Ads

Puding Karamel Tanpa Telur Viral Hingga 3.6K Share. Ini Resipinya!

Tentu ramai yang suka makan puding karamel. Dessert yang menjadi menu untuk hidangan minum petang bersama keluarga. Malah tidak mustahil menjadi  kegemaran ramai.

Biasanya terdapat resepi puding karamel menggunakan resipi menggunakan telur. Tetapi resipi yang dikongsi ini tidak mengunakan telur. Cara nak buat pun mudah.

Ikuti perkongsian oleh Mimiey Zuhaa  yang mendapat perkongsian sehingga 3.6K ‘shares’ di facebook miliknya.

Puding Karamel Tanpa Telur Viral Hingga 3.6K Share. Ini Resipinya!

Ads

Ni dia puding caramel tanpa telur & tanpa perlu kukus.. Alhamdulillah membentuk dengan elok dan jayanya.. Biasa puding caramel letak telur bau hanyir kan.. So boleh la cuba resepi ni nanti.. Yang tak boleh makan mesti boleh makan , budak² pun sukaa.. Ada yang nak resepi tak? Kalau ramai yang nak resepi nanti saya share resepinya

Bahan gula caramel:
-¼ cawan gula
-3 sudu besar air

Bahan puding:
-1 paket agar-agar(10gm)
-4 cawan air
-1 tin susu cair
-½ cawan susu pekat
-¾ cawan gula(nak manis lagi letak 1 cawan)
-3 sudu tepung kastard
-1 sk esen vanila

Ads

Cara membuatnya
1.panaskan gula dan air didalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu.
2.satukan kesemua bahan untuk puding didalam periuk dengan api perlahan.
3.biarkan ia larut dan tidak berketul.
4.setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api.
5.tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi caramel tadi.
6.selepas siap tuang ke dalam loyang bolehlah masukkan kedalam peti selama 2-3jam atau betul² adunan puding jadi keras.
7.bila dah keras bolehlah potong , hidang dan makan sejuk²

Puding Karamel Tanpa Telur Viral Hingga 3.6K Share. Ini Resipinya! Puding Karamel Tanpa Telur Viral Hingga 3.6K Share. Ini Resipinya!

Ads

Sesuai untuk dihidangkan bila tetamu datang

Mudah,ringkas dan cepat kan.
Selamat berjaya semua!

Kredit:  Mimiey Zuhaa

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di...

Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.
SeeNI ×