Malaysia kini mempunyai kereta elektrik pertama! Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan kereta elektrik pertama Proton e.Mas 7 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Memetik laporan Bernama, Proton Holdings Bhd (Proton) melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama negara iaitu Proton e.MAS 7 yang ditawarkan pada harga bermula RM109,800 dengan tawaran rebat sebanyak RM4,000 bagi 3,000 pembeli pertama.
Model berkenaan dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam ucapannya mengumumkan bahawa ia akan menjadi kenderaan rasmi ASEAN 2025 sebagai sokongan kepada kenderaan sifar emisi dan teknologi kenderaan mesra alam di Malaysia.
3000 pembeli pertama dapat harga istimewa
Model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu ditawarkan menerusi dua varian iaitu e.MAS 7 Premium pada harga RM123,800 dan e.MAS 7 Prime (RM109,800).
Ads
Bagaimanapun, bagi 3,000 pembeli pertama, e.MAS 7 Premium ditawarkan pada harga RM119,800 manakala e.MAS 7 Prime (RM105,800).
Untuk makluman, e.MAS 7 dipacu oleh motor elektrik bersepadu “12 dalam 1” pada gandar depan yang menghasilkan 218 PS (160 kW) dan 320 Nm, membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 175 km/j.
Ads
Menerusi bateri Aegis ‘short blade’ ia mempunyai kemampatan tenaga lebih tinggi, selamat dan tahan lebih lama.
Varian Prime dilengkapi versi 49.52 kWj yang menawarkan jarak gerak sejauh 345 km dan Premium mendapat pek 60.22 kWj dengan jarak mencecah 410 km (WLTP).
Ads
Untuk pengecasan, e.MAS 7 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 80 kW untuk Prime dan 100 kW untuk Premium – kedua-duanya memerlukan 20 minit untuk pengecasan dari 30 peratus hingga 80 peratus.
Sumber: Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Minggu ini tular kisah pengantin lelaki di buli Tok Kadi. Kejadian itu telah menjadi bualan warga maya menerusi pendedahan pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung.
Menerusi perkongsian itu, beliau meluahkan rasa kesal dengan tindakan Tok Kadi yang bertindak keterlaluan terhadap pengantin.
Bukan untuk mengaibkan sesiapa namun niat beliau hanya untuk memastikan perkara ini tidak berulang kepada orang ramai lain dan memberi imej yang baik kepada agama Islam.
30 MINIT MUAT NAIK, PIHAK AGAMA HUBUNGI KENAL PASTI
Terbaru menerusi perkongsiannya beliau memberitahu, setelah 30 minit muat naik kejadian itu, pihak agama telah menghubungi untuk mengetahui lebih lanjut
“30 minit selepas saya kongsikan tentang tok kadi dan saksi membuli pengantin, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Kuala Muda, Sungai Petani Kedah iaitu Tuan Nasyarudin telah menghubungi saya.”
“Ssemua bukti video dan gambar mereka yang terlibat telah saya berikan kepada beliau dan beliau kenal kesemua mereka iaitu Tok Kadi adalah Imam Masjid, saksi yang membuli pengantin lelaki adalah muazzin manakala lelaki yang masuk menghalau wanita ke kawasan wanita yang sempit pula adalah AJK masjid.”
“Perkara yang sama juga telah saya panjangkan kepada SS Mufti Kedah, Dato Sheikh Fadzil Awang.”
“Tahniah atas tindakan yang proaktif.”
RUPANYA RAMAI MANGSA ‘TERKENA’ TAMPIL KONGSI PENGALAMAN
Pengantin lelaki juga telah membuat aduan rasmi semalam dan abang kepada pengantin lelaki juga akan membuat aduan rasmi hari ini. QadarAllah, ketika insiden berlaku, kakak dan kakak ipar pengantin lelaki ada membuat rakaman dan juga telah diserahkan kepada pihak pejabat agama untuk tindakan selanjutnya.
Ramai yang tertanya-tanya di masjid manakah kejadian ini berlaku. Kakak ipar pengantin lelaki telah ‘spill the bean’ di ruangan komen medsos saya dengan menamakan Masjid Kariah Matang Gedong, Sungai Petani.
Yang mengejutkan saya adalah, ramai ‘mangsa-mangsa’ telah tampil berkongsikan pengalaman mereka dibuli di Masjid yang sama! Allahu Musta’an.
Jikalau benar apa yang dikongsikan oleh netizen, maka ‘pembulian’ seperti ini telah lama berlaku dan biasa berlaku!
Aduan telah dibuat dan tindakan perlu diambil agar tiada lagi bakal pengantin akan dibuli atau dimalukan ketika hari pernikahan mereka.
Kami hanya ingin hentikan pembulian ini untuk membantu orang lain yang bakal bernikah bukan membantu diri kami andai mahu bernikah, lagi!
“Tengok semua yg dia cerita ni macam masjid tu sebab baru ja teman kakak pi akad nikah haritu macam ni laa dia tegur.”
“Saya antara pengatin yg kena buli waktu akad nikah masjid ni sp, kedah, last tak bleh sbar sya tenung mata sorang-2 saksi dalam 4-5 saat . Lps tu mudah ja . Hati ni dh bara tuhan ja tahu.”
“Adik ipar saya pun kena jugak haritu .. “
“Family sy yg perempuan kena marah and kena halau keluar dewan sbb taknak ramai2 dalam tu. Sy pulk jurunikah tanya mcm2 sgt”
VIRAL TOK KADI BULI PENGANTIN LELAKI
Terdahulu, media melaporkan menerusi perkongsian di laman TikTok itu, kejadian ini berlaku ketika majlis akad nikah diadakan di sebuah masjid, Sungai Petani, Kedah.
