Menarik perkongsian saudara Eddy Azuan dalam menghasilkan mini kolam renang untuk anak-anaknya. Walaupun belajar melalui youtube, google dan juga facebook, namun hasilnya memang memuaskan.
Ibu bapa yang nak cuba boleh lah belajar melalui perkongsian ini.
1. Ni la rupa asal ruang yang ada.. rumput tiruan tu mmg dah ada.. cuma tanah tak sama level dengan lantai batu.2. Inilah lakaran pelan🤣🤣🤣🤣.. orang kata lukis dulu baru nampak… oh ya.. ada yg tanya kenapa perlu buat deck keliling? a. Taknak kucing dtg cakar b. Taknak ada haiwan bermastautin celah2.. c. Melindungi sistem pipe yg ada d. Nampak kemas dan siap.3. Barang2 diorder dari online..3 hari terus sampai depan rumah… cuma KANVAS kolam yg sebelah dalam tu beli dari set pool yg dah siap.. BESTWAY 2m x 4m… kedalaman 1m… buleh try cari di shopee.. harga lebih kurang rm700-800..4. Kerja2 dimulakan.. dimulakan dengan memunggah semula rumput tiruan untuk proses meratakan sedikit tanah..5. Lebih kurang 15 kampit pasir digunakan.. kenapa tak simen? Hahaha.. tak larat nak bancuh🤣🤣🤣… kenapa tak pakai tanah merah? Kat kedai online tu je ada.. senang sekali order.. rumusan.. sebaiknya lantai tu simen dulu cun kalau ada MODAL tenaga dan mesin.6. Lebih kurang hasil setelah pasir diratakan.. jgn lupa paip longkang utk air keluar.. hujungnya akan ditutup dgn jaring supaya mmg takda ‘menatang’ leh keluar masuk..7. Lepas tu, cover balik dgn WEED MAT.. utk elak pertumbuhan tumbuhan di celah2.. saya kekalkan rumput tirua n sebagai alas sebab nak jadikan lembut didasar kolam bila pijak…kalau tak risau ada batu, atau benda tajam lain..8. Framing dimulakan dengan jasa bahan mentah BESI BIRU! Pelan2 potong pakai gunting.. tak berani pakai GRINDER..9. Inilah bukti 3 minit yg sempat dirakam jiran.. bantuan anak2 yg kunun nak bantu..🤣🤣🤣.. 3 minit jaaaaaa.. pastu resign.10. Siap lebih kurang frame utk deck.. ingat, ini utk tampung DECKING.. tak pasti kalau pakai kanvas tanpa set pool buleh tampung beban air atau tak..10. Siap lebih kurang frame utk deck.. ingat, ini utk tampung DECKING.. tak pasti kalau pakai kanvas tanpa set pool buleh tampung beban air atau tak..12. Tangga pool tu lebihan .. nanti kena DIY adjust sikit..13. Lepas siap FRAME.. kita usahakan sistem PAM dan FILTERnya… asalnya pam 0.5hp.. kemudiannya akan ditapis ke sand filter… Namun selepas dicuba pam 0.5hp tak cukup power utk bantu bila nak vacuum sedut habuk dilantai… maka… UPGRADE ke 3.0hp!!!🤣🤣🤣14. Lepas siap sistem pipe dan pump.. mula pasang kolam KANVAS.. dan try isi air.. waktu inilah tetiba yang RESIGN kerja tadi terus dtg balik bertugas🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣.. QC🤣🤣15. Deck dipasang… saya guna PRIMA PLANK.. ada urat kayu…
Ads
“Projek DIY musim PKP : Kolam Renang Mini”
Alhamdulillah.. Akhirnya jadi reality juga projek ni…
Ads
Memang nak mula bertangguh tanguh.. tapi dah mula 7 hari siang malam kita usahakan juga secara SOLO… iyer.. sorang2… jaga SOP kan..😅😅😅.. adalah cuba dibantu oleh anak2…. tapi 3 minit ja dia bertahan.. 🤣🤣🤣
Buat projek ni hasil kajian dari GOOGLE , YOUTUBE dan FB…
Ads
Ni saya kongsikan step2 yg perlu lalu utk bg jadi… mana tau ada yg nak cuba DIY juga..
*Awas.. nak DIY projek ni mmg MAKAN MASA, TENAGA, dan KULIT PUN LEGAM dibuatnya🤣🤣🤣
Terima kasih sokongan isteriku Syuhada Kamil !!!! Tanpamu mmg tiada ketenangan utk fokus pada kerja2 ni…
*Ok.. projek dah siap, saya nak FOKUS balik kepada BISNES… Nak sewa/jual/beli rumah PM sy.. kasi settle A to Z
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di sebalik kejayaan menggenggam ijazah, namun ibu tabah ini diduga dengan anak yang menghidap penyakit kronik.
