Siapa yang pernah menikmati rasa puding roti orang dulu-dulu mesti teruja untuk merasainya berkali-kali. Rasanya enak dan tersendiri. Malah menyediakannya juga cukup mudah.
Namun buat yang belum pernah merasainya, elok dicuba resipi yang dikongsikan oleh Yatie Eimra dan bolehlah nikmatinya bersama seisi keluarga.
Ini perkongsiannya.
Sekarang ni tengok orang buat puding roti letak macam² bahan & makan dengan kos kastard la, sos vanila la.. Tapi tekak saya tetap suka puding roti versi kampung² aje macam mana yang mak ajarkan masa zaman sekolah² dulu.. Selain makan waktu minum petang, kekadang tu kitorang makan puding roti ni untuk breakfast gak. Sebab tu tak suka yang fancy² bagai..
Guna 4 je bahan wajib. Rendam roti dalam air, bila dah lembut lenyek² sikit lepas tu masukkan telur (dibuang pusatnya), gaul² sekata. Masukkan susu pekat. Kalau nak lebih sedap & rasa lemak berkrim, boleh gak tambahkan susu cair.. Nak letek esen vanila pun boleh, taknak pun takpe sebab dah buang pusat tadi. Kukus. Dah siap nak makan terus boleh, makan sejuk pun sedap.. Tapi yang ni saya tabur serbuk kayu manis sikit sebab memang suka.. Hehee.. Ada ke yang suka puding roti plain/versi kampung camni?
Ni saya bagi resipi/tip sekali kot ada yang nak cuba. Orang² tua dulu ajar bagi tip je..mane bagi sukatan yang tepat, tapi sebabkan saya risau hasilnya tak sama, jadi bila mak ajarkan tu..saya sukat sesiap airnya.. Ekeke.. So, insyaAllah setiap kali buat, hasilnya tak mengecewakan
Ads
Tip dari mak saya
Roti = Boleh gunakan roti sandwich putih atau yang sandwich coklat/berperisa. Kalau guna roti yang manis, kurangkan susu pekat ye. Kalau guna roti wholemeal lak, kena lebihkan air sebab roti ni serap air lebih banyak.
Telur = Sebiji telur saiz A untuk setiap 2 keping roti atau 2 biji telur saiz C untuk setiap 3 keping roti.
Ads
Air = 50 ml untuk setiap sekeping roti (yang ni saya sukat masa belajar buat time kecik² dulu) Boleh kurangkan separuh sukatan air jika nak guna susu cair. Contohnya jika buat 4 keping = 100 ml air, 100 ml susu cair (½ cawan teh air, ½ cawan teh susu cair). Kalau nak guna susu segar, sukatan tetap 50ml untuk setiap sekeping roti.
Susu pekat = 1–1½ sudu makan bagi setiap sekeping roti. Saya tak kuat manis, pada saya 1 sudu makan ni manisnya just nice. Tapi kalau suka yang manis, boleh ler tambah lagi..
Ok, ni resipi yang saya buat ni lak.
Ads
Puding Roti Versi Kampung
Bahan²
4 keping roti
100 ml air (kalau taknak tambah susu cair, guna 200ml air atau 200ml susu segar/1 cawan)
100 ml susu cair* (xpayah letak ni kalau guna susu segar)
2 biji telur A
4 sudu susu pekat manis
Cara²
1. Rendam roti dalam air & susu cair.
2. Bila roti dah lembut, lenyekkan
.
3. Masukkan telur. Gaul sekata.
4. Tambah susu pekat. Gaul sebati.
5. Sebelum masukkan adunan dalam bekas, lengser dengan marjerin/mentega pada bekas supaya hasil kuih cantik bila dikeluarkan.
6. Kukus api sederhana besar (jangan besar sangat, nanti permukaan puding telur tu menggelembung²) selama 25-30 minit.
7. Kalau suka boleh tabur serbuk kayu manis.
*Untuk versi bakar, suhu 180°c bakar 25–30 minit atau sehingga masak. (oven saya kecik & cepat panas, saya gunakan suhu 170°c jer.. )
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah nasi cepat basi antara yang sering dihadapi oleh ibu-ibu. Walaupun sudah cuba pelbagai jenis jenama beras namun hasilnya nasi yang dimasak cepat juga basinya.
Malah ada yang praktikkan pelbagai petua termasuklah memanaskan periuk dalam keadaan telangkup di atas dapur. Kadang menjadi, kadang kala tidak.
Perkongsian petua mudah ini mungkin boleh membantu ibu-ibu.
Mesti runsing kan bila kena hadap masalah macam ni. Okay harini kai nak kongsikan dengan anda satu petua untuk mengelakkan nasi daripada cepat basi.
