Ada orang kalau sudah namanya penggemar ulam-ulaman seperti petai umpamanya,  memang tidak dinafikan akan makan lebih berselera  bila ada petai pelengkap hidangan.

Jadi elok sangatlah jika petai ini dijerukkan untuk pastikan ianya lebih tahan lama dan mudahlah untuk yang siapa ‘hantu petai’ ini buat stok. Bila tiba-tiba mengidam nak makan petai, ada sahaja di dapur untuk dimakan.

Bahkan jika anda terbeli banyak petai, boleh juga buat begini. Tidaklah membazir jika tidak habis dimakan.

Menariknya menjeruk petai ini, keranggupan isi petai dapat dikekalkan dan rasanya juga  sangat sedap.  Jadi buat anda yang pertama kali baru ingin mencuba menghasilkan jeruk petai, bolehlah ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh chef ini di mana dia menjeruk petai dengan kulit-kulitnya sekali.

Semoga bermanfaat.

Menjeruk Petai Dengan Kulit-kulitnya Sekali Lagi Sedap. Begini Chef Ni Kongsikan Cara Buatnya!

Langkah pertama
Siang Petai…Saya lebih gemar kalau dijerukkan bersama kulit…tapi….kene buang tulang Kiri dan Kanan dia….Mata petai pulak…Potong la 1….2….dan 3 untuk setiap keping…

IKLAN

Menjeruk Petai Dengan Kulit-kulitnya Sekali Lagi Sedap. Begini Chef Ni Kongsikan Cara Buatnya!
Langkah kedua
Bilas petai… Kemudian lakukan proses celuhan….celuh dan rebus dua proses berbeza…

Menjeruk Petai Dengan Kulit-kulitnya Sekali Lagi Sedap. Begini Chef Ni Kongsikan Cara Buatnya!
Langkah Ketiga
Guna senduk yang berlubang…pindahkan petai ke dalam bekas yang bersih….
Saya percaya….semua Rumah Ada mesin penapis air…Masukkan air sejuk ke dalam bekas petai yang telah diceluh tadi…sebab Nak reduce Kan suhu dia…

Menjeruk Petai Dengan Kulit-kulitnya Sekali Lagi Sedap. Begini Chef Ni Kongsikan Cara Buatnya!
Langkah Keempat
Cari bekas untuk anda jerukkan petai Anda tadi…
Bancuh Gula dan garam serta air dari filter water..Rasa air tu….kalau ngam….Kita terus ke langkah yang kelima…

Menjeruk Petai Dengan Kulit-kulitnya Sekali Lagi Sedap. Begini Chef Ni Kongsikan Cara Buatnya!

Langkah Kelima
Guna senduk berlubang tadi….dan Bila yakin petai tak panas….pindahkan petai tadi ke dalam bekas bancuhan gula dan garam tadi….
Kalau Nak masukkan ciliapi…pastikan ciliapi juga dicuci menggunakan air filter water…it’s all about quality gais…. Pastikan petai Anda ditenggelami oleh air….

IKLAN

Menjeruk Petai Dengan Kulit-kulitnya Sekali Lagi Sedap. Begini Chef Ni Kongsikan Cara Buatnya!
Simpan dalam Peti Ais selama Dua belas Hari.. ya….12 Hari, jangan diusik atau dibuka.
Tahan nafsu…lepas 12 Hari….Baru try satu….Letak luar (suhu bilik) pun ok.

Sumber : Arbi Mohd Arbi 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI