Seakan sudah menjadi kebiasaan anak-anak kecil jika dibawa ke shopping mall, pantang lalu depan kedai mainan. Mesti mereka hendak memilikinya dan kalau kita sebagai ibu ayah tidak membeli mainan tersebut, masa-masa itu juga anak akan melalak dan meragam.
Begitu jugalah cabaran yang dilalui oleh isteri usahawan terkemuka, Datin Seri Shahida baru-baru ini ketika pergi ke pusat membeli belah bersama anak-anaknya.
Keadaan tersebut dikongsikan olehnya melalui rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya. Beliau dilihat menarik-menarik anaknya untuk tujuan menghalang dua anak kecilnya, iaitu Yusoff dan Raudhah daripada memasuki kedai mainan.
Melihat keadaan Datin Seri di dalam video tersebut yang bersungguh-sungguh menghalang anak-anaknya masuk ke kedai tersebut, hingga terpaksa ‘bergelut’ dengan si kecil namun akhirnya terpaksa akur jua dengan membelikan belon sebagai ‘umpan’ untuk tenangkan anak-anaknya itu.
Ads
Tak Semestinya Banyak Duit, Semua Keinginan Anak Dibelikan
Meninjau diruangan komen, nyata netizen memuji sikap Datin Seri Shahida dalam mendidik anak-anaknya agar tidak dimanjakan dengan membeli mainan. Pun begitu, netizen juga turut terhibur melihat gelagat santai seorang suami dan juga ayah yang terakam di dalam video tersebut.
Terlihat Datuk Aliff Syukri tidak menghiraukan keadaan tersebut namun terlihat santai membelek-belek label botol air sebelum minum .
Ads
ketika mama tgh struggle uruskan anak², ketahuilah ada seorg abah yg menikmati sebotol minuman.. 😂😂
Datin dok haru ngn ank2.. dato be like.. hidup harus tenanggggg.. 🤣🤣🤣🤣
adoii sabar ja lahh.. nasib ada kakak tolong mama😂😂. abah dok santai 😂
Trend sekarang, media sosial sering menjadi medan perkongsian untuk menunjukkan gambar dan video peribadi.
Ada video yang kelihatan nampak ‘sweet’ dan ada juga sebaliknya. Pelik tapi benar. Siapa sangka, media sosial yang digunakan untuk perkongsian kebahagiaan rumahtangga akhirnya bertukar menjadi duka.
Suami cerai isteri rakam cuci pinggan
Seorang lelaki Syria didakwa menceraikan isterinya selepas wanita itu merakam perbuatannya yang sedang mencuci pinggan dan memuat naik ke laman TikTok, lapor Gulf News.
Menurut laporan media tempatan, rakaman video itu disertakan dengan lagu latar yang seolah-olah menggambarkan lelaki berkenaan berada di bawah kawalan isteri.
Wanita itu mengambil kesempatan ketika suaminya sibuk membersihkan rumah dan merakamnya semasa lelaki tersebut berdiri di dapur sambil mencuci pinggan.
Lagu provokasi pada video
Dia menyelitkan lagu berbentuk provokasi pada video itu yang menyebabkan si suami hilang sabar lalu menceraikan isterinya sejurus selepas klip itu tular.
Lagu bertajuk ‘Mesaytara’ yang diterjemahkan menjadi ‘Saya dominan’ atau ‘Saya akan mengawal awak’ oleh penyanyi Syria, Lamis Kan menjadi punca utama di sebalik perceraian pasangan itu.
Bahagian pertama lagu itu berbunyi ‘Saya dominan, anda akan diperintah di bawah arahan ketat saya, saya akan membuat anda gila jika anda melihat gadis lain di jalanan, selagi anda bersama saya, anda akan berjalan di bawah perintah saya’.
Ia bukan kali pertama lagu itu membawa kepada perceraian. Terdapat dua lagi kes perceraian dilaporkan di Iraq dan Jordan yang berpunca daripada lagu tersebut.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak anda lihat pengunjung di kedai makan, atau anda sendiri yang mengemas pinggan yang telah dihidangkan selepas makan?
Walaupun sekadar hanya mengemas meja sahaja, tapi sebenarnya kita dah cipta banyak nilai murni dengan perbuatan sekecil itu! Lagi-lagi bila kita buat di hadapan anak atau kita sendiri mengajak mereka untuk mengemas.
