Tak ramai menantu yang boleh sayang mentua, anggap dan layan mentua macam ibu bapa sendiri. Begitu juga dengan mentua.
Tetapi kalau nak bahagia dan hidup harmoni kenalah saling menghormati dan berbaik-baik selalu. Saudara Firdaus Shakirin ada berkongsi cara yang boleh menantu-mentua praktikkan.
“Kalau nak menantu anggap mentua seperti ibunya sendiri, maka…”
Ada yang bertanya, ibu mentua dengan ibu sendiri, sama level tak?
Ada yang kata tak sama level sbb dia bukan ibu kandung kita, dia bukan melahirkan kita, dia bukan membesarkan kita…
Ads
Anggap seperti ibu sendiri
Sebenarnya, kita tetap kena anggap ibu mentua tu seperti ibu sendiri walaupun dia bukan melahirkan kita, walaupun dia takde pertalian darah dengan kita…kita tetap perlu letak ibu mentua sebaris dengan ibu sendiri…cuma kadang2 yang menjadi sulit dan sukar untuk menganggapnya sedemikian adalah disebabkan penerimaannya terhadap diri kita sebagai menantu dia…
Penghormatan terhadap ibu mentua sama seperti penghormatan kita kepada ibu sendiri kerana dia juga seorang ibu…
Ads
Jangan bandingkan menantu
Then untuk mentua, kalau nak menantu anggap anda seperti ibunya sendiri, maka anda perlu menyayangi menantu sebagaimana anda menyayangi anak sendiri…anda terlebih dahulu perlu menganggapnya sebagai seorang anak, sebelum dia menganggap anda sebagai seorang ibu…
Ads
Anda perlu menghargai menantu anda…jangan cari kesalahan dia…jangan memperbandingkan dia dengan menantu2 yang lain…anda perlu memberikan ruang kepada anak dan menantu anda…anda perlu menghormati keputusan anak dan menantu anda.
Tahu sesuaikan diri
Kehendak dan keperluan mereka dengan anda mungkin tak sama, maka anda perlu berlapang dada dengan cara mereka, apa yang dibuat mereka…jangan menceritakan aib menantu kepada orang luar sebab seorang mentua yang baik takkan menceritakan keburukan menantunya kepada orang lain…
Anda juga seorang menantu, maka anda lebih tahu bagaimana cara nk menyesuaikan diri dgn mertua…maka, bimbinglah menantu anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Neelofa yang kaya pun belek harga sebelum beli, normal bagi wanita. Ternyata Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor juga seperti ibu-ibu yang lain. Sebelum beli sesuatu barang, akan belek-belek harga terlebih dahulu.
Neelofa Yang Kaya Pun Belek Harga Sebelum Beli, Normal Bagi Wanita
Melalui Insta Storynya, Neelofa berkongsi kehadirannya di majlis meraikan ulang tahun pertama jenama Kita&Co yang pertama. Kelihatan Neelofa membelek-belek harga sehelai seluar. Perlakuannya itu sama seperti ibu-ibu di luar sana yang turut mempunyai ‘kelakuan’ yang sama sebelum membeli apa-apa jua jenis barang.
Golongan ibu, sering kali dilihat sebagai pengguna yang bijak berbelanja. Salah satu ciri utama yang sering diperhatikan ialah kecenderungan mereka untuk membandingkan harga sebelum membuat sebarang pembelian.
Sama ada di pasar raya, kedai runcit, atau platform membeli-belah dalam talian, ibu-ibu selalunya memastikan mereka memperoleh nilai terbaik untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.
Namun, adakah tabiat ini hanya sekadar kebiasaan atau sebenarnya suatu amalan yang bijak? Mengapa Ibu-Ibu Suka Membandingkan Harga?
Kewangan Keluarga yang Terkawal
Ibu-ibu biasanya memainkan peranan penting dalam mengurus kewangan keluarga. Dengan memastikan harga yang terbaik, mereka dapat mengelakkan perbelanjaan berlebihan dan memastikan bajet bulanan dapat diurus dengan baik. Lebih-lebih lagi, dengan kenaikan harga barang keperluan yang sering berlaku, perbandingan harga ini membantu mereka berjimat.
Pengetahuan Mendalam Tentang Pasaran
Melalui membandingkan harga, ibu-ibu menjadi lebih peka terhadap perubahan harga di pasaran. Mereka dapat mengesan bila harga barangan keperluan naik atau turun, dan ini memberi mereka peluang untuk membeli barangan tersebut pada waktu yang paling sesuai, misalnya ketika ada promosi atau diskaun.
Kepuasan Membeli-Belah
Ada juga unsur kepuasan psikologi dalam membandingkan harga. Bagi sesetengah ibu, mereka merasa lebih berpuas hati apabila mengetahui bahawa mereka telah berusaha untuk mendapatkan tawaran terbaik. Ini memberikan rasa kepuasan apabila barang yang dibeli bukan sahaja berkualiti tetapi juga pada harga yang lebih rendah berbanding biasa.
TEKNIK MEMBANDINGKAN HARGA YANG DIGUNAKAN
Ibu-ibu menggunakan pelbagai kaedah untuk membandingkan harga, termasuk:
*Melawat beberapa kedai sebelum membuat keputusan akhir. Ini terutamanya berlaku apabila membeli barangan besar seperti perabot atau peralatan elektrik.
*Menggunakan aplikasi perbandingan harga dalam talian. Banyak ibu kini memanfaatkan teknologi untuk membuat perbandingan harga dari pelbagai platform.
*Memantau iklan promosi dalam risalah, katalog, dan platform media sosial. Kadangkala, promosi yang baik hanya berlangsung dalam tempoh yang terhad, jadi ibu-ibu yang peka akan cepat bertindak.
Adakah Ini Suatu Amalan Bijak?
Pada dasarnya, membandingkan harga sebelum membeli merupakan satu amalan bijak yang membantu pengguna, terutamanya ibu-ibu, untuk berbelanja dengan lebih berhemah. Dengan ini, mereka dapat memastikan setiap perbelanjaan adalah berbaloi dan mengurangkan risiko pembaziran.
Selain itu, tabiat ini juga mendidik anak-anak tentang kepentingan pengurusan kewangan yang baik, kerana anak-anak akan melihat bagaimana ibu mereka berhati-hati dalam berbelanja dan menghargai nilai wang.
Amalan membandingkan harga sebelum membeli bukanlah sekadar kebiasaan semata-mata, tetapi satu strategi yang membantu ibu-ibu untuk berbelanja secara bijak.
Dalam dunia yang semakin mencabar dengan kenaikan kos sara hidup, ibu-ibu memainkan peranan penting dalam memastikan keluarga mereka dapat terus hidup selesa dengan kewangan yang terkawal. Jadi, bagi ibu-ibu yang suka ‘belek harga’ sebelum beli, teruskan usaha ini kerana ia sememangnya satu langkah yang bijak!
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim menitipkan ucapan hari lahir buat anaknya bersama bekas suami, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah undang sebak ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azrinaz di laman Instagramnya, dia seakan tidak percaya Puteri Ameerah secara rasminya sudah memasuki usia 17 tahun, hari ini.
“17 tahun telah berlalu, namun rasanya seperti baru semalam.
“Saya menahan sakit merindui kamu selama ini, kerinduan yang tidak pernah reda. Melihat kamu membesar menjadi seorang insan yang luar biasa seperti melihat cerminan diri saya, kamu adalah saya, dan saya adalah kamu,” tulisnya.
Azrinaz turut meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya itu yang sekian lama tidak bertemu namun, bersyukur Puteri Ameerah membesar menjadi seorang insan luar biasa.
“Dalam kelas tersendiri, kecantikan kamu anakku tak pernah berhenti memukau saya. Terbanglah tinggi, Puteri kesukaan dunia saya. Tiada terbatas untuk memanggil kamu milik saya,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Azrinaz Mazhar Hakim pernah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah sekitar tahun 2005, namun telah berpisah pada tahun 2010.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Teka teki akhirnya terjawab, akhirnya ‘kekasih’ sebenar Syifa Melvin terbongkar.
Baru sahaja rangkul kejuaraan Piala Malaysia bersama pasukan JDT pada hari Sabtu yang lalu, semalam sekali lagi merupakan kemenangan kepada pemain sayap JDT ini apabila sah menjadi suami kepada influencer terkenal, Syifa Melvin dengan sekali lafaz.
Pada majlis pernikahan berkonsep dalam taman tersebut, pasangan mempelai menggayakan persalinan pengantin sedondon berona nude.
Pada majlis itu, Safawi menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.
Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa kandungnya, Amirol Melvin dan pelakon Shaheizy Sam.
Majlis ijab qabul dan resepsi yang bertemakan serba putih dan menutup aurat itu dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat kedua belah pihak serta media.
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan satu stadium menyanyikan lagu ’selamat pengantin baru’ buat Safawi selepas tamat perlawanan separuh akhir di antara pasukan JDT dan Sabah FC.
Bukan itu sahaja, turut tersebar kad undangan resepsi yang bertarikh 3 Disember depan dimana tertera nama ibu bapa Safawi, Rasid Sulong dan Selemeh Abu Bakar di media sosial.
Untuk makluman, Syifa Melvin merupakan adik kepada Syatilla Melvin dan adik ipar kepada pelakon terkenal, Shaheizy Sam.