Bukannya mudah untuk hilangkan lemak dalam badan.Pelbagai cara dan tips diet sihat yang dicuba, termasuk melakukan senaman dan segalnya. Namun kurang berhasil dengan kita. Ada kala hasil yang diperoleh tidak berbaloi dengan usaha keras. Mungkin cara pemakanan atau teknik yang digunakan salah.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter, Zack Zakirin berkongsi rahsia turun berat badan sebanyak 10kg dalam masa sebulan. Jom baca perkongsian ini bagi yang ingin mencuba sendiri.
Memang sakit hati apabila melihat cili padi yang baru dibeli minggu lepas sudah menampakkan layunya. Malah ada juga yang sudah mula busuk dan berair walaupun disimpan di dalam peti sejuk.
Sebenarnya ada cara bagi memastikan cili padi mampu bertahan walaupun telah lama. Perkongsian seorang wanita yang menjalankan perniagaan restoran ini patut anda cuba. Ikuti tips daripadanya.
Buang Tangkai
Menurut wanita ini, sebaik dibeli daripada pasar, cili padi haruslah dibersihkan dan dibuang tangkainya. Kemudian biarkanlah seketika hingga kering sebelum dimasukkan semula ke dalam bekas bertutup. Simpan kemas di dalam peti sejuk.
Guna Plastik
Jika untuk memudahkan penyimpanan, cili padi yang di buang tangkainya tadi bolehlah diletakkan ke dalam beg plastik yang boleh dikemaskan di atasnya. Tebukkan sedikit lubang bagi membolehkan udara beredar di dalamnya.
Pilih Surat Khabar
Cili yang dibuang tangkai juga boleh disimpan di dalam kertas surat khabar dan bungkuslah kemas. Kemudian simpanlah ke dalam peti sejuk. Kertas membolehkan haba dan suhu sesuai pada cili. Ini membuatkan cili mampu bertahan lebih lama.
Kisar Dan Masak
Salah satu cara lagi bagi memastikan cili padi lebih tahan lama adalah dengan cara mengisarnya dan simpan untuk dijadikan pes. Namun untuk kekal lama kena ada caranya. Caranya kisar cili padi bersama garam hingga hancur dan masak seketika di atas api perlahan. Biarkan hingga kering dan simpanlah di dalam peti sejuk.
Bawang Putih
Salah satu kaedah lagi adalah dengan meletakkan bawang putih bersama-sama cili padi. Ambil dua ulas bawang putih dan letakkan di dalam bekas cili padi yang telah dibuang tangkainya. Hasilnya cili mampu bertahan lama. Paling penting tak busuk.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin bagi sesetengah antara kita bila gatal tekak dan batuk, ia mudah diredakan dengan makan ubat untuk beberapa kali. Namun tidak dinafikan ramai juga lalui pengalaman yang memeritkan bila berbotol-botol ubat batuk dimakan namun penyakit batuk yang dialami tidak reda-reda juga.
Seakan habis cara dilakukan untuk kembali sembuh seperti sedia kala. Namun belum menampakkan kesan positif.
Sebelum anda berputus asa mencari penawarnya apa kata anda cuba dahulu petua yang dikongsikan oleh Puan Farida Farid ini.
Menurutnya setelah amalkan petua ini, keadaan batuk anaknya yang berlarutan ditanggung hingga tiga minggu lamanya akhirnya berkurangan dan nampak kesan yang positif.
Difahamkan juga petua yang diamalkan ini diberikan oleh seorang makcik berbangsa Cina kepadanya setelah kasihan melihat anaknya batuk tanpa henti-henti di sebuah kedai.
Jadi buat anda yang masih tercari-cari ubat untuk meredakan batuk yang ‘degil’ untuk hilang, apa kata cuba petua ini. Mana tahu ianya juga serasi dengan anda.
PETUA RAWAT BATUK DENGAN BAWANG PUTIH
Anak-anak batuk dah masuk minggu ke-3. Demam kebah, demam kebah, sampai 2 kali pergi emergency department sebab suhu tinggi sangat.
Macam-macam antibiotik dan remedi lain yang saya dah buat, tapi belum ada rezeki nak sihat lagi.
Alhamdulillah, bila amalkan petua rawat batuk dengan bawang putih ini,batuk dah kurang, demam pun dah kebah.
Jadi, saya ingin kongsikan remedi ini yang saya dapat daripada sorang Aunty Cina yang masa tu kasihan tengok anak lelaki saya batuk tak henti-henti.
BAHAN-BAHAN
7 atau 9 ulas bawang putih
Air 1 1/2 cawan
Gula batu 4-5 biji
CARA-CARA
Berikut adalah cara-caranya. Mudah saja.
Rebus semua sehingga sehingga jadi suku cawan. Guna api yang paling perlahan.
