Walaupun dikecam hebat oleh netizen gara-gara penyampaiannya yang keterlaluan di dalam Gegar Vaganza 4, namun ayah kepada Naira Mikayla, 5, dan Leyla Medyna, 3, tidak mudah melatah.
Bapa penyayang ini tetap seperti biasa menjalani hari-harinya dengan tenang malah menjadi penghibur utama bagi kedua-dua anak perempuan comelnya di rumah.
Ketika sesi fotografi bersama Keluarga tidak lama dulu, Nabil langsung tidak kekok menyarungkan sendiri pakaian kepada dua anaknya, malah dia jugalah yang sentiasa memujuk kedua-duanya untuk memberikan aksi yang baik.
Tak kurang mengagah anaknya walaupun ketika itu lensa kamera sudah tersedia.
Ads
Peka dengan sudah arif dengan perangai kedua-dua anaknya, Nabil punya caranya sendiri dalam mendidik anaknya.
Kata Nabil, “Soal-soal cemburu ni, anak-anak Nabil memang tak ada masalah ni,”katanya berseloroh.
Ads
“Saya memang tak pernah bezakan anak-anak saya. Biasanya kalau beli barang atau mainan, saya beli siap-siap dua supaya tak ada yang bergaduh atau cemburu. Apatah lagi makanan, semuanya mesti kena dua.
Cuma sesetengah barang ada juga saya ajar mereka berkongsi bagi tujuan mendidik. Contohnya sejak kecil memang saya jenis tak bazir, baju-baju lama Mika yang masih boleh dipakai digunakan semula oleh adiknya. Kakak pun tak kisah dan sedia berkongsi dengan adiknya.
Ads
Kalau bergaduh, saya selalu ajar Mika supaya banyak beralah dengan adik. Berlembut dan jangan kasar dengan adik.
Alhamdulilah kakak boleh menerimanya dan saya memang tak ada masalah soal anak perempuan yang saling cemburu antara satu sama lain. Dua-dua pun sama pada saya.
Gambar: Instagram Nabil Ahmad & Nabilzira
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagaimana cara agar anak minat belajar meningkat? Tentu ibu bapa mencari tipnya. Ikuti cara seperti berikut. Boleh cuba!
Tip Ibu Bapa
1 – Ruang Belajar
Menghias ruang belajar anak sangat penting untuk menarik perhatian anak. Menghias/menyusun ruang belajar yang baik dan tepat, akan mendorong minat belajar anak menjadi lebih baik.
Rasa nyaman itu penting, disaat anak sedang cenderung malas belajar, disinilah peranan ibubapa untuk membangkitkan mood belajar seorang anak.
Salah satunya adalah dengan cara menghias dan menyusun ruang belajar anak supaya lebih nyaman dan menyeronokkan.
2 – Pemilihan Warna
Pemilihan warna yang sesuai amatlah membantu membangkitkan mood belajar anak-anak. Warna ruang belajar yang suram hanya menghilangkan Mood belajar anak seterusnya anak akan mula bosan dan hilang fokus belajar.
Warna dinding dan perabot boleh dipilih menggunakan warna-warna ceria. Lihat sahaja di google banyak contoh-contoh warna ceria mahupun ruang belajar yang menarik.
3 – Wangian membangkitkan ‘mood’ belajar
Siapa yang tidak suka wangi-wangian?? Semua orang pun sukakan. Begitu juga anak-anak. Manusia dikurniakan 5 deria iaitu melihat, mendengar, gerak, bau dan rasa.
Pilih wangian yang menyegarkan dan menenangkan akan mambangkitkan mood belajar anak-anak dirumah. Ini namanya kita merangsang deria bau secara terancang.
4 – Luangkan masa bersama
Usaha luangkan masa bersama anak ketika dia belajar. “Macammana nak teman, saya sibuk kerja” , “Saya nak teman tapi saya tak pandai nak ajar dia”
Teman anak belajar tidak memerlukan kita ada sepanjang masa anak belajar. Teman anak belajar tidak memerlukan kita ada ilmu setinggi Diploma, Ijazah, Master dan Phd. Cukuplah Ada bersama mereka sesekali sewaktu mereka belajar sudah memadai buat anak.
Apa faedahnya teman anak :
Dapat bantu anak dalam pelajaran (bila tahu).Dapat beri semangat dan sokongan pada anak.Anak akan rasa dia diberi perhatian oleh ibubapa.Dapat tunjukkan betapa kita juga minat belajar dan anak akan belajar nilai tersebut.Anak akan belajar dalam keadaan emosi yang baik.