Perkahwinan dalam usia yang muda menyebabkan wanita ini tidak sempat berbakti kepada keluarga. Namun, disangka panas hingga ke petanG, rupanya gerimis di tengah hari. Perkahwinan yang disangka akan kekal hingga ke akhir hayat, rupanya putus di tengah jalan.
Ikuti perkongsian ibu tunggal kepada dua cahaya mata bernama Qiu Fiyya Abdul Gani menerusi postingnya di laman facebooknya. Dia bercerita mengenai anak keduanya yang disahkan menghidap kanser tulang.
Semoga dipermudahkan buat keluarga ini dalam menempuhi ujian yang cukup berat ini.
Harta yang tidak ternilai yang aku miliki iaitu Muhammad Zaki Aiman dan Nur Syazana Aqilah. Berkahwin di usia yang muda bukanlah impianku. Namun, jodoh itu ketentuan tuhan dan aku berkahwin sewaktu usiaku 21 tahun.
Bukan mudah untuk kita kekalkan kebahagiaan rumah tangga apatah lagi terlalu banyak dugaan yang perlu aku tempuhi. Dari awal perkahwinan sehinggalah jodohku berakhir dengan ayah mereka…Aku tidak menyalahkan mana-mana pihak atau membuka aib sesiapa tapi apa yang aku ingin kongsikan adalah perkara yang kita panggil peluang….
Dalam mengejar cita-cita, impian dan juga kesenangan, aku menyimpan angan-angan untuk mempunyai segenggam ijazah. Aku malu pada ibu yang telah banyak berkorban untuk aku dan keluarga. Aku gagal membuktikan padanya bahawa aku seorang graduan lepasan Ijazah kerana aku berkahwin awal.
Lalu aku dengan menyatakan hasrat kepada suamiku untuk menyambung pengajian ku di universiti sewaktu Nur Syazana Aqilah berusia 2 bulan…dan pada usia Syazana 4 bulan, aku telah pun mengambil PJJ untuk kebaikan kami bersama di masa hadapan dan membela nasib keluarga…
Walau bagaimana pun, setiap kejayaan memerlukan pengorbanan… seringkali setiap hari Sabtu anak-anak ku hantar ke Nurseri dan pada hari Ahad…kuminta suami ku menjaga mereka…dan alhamdulillah…bagiku peluang tersebut aku gunakan sebaik mungkin…
Tapi tahukah kalian…disebalik kejayaanku berapa banyak hati yang menderita? Anak-anak kehilangan tempat bermanja…rutin harian berubah..masa ku banyak kuhabiskan menghadap buku dan depan komputer serta perjumpaan bersama classmate…
Seusia 4 bulan Syazana hilang tempat bermanja…tanpa kusedari…kami semakin renggang…renggang kerana aku terlalu sibuk mengejar kejayaan…
Genap 5 tahun, barulah aku graduate dan….. anak-anakku telah pun membesar serta sangat2 berdikari…pada mulanya aku berasakan ia sebuah kejayaan hasil didikan aku…rupa-rupanya…Syazana berjauh hati dengan aku…Mujurlah Zaki Aiman dapat aku pujuk hatinya kerana Zaki Aiman banyak menghadiri sesi kaunseling….Bagaimana pula Syazana?
Sewaktu dia sakit, barulah aku mengerti betapa menderitanya hati si adik…dia akan ulang bercerita setiap perbuatan dia untuk meraih perhatian aku. Aku dapat rasakan betapa kecewa nya hati seorang anak bila rasa diabaikan…
Tidak semua impian kita itu terbaik untuk kita…Masa aku graduate…aku menangis sungguh2 kerana teringat sewaktu mula-mula sambung belajar niatku untuk membela nasib keluargaku…tapi pada hari itu…tiada siapa disisiku…ibu dan kakakku memujuk aku untuk bersabar…anak2 ibu siapkan dan kami bertolak untuk majlis convocation aku…
Bergelar ibu tunggal bukan mudah untuk dia cuba memujuk hati anak-anaknya Malah, corak kehidupannya juga berubah.
Aku cuba meraih perhatian mereka dan mengejar hati mereka kembali… alhamdulillah.. sedikit demi sedikit dapat aku rasakan ikhlasnya kasih sayang anak-anakku…bahagia sangat2 aku rasakan…
Jun 2018, aku dan anak-anakku bersama-sama cuba ‘move on’ dari kisah yang lalu…kami sibuk menghias bilik dan menempah baju untuk persiapan raya…Kami berjanji raya kali ini nak sedondon dengan mak dan adikku…serta ayah mereka…aku lakukan semuanya untuk menyenangkan hati mereka sebagaimana mereka menggembirakan hatiku…
Dalam kesibukan menunggu Syawal…kami sibuk pasang wallpaper…tukar susun atur bilik dan buang semua barang lama yang dah 2 tahun x berusik….Di pejabat aku apply cuti raya awal-awal lagi untuk menghabiskan masa di kampung…Segala pes makanan utk menu hari raya telah ku beli….namun segala-galanya terasa seperti direnggut apabila Syazana disahkan menghidapi kanser tulang…
Luluh dan terbang semangat untuk berhari raya…Raya tahun ini, aku lebih banyak membisu.. berterus-terang dengan saudara-mara tentang status aku yang selama ini aku sorokkan dan kulihat Syazana banyak bermurung serta protes akan sakit yang ditanggungnya…
Ujian kita sebagai manusia tidak sama…aku diuji oleh Allah dan aku benar-benar terfana dengan ujian ini… sesungguhnya kawan-kawan dan sahabat..ujian ini mengajar aku bersabar dengan karenah anak-anak ku..