Misalnya seperti yang dkongsikan oleh Superdad ini, Khairul Abdullah. Jom ikuti perkongsiannya!
Tadi kami makan di luar sahaja.
Makan dengan tiga budak kecik tu memang berteraburlah pinggan dan sisa atas dan bawah meja.
Selesai makan macam biasa aku suruh budak-budak tu tolong aku kemas. Alah, budak-budak kan, takat mana sangatlah dia boleh kemas pun. Boleh kutip nasi-nasi yang tumpah atas dan bawah meja tu kira ok dah.
Tiap kali kemas tiap kali tu lah diorang akan tanya kenapa kena kemas. Jawapan aku tetap sama. Ada 2 sebab utama kenapa kena kemas meja lepas makan.
Pertama, sebab kita orang Islam. Kita kena bersih dan kebersihan adalah benda paling utama dalam agama. Kita kena tunjukkan contoh yang baik. Kita juga bukan haiwan yang makan bersepah dan berterabur.
Depa angguk-angguk.
Kedua, sebab kita nak mudahkan kerja abang dan kakak pekerja restoran tu.
Sebab apa? Tanya depa.
Sebab Nabi dah pesan “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang yang lain.”
Kita mungkin tak boleh nak jadi yang paling bermanfaat sebab kita tak banyak duit nak membantu, tak pandai dan tak banyak ilmu nak mengajar. Atau takde kudrat yang kuat untuk membantu.
Tetapi, dengan sekecil-kecil kudrat membantu mengemas meja sudah memadai untuk memberi manfaat kepada manusia yang lain.
Abang dan kakak waiter tu pun dimudahkan kerja dia, orang yang datang kemudian nak duduk pun mudah. Semua orang diberi kemudahan, kita beroleh pahala dan juga diberi kemudahan yang lain nanti.
Kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita.
Begitulah.
Anak-anak macam faham jer angguk-angguk.
Esok makan tetap kena pesan lagi benda yang sama. Depa akan tanya soalan yang sama, namun depa akan lebih jelas dan faham. Takpelah, biarlah berulang-ulang seribu kali pun.
Sebagai ayah, aku dah ajar dan tunjukkan contoh, apa yang patut depa buat.
Kebahagiaan keluarga bukan harta, tapi isteri penyejuk hati. Betulkan? Namun, biasanya kita dengar, rumahtangga yang gagal salah satunya adalah kegagalan mengawal emosi. Ia termasuk hubungan dengan suami dan anak-anak. Apabila seorang wanita itu diberikan banyak bebanan tanpa pertolongan suami, pastinya ia memberi impak negatif kepadanya. Natijahnya anak yang akan menjadi mangsa apabila mengalami tekanan yang amat sangat. Pernah dengar kan, kes kelar anak, pukul anak sehingga jadi kes dera dan sebagainya. Semua ini akibat tekanan emosi. Mintak dijauhkan. Aminnn.
Namun, isteri yang dapat mengawal emosinya dengan bantuan suami tentu bahagia rumatangganya. Anak bergaduh, rumah bersepah atau pelbagai kerja rumah yang tak pernah selesai, semunya dilakukan dengan senang hati. Bayangkan anak menangis sebab tantrum kita kata comel! Cuba stress, mahu rasanya nak cubit atau pukul je suruh diam! Betul tak?
Untuk kebahagiaan rumahtangga inilah, yang dipraktiks oleh suami isteri ini iaitu tolong menolong dan saling melengkapi untuk mengelak tekanan menguasai diri. Paling menarik terdapat 5 teknik yang digunapakai oleh pasangan ini. Ikuti perkongsian Mohd Fhais mengenai teknik ini. Semoga bermanfaat!
Cuba bayangkan jika puan2 sentiasa tersenyum walaupun masa cuci berak anak, puan2 masih boleh gelak ketawa bila anak tantrum/terjerit dan puan2 rasa sangat lapang dan rileks walaupun rumah macam kapal pecah.
Indahkan?
Inilah yang berlaku pada isteri saya sejak seminggu lepas. Setiap hari tersenyum dan tergelak je kerjanya. Sehingga rakan sekerja gelar kak happy go lucky sebab kerja banyak macam mana pun dia masih tenang dan boleh gelak gelak.
