Pelakon, Puteri Aisyah tampil berkongsi wajah terkini si comel kesayangannya dan suami, Muhammad Faliq yang kini berusia empat bulan.
Menerusi satu entri terbarunya, ibu cantik jelita ini memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Faliq.
Paling menarik perhatian pastinya badan semangat Faliq yang begitu semangat dan kini semakin membesar.
Tak hairanlah buat ramai peminat dan pengikut Puteri Aisyah geram.
Faliq kelihatan begitu comel dengan kemeja T hijau yang dipadankan bersama seluar biru, sambil dipangku kemas ibunya.
Ads
Meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya teruja melihat perkembangan sihat Faliq yang kini semakin sihat membesar dengan badan berketak-ketak miliknya.
Terdahulu, Puteri Aisyah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Muhammad Faliq yang dilahirkan pada 4 April 2024 lalu.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Disebabkan kucing pada masa kecil sangat kurus, jadi tuannya memilih untuk memanggil ‘Mok’ dengan doa mudah-mudahan ia menjadi gemuk. Tidak sangka doa tersebut dimakbulkan.
“ Waktu suami ambil Mok berdua dengan adiknya, Nana.Tetapi hanya Mok sahaja kekal dan setia dengan tuannya, manakala Nana telah melarikan diri dari rumah. Nama Mok dulu, Rose. Tapi lepas Mok besar sikit, baru perasan dia jantan.
“Jadi, suami beri nama Rosman. Nama glamor pada kad klinik & tempat boarding/grooming, Ross. Waktu bela Mok, suami masih lagi belajar di UITM Arau, jadi kalau diikutkan usia Mok sekarang sudah 11 tahun.
“Seekor lagi kucing kami bernama Mumu ni saya yang beri nama dan kini sudah berusia 8 atau 9 tahun. Manakala lagi seekor diberi nama Lily tetapi nama penuh dia Lilliput. Sebab badan dia kecil.
“Kami ingatkan Lily masih kecil. Tapi bila kami bawa ke doktor haiwan, doktor kata Lily dah berumur. Mungkin lebih kurang sama dengan Mok atau kurang sedikit,” ujar Hajah Nadiah Ibrahim yang membuka cerita awal mengenai kucing-kucing peliharaannya.
Kucing jalanan
Pasangan suami isteri ini membela Mumu waktu tinggal di rumah mertua (ibu ayah suami) di Subang Jaya. Mumu adalah kucing jalanan, membesar bersama adik beradik di lorong belakang rumah dan makan atas ihsan jiran-jiran yang baik hati. Mereka menyediakan bekas makan dan air untuk kucing-kucing jalanan. Mumu dan adik beradik ada makan di rumahnya.
“Mula-mula dia cuma makan dan pergi. Lama-kelamaan Mumu jadi semakin jinak. Rajin masuk dalam rumah, hubungan dengan Mok pun baik. Boleh nampak Mumu respek pada Mok selaku abang besar. Sejak itu kami pasangkan collar pada Mumu menandakan Mumu sudah bertuan dan dia bebas keluar masuk rumah. Kemudian kami pindah ke rumah sendiri dan kami bawa kedua-dua Mok dan Mumu.
“ Lily pula kucing jalanan di kawasan rumah kami yang sekarang. Seperti biasa, kami sediakan bekas makanan dan minuman untuk kucing jalanan di tempat parking kereta rumah kami. Lily adalah salah seekor kucing yang makan, minum dan tidur di sekitar rumah kami. Setiap kali kami balik, Lily akan berkejaran menyambut kami pulang. Suatu hari, kami perasan Lily dibuli oleh beberapa ekor kucing lain sewaktu sedang makan.
“Setelah beberapa hari, baru kami perasan yang Lily rupanya pekak. Sejak itu, kami bawa Lily masuk ke rumah dan tinggal bersama-sama Mok dan Mumu. Lily seekor kucing betina yang baik, pandai bawa diri, tak banyak songeh. Makan, tidur, minta keluar untuk buang air, kemudian minta masuk semula dan tidur. Lily tak rajin sangat main, mungkin kerana faktor usia. Samalah macam Mok, tak minat sangat nak main,” ujar Nadiah lagi.