“Kami sampai lebih kurang 12.45pm di sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah untuk penikahan sepupu (sebelah isteri). Beberapa jemaah menyapa mesra kehadiran kami bila diketahui kami ini bersama rombongan pengantin lelaki.
“Tiba-tiba datang seorang lelaki tua menaiki motor. Isteri saya ucapkan salam dan bertanya dengan nada yang sopan bertanya tempat solat muslimah. Namun pakcik tersebut meninggikan suara sambil memberitahu arah ke ruangan solat,” ujarnya.
Majlis pernikahan bermula pada jam 2pm namun situasi tegang berlaku apabila salah seorang ahli masjid menghalau rombongan pengantin perempuan dan tidak membenarkan mereka duduk di kawasan tersebut.
“Kami masuk ke dalam bilik mesyuarat, masuk pula lelaki lain dalam pertengahan usia menghalau rombongan perempuan. Tok kadi pula melangkah masuk dalam 2 lebih. Lewat, tak ada minta maaf atas kelewatan apa, terus bagi tazkirah.
“Bagi tazkirah bukan kepada pengantin tetapi kepada tetamu. Antara yang dia sebut adalah ketika majlis berlangsung, jangan ada sesiapa bersuara. Biarkan mereka membuatkan kerja mereka,” jelasnya.
Kebimbangan mengenai soalan tok kadi menjadi realiti kerana dia seakan-akan membuli pengantin lelaki tersebut. Bertalu-talu soalan yang ditanyakan sehingga membuatkan keluarga pengantin lelaki geram dan kecewa.
Apabila ditegur, jawapan yang diberikan sungguh angkuh kerana tidak membenarnya orang lain mengganggu gaya kerja mereka.
Sebelum akad nikah dilafazkan, biasanya ada beberapa soalan tok kadi ditujukan kepada pengantin lelaki. Ini bertujuan untuk memastikan si lelaki memahami ilmu agama untuk memimpin si isteri.
Walau bagaimanapun, lain pula yang berlaku di sebuah masjid yang terletak di Sungai Petani, Kedah apabila soalan tok kadi agak berlebihan sehingga membuatkan keluarga kedua-dua pihak kecewa.
“Bagi tazkirah bukan kepada pengantin tetapi kepada tetamu. Antara yang dia sebut adalah ketika majlis berlangsung, jangan ada sesiapa bersuara. Biarkan mereka membuatkan kerja mereka,” jelasnya.
Kebimbangan mengenai soalan tok kadi menjadi realiti kerana dia seakan-akan membuli pengantin lelaki tersebut. Bertalu-talu soalan yang ditanyakan sehingga membuatkan keluarga pengantin lelaki geram dan kecewa.
Apabila ditegur, jawapan yang diberikan sungguh angkuh kerana tidak membenarnya orang lain mengganggu gaya kerja mereka.
“Saya dah buat kerja ini 10 tahun dah. Kalau awak tak puashati, saya boleh sahaja batalkan majlis pernikahan ini dan suruh mereka nikah dekat pejabat agama,” ujar si tok kadi.
Tindakannya itu sudah tentunya membuatkan seluruh ahli keluarga kecewa dan tidak berpuas hati. Difahamkan laporan akan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah agar imej agama Islam tidak dicemari pembuli seperti ini.
Sumber: TikTok Firdaus Wong
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Remaja perempuan maut, terjatuh dari tingkat 16 pangsapuri, ada kesan kelar pada tangan kiri. Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim,George Town, Pulau Pinang pada awal pagi Ahad.
Mayat remaja berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 1 pagi sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Difahamkan, terdapat kesan kelar pada tangan kiri remaja terbabit.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, hasil siasatan polis mendapati sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara remaja itu dengan kekasihnya.
Menurutnya, siasatan lanjut pihak polis di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.
“Semakan juga mendapati mangsa merupakan anak tunggal manakala ibu bapanya sudah bercerai dan ketika kejadian ibu keluar membeli barang.
“Siasatan lanjut masih dijalankan, kita minta orang ramai jangan buat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis serta sensitiviti keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.
Swee Sake berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sakit yang tak tertanggung. Satu-satunya ayat yang boleh digambarkan ketika menanti detik bersalin. Pun begitu ia bukan alasan untuk bakal ibu tidak mengerjakan solat lima waktu.
Perkongsian saudari Yasmine Hanani Muhammad Sufyan menerusi Facebooknya ini benar. Ramai wanita yang rupanya meninggalkan solat, lebih-lebih lagi ketika bakal berdepan kesakitan melahirkan anak.
Ramai perempuan tak solat?
Dulu saya macam tak percaya ramai perempuan tak solat, tapi bila macam-macam isu melibatkan perempuan baru saya tahu masalah ini bukan kecil.
Pakai tudung dan tak solat, juga tak pelik. Tudung tu uruf sahaja.
Dalam satu kajian oleh sekumpulan penyelidik di hospital, mendapati ramai wanita mengandung yang ditahan di wad tidak solat.
Lantas saya teringat pengalaman saya sendiri di wad setiap kali bersalin. Bila tiba waktu solat, memang tak ramai ibu hamil yang solat.
Biasanya cuma saya dan cleaner. Wanita hamil masih wajib solat sehinggalah melahirkan anak melainkan anda tidak sedar atau pengsan.
Sedih sebenarnya pada saat akhir kehamilan, waktu kita paling memerlukan Tuhan pun, kita tidak ingat Tuhan, bagaimanakan pada waktu lain?
Gambar: Surau sebuah mall di Cairo, seorang makcik cleaner sedang membaca Quran.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.