Rahsia Bibir Gebu & Lembut, Guna Berus Gigi Jer. Mudah Kan, Begini Caranya!

Share

Mungkin ramai yang tidak tahu kegunaan berus gigi selain membersihkan gigi. Memetik laman Lifehacker, cara paling mudah dan efisien untuk skrub bibir anda adalah menggunakan berus gigi! Ya cara ini dikatakan sangat berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir. Jom semak bagaimana caranya.

Caranya:

1. Sapukan lip balm atau Vaseline pada berus gigi.

2. Gosok pada bibir anda dengan lembut.

3. Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala.

4. Lakukan 2 kali seminggu agar bibir tampil lebih lembut, cerah dan juga mungil.

5. Selain Vaseline, anda boleh menggunakan campuran gula dan juga madu untuk memberus bibir anda.

 

 

IKLAN