Video kucing jadi pilihan Ellen Degeneres
Nadiah dalam pada itu memberitahu video Mok dan Mumu telah dibeli oleh production Program Ellen Degeneres bagi segmen pet mereka. Walaupun ia sekadar video, namun itu menjadi satu kenangan manis buat mereka suami isteri.
“Jujurnya kami pun tidak tahu kerana semuanya diuruskan oleh ejen di Los Angeles yang menguruskan kandungan untuk program tersebut. Jadi pihak di sana yang menguruskan jual beli copyright untuk video Mok.
“Bukan mudah sebenarnya nak jaga kucing ni. Banyak cabaran dan masalah yang perlu dilalui. Salah satunya adalah waktu mereka sakit. Mereka kucing indoor, memang jarang sakit. Tetapi bila sakit, memang merisaukan. Mumu setiap kali balik dari boarding, akan bersin-bersin, demam sedikit. Doktor kata Mumu stress sepanjang boarding. Yelah, Mumu tak biasa dikurung. Tetapi Alhamdulillah setakat ini tiada sakit yang serius pada ketiga-tiga ekor kucing kami.
“Satu lagi cabaran adalah kalau nak balik kampung atau bercuti. Memandangkan Mumu kerap sakit setiap kali pulang dari boarding disebabkan stress di tempat boarding, kami seboleh mungkin menjadikan boarding itu pilihan terakhir. Kami risau siapa yang boleh jaga mereka sepanjang ketiadaan kami,” jelas Nadiah sambil memberitahu ada ibu saudara yang baik hati mahu bantu mereka menjaga Mok & Mumu.
Bersenam untuk turunkan berat badan
Memandangkan Mok dan Mumu ada masalah berat berlebihan, atas cadangan doktor kami hadkan jumlah dan waktu makan. Waktu makan mereka adalah 7 pagi, 7 malam dan 11 malam dalam kuantiti tertentu. Selalu ‘goyang’ tengok muka mereka yang comel duduk di sebelah mangkuk minta makanan.
“Namun atas sebab kesihatan, harus kuatkan hati untuk disiplinkan waktu makan. Selain hadkan waktu dan jumlah makan, sangat mencabar untuk ajak Mok dan Mumu main. Mereka perlu ‘bersenam’ untuk kurangkan berat badan. Buat masa sekarang, mereka aktif turun naik tangga dan main kejar-kejar dalam rumah.
“Namun, masih tidak memadai sebenarnya. Doktor minta kami turunkan berat badan Mok dan Mumu kerana dikhuatiri akan mendapat penyakit berat. Jika terlalu gemuk, sukar mahu cari salur darah untuk tujuan perubatan. Alhamdulillah, setakat ini Mok dan Mumu sihat walafiat sahaja,” jelas Nadiah yang turut menjaga kucing luar yang sakit dengan memberi makan, bawa ke vet hingga nafas yg terakhir.
Merajuk dapat tahu tuan nak tunai haji
Secara peribadi, kucing ini juga cukup sensitif seperti manusia. Menurut Nadiah, paling ketara pada tahun 2015, sewaktu dikhabarkan mereka dipilih untuk menunaikan haji. Waktu itu masih belum ada anak dan belum ada Lily. Mereka pening memikirkan siapa mahu jaga Mok & Mumu selama 40 hari.
“Jika mahu hantar ke boarding untuk 40 hari, sudah tentu cajnya beribu. Terpaksalah kami minta bantuan ibu saudara dan mujur beliau sudi membantu. Sepanjang kami membuat persiapan, Mok & Mumu seolah-olah merajuk.
“Mok renyukkan surat panggilan haji. Mumu asyik termenung. Dan mumu jatuh sakit berhari-hari. Saya jadi lebih risau bagaimana mahu tinggalkan mereka selama 40 hari jika salah seekor dari mereka sakit.
“Saya khuatir jika sakit Mumu berjangkit pada Mok. Dan tepat jangkaan saya. selepas Mumu pulih, Mok pula sakit. Bersin, selsema, tidur sahaja dan tidak aktif seperti biasa. Mereka seolah-olah dapat tahu dan sedih kami mahu pergi dan tinggalkan mereka selama 40 hari.
