masakan dari tempe dah biasa saya makan. Teringat masa sekolah rendah dulu, ada rakan sebaya yang dikategorikan sebagai ‘budak nakal’ di sekolah, selalu mengejek saya dengan panggilan; jawa tempe. Sakit betul hati masa tu! Dengar cerita ‘budak nakal’ tu dah arwah sekarang (Al-fatihah).
Itu cerita dulu. Kalaulah boleh diputarkan semula masa, tentu saya bangga dipanggil jawa tempe dulu.. Mana taknya, tempe ni super food tau! Tempe is incredibly healthy and nutritious (please google atau baca info dan fakta yang sah tentang kebaikan tempe).
Beberapa hari lepas saya buat tempe. Nak buat tempe ni kosnya sederhana. Cara pembuatan dan proses menyudahkannya yang lama. Kalau nak cuba, resipinya ada di bawah ya! TEMPE
Bahan-bahan:
500grams kacang soya (soy bean)
1 sudu teh ragi tempe
1 sudu makan cuka masakan
Daun pisang secukupnya Cara-cara:
1. Rendam kacang soya semalaman (minimum 24 jam). Basuh dan bersihkan.
2. Rebus dalam air secukupnya selama 30-45 minit. Kupas kulit luarnya dan belah kacang.
3. Rebus sekali lagi kacang soya dengan air secukupnya. Tambah cuka dan didihkan selama 10-15 minit lagi. Toskan dan bilas.
4. Tabur kacang (berjarak) di dalam dulang yang besar dan jemur hingga air benar-benar kering (dalam 1-2 jam).
5. Tabur ragi tempe ke atas kacang soya yang dah kering dan gaul rata (guna sarung tangan bagi mengelak lebihan air/peluh bercampur yang akan merosakkan tempe).
6. Timbang 50grams campuran kacang+ragi dan letakkan dalam daun pisang.
7. Bungkus daun pisang kemas-kemas. Balut balas dengan kertas atau pembungkus makanan jika ada.
8. Susun bungkusan tempe dalam bekas dan letakkan ditempat gelap dan kering (saya letak dalam Tupperware dan simpan dalam stor).
9. Peram tempe selama 1-2 hari. Di hari ke-3 bolehlah buka bungkusan dan tengok samada tempe dah jadi atau belum jadi sepenuhnya (kadang-kadang masih kelihatan kacang yang belum tersalut putih yang terhasil dari proses peraman).
10. Tempe yang dah jadi sempurna bolehlah dipotong dan dimasak mengikut citarasa. Happy trying!
*Kacang soya boleh dibeli dimana-mana kedai/pasaraya/kedai barangan bakeri. Saya guna kacang soya organic.
*Ragi tempe boleh dibeli di kedai-kedai runcit atau di Lazada atau Shoppe.
*Selain daun pisang, boleh juga bungkus tempe dengan daun ketapang, daun lirih, daun nyirik dan apa jua daun bersaiz besar yang tidak bertoksid/beracun. Sebagai alternatif, boleh gunakan pembungkus makanan (warna coklat cair) atau plastik (pilihan terakhir).
*Tempe akan matang setelah diperam sekurang-kurangnya 24jam. Tapi biasanya setelah 2-3 hari tempe akan jadi dengan sempurna.
*Timbangan 50grams setiap bungkus dari 500grams keseluruhan berat kacang soya menghasilkan 15-16 biji tempe size kecil. Kalau suka tempe size besar dan padat, boleh gandakan kuantiti kacang soya dalam setiap bungkusan.
*info selanjutnya ada di gambar-gambar ya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan bukan hanya bab penjagaan yang dititikberatkan. Kena ingat juga, bela kucing bukan sekadar makan minum je, kebajikan kucing dan orang sekeliling terutama jiran anda juga patut kena jaga. Jangan sampai anda menerima aduan mengenai bau yang kurang menyenangkan atau si comel anda mengganggu ketenteraman jiran.
Sebagai jiran, kalau tak nak kucing orang lain datang ke rumah gunakan petua mudah ini. Ynag penting kucing jiran anda takkan berani dekati. Cukup mudah dan yang penting kaedah ini tidak akan menyakiti kucing tersebut. Jom cuba petua yang dikongsikan oleh Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim.
Moga dapat membantu! KAEDAH MENGHALAU KUCING TANPA MENYAKITI Halaman rumah saya memang menjadi tempat parkir kucing. Saya tidak meminati kucing namun tak sampai pula menyakitinya. Kesan cakar dikereta, motor, dan najisnya memang benar-benar menduga kesabaran. Namun saya ingat ia ujian kesabaran. Pesan saya kepada mereka yang meminati kucing, semestinya memelihara dengan haknya. Makanan dan kediamannya, najisnya serta yang bersangkutan dengannya agar tidak menyakiti jiran tetangga. Jenuh mencari cara bagaimana harus dibuat dengan kucing. Nak dibuat yang bukan-bukan, Islam tidak benarkan. Alhamdulillah bertemu juga satu cara yang baik dan tidak menyakiti kucing. Iaitu MENTIMUN BATANG. Rupanya kucing takut dan menjauhinya. Cuba letak dimana.mana. insyaAllah kucing tidak akan datang dekat. Sebabnya Wallahu a’lam. Saya tak tahu. Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Antara pokok yang biasa akan ditanam di laman rumah adalah pokok limau purut. Maklumlah banyak kegunaannya, selain daun digunakan untuk menyediakan menu tomyam, paprik dan sebagainya malah buahnya juga banyak digunakan dalam petua-petua orang dulu-dulu untuk merawat penyakit dan sebagainya.
Jadi bila ada yang sudah menanam pokok limau purut ini namun berdepan dengan masalah pokok yang tegak meninggi malah tidak berbuah, bolehlah praktikkan cara yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Amri ini iaitu dengan kaedah tarik tahan.
CARA LEBATKAN POKOK LIMAU PURUT, MUDAH!
Sebelum ini pernah saya kongsikan berkaitan tanaman limau purut. Pokok ini saya tanam di dalam pasu sahaja, tetapi telah memberikan hasil yang sangat luar biasa.
Kali ini saya berkongsi pula cara saya lebatkan pokok limau purut menggunakan kaedah atau petua yang dikongsikan oleh “orang lama”. Sahabat, memang menjadi jadi pokok lebat daun juga buahnya.
Tapi sahabat berkebun semua kena ingat, ini adalah satu teknik untuk melebatkan pokok sahaja. Perkara asas seperti baja, cahaya, booster, siraman tetap kena on. Kalau tidak nayaaa laa!
Langkah 1 : Buatkan ‘ring’ dengan menggunakan dawai yang diikat di bahagian pasu pokok seperti di dalam gambar.
Langkah 2 : Ambil tali atau dawai untuk dijadikan pengikat ranting pokok. Pastikan semasa mengikat ranting jangan terlalu ketat. Buat secara berhati-hati.
Langkah 3 : Kemudian ikatkan hujung dawai tadi pada ‘ring’ yang ada di bahagian pasu. Ini bertujuan untuk ranting pokok melentur ke bawah dan dengan kaedah ini akan menjadikan pokok lebih rendang dan dalam masa yang sama pada bahagian yang melentur akan tumbuh cabang ranting baru. Ini akan mempercepatkan lagi pokok limau purut merendang dan berbuah lebat.
Dan inilah hasilnya pokok limau purut yang mempunyai banyak cabang, rendang dan berbuah lebat.
Untuk lebih detail anda boleh lihat video yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Amri ini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.