Buat pertama kali menyambut Ramadan sebagai ibu menyusu, pasti banyak persoalan bermain di minda, kan? Boleh ke teruskan puasa? Cukup tak susu untuk bayi? Selamat ke untuk kedua-duanya?
Sebenarnya, menyusukan anak ketika berpuasa adalah sesuatu yang selamat. Ibu masih boleh menjalani ibadah puasa tanpa menjejaskan penghasilan susu, selagi tubuh kekal terhidrasi dan tidak mengalami masalah kesihatan yang serius. Malah, badan ibu tetap mampu menghasilkan susu yang mencukupi walaupun berpuasa.
1. PILIH MAKANAN TINGGI SERAT, PROTEIN & KARBOHIDRAT KOMPLEKS
Ketika sahur & berbuka, digalakkan ambil lebih protein. Ibu boleh masak ikan kukus, ayam panggang, sambal telur dan sebagainya. Tapi kalau tak sempat nak masak macam-macam, ibu boleh buat simple salad sahaja.
Ibu juga boleh makan kurma, oat, bijirin, beras perang, roti, pasta, kekacang & buah-buahan kerana ia membekalkan tenaga secara perlahan-lahan sepanjang hari berbanding makanan lain.
Makanan jenis karbohidrat kompleks ini memerlukan masa lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar. Jadi, ia memberikan tenaga berpanjangan dan memudahkan ibadat puasa dilaksanakan.
Ads
2. MINUM AIR SECUKUPNYA
Minum air dengan kerap sepanjang waktu berbuka hingga waktu bersahur. Pengambilan air yang mencukup amat penting bagi mengelakkan ibu daripada mengalami masalah dehidrasi. JIka berlaku gejala sedemikian, ibu harus berbuka puasa kerana dikhuatiri ia boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan ibu & anak.
Antara tanda ibu mengalami dehidrasi ialah terasa nak pitam, lemah atau lesu, sakit kepala, loya, nak muntah, menggigil & air kencing menjadi pekat serta berbau kuat.
Ads
3. KERAPKAN PENYUSUAN TERUS ATAU TANDEM SEPANJANG BERSAMA ANAK
Penyusuan tandem sesuai dilakukan sekiranya bayi masih kecil dan cukup hanya menyusu di sebelah payudara saja.
Semasa menyusu terus pada payudara, pastikan posisi dan lekapan mulur anak adalah betul. Jika selepas menyusu, payudara masih penuh, ibu digalakkan memerah susu badan sehingga susu habis dikeluarkan (payudara menjadi lembut).
Ads
4. JANGAN SKIP PERAH SUSU DENGAN KERAP & BERJADUAL
Bagi ibu yang bekerja, perah susu badan dengan kerap iaitu antara 6 hingga 8 kali sehari (setiap tiga jam), 20 hingga 30 minit setiap sesi di kedua-dua belah payudara. Jika menggunakan pam susu, ibu digalakkan untuk menggunakan pam elektrik berganda bagi meningkatkan penghasilan susu & menjimatkan masa.
5. BERGEMBIRA LAH!
Ibu tak boleh stress-stress, kena gembira & ceria je selalu supaya penghasilan susu badan tak terjejas. Sebab tu, ibu digalakkan buat aktiviti yang menggembirakan & tingkatkan paras hormon oktosin seperti dengar muzik, zikir, membaca, tengok gambar & video anak atau apa sahaja yang buatkan ibu berasa tenang serta happy.
Berpantang maut sebelum ajal! Seorang lelaki warga Russia ditemukan selamat selepas hanyut selama 67 hari bersama dua mayat di atas sebuah bot di Laut Okhotsk, lapor saluran berita CNN.
Menurut media Russia, RIA Novosti, mangsa bernama Mikhail Pichugin, 46, berjaya diselamatkan. Difahamkan, abangnya, Sergei, 49, dan anak saudaranya, Ilya, 15, telah meninggal dunia sebelum sempat diselamatkan.
Dia berkongsi pengalaman sepanjang dua bulan terapung di samudera sebelum diselamatkan oleh bot nelayan di luar perairan Semenanjung Kamchatka pada Isnin.
Rakaman yang dikeluarkan oleh pendakwa raya Russia menunjukkan mangsa yang memakai jaket keselamatan, terkandas di atas bot pelampung jenis katamaran, dengan bendera merah dinaikkan pada tiang.
Agaknya beginilah suasana lautan yang ditempuhi warga Russia itu. Tabahnya dia berada di tengah lauatan bersama dua mayat ahli keluarganya
“Saya masih hidup kerana kuasa tuhan dan bot digelar Angel (malaikat) jadi penyelamat saya,” katanya sambil tersenyum walaupun masih lemah dan sedang dirawat di sebuah hospital di bandar Magadan, Pichugin pada Rabu.
Pichugin berkata, dia menadah air hujan dan berlindung dengan beg tidur berisi bulu unta.