Allah pulangkan kembali masa yang aku dah curi yang sepatutnya aku spend untuk mereka dahulu. Walaupun begitu, aku bersyukur kerana aku dapat rasakan kedapnya pelukan Syazana Aqilah setiap kali mendakapku..kini dia takut akan kehilanganku…dan benar-benar mahukan aku sentiasa di depan matanya… manakala anakku Zaki Aiman lebih kerap menceritakan permasalahannya berbanding dulu…
Syukur ke hadratmu tuhan…kerana kau beri aku peluang untuk betulkan kesilapan lalu…dan terima kasih kerana Kau beri aku peluang dan kesempatan untuk aku terus bersama dengan anak-anakku.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengawal pengambilan makanan adalah kunci utama untuk kejayaan pesakit diabetes dapat mengawal kandungan gula dalam darah.
Dan tahukan anda, penemuan kajian terkini mendapati bahawa pengambilan jus buah (walaupun ia buah yang segar) jika secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit diabetes.
Info ini turut dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, bersama kita baca perkongsian ini dan beringat jika ada ahli keluarga yang berisiko mendapat diabetes untuk lebih menjaga dan mengawal pemakanan.
BOLEHKAH JUS MENYEBABKAN DIABETES?
Kajian terbaru yang dilakukan para santis dari Harvard T.H Chan School of Public Health, Boston, Amerika Syarikat, mendapati bahawa pengambilan jus buah (walaupun ia buah yang segar) jika secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit diabetes.
Sebelum ini, kita mengetahui hanya minuman yang ditambah gula seperti teh tarik atau air bergas didapati menjadi punca kepada penyakit diabetes. Namun penemuan terbaru ini sangat mengejutkan kerana jus buah-buahan dikatakan sebagai minuman yang segar dan banyak khasiat.
Dalam kajian yang diterbitkan dalam journal Diabetes Care ini, menyebutkan bahawa jus buah-buahan juga boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes.
Menurut Dr Jean Philippe Drouin-Chartier, ketua bagi saintis yang terlibat dalam kajian ini memberitahu bahawa minuman manis, termasuk jus buah segar boleh menyebabkan penyakit diabetes. Sebaiknya kita menggantinya dengan minuman yang lebih sihat seperti air putih, dan teh atau dan kopi tanpa gula.
Fakta perlu tahu
Beberapa fakta yang perlu ketahui untuk kita selamat mengambil jus buah-buahan ini.
1. Pengambilan jus buah-buahan boleh diambil dengan syarat serat buah-buahan ini tidak dipisahkan bersama dengan jusnya. Perbuatan mengasingkan serat dari jusnya akan meningkatkan kadar penyerapan gula ke dalam darah.
2. Tidak mengambil jus buah-buahan secara berlebihan. Bagi kanak-kanak yang berusia kurang dari 6 tahun, American Academy of Pediatrics menyarankan hanya mengambil jus buah-buahan sebanyak 100 hingga 170 gram setiap hari. Sementara kanak-kanak yang berusia 7 hingga 18 tahun, boleh mengambil antara 200 hingga 350 gram dalam sehari. Bagi orang dewasa, pengambilan jus buah-buahan tidak melebihi 2-3 gelas dalam sehari.
3. Tidak menambah gula dalam jus buah-buahan itu yang akan meningkatkan tahap karbohidrat dan kalori dalam minuman itu.
4. Tidak minum jus buah-buahan di waktu pagi ketika perut kosong jika kita alahan terhadap buah tersebut, sebagai contoh jus nenas yang mungkin akan menyebabkan rasa kembung perut.
5. Tidak menyimpan jus buah-buahan yang telah disiapkan terlalu dalam dalam peti sejuk. Sebaiknya menghabiskan jus tersebut dalam masa 4 jam setelah disiapkan.
6. Beberapa jenis buah seperti mangga, avokado, nangka, atau durian mempunyai tahap karbohidrat yang tinggi. Seeloknya jus buah-buahan yang tinggi karbohidratnya tidak diambil bersama dengan makanan yang berat, contohnya makan tengahari.
Saya sendiri berpendapat bahawa pengambilan jus buah-buahan tidak akan berbahaya jika diambil dengan sederhana dan tidak memisahkan jus dari seratnya.
Pengambilan jus buah-buahan secara berlebihan terutama jus buah-buahan yang mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi sudah tentu memberikan kemudaratan kepada peminumannya terutama pesakit diabetes.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...