Orangnya tinggi lampai, berkulit hitam manis dan memiliki rupa paras yang hensem sesuai menggambarkan sisi pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini. Tidak hairanlah dia cukup diminati ramai lebih lebih lagi bakat dalam dunia lakonan tidak perlu dipertikai. Kerana itulah rezekinya dalam industri lakonan cukup murah.
Dua tahun mengikat tali pertunangan, namun tiada jodoh antara mereka akhirnya ikatan tersebut terlerai di tengah jalan. Biar pelbagai tohmahan dan kata-kata negatif dilemparkan, namun empunya diri hanya bersikap mendiamkan diri. Namun, kalau dah jodoh takkan ke mana.
Sifat toleransi dan sentiasa di sisi dalam ‘jatuh bangun’, membulatkan hati aktor, Remy Ishak, 39, memilih usahawan, Roszaliza Yusuf atau Ezza Yusuf, 38, sebagai bakal isteri.
Selepas melalui pelbagai ujian, Remy yakin Ezza wanita paling sesuai menjadi permaisuri hati.
“Selama ini, ada wanita kenal saya sebagai ‘Remy Ishak’, bukan Mohammad Zalimei Ishak (nama sebenar). Ezza ini lain… Dia boleh bertahan dengan status dan pekerjaan yang saya buat.
“Jika diikutkan, ketika kami putus hubungan, saya ada kenal beberapa wanita lain. Hakikatnya, mereka tidak sama dengan dia.
Tak boleh main ‘Sauk’
“Jodoh ini kita tak boleh nak ramal, ini soal masa depan, kita tak boleh nak main ‘sauk’ jer. Hidup dengan seorang selebriti bergelar pelakon bukan semudah yang disangkakan. tersebut.
“Sangat sukar sebenarnya nak cari orang yang betul-betul faham seorang pelakon dan ditambah pula saya kini menceburi bisnes. Masa sangat limited dan orang yang saya kenali harus faham sisi hidup saya sebangai pelakon dan juga usahawan.
“Saya bukan jenis cerewet tapi mudah orangnya. Cuma kadang-kadang orang tak paham ruang kerja kita. Menjadi Remy Ishak sebagai pelakon dan selalunya disebut-sebut membuatkan ada wanita rasa ‘insecure’ . susah sebenarnya nak cakap.
Dia ada di sisi ‘jatuh bangun’ saya
Jujur mengakui, wanita bernama Ezza ini cukup setia disisinya selain memahami dan sentiasa bersama saat jatuh bangunnya.
“Ezza ada di sisi ‘jatuh bangun’ saya… Pendek kata, Ezza terus cuba memahami saya.
“Sama juga perasaan saya terhadapnya. Masing-masing cuba berubah untuk menjadi lebih baik untuk diri sendiri dan orang lain.
Terkenal dengan jolokan ‘Hero Malaya’, Remy mengakui serasi dengan Ezza yang berasal dari Mentakab, Pahang dan mahu hubungan kekal ke akhir hayat.
“Proses mencari suri hati jadi lama dan rumit. Saya hendak hubungan sampai ke akhir hayat. Saya lahir dalam keluarga di mana ibu bapa berpisah. Perceraian menjadi suatu perkara trauma kepada saya.
“Saya tidak mahu perkara yang berlaku kepada ibu bapa, terjadi dalam hidup sendiri. Saya kena teliti dan selektif. Kita berkahwin bukan sehari dua, tetapi Insya-Allah, selama-lamanya.
“Bayangkan, orang biasa pun hendak mengekalkan perkahwinan sukar. Apatah lagi, saya yang bergelar artis. Saya takut pada mulanya, kalau Ezza tidak boleh faham cara kerja dan pandangan segelintir masyarakat terhadap artis,” katanya.
Tambah Remy, pandemik COVID-19 sejak tahun lalu memberi hikmah yang membuka matanya dalam soal masa depan dan hidup berumah tangga.
“Kalau saya sibuk bekerja dan berlakon, mungkin soal kahwin tidak diberi perhatian. Situasi ini bagai isyarat yang membuka mata saya untuk menghargai bakal isteri.
“Dalam soal lain, uban pun sudah tumbuh dalam hidung, bukan lagi di kepala. Jadi, itu menjadi titik tolak untuk saya menamatkan zaman bujang,” katanya.
Terpaksa tunda kahwin beberapa kali
Pasangan ini pernah merancang untuk bernikah tahun lalu, namun, terpaksa ditunda beberapa kali.
“Disebabkan situasi pandemik COVID-19 meruncing, kita anjak kepada tahun ini. Pada mulanya, saya mahu abadikan tarikh 11 April lalu di mana saya genap 39 tahun untuk bernikah.
“Bagaimanapun, disebabkan kes jangkitan COVID-19 meningkat selain mahu menghormati keluarga masing-masing, rancangan itu tidak dapat diteruskan.
“Selepas itu, perancangan dianjak kepada Mei lalu iaitu pada hari ke-10 Syawal, iaitu sempena kemenangan kita berpuasa dan meraikan lapan tahun perkenalan kami.
“Namun, Allah tidak izinkan, lalu akhirnya, kami pilih esok (untuk bernikah),” kata pelakon filem Sangkar ini.
Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun, putus dua tahun kemudian. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka dikatakan bercantum semula, tahun ini.
Sumber: Berita Harian Online
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520