1. Ambil sedikit bunga cengkih lebih kurang dalam 2 hingga tiga tangkai bersama dengan secubit garam.
2. Kemudian campurkan ke dalam beras yang hendak dibasuh.
3. Basuh beras seperti biasa.
4. Tanak juga seperti biasa sehingga masak.
Hasilnya nanti anda akan dapat nasi yang wangi dan tahan lebih lama. Selamat mencuba!
Sumber: rahsia rumahtangga.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sagun Kelapa, menyebutnya sahaja sudah pasti ada yang membayangkan betapa enaknya jajan legend yang sering dimakan tiap kali pulang dari sekolah ketika kecil-kecil dahulu.
Uniknya juga tentang sagun kelapa ini, jika menikmatinya pantang untuk kita bercakap. Kalau tidak pasti akan tersembur semua yang ada di dalam mulut. Boleh mengundang lucu bila hal ini terjadi.
Namun sayangnya, anak-anak kita zaman ini ada yang tidak pernah merasa keenakan sagun kelapa ini. Jadi apa kata bagi mengimbau nostalgia dulu-dulu, di samping dapat juga memberi anak-anak merasa, bolehlah kita buat sendiri sagun kelapa ini di rumah.
Bahan-bahan untuk menyediakannya juga sangat mudah seperti mana yang dikongsikan oleh Mis Jilani melalui perkongsiannya di group Masak Apa Hari Ni yang berjaya meraih perhatian warganet.
Langkah 1 : Sangai kering tepung beras 200g dan dua sudu besar tepung pulut selama 8 minit.
Langkah 2 : Gunakan api perlahan sahaja dan kemudian ketepikan.
Langkah 3 : Sangai kering kelapa parut dua biji selama 20 minit atau sehingga kering. Pastikan guna api perlahan
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Tidak dinafikan ramai antara kita menggemari hidangan steamboat tapi adakalanya hidangan yang sedap ini jadi tak sedap pula rasanya hanya kerana kita tersilap memilih restoren. Jadi bila dah bayar mahal, terasa sangat rugi dan tidak berbaloi.
Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku, lebih baik anda sendiakan sendiri menu steamboat dengan citarasa anda. Pilihan bahan-bahan yang ingin dimasukkan ke dalam steamboat juga pelbagai dan pastinya yang segar jadi keutamaan. Begitu juga dengan pilihan bahan-bahan sejuk beku seperti bebeola ikan, stick ketam dan sebagainya dari kualiti yang premium. Baru puas makan!
Untuk itu,di sini dikongsikan resipi Steamboat homemade daripada Puan Nur Masri yang boleh dicuba. Nampak cukup menyelerakan dan sesuai sangat dihidang pada musim hujan ketika ini agar memberi rasa lebih kepuasan saat menghirup kuahnya yang panas.
RESEPI STEAMBOAT HOMEMADE
Mix steamboat
Hirisan ayam Perap dgn sos BBQ
Aneka seafood- udang, sotong( Perap dgn Maggi ckp Rasa, sos tiram dan lada hitam)
Sosej
Jejari ketam
Cendawan enoki
Maggi
Siew Pak choy
Bunga kobis
Steamboat Tom yam
1 pes tom yam adabi
1 kiub Tom yam maggi
2 kiub pati ayam maggi
1.5 liter air
Pes tom yam Mae Pranom
Daun limau purut
2 btg Serai ( diketuk)
Daun dan akar ketumbar
1 biji bawang besar ( belah 4)
Air limau nipis
Garam
Cara- cara
Rebus 2 liter air dan masukkan semua perencah dan bahan kuah tom yam. Bila mendidih, sesuaikan rasa masam dan pedas mengikut selera masing-masing. Jika nak pekat tambah pes Tom yam Mae Pranom.
Steamboat sup
1 liter air
I Kiub pati ayam
1 sup bunjut
4 sekawan
1 sudu kecil rempah sup
Bawang putih ( dicincang halus)
Bwg merah( dihiris halus)
Daun sup
Garam
1 biji bawang besar ( belah 4)
Cara- Cara
Panas minyak, Tumis bwg putih, bwg merah dan 4 sekawan. Masukkan air dan semua bahan kuah sup. Biarkan mendidih dan suaikan rasa. ( Blh letak lebihan tulang dari hirisan ayam tadi).
Resepi sos steamboat
5 biji cili merah(dikisar kasar)
2 ulas Bawang putih (dikisar kasar)
garam
gula
Cuka
sedikit bancuhan tepung jagung
bijan
hirisan daun ketumbar
Bahan yang dikisar tadi di masak atas api, masukkan garam , gula dan bancuhan tepung jagung, letak sedikit cuka. Sesuaikan rasa. Setelah sejuk, letak hirisan daun ketumbar dan tabur sedikit bijan di atas sos.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520