Memberi kepuasan menikmati juadah minum petang bersama keluarga, apa kata ibu-ibu mencuba menyediakan menu Puding Karamel ini.
Bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas, hanya telur, susu pekat, susu cair, gula dan esen vanila. Menu yang enak tersedia untuk dinikmati.
Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Siti Norazliana, jom dicuba.
Day 24 PKP : Puding Karamel
Cara mudah hanya menggunakan barang yang ada kat dapur je ..
Bahan-bahan:
3 biji telur
Ads
1 sudu esen vanila
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
5 sudu makan gula
Ads
Cara penyediaan :
Step 1 :Hanguskan 5 sudu makan gula terlebih dahulu ..Guna api sederhana ..Jangan sampai hangit nanti pahit tak sedap ..Bila gula dah cair masuk air panas 10 sudu ..Masak sampai gula sebati & hancur ..Tutup api masukkan air gula tadi dalam loyang sejukkan ..Nak buat karamel ni perlukan kesabaran sikit ye
Ads
Step 2 : Kepuk manja2 telur sampai jadi macam ni
Step 3 :Pastu masukkan bahan lain & kacau sebati ..Tapis adunan terlebih dahulu ..Tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 30 minit ..
Pastikan loyang tutup bagi mengelakkan wap air masuk masa kukus . Dah siap sejukkan & simpan dalam peti ais sekejap baru boleh terbalikkan ..Kalau terbalik masa tengah panas nanti dia akan pecah ..Selamat mencuba
Lain orang lain seleranya, begitulah juga berlaku dalam keluarga kita sendiri. Sering terjadi dalam satu masa pelbagai permintaan menu daripada anak-anak dan suami. Kalau hendak ditunaikan keinginan semua dalam satu masa, boleh tak menang tangan dibuatnya.
Pun begitu kalau dalam keluarga ada yang teringin hendak makan pizza, sorang lagi hendak merasa roti sosej dan anda pula teringin hendak makan donat gebu, semuanya boleh dihasilkan dalam satu masa.
Caranya, anda sediakan dengan menggunakan resipi adunan yang dikongsikan oleh Naz Reen.
Hanya guna 1 resepi. Dapat hasilkan 3 jenis. Seronoknya
🍩 Donat
🍕 Roti Pizza
🌭 Roti Sosej
Resepinya
Bahan A
– 1 cawan air suam (suam panas ye)
– 2 sudu besar susu pekat
– 1 peket yis (mauripan)
* satukan semua bahan dalam jug dan kacau hingga larut. Biarkan sehingga yis berbuih/ kembang. Sementara tunggu kembang, sediakan bahan2 B
Bahan B
– 5 cawan tepung gandum ( saya guna cap ros)
– 3 sudu besar majerin (saya guna planta)
* masukkan kedalam besen dan gaul sebati.
Bahan C
* 3/4 cawan air paip/ mineral.
Tak tau nk sukat mcm mana? Ambil gelas, anggap gelas tu ada 4 bahagian. Isi 3 bahagian gelas tu.. Maknanya tak sampai 1 cawan la.
Caranya
– Apabila yis dah cukup kembang, masukkan ke dalam Bahan B dan gaul.
– Tambah bahan C sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tak melekat di tangan/ sampai lembut. (Saya uli 10 minit).
-Tutup bekas dan biar hingga kembang 20 minit.
-Tumbuk-tumbuk doh dan boleh la bentuk ikut suka.
– Biarkan doh kembang lagi 10-15 minit dan boleh la goreng.
-Roti pizza saya bakar suhu 180°c 20 minit. Siappp!
Nota
*Pastikan cawan yang sama untuk sukat air & tepung.
* Untuk buat donat fozen, goreng separuh masak. Dah sejuk boleh pack dan simpan dalam peti.
Sumber : Naz Reen via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Diakui masak kari bukan semua pandai menyediakannya. Terkadang kuahnya cair, rempah karinya tidak terasa, warna kuahnya pucat, terlalu berminyak dan macam-macam lagilah masalah yang menyebabkan kari yang dimasak tidak enak rasanya.
Jadi di sini dirangkumkan petua nak jadikan kari yang dimasak terlajak sedap untuk dicuba. Tidak dengan itu, bagi yang teringin makan mi kari pula, ada juga petua nak jadikan kuahnya sedap berkrim. Nak tahu lanjut, jom semak bagaimana caranya.
Petua Masak Kari Terlajak Sedap
1.Kuantiti Minyak
Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat dua sudu besar sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyaknya ketika anda masukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
2. Hirisan Bawang
Setengah orang suka kisar atau tumbuk bawang semasa menumis kari. Boleh sahaja kesemua jenis ini namun kalau anda hendak tahu, rasanya berbeza-beza. Yang
perlu anda tahu, hirisan bawang merah, bawang putih atau halia perlu ada supaya menaikkan rasanya ketika menumis. Cukup hanya dihiris dan biarkannya layu.
3. Tumis Rempah
Perlu juga menggoreng serbuk kari hingga pecah minyak. Oleh itu pastikan digoreng lama dan seelokkan hingga berumah warna tumisan menjadi gelap. Namun pastikan jangan hangus, oleh itu minyak perlu lebih ketika menggoreng serbuk kari ini.
