Kalau dapat biarlah gigi kita sentiasa putih seperti mutiara untuk menjadikan senyuman kita nampak manis dan menarik di mata suami. Pun begitu, menggosok gigi sahaja hanya dapat memastikan gigi bersih namun bukan putih seperti mana yang kita mahukan.
Tahukah anda, sebenarnya memutihkan gigi ini bukanlah suatu perkara yang baru di zaman moden ini. Hakikatnya, sejak zaman dahulu lagi sudah ada petua untuk memutihkan gigi.
Salah satunya adalah dengan menggunakan lemon yang dicampur dengan soda bikarbonat sebagaimana yang diamalkan oleh Puan Fitriah ini melalui perkongsian di fbnya. Jom kita semak dan tidak salah kiranya kita turut amalkan bersama agar gigi bersih malah nampak putih berseri bak mutiara.
PUTIHKAN GIGI SEPANTAS 5 MINIT SEBELUM JUMPA CUSTOMER
“Maklumlah, pagi tadi je gosok gigi. Nak jumpa orang belah petang. Segala mak nenek masuk dalam mulut tu. Hehe
Ads
Jadi kak el nak share la petua PUTIHKAN GIGI dengan 2 bahan yang MUDAH didapati. Kak el dah cuba. Terbukti keberkesananyaa okeh! Gigi nampak bersih. Nafas pun segar Korang kena cuba jugak tau.”-Fitriah
Bahan bahan:
?Soda bikarbonat ?Perahan lemon
Cara cara:
1. Letak soda bikarbonat dalam bekas
Ads
2. Perah lemon tadi kedalam bekas yang dah diletak soda bikarbonat tadi.
3. Kacau dan sekatakan larutan tadi sehingga jadi paste macam ubat gigi. Campurkan sedikit air ye.
4. Gosok gigi seperti biasa. Biarkan selama 5 minit. Kemudian barulah berkumur macam biasa.
Satu kelegaan yang maha hebat bilamana disahkan oleh doktor bebas sepenuhnya daripada menghidap penyakit kanser yang pernah dihidapi sejak tahun 2014. Tenang dan bersyukur dengan ujian yang maha darsyat ini.
Tapi ketenangan bukan lagi miliknya kini. Semakin perit dan terhimpit kala diberitahu oleh doktor bahawa kanser yang menyerangnya dua tahun lalu kembali menyerang tubuhnya kini.
Bagi Wan Musfirah Aimi Wan Sufian, 34 tahun, yang juga merupakan ibu kepada dua model dan pelakon kanak-kanak, Nik Harraz Danish dan Nik Hadiff Dani, serangan kanser kali kedua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang malah dia tidak pernah menyalahkan takdir. Dia tahu Allah memilihnya untuk merasai semua ini dan pasrah dengan laluan yang dilaluinya ini.
“Menyebut kanser memang tidak mudah, namun itulah yang dilalui saya. Semuanya bermula selepas wujudnya ketulan di kedua-dua payudara saya setiap kali saya mengandung. Memang ketiga-tiga kandungan saya, saya mengalami masalah yang sama, adakalanya ketulan di sebelah kiri dan adakalanya di sebelah kanan payudara pula.
“Bila berdepan dengan masalah ini setiap kali mengandung, saya jangkakan ia tidaklah mendatangkan bahaya. Masa mula mengandung anak pertama, sebaik melahirkan anak saya menjalani pembedahan membuang ketulan tersebut dan begitulah rutinnya sehingga anak ketiga.
Ia tidak sakit malah saya tak rasa apa-apa sehinggalah tahun 2014 bila mana saya rasakan seperti ada urat membengkak di bahagian ketiak kiri saya.
Tidak mahu terus bertanda tanya, saya rujuk masalah saya ke Hospital Gleneagles, Jalan Ampang. Saya menjalani ujian ultra sound dan hasilnya tidak ada apa yang merisaukan saya. Namun doktor menyarankan saya untuk mencuba ujian mammogram pula. Namun hasilnya tetap sama, tiada sebarang komplikasi yang tidak diingini kepada masalah urat di payudara kiri saya. Saya lega seketika.
Namun selepas dua minggu, saya kembali ke hospital semula dan menjalani ujian Core Needle Biopsy’ atas saranan doktor yang merawat saya. Empat hari selepas menjalani ujian, saya ke hospital semula dan ketika itulah saya diberitahu saya menghidap kanser payudara.
Semuanya telah terjawab. Saya ingat lagi tarikh itu, 24 Januari 2015. Saya redha dan pasrah,” ujar anak sulung daripada lima adik beradik ini lagi.
Tidak mudah bagi kita namun wanita ini menerimanya dengan tabah hati kerana sudah menjangkakan semua perkara sebegini sejak awal lagi.
Kanser Kali Kedua
Ibu tiga anak ini juga mengakui tidak mudah menerima keputusan doktor sekali lagi selepas bebas selama dua tahun daripada sel kanser.
“Disember 2017 akan menjadi tarikh keramat sekali lagi buat saya. Selepas mengadu sakit kaki iaitu pada bahagian pinggul, saya buat pemeriksaan seperti biasa. Saya buat rawatan fisiologi tetapi masih sakit. Akhirnya doktor sarankan untuk saya buat scan dan ketika itulah baru saya tahu kanser saya menyerang sekali lagi.
Hampir gugur jantung apabila doktor memberitahu sel kanser saya sudah merebak ke tulang kaki. Saya rasa kecewa yang teramat sangat. Tekanan akibat suami diberhentikan kerja pada akhir tahun lalu buat saya jadi tertekan. Tekanan yang saya alami buat sel kanser kembali merebak pada saya. Itu yang doktor nyatakan kepada saya.
