Rasanya yang masam manis apabila dimasukkan ke dalam air minuman atau makanan lain menambahkan rasa enak.

Biasanya kalau nak guna kita beli je di kedai, apa kata cuba tanam sendiri. Sebenarnya caranya tak susah.

Menurut Siti Azuna Abu Bakar ibunya menggunakan kulit pisang sebagai petua untuk membolehkan buah limau tidak berhenti berbuah.

Rahsia Limau Kasturi Batik berbuah Lebat, Guna Kulit Pisang Je. Wanita Ni Kongsikan Tip Dari Ibunya!

“Limau kasturi batik mak di kampung tak berhenti berbuah. Petua mak: kulit pisang sekurang-kurangnya sebulan sekali. Tapi kena kambus dengan tanah la. Biar terdedah risau jadi habuan tikus. Kalau rajin kami blend & jirus terus.

“Sekarang kulit bawang, pisang, kulit telur, lebihan sayur semua mak campak kat pokok2 dia. Kalau rajin mak blend dulu. Selalunya campak seketui2 mcm tu jugak.

Rahsia Limau Kasturi Batik berbuah Lebat, Guna Kulit Pisang Je. Wanita Ni Kongsikan Tip Dari Ibunya!

Melihatkan keunikan corak pada pokok limau tersebut,  Siti Azuna menjelaskan pokok tersebut dibeli dari nursery kerana nampak lain dari limau kasturi biasa. Malah dia beranggapan pokok tersebut adalah dari spesis pokok kahwin juga.

Namun, rasanya tetap sama dengan limau kasturi biasa. Hanya warna pada buah dan daun sahaja yang berbeza. Kulit jenis ni agak tebal berbanding yang biasa.

IKLAN

Rahsia Limau Kasturi Batik berbuah Lebat, Guna Kulit Pisang Je. Wanita Ni Kongsikan Tip Dari Ibunya!

Limau kasturi turut membantu bagi masalah tersebut:

1. Batuk

Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.

2 . Demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

IKLAN

Rahsia Limau Kasturi Batik berbuah Lebat, Guna Kulit Pisang Je. Wanita Ni Kongsikan Tip Dari Ibunya!

3 . Pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

4 . Lelah

Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.

5. Kegemukan

IKLAN

Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

Rahsia Limau Kasturi Batik berbuah Lebat, Guna Kulit Pisang Je. Wanita Ni Kongsikan Tip Dari Ibunya!

6. Kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

7 . Kepala Berbau

Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.

Sumber : Petua Ibu

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI