Jika sebelum ni untuk pencuci mulut, ada beli di bazar ramadab, apa kata kali ni kita cuba buat pula sendiri.
Menu puding ringkas ni sesuai sangat bila buat time berbuka. Makan waktu sejuk memang superb!
Ikuti resepi ni
Puding Susu ringkas tapi sedap
Ads
Agar-agar
Agar2 tali 1pack
Air 1000ml + 100ml air buah koktail
Susu sejat 1tin
Susu pekat 1tin **blh kurangkn.
Sos
2tin susu sejat
1/2tin susu pekat
4sb gula **mgikut citarasa masing2
3cawan air
Air buah koktail
Secubit Garam
*masak sehingga mdidih
+
**3sb tpg jgung + sedikit air , masukkn dlm sos kacau sebati hingga sedikit pekat.
Ads
Tambahan
Jelly@sumi
Nata de coco
Buah koktail@laici
Siap!
Ads
Selamat mencuba!
Sumber: Kaki Viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sambal antara menu yang paling digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Sambal juga selalunya dimasak dengan jumlah yang banyak untuk dibuat stok kerana boleh tahan agak lama jika disimpan di dalam peti sejuk.
Kali ini resipi sambal yang akan dikongsikan oleh Ina Abbas adalah sambal tempoyak daun kayu sememangnya tidak akan menghampakan. Tempoyak sangat sinonim dengan isi durian yang dimasak dijadikan sambal.
Di samping rasanya yang sangat unik dan sedap sambal ini juga antara menu yang sihat kerana menggunakan bahan-bahan organik seperti sayur dan ulam-ulaman.
Sambal Tempoyak Daun Kayu
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Pucuk ubi direbus sampai empuk.
– Dalam kuali/periuk, masuk minyak sikit dan tumis bahan, blend bawang kecil yang dihiris.
– Bahan tumis dah naik bau, masukkan tempoyak.
– Tumis lagi sampai naik minyak sikit, masukkan santan pekat.
– Masukkan asam keping, secukup rasa, garam dan gula.
– Kuah mendidih, masukkan pucuk ubi, daun kunyit, ikan bilis dan petai.
Pastinya ramai yang mengemari makanan tradisi ini. Dodol ini kenyal, manis, dan lembut serta mempunyai pelbagai termasuk rasa durian, pandan atau coklat .
Siapa kata susah nak buat dodol. Kena cuba baru tahu betapa simplenya cara buat dodol ni. Tak perlu mengacau dalam kawah hingga berpeluh-peluh, buat aje di rumah hanya menggunakan kuali.
Kalau buat dalam kuantiti yang kecil dan sekadar untuk dimakan sendiri, ianya sangat mudah.
Seterusnya ikuti Puan Noraziah Yazid akan berkongsikan cara buat dodol homemade yang begitu ringkas. Hanya menggunakan 4 bahan asas iaitu santan, gula merah, tepung beras, dan tepung pulut.
CARA BUAT DODOL HOMEMADE YANG SIMPLE Dodol homemade.kesukaan anak-anak bila anak-anak puji dodol mama buat sedapp ..hilang rasa penat masa mendayung kacau dodol.
BAHAN-BAHAN
1 kilo gula merah + 5 cawan air Masak tapis biar sejuk. 1 kilo santan 500 GM tepung pulut. 4 Sb tepung beras. Secubit garam.
CARA PENYEDIAAN Satukan semua bahan tapis dalam periuk kacau 1jam 1/2, kalau guna priuk Non stik.
Satukan santan ,tepung dan air gula merah,tapis terus kacau atau pun masak santan dulu kejap kemudian masukan bancuhan tepung bersama air gula merah boleh juga. kacau selalu yang penting dodol kena betul-betul masak sampai pecah minyak
Kalau guna priuk noxxa steam 10 minit. Lepas tu tekan sterfry kacau Smpai masak, # priuk noxxa saya rosak guna priuk Non stik je laa Resepi ni bleh dpt 2 kilo lebih dodol.
Kepingan roti putih yang hampir tamat tarikh luputnya jangan dibuang begitu sahaja. Manfaatkan kelebihan roti ini dengan menu lain pula.
Ibu kena lebih kreatif dengan mencuba resipi Cucur Roti yang bukan hanya mudah tetapi cukup senang hendak membuatnya.
Perkongsian Farah Izzati di facebooknya buat kita rasa terliur. Paling tertarik sebab cara membuatnya cukuplah mudah. Carik-carikkan sahaja roti dan gaulkan dengan semua bahan lain. Siap!
Hari tu buat kat Khayla. Malam ni suami pulak yang minta nak cucur roti ni. So siapa yang minta resipi, ni akak share untuk semua.
RESIPI CUCUR ROTI
Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
2 biji bawang merah
Lobak merah -diparut
Sedikit daun bawang -dicincang halus
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam
Caranya:
1. Goreng ikan bilis dan tumbuk halus. (supaya senang anak makan).
2. Carik-carikkan roti seperti dalam gambar.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati.
4. Bentukkan jadi bebola kecil.
5. Panaskan minyak dan goreng. Golek-golekkan sikit dan angkat bila perang.
6. Tadaaa..dah siap!
Senangkan? Kalau anak tak mau makan nasi, mama buat ni je. Anak suka, bapak budak suka, mak budak pun suka.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.