Kata doktor sel kanser menyebabkan tumor dalam tulang pecah dan terkeluar. Itulah yang menyebabkan saya sakit pada bahagian pinggul. Saya perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 15 kali namun malangnya kesannya akan buat saya menapouse. Saya akur dengan kata-kata doktor walaupun pahit untuk menerima semuanya.
Pun begitu, walaupun selepas 15 kali menjalani rawatan, masih tiada sebarang tindak balas malah sel kanser mula menyerang tulang belakang saya. Doktor kemudiannya meneruskan rawatan kimoterapi sebanyak enam kali kepada saya,” luahnya lagi.
Mahu Teruskan Hidup Dengan Gembira
Bagi wanita yang berkhidmat dengan Maybank dan masih berada di dalam cutinya selama enam bulan ini lagi, bersedih dan mengenang nasib akan takdir hidupnya bukan lagi pilihan yang ada.
“Jujurnya saya mahu enjoy dan gembira dengan apa yang saya lalui setiap hari. Sebolehnya setiap kali bangun setiap pagi saya mahu gembirakan diri sendiri dan keluarga dan buat semua perkara yang menggembirakan hati saya.
Saya mahu terus bangkit dan bersemangat demi suami dan anak-anak yang saban hari menyokong kuat perjuangan saya. Merekalah tulang belakang sepenuhnya untuk saya terus kembali ceria.
Tak ada sebab untuk saya menyerah kalah pada takdir sedangkan suami dan anak-anak terus kuat menyokong saya.Setiap kali menjalani rawatan kimoterapi suami akan menguruskan anak-anak dan kesemua urusan rumah. Begitu juga dengan anak-anak yang akan behave dan sentiasa menjaga hati saya dalam segala hal. Sebolehnya mereka tidak mahu membebankan saya.
Jujurnya saya sudah penat untuk mengadu domba dengan sesiapa sahaja akan kesakitan yang saya alami. Saya hanya mahu lalui apa yang Allah sudah aturkan buat diri saya dengan sebaiknya.
Tak ada waktu untuk saya dari terus berfikir mengapa dan kenapa saya ditakdirnya untuk jadi begini. Makin bertambah stres dibuatnya. Saya redha dengan semuanya. Bagi saya kini hidup perlu lebih tenang dan gembira tanpa ada sekatan apa-apa,” ujarnya penuh semangat, positif dan yakin pada diri sendiri.
Sumber: Majalah Keluarga Isu Julai
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak Guna Bahan Dapur, Tak Perlu Risau Kesan Buruk Pada Otak
Batuk boleh membuatkan kita jadi tidak selesa. Lebih merisaukan apabila anak-anak yang mengalami batuk terutama yang masih kecil. Ubat sudah diberi namun batuk si anak masih lagi belum pulih. Paling merisaukan apabila anak batuk berkahak. Bimbang jika lama-lama akan bertambah parah batuknya.
Selain ubat batuk, kita boleh cuba kaedah alternatif dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk melegakan masalah batuk anak-anak. Tidak perlu bimbangkan kesan sampingan kerana ia menggunakan bahan-bahan asas yang ada di rumah sahaja.
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya. Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.
Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak-anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ini.
Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.
Jangan sangka, wanita ni tahu masak dan jaga anak aje, sebenarnya wanita juga boleh buat kerja-kerja yang lelaki lakukan.
Sebagaimana perkongsian seorang ibu kepada dua orang anak ini. Menerusinya facebooknya, dia menunjukkan cara membuat kolam mini di halaman rumahnya.
Lebih inspirasi, walaupun sibuk bekerja tetap melakukan diy buat sendiri kolam mini. Biarpun sebulan lebih baru berjaya menyiapkan mini kolam, namun hatinya tetap bangga dengan usaha yang dilakukannya sendiri.
Jom lihat cara beliau membuat kolam mini di halaman rumahnya.
Buat sendiri mini kolam di halaman rumah
Hikmah PKP. Saya bukan tukang yer,tapi sangat minat bertukang dan nak cuba buat sendiri. Hasil tangan kerja seorg mak anak dua.
2 hari seminggu je buat sebab bekerja,sebulan lebih baru setel semua. Banyak ilmu saya ambil dalam group ni,terutama bancuhan simen,cara elak leaking,cara susun bata,ada jugak yang saya buat ikot suke hati jer.
Untuk elak leaking saya hanya sapu bancuhan simen beberapa kali,sapu guna berus, sapu guna tangan (pastikan pakai glove). Lepas tu baru cat guna swimming pool epoxy (gambar last beli di shopee). Alhamdulillah dr siap pertengahan july sampai sekarang memang tiada kebocoran langsung.
Simen bancuh sendiri tapp bancuhan pertama ni agak cair.
Simen yang telah kering untuk dijadikan lantai kolam. Batu bata di susun pada bahagian tepi.
Proses susun bata hampir siap untuk membantuk mini kolam.
Manakala lubang untuk air keluar juga ada pada bahagian bawah kolam.
Alhamdulillah akhirnya siap jugak taman mini
Untuk kolam, saya guna 1liter ni jer, 2 kali sapu..sapuan pertama tggu kering dlu,lepas tu sapu lagi skali. Juga untuk kolam ni saya mmg guna cat tu shj..xde pakai waterproof lain…tp sblom cat,sy bancuh simen agak cair n sapu byk lapisan pd dinding tu
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...