4. Halba Campur
Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. Kena ada!
5. Santan segar
Mendapatkan rasa yang semulajadi, sebaiknya gunakan santan segar untuk memberi rasa yang lebih enak. Asingkan terlebih dahulu antara pati santan dan santan cair. Apabila ingin masukkan santan ke dalam masakan, ambil yang pekat terlebih dahulu dan apabila mendidih masukkan ikan atau udang dan sebagainya dan biarkan seketika sebelum ditambah santan cair untuk menambahkan kuantiti kuah. Cara ini menjadikan kuah kari lebih berlemak dan sedap.
6. Asam Jawa
Tanpa asam jawa dalam masakan kari akan kurang rasanya. Oleh itu buatkan air asam yang pekat di dalam bekas lain sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Pastikan tidak dimasukkan biji asam untuk pastikan ketika makan kari tidak pula tergigit biji asam yang keras.
7. Kacau Sentiasa
Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan tekstur kuah juga lebih elok.
9. Tambahan Sayuran
Walaupun memasukkan sayur seperti bendi, tomato atau sebagainya tidak terlalu penting namun adanya sayuran tersebut menjadikan hidangan kari ini lebih lengkap dan sempurna.
Ini semua petua kalau nak masak kari ikan menjadi lebih sedap dan enak. Di sini juga turut dikongsikan petua kalau ada yang teringin nak makan mi kari pula.
Menurut pemilik akaun Nurul Joe melalui postingnya di MAHN perlu tambah dalam 2/3 sudu susu tepung dalam kuah kari untuk rasa lemak berkrim. Ini resipinya untuk dicuba.
Bahan-bahan:
1/2 ekor Ayam
5 biji bawang merah -dihiris
4 biji bawang putih -dihiris
3 inci Halia -dihiris
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga
Daun kari
5 sudu besar serbuk kari ayam babas
3 sudu besar serbuk cili
1 kotak santan
3 sudu susu nespray/creamer
Garam
Serbuk perasa
Cara Buat :
Kredit Resepi : nurul joe via mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang dah biasa masak sikit, bila nak masak dalam portion yang banyak terus rasa blank. Takut la pula nanti terlebih itu ke, terkurang ini ke, betul tak?
Yang mana tiba-tiba ada orang nak datang rumah waktu cuti, tak reti nak bajet makanan masak macam mana, boleh cuba resipi dari Latifah Karim ni. Tiru je semua, zupp zapp siap! Jom cuba.
RESEPI NASI TOMATO by Cik Tipah
Untuk 20 orang makan
Nasi Tomato
8 cawan beras basmathi direndam 30 minit
9 cawan air
1 cawan susu cair
1 biji bwg merah besar saiz sederhana dicincang
6 ulas bwg putih dicincang
2 inci halia dititik
4 sudu besar sos tomato
1/2 tin tomato puree
1 kiub ayam
1 biji tomato di potong dadu
1 batang serai dititik
4 sekawan kayu manis/ bunga lawang/ bunga cengkih/ buah pelaga
Minyak sapi/ butter/ majerin untuk menumis
Daun pandan/ ketumbar
Kismis
Garam dan gula
Cara masak nasi
#1 Tumiskan 4 sekawan, serai, halia, daun pandan hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih.. Bawang dah kekuningan masukan sos tomato, tomato puree, kiub ayam dan tomato yg dah dipotong dadu.
#2 Bila semua dah sebati boleh la masukkan beras dan kacau @goreng selama 5 minit lebih kurang.
#3 Pindahkan beras tadi ke periuk nasi. Kemudian masukkan air, susu, garam, gula, kismis dah 2 tangkai daun ketumbar.
#4 Bila periuk nasi dah kee warm terus tutup suis. Ini bertujuan untuk mengelakkan nasi hangit @berkerak di bawah. Biarkan selama 5 – 10 minit baru la bukak tudung periuk dah boleh kacau nasi pakai garpu @copstik utk elakkan nasi patah.
Ayam Masak Merah
1 1/2 ekor ayam (sy masak 23 ketul hr tu)
2 biji bwg besar (dikisar)
7 ulas bwg putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1 1/2 cawan cili kisar (lebih kurang)
Sos cili
Sos tomato
Gula melaka
Gula, garam
Tomato
1 biji bwg besar utk hiasan
4 sekawan
Minyak untuk menumis
Cara memasak
#1 Gorengkan ayam.
#2 Tumiskan bwg merah, putih, serai dan halia kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga semua bahan masak dan naik minyak. Masukkan sos tomato dan kacau. Masukkan gula melaka, garam dan gula.
#3 Masukkan ayam dah kacau dalam 10 minit lebih kurang. Biar ayam tu mesra.
#4 Last taburkan bawang dan tomato. Siap!!!
* Kami tak letak susu ya dalam masak merah ni sebab tak suka dan ayam akan cepat basi..ini resepi mak mentua kami😍
* Kalau nak buat sikit kecikkan portion.
* Hampa try naaa..letih taip resepi panjang berjela ni😜😜😜
Selamat mencuba!!!😊😊😊
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di