Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pastinya mendambakan kehadiran si kecil dalam menambahkan lagi kemanisan rumah tangga. Tetapi tidak semua diberi rezeki awal dalam menimang cahaya mata.
Justeru, bagi pasangan yang masih dalam usaha untuk mendapatkan zuriat, mungkin boleh mencuba tips yang dikongsikan oleh Bonda Rozita ini.
Moga bermanfaat!
Menurut beliau, berdasarkan petua dari neneknya pada zaman dahulu, pucuk labu elok dimakan dan diamalkan kalau nak dapat anak.
Tak kira lelaki mahupun perempuan, jika agak sukar untuk mendapatkan zuriat (kategori trying-to-conceive) mereka disuruh untuk makan pucuk labu ini sebagai salah satu rawatan kesuburan.
Khasiat Pucuk Labu:
Kandungan zat besi yang tinggi
Sangat bagus untuk merawat masalah kemandulan
Mengandungi vitamin C untuk awet muda
Juga bagus untuk merawat kencing manis
Cara membersihkan pucuk labu untuk dimasak:
Gosokkan batang labu dengan kedua tapak tangan sehingga hilang bulu bulu halus yang terdapat pada batangnya. Sesuai dimasak sebagai sayur bening, masak lemak dan sebagainya.
sayuran lain ini juga yang dikatakan boleh membantu mempercepatkan kehamilan. Secara spesifiknya sayuran jenis ini mengandungi zink, asid lemak omega 3, antioksidan dan nutrisi lain yang meningkatkan kesuburan wanita, ovulasi dan kualiti telur.
Bagi yang merancang untuk menimang cahaya mata, boleh amalkan sayuran ini. 1. Bayam
Mengandungi zat besi, folat, zink dan antioksidan yang baik untuk kesuburan wanita dan membantu wanita untuk cepat hamil. Boleh amalkan hidangan bayam secara sihat seperti dikukus, direbus atau dijadikan salad.
Ads
2. Daun Bit
Kita biasa mendengar manfaat ubi bit tapi jarang mendengar khasiat daunnya. Ia sebenarnya kaya zat besi yang penting untuk membantu kehamilan. Daun bit juga kaya vitamin C dan folat, yang merupakan nutrisi lain diperlukan untuk kehamilan.
3. Brokoli
Ads
Ads
Brokoli membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti lebihan metabolit estrogen dalam tubuh yang mengganggu hormon-hormon kehamilan normal.
4. Biji labu dan tiram
Biji labu dan tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung berkait dengan ketidaksuburan lelaki dan wanita. Pengambilan khasiat ini penting dalam menjaga kualiti telur dan sperma selain membantu melindungi sperma dari kerosakan kromosom.
Tinggal dengan mentua ada kelebihan dan kekurangannya. Lebih-lebih lagi jika ipar duai lain pun serumah dengan kita. Bab aurat sudah tentu kena jaga kan.
Justeru, pergerakan di dalam rumah agak terbatas, baik nak ke dapur mahupun ke bilik air, kena pastikan sentiasa menutup kepala. Bagi sesetengah orang benda itu agak remeh namun leceh juga kan.
Apa lagi nak bermesra dan bergurau senda dengan pasangan sendiri kena hati-hati tak boleh dilihat pada tatapan ipar duai atau anak-anak kecil yang lain.
Seorang wanita bernama Ain Zaki berkongsi cerita bagaimana dia menjaga ‘privacy’ biarpun tinggal serumah dengan mentuanya.
Hasil kreativiti Ain, dia telah menukar sebuah bilik menjadi seakan-akan rumah kecil yang dianggap ‘syurga kecil’ milik mereka sekeluarga.
Nak tahu caranya, jom baca ni!
Dapur dalam bilik tidur! Belum ada rumah sendiri , duduk dgn mentua , dlm rumah ada 2 family ipar duduk skali..
Rasa pgerakan terbatas bila masak2 kat dapur bawah.. yela , pakaian kita kena jaga kan.. xkan nak pakai mcm dlm rumah sendiri..
Pujuk en husb utk reno skit buat dapur dlm blik.. memandangkan bilik besar juga.