“Satu lagi pengalaman, sewaktu saya hamil. Saya paling rapat dengan Mumu. Waktu saya hamil, Mumu jadi sangat protective. Ke mana sahaja saya pergi dalam rumah, Mumu pasti ikut. Mumu akan duduk di kaki saya.
“Kalau saya makan di meja makan, Mumu akan panjat di meja sebelah dan duduk berhadapan dengan saya, lihat saya makan. Mumu suka duduk di tempat tinggi sambil jadi ‘pak guard’. Perhati keadaan sekeliling.
“Waktu saya duduk atau baring, Mumu akan duduk sebelah perut saya dan gesel kepala pada perut. Mok kurang ikut saya kemana-mana macam Mumu, tapi bila saya baring atau duduk, kalau Mumu tiada, Mok akan ambil alih duduk sebelah perut atau dalam pangku dan gesel kepala di perut,” ujar Nadiah sambil memberitahu kucing ini sayangkan anaknya, Rania Arissa dari dalam perut sehinggalah sekarang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak kenal dengan pelawak dan pengacara popular Dato Ac Mizal, kaletahnya yang happy go lucky memang cukup menghiburkan. Tidak hairanlah apa sahaja majlis atau program yang diacarakannya pasti meriah.
Walaupun sibuk dengan urusan kerja, namun keluarga tetap menjadi keutamaannya. Sebelum ini AC Mizal memuat naik gambar-gambar sambutan hari lahir anak perempuannya.
Umum mengetahui, pengacara Muzikal superstar ini mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Datin Amelia. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Malah, pasangan ini tidak lokek berkongsi gambar seisi keluarga menerusi media sosial milik masing-masing.Bahkan, Ac turut menyifatkan isteri dan anak-anak adalah sumber kekuatan untuk dirinya terus berkarya sebagai anak seni.
Terbaru, Ac Mizal dilihat memuat naik gambar bersama anak lelakinya di dalam satu sesi fotografi. Menurutnya, mereka bakal tampil dengan single berjudul Mine.
Malah, AC turut melahirkan rasa gembira kerana impiannya untuk menyanyi bersama Damien terlaksana apabila peluang tersebut diberikan oleh syarikat Universal Music.
Damien kini sudah berumur belasan tahun dan membesar sebagai anak muda yang kacak dan tampan, namun sedikit pemalu.
Video yang tular baru-baru ini meninggalkan bekas di hati ramai warganet. rata-rata melahirkan rasa sedih dan sebak dengan keadaan seorang warga emas yang sedang duduk berniaga di atas lantai di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.
Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh Hanif Asyraf di TikTok, pemuda itu dilihat menghampiri warga emas berkenaan dan menyapanya.
Biarpun sudah berusia 87 tahun warga emas itu masih gigih mencari rezeki dengan cara menjual nanas, serai dan asam keping.
Rupa-rupanya dia tinggal sendirian dan lebih menyedihkan sebelah matanya juga sudah hilang penglihatan.
Disebabkan tempat tinggalnya agak jauh, dia terpaksa datang ke pasar tersebut dengan menaiki teksi sendirian.
Ketika ditanya kenapa sanggup datang sejauh itu untuk menjual barang, nenek ini menjawab dengan nada sayu jika dia tidak berniaga, maka perutnya tidak boleh diisi dengan makanan.
Jawapan tersebut mengundang simpati pemuda itu lalu bertanya jika ada apa-apa yang diperlukan oleh warga emas tersebut.
Tidak meminta makanan sedap atau barangan mewah, sebaliknya nenek ini hanya meminta RM5 sahaja untuk membeli beras serta nasi goreng sebagai makanan untuk mengalas perutnya yang lapar.
Permintaan nenek itu dipenuhi pemuda tersebut yang terus bergegas membeli makanan.
Di akhir video, warga emas tersebut menyedekahkan barang jualannya sebagai tanda terima kasih buat pemuda itu.
Perkongsian tersebut mengundang sebak warga yang menonton. Rata-rata melahirkan rasa sayu dan sedih atas nasib yang menimpa warga emas tersebut.
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.