Rasanya mesti kita biasa dengar mak-mak kita dulu selalu pesan, nak potong daging kena ikut urat. Kalau main potong sahaja, nanti daging yang dimasak akan terasa liat untuk dimakan.
Pun begitu, tidak dinafikan ada sahaja yang masih keliru untuk melakukannya dengan cara yang betul. Lebih-lebih lagi bila jarang menyediakan menu berasaskan daging.
Jadi apa kata kebetulan tidak lama lagi Hari Raya Korban, tentu ada yang menerima agihan daging bolehlah praktis untuk memotong daging dengan cara yang betul seperti yang dikongsikan oleh Firda Ashaary untuk panduan bersama.
“Korang tengok gambar di bawah yer. Aku dah snap sesuatu khas untuk korang perhatikan dan tengok perbezaan mana satu urat yang betul. Mana satu yang salah. Semoga bermanfaat.
Daging yang korang beli tu, potong lah kepada beberapa ketul kecil dulu untuk memudahkan. Kalau takmau potong pun tak apa lah. Kot nak rebus seketul besar tu, boleh je.
Nanti time nak potong, ikut step yang sama.
Kalau tengok side tepi tu tekstur/uratnya melintang begini.
Ads
Jangan potong.
Ingat tau,
JANGAN!
Tengok side depan pulak. Berbeza kan?
Okay, nampak kan teksturnya lain dari yang tadi.
Jadi potong sini.
Ads
Gini baru betul urat dia.
Ni ketul lain pulak, ulang step sama macam tadi.
Kenal pasti dulu side mana yang teksturnya betul.
Macam yang ni nampak kan, urat dia melintang jugak. Jadi jangan potong sini.
Ads
Pusing side lain.
Nahhh, sini tekstur dia betul.
Boleh bezakan dah kan? Urat melintang dan urat yang betul ni. So potong lah sini. InshaAllah nanti daging masak dengan cepat dan empuk. Tak liat.
Incase korang dah rebus daging tu pun, tetap potong ikut urat macam ni jugak tau. Kalau tak mau lenguh rahang mengunyah.
Kelapa parut memang banyak kegunaannya untuk masakan. Yang menjadi masalah adalah cara penyimpanan kepala parut itu. Jika tersalah cara simpannya, kelapa parut akan mudah rosak.
Tip Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama
Mak-mak biasanya membeli kelapa parut dalam jumlah yang banyak supaya mudah untuk digunakan. Jika anda mahu kelapa parut itu kekal lama, boleh cuba cara yang dikongsi oleh Ani Zam. Cara ini mampu menjadikan kelapa parut kekal tahan sehingga tiga bulan.
Tak Adalah Santan ‘Masam’ Lepas Diperah
CARA SIMPAN KELAPA PARUT SUPAYA KEKAL LAMA:
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang.
2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah sebagar agen yang bertindak sebagai anti pereputan.
3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.
4. Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik.
5. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.
6. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
Kelapa parut boleh bertahan sehingga dua atau tiga bulan. Untuk mendapatkan santan yang pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Kelapa tersebut boleh dikisar sehingga tiga kali untuk mendapatkan santan yang pekat.
Asasnya bila kita ingin membuat ayam bakar, ayam tersebut perlulah diperap dengan ramuan-ramuan tertentu untuk satu tempoh masa dan kemudian barulah dibakar. Ini bertujuan untuk pastikan ayam yang dibakar berasa dengan rempah-rempah yang digunakan. Ini sekali gus memberi keenakan hidangan yang dimasak.
Oleh yang demikian, penyediaan ramuan bahan perapan sangat penting. Jika tidak cukup ramuannya maka kurang enak rasanya nanti. Untuk itu, buat anda yang masih tercari-cari ramuan perapan yang enak bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar.
Menurutnya resipi yang dikongsikan ini telah ramai mencubanya dan rata-rata akui keenakan rasanya. Tambahnya lagi, “Pes perapan untuk bakar bakar ayam dan daging, ramuan rahsia ni memang simple je tapi diakui sedap oleh ramai orang yang pernah mencubanya. Memang makan tak tengok kiri kanan dah ni.”