Dlm bilik pakai dapur karan , ada blower , ada tingkap & ada pintu .. bau masuk blik tu ada la tp tak la sampai berbau tilam baju semua.. stakat bau2 harum je gituu..
Nk mkn apa cakap jer .. Semua bahan lengkap. Peti ais ada tp besar sgt xmuat dapur. Jd letak kat luar ( dalam bilik )
Rasanya yang masam manis apabila dimasukkan ke dalam air minuman atau makanan lain menambahkan rasa enak.
Biasanya kalau nak guna kita beli je di kedai, apa kata cuba tanam sendiri. Sebenarnya caranya tak susah.
Menurut Siti Azuna Abu Bakar ibunya menggunakan kulit pisang sebagai petua untuk membolehkan buah limau tidak berhenti berbuah.
“Limau kasturi batik mak di kampung tak berhenti berbuah. Petua mak: kulit pisang sekurang-kurangnya sebulan sekali. Tapi kena kambus dengan tanah la. Biar terdedah risau jadi habuan tikus. Kalau rajin kami blend & jirus terus.
“Sekarang kulit bawang, pisang, kulit telur, lebihan sayur semua mak campak kat pokok2 dia. Kalau rajin mak blend dulu. Selalunya campak seketui2 mcm tu jugak.
Melihatkan keunikan corak pada pokok limau tersebut, Siti Azuna menjelaskan pokok tersebut dibeli dari nursery kerana nampak lain dari limau kasturi biasa. Malah dia beranggapan pokok tersebut adalah dari spesis pokok kahwin juga.
Namun, rasanya tetap sama dengan limau kasturi biasa. Hanya warna pada buah dan daun sahaja yang berbeza. Kulit jenis ni agak tebal berbanding yang biasa.
Limau kasturi turut membantu bagi masalah tersebut:
1. Batuk
Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.
2 . Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3 . Pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
4 . Lelah
Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.
5. Kegemukan
Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
6. Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
7 . Kepala Berbau
Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.
Bukan mudah untuk kekal Istiqomah usai berhijrah, Itu antara yang terpaksa dilalui selebriti Kilafairy. Pelbagai dugaan dan ujian terpaksa ditempuhi sepanjang dua tahun melalui proses tersebut dalam diri, hati dan penampilan.
Begitupun, anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil ini percaya kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan percaya proses lumrah itu menjadi pengukur kematangan dan pendinding diri.
“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah. Ia bukan sehari dua untuk dihadam. Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri. Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa.
“Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” katanya.
Biarpun ada yang bimbang berhijab akan membataskan rezeki dalam duni senia, namun Kilafairy percaya semuanya datang dari Dia.
Terbaru, dia dilamar menjadi wajah bagi mewakili jenama tudung bawal MINAZ Hijab Blossom 3.0 kempen Next Chapter.
“Daripada kerendahan hati, saya bangga kerana terpilih menjadi wajah wakilan koleksi tudung bawal ini. Berurusan dan bekerjasama dengan pasukan kerjanya juga menyenangkan.
“Mereka juga memastikan saya selesa dan berpuas hati dengan tudung yang dipakai serta digayakan. Begitu juga dengan hasil gambar kempen fotografi yang dijayakan.
“Pendek kata tudung yang digayakan bukan sekadar selesa dalam konteks percakapan dan penulisan. Tapi saat dipakai pun dapat rasa keselesaan yang digambarkan itu. Saya sangat besyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan selain dikelilingi dengan orang yang baik waktu bekerja,” katanya.
Sebelum Kilafairy, Nora Danish terlebih dahulu diperkenalkan untuk siri kempen sama edisi 2.0 tahun lalu yang turut mengundang kontroversi kerana dilihat tidak selari dengan imej tudung dengan wanita ‘free hair’.
Kata isteri kepada Tamizee Adzman itu, dia sendiri melihat Kilafairy sebagai inspirasi wanita bertudung.
“Lihat saja kesungguhannya untuk kekal istiqamah berhijab.
Paling utama dalam menutup aurat dan kekal sopan, dia masih pandai bergaya. Saya sendiri menghormati pendiriannya untuk tampil dengan gaya yang sangat sopan sewaktu sesi fotografi kempen berlangsung.
“Malah dia sendiri lebih teliti memilih gambar yang tidak menjolok mata dan bersesuaian dengan kempen ini,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.