“Risaunya semalam macam dah bersih. Hari ini masih ada kesan darah, adakah masih haid ke? Atau ada tak cara nak bagi lancar dan boleh ke berhentikannya ni”
Berdepan dengan masalah haid yang tidak teratur memang boleh membuatkan kita orang perempuan rasa terganggu dan mahu segera mendapatkan cara untuk atasinya. Dan salah satu petua yang boleh dipraktiskan adalah dengan mengamalkan cara yang dikonsikan oleh Lyndah ini.
“Nak period lawas..nak period lancar..amalkan lah jamu. Jamu ni bukan makan hari2 seumur hidup pun. Ada masa kita rehat ada masa kita makan. Bila kita berjamu period akan lawas dan lancar. Malah ada yang hilang senggugut macam saya,”-Lyndah
Selain dari jamu boleh amalkan Air Kunyit Asam Jawa versi Mak kita..
Bahan-bahan:
Kunyit hidup 1inci
Halia 1inci
Asam Jawa 1 sudu makan
Garam secubit
Air suam 1 cawan
Cara-cara :
1. Tumbuk lumat kunyit, halia dan garam.
2. Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.
3. Tapis air kunyit asam ke dalam cawan tadi.
4. Sedia untuk di minum
**Tak perlu rebus..kalau nak rebus boleh je…tapi mak kita cakap khasiat xsama…
➡Boleh Amalkan sebulan sekali (haid hari ke 2 atau selepas haid)
Khasiat air kunyit asam :
* Melancarkan darah haid atau nifas
* Melawaskan pembuangan..bagi dalam pantang sangat2 membantu dari terkena sembelit..bagi berpantang boleh amalkan selama 3hari berturut2..biasanya mak kita buat masa darah nifas hari ke7-10 masa ni darah nifas macam ada xde..
* Menaikkan seri wajah.
* Mencantikkn tubuh
* Menyihatkan tubuh memberi tenaga.
* Awet muda jika di amalkan.
Kalau kita ada menanam pokok labu bila nampak sudah berbunga mesti kita rasa teruja, maklumlah tidak lama lagi bolehlah kita merasa buah labu yang ditanam sendiri. Tapi jangan sangka, sering juga terjadi ada bunga tapi tak jadi buah!
Bila sudah beberapa kali jadi begitu, boleh mengeluh panjang kita dibuatnya.
Sebenarnya masih ada cara untuk kita bantu pokok labu yang berbunga itu mengeluarkan hasilnya dengan cara kita ‘kahwinkan’ bunga jantan dan bunga betina. Ini seperti mana yang dikongsikan caranya oleh Ashraf Shuib.
Cara ‘Kahwinkan” Bunga Labu Untuk Jadi Buah
Ni bunga labu. Kalau biar saja bunga labu tu jadi buah, besar kemungkinan buah tu tak jadi. Jadi, saya kahwinkan bunga labu tu. Kena kahwin waktu pagi, dalam jam 8 pagi hingga 10 pagi. Masa ni bunga baru kembang.
Boleh tengok step yang saya buat untuk kahwinkan bunga labu pada setiap gambar.
Masa pokok sedang membesar, pokok akan keluarkan bunga jantan dulu, kena tunggu sampai bunga betina keluar, baru boleh kahwinkan bunga tu.
Langkah 1 : Ni bunga labu betina. Nampak tak bahagian bawah kelopak bunga tu, macam bentuk bulat. Bahagian tu dipanggil ovul.
Langkah 2 : Ni pula bunga jantan. Bawah kelopak bunga tu takda bulat. Berbeza dengan bunga betina.
Langkah 3 : Cara nak kahwinkan bunga labu ni, kena petik bunga jantan.
Langkah 4 : Buang kelopak bunga jantan, nanti dapat bahagian tengah.
Langkah 5 : Sapu debunga bunga jantan pada bahagian tengah bunga betina.
Ni rupa bahagian dalam bunga betina.Belum sapu dengan debunga jantan lagi.
Ni bahagian dalam bunga jantan yang dah sapu debunga kat bunga betina.
Ni bahagian dalam bunga betina yang dah disapu dengan debunga jantan.
Langkah 6 : Tunggu beberapa hari. Kalau bunga betina tak kuning, maksudnya perkahwinan bunga labu tu menjadi.
Teknik ‘kahwinkan’ seperti ini boleh juga dilakukan kepada pokok sayuran berbuah yang lain seperti petola, timun, peria dan sebagainya. Semoga bermanfaat.
Ada masanya bila rajin memang kita suka mencuba resipi baru, terutama yang boleh menambat hati anak-anak dan suami. Menu ringkas tapi sedap itu paling digemari ibu-ibu untuk dicuba termasuklah pencuci mulut.
Kali ini admin sajikan cheesekut yang cukup enak ini. Bahan-bahan yang digunakan pun ringkas je dan paling penting cara buat sangat mudah. Jom cuba!
