Sejak kebelakangan ini, isu suami berkahwin dua menjadi bualan hangat di media sosial dalam kalangan warganet. Ianya juga menjadi isu yang sensitif dikalangan masyarakat mahupun artis apabila seorang demi seorang artis membuat pengakuan bahawa ramai yang ‘mencuba’ suami mereka.
Rentetan daripada itu, pelakon pelakon Namron telah berkongsi pengalamannya pernah didekati oleh wanita lain ketika berhubungan dengan isterinya.
Mengulas lanjut, Namron menegaskan bahawa dirinya tidak gemar untuk memiliki dua wanita dalam hidupnya kerana dia akui tidak mampu.
Sekaligus, Namron menyangkal ayat yang menyatakan ‘lelaki semua sama’.
“Sekarang kan banyak isu yang orang kata lelaki ni semua sama saja, kalau nak bermadu semua lelaki suka nak beristeri dua.
“Saya cuma nak katakan bukan semua lelaki macam itu. Ramai lagi lelaki yang memilih untuk seorang dah cukup. Saya salah seorang yang macam itu, sebab saya rasa saya tak mampu untuk ada dua orang dalam hidup saya. Seorang itu dah cukup dah untuk saya. Tak perlu ada dua orang. Itu pandangan peribadi saya,”
Ads
Malah, Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan menyifatkan bahawa poligami atau bersikap curang itu adalah pilihan.
“Saya tak setuju sebab saya tak macam itu dan benda ini semua adalah pilihan kita. Ada orang dia nak macam tu (poligami), mungkin dia ada sebab dia. Bagi saya pula, saya tiada sebab untuk saya ada dua atau tiga atau empat orang isteri,” ujarnya.
Menurut Nomron, pandangannya ini adalah disebabkan pengalaman yang dilaluinya di mana berdepan dengan penceraian ibu dan bapanya sejak kecil.
“Mungkin… saya ada sejarah hubungan ibu bapa saya bercerai waktu saya kecil lagi. Krisis rumah tangga diorang berpisah dan saya hidup dalam family yang macam tu. Jadi, saya hidup dengan mak saya sebab tak dapat daripada kasih sayang seorang ayah.
“Saya dapat rasa ada banyak benda yang tak best sepanjang saya membesar. Saya kenal ayah saya dah umur 17 tahun, baru saya jumpa balik. Itupun sebab saya pergi cari dan sepanjang saya membesar saya tak dapat kasih sayang, perhatian dan tak faham apa itu kasih sayang seorang ayah.
“Sampai saya nak berkahwin, nak ada anak pun saya takut. Mampukah saya nak jadi seorang ayah? Sebab saya tak ada ilmu dan tak ada contoh untuk saya belajar,” jelas Namron.
Ads
Sehubungan itu, Namron menganggap isterinya itu adalah kurniaan Allah atas doa yang dimintanya dan berjanji akan menjaga isterinya sebaik mungkin.
“Saya dapat isteri saya ini, Allah bagi sebab saya minta. Saya ada teman wanita tapi putus, asyik tak serasi ja dengan perempuan. Sampai saya minta setiap kali solat untuk bagilah aku seorang perempuan yang mana aku sayang dan cinta dia serta dia juga sama. Minta betul-betul sampai menangis saya minta.
“Tuhan hadirkan isteri saya dalam hidup saya. Saya memang nampak bahawa ini adalah pemberian Allah pada saya sebab saya berjanji kalau saya dapat seorang perempuan seperti yang diminta, saya akan menjaga dia, takkan tinggalkan dia, akan jaga sebaik-baiknya,” kongsinya lagi.
Semoga pandangan Nomron ini membuka mata para lelaki di luar sana yang cuba untuk berpoligami.
Sedapnya jika dapat hirup kuah sup ketika suam-suam. Lebih-lebih lagi ketika cuaca sejuk atau badan kurang sihat.
Namun di sebalik keenakan rasa kuahnya, jangan tidak tahu disebaliknya tersimpan masalah lain terutama pada kesihatan kita.
Sup tulang misalnya mengandungi lemak dan sum-sum tulang yang menambah jumlah lemak dalam sup yang kita masak.
Bagi peminat sup tulang memang arif dengan kandungan sup yang berminyak ini. Tapi ada sesetengah pihak merasakan ini cara yang tidak sihat untuk menikmati sup tulang.
Justeru, ada beberapa kaedah untuk menyingkirkan lemak dari sup sebelum menyajikannya. Jom kita semak!
Cara Pertama: Menggunakan Tisu
Biasanya bila anda membuat sup lemaknya akan berkumpul di bahagian atas. Lemak dalam masakan sup boleh dihilangkan dengan cara menggunakan kertas tisu. Letakkan perlahan-lahan kertas tisu di permukaan sup dan tarik keluar.