Minum semasa air rebusan masih suam-suam. Amalkan 3 kali sehari. Saya buat sekali rebus untuk 2 kali minum.
Petua ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak setahun ke atas.
SEMOGA MEMBANTU
Tak salah mencuba kerana bahan yang digunakan begitu mudah didapati di rumah. Apapun, jangan sesekali abaikan pemeriksaan doktor sekiranya demam dan batuk berterusan.
Petua rawat batuk ini diamalkan secara sampingan saja, sebagai ikhtiar selain rawatan yang dipreskripsikan doktor.
Anak yang sedang membesar perlukan bimbangan bagi membentuk karektor mereka sendiri. Sejak kecillah mereka perlu dilatih untuk berdikari dan menjadi anak lebih bertanggungjawab.
Salah satu cara didikan yang mudah adalah dengan mengajarkan kemahiran berumah tangga kepada mereka sebagai persediaan kepada tanggungjawab pada diri sendiri. Jika mereka punya rasa tanggungjawab pada diri, seterusnya pastilah pada keluarga mereka sendiri kelak.
Bukan hanya pada anak perempuan, anak bujang kita juga wajib buat perkara ini supaya lebih rasa tanggungjawab. Jom ikut tip mudah ini.
1. Periksa Barang Dapur
Minta anak perempuan jadi pemeriksa kita setiap kali barang dapur habis bekalannya. Ajar dia untuk periksa peti ais dan stok bekalan basah seperti ikan dan sebagainya setiap minggu atau setiap hari. Biar dia tahu peranannya besar dalam rumah kita. Lama kelamaan dia akan rasa lebih bertanggungjawab pada amalan yang satu ini.
2. Periksa Stok Beras
Ini merupakan amalan yang dilakukan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki kepada anak lelakinya. Setiap kali beras habis, dia akan minta ibu dan ayah belikan dengan segera tanpa menunggu hari esok. Cara ini bagi membiasakan diri anak lelaki dengan selok belok dapur. Nampak remeh tapi sebenarnya ia mengajar anak lelaki kita lebih bertanggungjawab.
3. Kunci Pintu
Sebelum hendak masuk tidur, amanahkan seorang anak-anak kita untuk periksa pintu rumah, samada sudah dikunci ataupun tidak. Selain rasa tanggungjawab pada
keluarga yang lain, ia juga mendorang anak kita jadi lebih berani.
4. Bayar Di Kaunter
Latih anak kita bayar makanan yang dia beli di kaunter sendiri. Cara ini bukan hanya latih anak lebih berani tetapi mesti bertanggungjawab pada barangan yang diambilnya. Amanah pada diri sendiri, itu penting.
5. Susun Kasut
Bagi tugas mudah ini pada si bongsu anda yang masih kecil. Latih dia untuk susun kasut setiap ahli rumah sebelum melangkah masuk ke rumah. Persoalkan dia jika kasut tidak disusun dalam keadaan baik. Cara ini bukan hanya buat anak lebih menjaga kebersihan tetapi disiplin diri yang tinggi.
6. Kemas Katil
Ajar kesemua anak kita baik lelaki mahupun perempuan untuk kemaskan katil sendiri apabila bangun tidur. Ini penting bagi mendidik mereka menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan selebihnya pada keluarga. Kalau kita biasakan mereka, lama-lama pasti jadi tabiat terpuji.
7. Ajar Anak Sedekah
Kalau ke surau atau juga ada peminta sedekah yang datang ke meja kita ketika makan, ajar anak-anak bersedekah sendiri dengan tangan mereka. Selain mengajar rasa simpati kepada golongan susah, kita juga mendidik anak untuk bersedekah. Setiap kali dapat duit kecil, minta dia asingkan untuk bersedekah.
8. Tolong Angkat Barang
Nampak macam mendera anak tapi sebenarnya ia satu proses mendidik. Minta anak-anak angkatkan kesemua barang yang kita beli ke dalam kereta seterusnya ke dalam rumah. Nampak remeh tapi ia mengajar anak bertanggungjawab dan rasa hormat.
9. Pilih Ikan Di Pasar
Ini aktiviti yang menyeronokkan. Minta anak pilih sendiri ikan yang mereka suka di pasar. Selain berkongsi ilmu, ia juga bagi membiasakan mereka dengan ilmu rumah tangga.
10. Ajar Masak
Tak kira samada anak lelaki atau perempuan, ajar mereka untuk tolong memasak di dapur. Seawal usia 5 tahun lagi mintalah mereka turut serta. Anak lelaki terutamanya, ajar mereka memasak dengan cara yang betul supaya ilmu ini boleh dibawa mereka ke mana-mana terutama selepas berkahwin. Penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.