Terkini, Polis mengesahkan telah mendapat aduan mengenai kes buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Memetik laporan Harian Metro, Pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dibuli oleh penuntut senior diminta untuk menggosok baju sebelum ditekap seterika.
Ia berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa berusia 20 tahun, jam 8.23 malam tadi.
Susulan itu, polis kini memulakan siasatan terhadap kes buli dan dera yang berlaku di UPNM.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Ads
Menurutnya, berdasarkan laporan diterima, kejadian dikatakan berlaku pada 22 Oktober lalu pada 11.45 malam di bilik asrama UPNM.
“Pada hari kejadian, pelajar senior yang juga pegawai kadet tahun empat meminta mangsa untuk menggosok baju kerja miliknya.
“Secara tiba-tiba, pelajar senior berusia 22 tahun itu mengambil seterika dipegang pengadu sebelum menekap di bahagian dada sebelah kanan (mangsa) sebanyak satu kali,” katanya di sini.
Ads
Gambar Sekadar hiasan
Mengulas lanjut, Razarudin berkata, susulan itu, mangsa mengalami kecederaan melecur dan menyebabkan pengadu terkejut dan menjerit.
“Ketika kejadian, terdapat beberapa orang senior di dalam bilik berkenaan,” katanya.
Katanya, rakaman percakapan pengadu sudah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Ads
“Pengadu juga diminta untuk membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada PDRM untuk menyiasat kes buli babit seorang pegawai kadet di UPNM.
Beliau menegaskan, budaya buli di universiti perlu dihentikan kerana ia menyebabkan penganiayaan kepada mangsa.
Kelmarin, Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman memaklumkan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dengan kejadian itu.
Umat Islam di Malaysia yang merancang untuk menunaikan ibadah umrah diingatkan agar berhati-hati dalam memilih pakej yang sesuai supaya dapat mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan atau terkandas.
Pakej Umrah Bawah RM6,000 Agak Mustahil, Jemaah Jangan Mudah Kena Scam
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham, menyatakan bahawa kos pakej umrah yang munasabah pada masa ini adalah antara RM6,000 hingga RM7,000. Namun, harga ini mungkin meningkat, terutamanya semasa musim cuti sekolah atau bulan Ramadan.
Beliau menjelaskan bahawa pakej dengan harga di bawah RM6,000 agak sukar untuk ditawarkan kecuali dalam keadaan tertentu, seperti menggunakan perkhidmatan penerbangan yang lebih murah atau penginapan yang terletak jauh dari lokasi utama.
“Pengendali umrah sering berdepan situasi tidak dijangka, contohnya masalah ketiadaan bilik. Di Arab Saudi, walaupun bilik telah ditempah, ia boleh diubah sesuka hati oleh pihak berkenaan,” ujarnya.
Beliau turut menambah, menjelang bulan Rejab dan Syaaban, bilangan penduduk Arab yang mengunjungi Makkah akan meningkat, dan jumlah itu bertambah lebih ramai ketika Ramadan. Keadaan ini menyebabkan bilik sukar diperoleh, dan jika ada sekalipun, harganya lebih tinggi.
Pilihan bilik dengan kos lebih rendah memang ada, tetapi lokasinya biasanya jauh. Keadaan inilah yang kadangkala menyebabkan jemaah umrah dari Malaysia terkandas, terutama apabila pengendali tidak mampu menampung kos tambahan.
Razali memberikan kenyataan ini ketika mengulas cabaran dan kos pakej umrah susulan kejadian sebuah syarikat pengendali umrah yang gagal membawa lebih 300 jemaah ke Tanah Suci.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akhbar Khan, memaklumkan bahawa syarikat tersebut berisiko digantung operasi selama tujuh hari bermula Rabu jika gagal memulangkan wang jemaah menjelang malam Selasa.
Razali turut menasihatkan umat Islam agar lebih berhati-hati dalam memilih pakej umrah. Katanya, jemaah perlu memastikan syarikat pengendali yang dipilih mempunyai lesen pelancongan yang sah serta lesen khas untuk menguruskan umrah dan haji. Dengan ini, risiko penipuan dan masalah terkandas dapat diminimumkan.
Halang air banjir masuk rumah, wanita kongsi idea guna papan dan tanah liat. Musim banjir merupakan satu fenomena tahunan yang sering melanda negara-negara yang mempunyai musim hujan yang ketara, termasuk Malaysia.
Halang Air Banjir Masuk Rumah
Bagi mereka yang biasa mengalami banjir, ramailah yang kreatif membuat persediaan agar rumah tidak dimasuki air. Dalam satu hantaran di TikTok, seorang wanita, Nurul Atyra yang menggunakan teknik mudah menghalang air banjir memasuki ruang rumah.
“Dengan rumah saya ok. Anda cubalah, harap membantu.” – tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam keadaan semasa banjir kilat yang kerap terjadi akhir-akhir ini, tip yang dikongsikan ini mungkin dapat membantu.
Wanita Kongsi Idea Guna Papan & Tanah Liat
Menerusi video tersebut, sekeping papan digunakan sebagai penghadang air banjir separas buku lali.
Penghadang banjir itu adalah idea wanita itu sendiri dan dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa ketika air banjir belum memenuhi pekarangan rumah.
“Rumah saya selalu dimasuki air (banjir). (Untuk mengelakkan ia berulang), saya lekatkan papan yang sama saiz dengan pintu dan dilekatkan dengan menggunakan tanah liat permainan kanak-kanak (plastisin).
“Jadi, air tidak masuk ke dalam rumah, selamatlah sofa dan perabot semua.
“Untuk pintu gelangsar (sliding door) pun boleh. Jadi anda semua boleh cuba. saya ok, air tak masuk ke dalam rumah.
Perkongsian wanita itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-rata tertarik dengan kreativiti wanita itu dan mengakui keberkesanannya untuk menghalang air masuk ke rumah semasa banjir.
Sebelum ini ada yang berkongsi idea mengelak limpahan air banjir masuk ke dalam ruang kediaman.
Bagi meringankan beban rakyat untuk pulang ke kampung halaman pada Aidil Fitri ini, kerajaan mengumumkan potongan tol sebanyak 50 peratus daripada kadar tol biasa.
Biarpun terpaksa menanggung kerugian namun kerajaan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat terutama di bulan Syawal yang menuntut perbelanjaan lebih buat rakyat.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM19.69 juta.
“Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus bermula 12.01 tengah malam 28 Mac (Jumaat), dan berakhir pada 11.59 malam 29 Mac (Sabtu) ini.
“Kita beri dua hari (diskaun) supaya pengguna tidak tergesa-gesa dan boleh merancang sebaiknya perjalanan mereka,” katanya.
Nanta berkata potongan tol 50 peratus itu khusus bagi kenderaan persendirian (Kelas 1) di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
Beliau berkata pemberian diskaun tol itu adalah kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang diberikan Kerajaan MADANI bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023.
“Ia adalah selaras dengan teras utama Kerajaan MADANI iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
“Justeru semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan diskaun tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa cuti panjang ini,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.