Hari cuti… Boleh la mendessertkan diri 😂
Ikut resepi ni yee 😌😌😌
BAHAN BAHAN :
1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
1/2 tin susu pekat
1/4 cawan susu segar
250g cream cheese Tatura
*Serbuk Milo sebagai topping (Optional, apa-apa bahan lain pun boleh)
CARA BUAT :
1. KISAR BAHAN
Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati.Nak guna mixer pun boleh.
2. RENDAMKAN BISKUT
Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.
3. LAPIS-LAPISKAN
Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi.
Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.
4. LETAK TOPPING
Seterusnya, taburkan serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh; contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka.
5. SEJUKKAN
Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman dan selepas itu bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut. Sedapnya!
Kalau jenis suka jenis ‘banjir’ dan ‘meleleh’, bolehlah lebihkan cream cheese pada cheesekut ini.
Lain-lain bahan pun boleh ditambah ikut kreativiti masing-masing. Mudah sangat dan gerenti menjadi.
Selamat mencuba!
GAMBAR 100% original by me (tun Natasya) bukan ciplak😘
————————————————-
*Resepi cheesekut leleh banjir ini disumbangkan oleh Mazzakiatul Afifa
Kredit: Tun Natasya Farhan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang kata naluri seorang ibu ni memang tak boleh dibuat main. Sebarang masalah atau perkara buruk yang nak berlaku pada anak, pasti hati ibu dapat merasainya. Mungkin kerana masa ibu dengan anak lebih dibandingkan dengan ayah. Begitu pun, ada juga ayah yang jenis peka pada apa yang berlaku pada anaknya.
Tak dinafikan, cara dan pendekatan seorang suami dan isteri berbeza. Bukan sekadar pada fizikal, tetapi juga dari pelbagai perkara termasuk cara mereka makan, cara mereka berpakaian, cara mereka bercakap, cara mereka ketawa, cara mereka menguruskan stres, dan macam-macam lagi.
Dalam masa yang sama, dalam bab membesarkan anak-anak, naluri si ibu adalah lebih kepada melindungi. Sebab tu, ibu mudah risau, berhati-hati dan kurang mendedahkan anak kepada risiko. Berbanding ayah yang kebiasaannya mahu anak mereka menjadi lebih berani.
Sebab tu ada yang mengatakan perkataan yang keluar dari mulut ibu ibarat satu doa kerana apabila seorang ibu tergerak untuk berkata-kata itu bermakna naluri ibu sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku. Ibu bukan bermulut masin tapi ibu nasihat supaya dapat elak perkara buruk berlaku.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais apabila isterinya mengesan luka pada anak mereka sedangkan dia yang menjaga dari pagi hingga ke malam tidak perasan akan hal tersebut.
Sekecil apa pun yang berlaku kat anak, Isteri mesti orang pertama yang akan perasan.
Suami selalu yang terakhir…
Semalam tangan aisy tersepit dalam ruangan penapis mesin pengering baju. Kecil je ruangan tu, boleh pula masuk tangan lepas keluar tak lepas. Aduh!
Cuba punya cuba akhirnya boleh juga keluar tangan motel dia tu. Menangis juga la masa tangan tersepit tu tapi bila dah dapat lepas dia ok main macam biasa.
Kita pun tak rasa apa-apa la. Tak nampak pun ada luka.
Dari semalam, saya yang jaga aisy sendiri. Dari pagi sampai malam saya yang mandikan, tidurkan tak nampak langsung ada luka ni.
Kalau nak di kira aktiviti dari semalam sudah 4 kali saya mandikan, 4 kali juga saya pakaikan baju, 2 kali saya tidurkan, jumlah keseluruhan 10 kali saya duk belek tangan dia tapi tak sekali pun perasan 3 kesan luka ni.
Isteri baru sekali pagi ni tidurkan aisy dah nampak,
” Bang kenapa tangan aisy ni luka? “
Mulanya tak ingat, lama kelamaan baru teringat,
” Oh ni mungkin kesan tangan tersepit dalam mesin pengering baju “
Macam mana isteri boleh nampak dulu sedang dari semalam kita yang urus anak.
Tak puas hati, saya pun tanya isteri.
” Macam mana boleh nampak luka tu? “
Isteri pun menjawab,
” Ntah tergerak nak tengok “
Menakjubkan! Hebatnya naluri seorang ibu.. inilah bukti kehebatan yang ada pada ibu dan tak ada pada seorang ayah.
Tak semena-mena sedang sedap makan hati boleh tergerak pula nak tengok tangan anak.
Tak semena-mena minda boleh beri arahan pada mata untuk tengok tangan bukan kaki.
Tak semena-mena emosi boleh terjentik untuk rasa risau akan keselamatan anak.
Betullah apa yang orang kata.
Perkataan yang keluar dari mulut ibu ini adalah satu doa kerana apabila seorang ibu tergerak untuk berkata-kata itu bermakna naluri ibu sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku.
Ibu bukan bermulut masin tapi ibu nasihat supaya dapat elak perkara buruk berlaku.
Oleh itu, bagaimana kita hormat dan dengar cakap pada ibu kita begitu juga kita kena didik anak-anak supaya hormat dan dengar pada ibu mereka.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais Jadi anak yang baik maka mudah jadi suami dan ayah yang baik.