Putihkan Kulit Wajah Dengan Cara Yang Mudah Tapi Selamat. Buat Sendiri Je Krim Pemutih Di Rumah Guna Sengkuang

Share

Kulit putih, itu yang menjadi idaman setiap wanita. Sehinggakan sanggup berbelanja ratusan bahkan ribuan ringgit demi mahu nampak cantik.

Tetapi salah pilih krim boleh undang masalah lain pula pada kulit wajkah anda.Tak payah pening kepala, apa kata anda cuba sendiri petua membuat krim pemutih  ini di rumah.

Kaedah ini lebih selamat dan kos yang digunakan juga tidaklah besar. Paling penting tak ada bahan kimia. Jom kita cuba!


BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji sengkuang saiz sederhana
  • 3 sudu makan air lemon
  • 1 sudu makan madu atau minyak zaitun
  • 1 gelas air

Langkah Membuatnya:u

Cuci, kupas dan parut sengkuang. Masukkan ke dalam bekas berisi air, ramas-ramas hingga warna air berubah menjadi pekat.

Kemudian tapis dengan penapis dan perah untuk mendapatkan ekstraknya.

Simpan sengkuang tadi dalam peti sejuk semalaman.

Keesokkan harinya anda akan dapati ada mendapan atau ekstrak putih dari pati sengkuang.

Buang air yang ada di permukaannya dan ambil mendapan itu saja.

Kemudian masukkan air lemon, madu dan kacau hingga sebati dan jadi krim.

Masukkan krim ke dalam bekas yang sesuai dan siap untuk digunakan.

Gunakan krim ini sebagai krim pelembab muka dan pakai secara teratur iaitu 2 kali sehari. Dan lihat hasilnya nanti!

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍

 

IKLAN