Sumber: mohdrizalrais.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masih ingatkan kita dengan kes kemalangan maut yang melibatkan pelajar sekolah yang pernah mencuri tumpuan iaitu kejadian di mana seorang pelajar perempuan menemui ajal akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang melayang di SMK Tuanku Abd Rahman, Gemas pada Februari 2018.
Begitu juga dengan insiden malang yang menimpa Allahyarham Cikgu Rosli Abdul Aziz, 54 dari SK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan pada 14 Julai 2020.
Beliau dipercayai tergelincir jatuh pada ketinggian tiga meter ketika sedang melakukan pemeriksaan kerja-kerja penyelenggaraan di sekolah sebagai persediaan pembukaan semula sekolah selepas ditutup 4 bulan ekoran penularan COVID-19.
Insiden kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pelajar mahupun guru-guru ini amat kita kesali. Bahkan kita sebagai ibu bapa, turut terkesan merasakan kebimbagan terhadap keselamatan anak-anak ketika berada di sekolah.
Sejujurnya ianya tidak wajar berlaku serta mampu dielakkan jika faktor keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dititik beratkan oleh pihak pentadbir sekolah khususnya dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amnya.
Pun begitu malang tidak berbau, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita insiden seorang murid perempuan Tahun 2 sebuah sekolah di Selama yang memberi kesan patah jari tangan selepas terkena kipas yang terjatuh dari siling bilik darjah.
Ini sebagai mana memetik berita di Sinar Harian, dan difahamkan kejadian itu berlaku sekitar jam 10 pagi turut mengakibatkan tiga murid perempuan yang lain kesemuanya berusia 8 tahun cedera ringan.
Beri Kesan Trauma Kepada Pelajar
Bapa kepada pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Mohd, 32, berkata, selain patah jari, anaknya juga mengalami beberapa kecederaan lain di bahagian dada akibat terkena kipas terbabit.
“Secara kebetulan, meja anak saya betul-betul di bawah kipas itu, jadi kecederaan dialaminya agak serius berbanding yang lain.
“Apabila dibawa mendapatkan rawatan ke hospital, doktor maklumkan tulang jari kiri tangan anak saya telah patah dan terpaksa disimen,” jelasnya.
Kakitangan awam itu berkata, anaknya telah diberikan cuti sakit selama 14 hari dan kini masih trauma dengan kejadian yang berlaku.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ibu Luah Kecewa
Dia dan isteri agak terkilan, apabila pihak sekolah tidak menyegerakan rawatan anaknya dan mangsa lain, sebaliknya menunggu ibu bapa hadir membawa sendiri anak ke hospital.
“Kes sebegini sepatutnya boleh dikira kecemasan tetapi pihak pengurusan sekolah memberi alasan mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Pendidikan.
“Saya terima kemalangan ini berlaku kerana ia bukanlah disengajakan, cuma terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang melambatkan proses rawatan ke atas anak saya dan mangsa lain,” jelasnya.
Peralatan Dan Kemudahan Sekolah Uzur
Mohd yang melihat sendiri keadaan bilik darjah itu mendapati, kipas terbabit telah pun uzur, berkarat dan sepatutnya tidak selamat untuk digunakan.
Katanya, penggunaan peralatan dan kemudahan yang uzur seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana melibatkan isu keselamatan murid dan guru.
“Sekiranya perkara ini tidak mendapat perhatian sewajarnya, tidak mustahil kejadian sama boleh berlaku lagi,” katanya.
Satu laporan polis telah dibuat Mohd berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama pada petang Selasa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd Sabri Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Timbul baru-baru ini isu yang mendakwa mangsa banjir dikerah untuk membuat pembersihan sebelum ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Perkara tersebut tular dimedia sosial selepas seorang individu memuatnaik di laman sosial Twitter sehingga mengundang ketidakpuasan hati ramai pihak. Ada yang menyelar perkara tersebut.
Justeru, bekas pengacara RTM Iesya Toh memanjangkan isu tersebut kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bagi mendapatkan maklumat yang sahih.
Perkara tersebut mendapat reaksi Tuanku Permaisuri yang kemudiannya membalas persoalan tersebut mnenerusi aplikasi Whatsapp sekaligus menafikan YDPA bertitah sedemikian.
“Tak baik…Bukan Tuanku yang suruh buat…Tuanku nak pergi melawat keadaan yang sebenar,” respons baginda kepada Eisya.
Sebelum itu, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 sekitar jam 9.50 pagi yang disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa kira-kira 40 minit menyantuni mangsa terjejas dengan banjir di Taman Sri Muda dan turut mengucapkan “Merry Christmas” (Selamat Hari Krismas) kepada mangsa yang menyambut perayaan itu sebelum berangkat ke lokasi seterusnya di Masjid Taman Sri Muda.