Anda akan dapati lemak tadi melekat pada kertas tisu. Lakukan begini sehingga lemak tadi habis di-buang.Perlulah anda menukarkan ker-tas tisu setiap kali anda membuang lemak pada sup.
Cara Kedua: Menggunakan Senduk Sejuk
Rendam senduk logam dalam air berisi ais. Isi mangkuk besar dengan air berais, kemudian celupkan senduk logam besar ke dalamnya. Biarkan sendok terendam selama beberapa minit.
Anda harus menggunakan senduk logam untuk cara ini. Senduk harus menjadi sangat sejuk, kemudian sapukan bawah senduk ke seluruh permukaan sup kemudian angkat senduk dan buang lemak yang menempel di bawahnya. Ulang sehingga kesemua lemak tidak lagi menempel pada senduk.
Cara Ketiga: Menyejukkan Sup
Selepas anda memasak sup, biarkan ia sejuk sendiri. Kemudian letakkan sup tersebut di dalam peti sejuk supaya sup menjadi lebih sejuk. Oleh itu, akan muncullah lapisan lemak pada permukaan sup tersebut.
Jadi ambillah sudu dan buang lemak-lemak tersebut. Bolehlah anda memanaskan kembali sup anda dan nikmatilah ia semasa masih panas.
Bagi mereka yang tidak kisah dengan penampakan lemak dalam sup yang anda hidangkan, anda perlu abaikan kesemua cara di atas dan nikmati sup anda dan jangan lupa minum air suam semasa makan sup supaya lemak-lemak yang anda makan tadi tidak menjadi punca tersumbatnya saluran darah anda nanti.
Dalam keadaan ekonomi yang sedang gawat, ramai masyarakat cuba untuk mengurangkan perbelanjaan bagi menempuhi cabaran harga barangan yang semakin meningkat.
Senang kata, apa yang boleh jimat, pasti akan dipakai dengan sebaik mungkin.
Seperti sabun basuh pinggan, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sabun pencuci yang kini dipakai boleh digandakan kepada 5 kali lebih lama.
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi cara untuk menggandakan sabun pencuci pinggan kepada 5 kali ganda dengan hanya menggunakan beberapa bahan yang kosnya tidak begitu tinggi.
Menerusi video seorang penguna TikTok @ohmybunda, seorang wanita telah berkongsi tip mudah untuk memanjangkan jumlah stok sabun basuh pinggan anda.
Berdasarkan video tersebut, tip ini dikatakan dapat menjimatkan sabun sebanyak lima kali ganda.
Dalam video tersebut, wanita tersebut hanya menggunakan tiga bahan iaitu :
Sebotol cecair pencuci pinggan
Air
Sepaket garam.
Botol besar kosong dan besen/jag besar pula antara peralatan yang digunakan untuk menghasilkan cecair pencuci yang lebih lama.
Pertama sekali, anda perlu memasukkan satu paket garam di dalam besen/jag yang kosong. Tuangkan sehingga tiada sisa garam yang tertinggal di dalam paket.
Selepas itu, masukkan air panas ke dalam besen/jag yang berisi garam tadi. Kacau larutan air panas dan garam itu sehingga larut dan sebati.
Kemudian, masukkan air biasa sebanyak lima liter berserta satu liter cecair pencuci pinggan ke dalam besen dan kacau sehingga sebati.
Apabila larutan sabun tersebut sudah pun sebati, sabun pencuci pinggan mangkuk ‘tahan lama’ sudah pun siap dan boleh di simpan di dalam botol besar.
Keputusan peperiksaan SPM 2020 yang diumumkan baru-baru ini meninggalkan momen yang sukar dilupakan oleh para pelajar yang terlibat.
Walaupun suasana sambutan berbeza berbanding dulu, namun tidak bermakna pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tidak diraikan.
Pelakon dan usahawan muda, Wawa Zainal dalam satu perkongsian dengan berbesar hati memberi ganjaran sebanyak RM200 seorang.
Wawa memuat naik perkongsian tersebut menerusi akaun Instagram miliknya dengan meminta pelajar SPM yang cemerlang menerima 7A ke atas untuk menunjukkan keputusannya di mesej peribadi untuk diberi hadiah saguhati tersebut.
“Congratulations my adik-adik yang dapat result SPM tadi. Siapa dapat 7A? Meh DM (mesej peribadi) Kak Wawa result sebab nak bagi reward.
“Minimum 7A ok! PM result adik-adik. Kena tunjuk result baru dapat ok. Kak Wawa bagi RM200,” katanya di Insta Story.
Tidak sekadar bercakap kosong, Wawa dilihat mengotakan janji nya. Menerui kemas kini terbaharunya, Wawa memuat naik foto bukti pemindahan RM200 ke beberapa akaun bank yang dipercayai pelajar cemerlang yang dipilihnya.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520