Sejuk mata saya pandang dia. Bila isteri buat kerja dengan muka senyum suami pun rasa ringan tulang nak tolong. Tapi kalau lihat muka ketat masa buat kerja memang jangan haraplah nak menolong. Silap silap dari nak tolong boleh kena sembur pula nanti.
Ada masa jadi jeles juga sebab anak anak dah lebih rapat dengan isteri. Seperti ada magnet pula anak asyik melekat je, dulu tak macam ni. Dulu jarang anak nak menepek dengan isteri sebab dulu dia garang macam singa.
5 TEKNIK PRAKTIKS PADA ISTERI
Sebenarnya dalam sebulan ini ada macam macam benda saya buat untuk isteri jadi lebih tenang dan terkawal emosinya.
Antaranya ;
1 – Isteri balik dari kerja saya tak akan terus serah anak pada dia, sebaliknya saya akan suruh dia mandi dahulu dan solat jika belum. Tujuannya supaya segala ketegangan dari tempat kerja mengalir keluar dari badan macan air yang jatuh ke lantai, barulah badannya kembali segar. Kalau serah anak terus ada kemungkinan besar anak pula akan meragam nanti. Lagi tak tenteram jadinya.
2 – Saya ajar dia teknik ‘1-Minute Pause’ untuk kawal emosi. Apabila timbul sahaja rasa nak marah pada anak dia kena berhenti dengan serta merta selama 1 minit, selepas 1 minit perasaan marah itu akan reda dengan sendiri. Selepas itu baru fikiran logik dominan. Mulanya dia kekok, ada juga terlepas termarah tapi dia tekun berlatih sehingga sekarang dah mahir. Itu yang anak tantrum pun dia boleh ketawa lagi.
3 – Kemudian saya ada ajar teknik ‘Muscle Contraction & Relaxation’ untuk rileks kan otot serta tenangkan emosi. Hanya perlu fokus pada bahagian yang rasa tegang, kalau muka tegang kerutkan muka sekerut yang boleh selama 10 saat, kemudian lepaskan secara perlahan-lahan. Ini jangan di buat depan orang nanti orang ingat sedang tahan kentut pula.
4 – Jika nampak isteri rasa sedih / bimbang saya minta dia luahkan perasaan pada saya. Kebiasaannya dia sedih / bimbang akan kesihatan bayi bawah jagaannya, naluri seorang ibu kan tak kira anak orang lain pun dia rasa bimbang juga. Saya bantu dia menghilangkan emosi itu dengan picit jari dia mengikut jenis emosinya. Menurut teknik ‘Jin Shin Jyutsu’ kelima-lima jari kita mewakili emosi cemas, takut, marah, sedih dan harga diri.
5 – Isteri saya jururawat, jadi pola tidurnya tak menentu dan sukar dapat tidur yang berkualiti. Tidur tak cukup akan ganggu bahagian otak ‘Emotional Processing’, itu punca dia selalu tak keruan dan mudah mengamuk. Dengan ‘Power Nap’ 20 minit je diperlukan untuk dapat tidur yang berkualiti. Sekarang bangun tidur muka berseri-seri. Nak tengok wajah isteri paling ayu dan cantik masa mereka bangun tidur lah..
Tak susah sebenarnya nak buat keluarga aman, bahagia dan tenteram. Hanya perlu kawal, kemudi dan pandai memanfaatkan emosi dalam diri sendiri. Emosi ni punca segala masalah rumahtangga.
Lagipun isteri ibarat jantung keluarga, dia lah pusat emosi berkumpul dan dia lah yang mengepam emosi ke seluruh anggota keluarga.
Sebab itulah, kalau tuan tuan nampak isteri sedih atau muka monyok cepat-cepat ceriakan mereka sebelum emosi tu terpam masuk dalam badan anak anak. Nanti satu rumah monyok.
Silakan SHARE agar bermanfaat pada orang lain juga.
–
P/s : Kebanyakkan teknik yang saya ajar isteri tadi saya belajar dari eBook Formula Mudahnya Kawal Emosi. Banyak lagi teknik mahal dalam tu kalau nak belajar. Klik link di bawah jika nak tahu lebih lanjut,
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.