“Saya tiada pilihan lain kecuali terus bertahan untuk hidup ketika hanyut di Laut Okhotsk kerana sentiasa teringatkan keluarga di rumah dan jadikan mereka sebagai motivasi,” ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Gabenor Magadan, Tatiana Savchenko berkata, keadaan kesihatannya semakin baik dan mereka akan menguruskan penerbangan pulang Pichugin.
Difahamkan, lelaki tersebut berasal dari Ulan-Ude di Siberia, namun bekerja di Pulau Sakhalin di wilayah Timur Jauh Rusia sebagai pemandu.
Dia bersama dua ahli keluarganya itu berlayar dari pantai di wilayah Khabarovsk untuk menyeberangi ke Sakhalin pada 9 Ogos lalu, namun tidak tiba di lokasi berkenaan.
Pada mulanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan di sekitar perairan Kamchatka, tetapi tidak menemui sebarang petunjuk lalu ia kemudiannya dihentikan.
Bot hanyut Pichugin ditemui sejauh 1,000 kilometer dari titik permulaannya.
Menurut isterinya, Pichugin mungkin terselamat kerana faktor berat badannya mencecah 100 kilogram (kg).
Stesen TV Rusia bagaimanapun melaporkan dia kehilangan separuh berat asalnya dalam sepanjang tempoh tersebut.
“Ia sememangnya ajaib kerana bekalan makanan dan air hanya dapat memenuhi keperluan mereka selama dua minggu,” jelas Yekaterina.
Susulan insiden itu, penyiasat pengangkutan telah melancarkan siasatan terhadap kemungkinan berlaku pelanggaran peraturan keselamatan dan jika disabit bersalah Pichugin boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun. – AFP
Sumber: Kosmo & AFP
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Sama Cantik Sama Padan…” Anak lelaki Habib Jewels bertemu jodoh dengan pelakon terkenal Indonesia.
Nyata jodoh itu memang rahsia Tuhan. Kita tak pernah tahu siapa yang akan menjadi pelengkap hidup kita, tetapi bila tiba masanya, segalanya akan terasa begitu indah.
Siapa sangka pelakon ternama Indonesia, Pevita Pearce kini sahkan sebagai isteri kepada Mirzan Meer iaitu anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin. Ini membuktikan bahawa takdir cinta boleh hadir dari seberang sempadan.
Muat naik turun gambar perkahwinan di Ingstagram (IG), pelakon jelita itu yang dikuti oleh lebih 18 juta pengikut menyaksikan majlis dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.
“Hari ini, dengan cinta yang damai, kehadiran orang yang tersayang. Kami disatukan.”
Kapsyen penuh makna Pevita dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya yang diikuti oleh 18.2 juta pengikut itu.
Difahamkan Mirzan Meer merupakan Pengarah di Time Zone Group yang juga anak syarikat Kumpulan Habib.
Pevita, 32, sebelum ini sangat masyhur menerusi lakonannya sebagai Hayati dalam filem mega Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2013)
NETIZEN UCAP TAHNIAH
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen rata-rata memberikan ucapan tahniah dan menitip doa buat pasangan berkenaan.
“Congratulation kakak” “Cantiknyaaa.” “Semoga bahagia selalu.” “Congratulationss kak Pevita! Wishing you lots of love and a lifetime of happiness.”
Semoga perkahwinan ini menjadi permulaan kepada kehidupan yang penuh bahagia dan diberkati, serta cinta yang kekal abadi. Tuhan memang susun pertemuan ini dengan cantik sekali, tepat pada waktunya.
Sewa RM5,000 satu hari! Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida sanggup berhabis demi anak perempuan kesayangannya bagi mengikuti pengajian di Barcelona, Sepanyol.
Muat naik video di Instagram milik DS Vida telah meraih tumpuan ramai apabila membuat ‘house tour’ kediaman yang didiami oleh anak perempuannya, Cik B di Barcelona.
DS Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 54, turut ditemani anak lelakinya, Kacak meluahkan rasa syukur setelah memasuki kediaman Cik B
Dalam video tersebut, jelas menunjukkan perwatakan Cik B gembira dengan kediaman tersebut.
“Cik B suka rumah ni. Its my dream house,” ujar Cik B dengan gembira.
Wow! Sewa RM5K sehari
Video ‘House Tour’ membuatkan ramai kagum melihat dekorasi kediaman berkenaan. Melihat bilik tidur, bilik bacaan dan tandas bersaiz ruang yang besar membuatkan ramai teruja.
Paling mengejutkan, DS Vida secara spontan mendedahkan kadar sewa rumah tersebut adalah sebanyak RM5,000 sehari.
Sejurus itu Cik B menunjukan riak terkejut dengan sewa yang tinggi itu.
“Alhamdulillah mujur Cik B suka.”
“Saya nak Cik B belajar bahasa Sepanyol dan ada vibes-vibes baharu.”
“Bilik ini harga dia RM5,000 sehari, dan duduk selama tiga bulan,” kongsi Vida.
ADA VIBES SERAM
Meninjau ruangan komen, wargamaya teruja melihat kediaman yang mempunyai banyak bilik. Namun saiz bilik yang besar dan persekitaran kediamanan ada yang beranggapan ia ada unsur vibes seram.