Jadi usah tunggu lagi, apa kata anda pula cuba dan nikmati keenakan rasa hidangan ayam bakar dari air tangan sendiri.
BAHAN BAHAN
2″ Lengkuas *
3″ Halia *
6 ulas Bawang putih *
5 ulas Bawang merah *
4 labu Bawang besar *
3 batang Serai *
2 cawan Gula perang/ brown sugar *
6 biji Limau kasturi (diperah dan diambil airnya) *
3 sudu besar Serbuk rempah sup *
2 sudu besar Serbuk kunyit *
Garam secukup rasa
Air satu cawan (untuk mudahkan proses blend)
Blend bahan yang bertanda (*)
CARA PENYEDIAAN :
1. Selepas selesai blend atau kisar bahan bahan yang bertanda (*) tersebut masukkan garam secukup rasa.
2. Dah boleh perap daging, ayam dan sebagainya. Biarkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap sebab daging atau ayam dah mesra dan sebati dengan bahan perapan tersebut.
Kalau ada lebihan bahan perap ni boleh disimpan dalam freezer.
Ok, selamat mencuba.
Semoga dapat bantu korang jika nak berBBQ atau nak makan cara sihat. Bakar bakar je dah siap.
#NOTA PERAP :
Kalau korang suka boleh letak penambah rasa tapi jangan banyak sangat, secukup rasa je.
Pelbagai versi kek yang ada di pasaran membuatkan kita terliur nak merasainya. Biarpun begitu, ada juga yang masih kekal dengan kek-kek dahulu yang dibuat oleh nenek atau ibu kita, terutama musim perayaan.
Salah satunya Kek Hujan Panas Legend ini. Kalau ada yang masih ingat, kek ini memang famous dulu. Kek ini juga dikenali sebagai Kek Kelapa.
Admin kongsikan resipi dari Azlina Ina Fans ini. Nampak sedap kan! Asalamualaikum anak2 makwalau arini sibuk sgt2 tp xlupe pd anak2 mak yg suke simpan resepi buat nye hentahLike satu kali sape nak buat time nak raya nnt.Kek dulu2 kek lagend kek nenek2 kite selalu buat.Sape xtry sumpah rugi sebab kek ni wangi dan sedap sgt2.
Kek Hujan panas legend Bahan utama Kelapa parut (sangai kejap je bagi air kelapa dia kering sikit), kalau korg tak rajin beli je dekat bakery haiwaian flakes coconut tak mahal pun. Lepas itu bahagi 3 bekas satu bekas dalam setengah cawan. Macam saya tak pakai kelapa kering sebab kurang sedap. Okay bahagikan 3 tadi letak colour apa-apa yang korang suka lah ya. -2 cawan majerin pelangi
-1 sk esen vanila
-1 cawan setengah gula (kot korang tak nak manis kurangkan) tapi bagi mak dah ngam ni. Tentang cawan pulak jangan risau kalau tak ada cawan yang sama mak asal kan semua bahan sukat dengan cawan yang sama mesti jadi, so mix sampai kembang gebu elok. Bahan-bahan lain: -2 cawan 1/2 tepung gandum
-1sk baking powder
-1sk soda bikarbonat (kalau nak kukus)
Kemudian ayakkan. Cara-caranya: -Campurkan kelapa dekat dalam tepung tadi. Ni elakkan nanti masa masak semua turun ke bawah kek, nanti dah tak jadi kek hujan panas jadi hujan ribut pula. Gaul-gaulkan. Seterusnya
-Majerin dah kembang masukkan telur semua 6 biji gred B masuk satu-satu ye sampai habis.
-Masukkan tepung sikit-sikit sampai habis juga.
-Akhir sekali masuk susu cair atau susu segar 1/4 cawan. Kaup balik je kalau nak mix sekali gunakan volume slow. Bakar selama 45 hingga 50 minit -Guna loyang 9×9 kalau 8×8 tinggi sikit.
-Panaskan oven dan bakar suhu 180 masa 45-50 minit tapi kalau kukus 45 minit ye. Siap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di