Muat naik terkini pelakon kesayangan ramai, pelakon Raja Ilya menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya. Raja Ilya memuatnaik foto dan video mengenai bersalin dalam air berserta kapsyen mengenai kesedaran mengenai bersalin dengan mengunakan kaedah natural.
Raja Ilya, yang hamil bayi perempuan dan dijangka bersalin pada Julai depan memilih kaedah melahirkan bayi dalam air di Perth, Australia.
Raja Ilya, 37, atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ini memberi corentan mengenai manfaat dan pengalaman ahli keluarga suaminya yang menggunakan kaedah berkenaan.
“Rupanya ramai Tak tau tentang Kaedah water birth , dorang ingat kan water birth ni sebab bunyi English so ini cara Mat Salleh.”
Aiyoo Tak cik Abang & Akak oi … di sebab kan kita ni dah di manjakan sangat dengan technology , sebab tu kita Tak tau wujudnya semua ni .. bukan saja water birth , even home birth .. Zaman2 dulu mana ada hospital sebelah Rumah , epidural laa apa la.. kau salin mana kau sempat, orang Kat perdalaman semua mana ada facility semua tu .
Now semua nak admit MASUK Hospital swasta untuk beranak lagi ada laa..
Ads
End of the day , it’s a choice ( Tak ada orang paksa , hidup masing2 pilihan masing2 )
CUBA SELAGI MAMPU
Katanya lagi, dia akan mencuba melakukan proses bersalin secara natural selagi mampu. Malah turut berkongsi bahawa saudara sebelah suaminya juga melakukan perkara yang sama.
Bagi ilya Selagi kita mampu dan Boleh buat secara natural kita buat , epidural tu pun sejenis drugs juga and kalau salah cucuk mampus lumpuh seumur hidup .. it’s not that straight Forward..
Ads
Family adik ipar ilya semuanya Home birth pakai bidan , padahal dorang Mat saleh kot .. sebab tu bila baca COMMENT COMMENT macam orang Tak bertamadun , Tak habis sekolah rasa nak share pasal ni ..
Mana korang nak tau semua benda ni kalau 24 jam main phone..
Terdapat beberapa kelebihan water birth ni. Macam ni Contoh nya ;-
Wanita yang bersalin dalam air melaporkan berasa lebih terkawal, dengan kontraksi yang kurang menyakitkan. Mereka kurang berkemungkinan memerlukan epidural untuk pengurusan kesakitan atau ubat-ubatan untuk mempercepatkan kelahiran mereka. Nampaknya juga peringkat pertama bersalin mungkin berjalan lebih cepat.
Momen yang cukup menyentuh hati si ayah saat melihat anaknya, Maryam kelihatan teruja lalu mencium perut ibunya Fazeera yang kini sedang hamil.
Itulah perasaan yang dirasai pelakon, Fizo Omar menerusi satu video yang dimuatnaik di tiktoknya yang menunjukkan kemesraan di antara isteri serta dan anaknya, Wan Maryam.
“The most excited sister!,” tulis Fizo ringkas pada ruangan kapsyen lalu dihujani dengan pelbagai ucapan daripada peminat.
Sebelum ini, Fazeera membuat pengumuman mengenai kehamilan selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga. Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 21 Oktober, tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada 2013, namun, bercerai pada Julai 2019. Hasil perkongsian hidup, merekadikurniakan anak perempuan, Wan Maryam Wan Hafizol yang kini mencecah usia lima tahun.
Tahukah anda bahawa, memberi pendidikan seks dapat mengajar kanak-kanak untuk mengenal pasti garis pemisah antara pengantunan seksual kanak-kanak (child sexual grooming).
Tapi bukan mudah untuk menjelaskan anak-anak dengan perkataan yang mudah dan ringkas.
Jadi nak tahu cara terbaik ibu bapa dalam mendidik anak-anak terhadap pendidikan seksual, menerusi facebook Adlil Rajiah yang mengupas perkongsian Akhi Fairuz (penulis pendidikan seksual) mengenai apakah skrip yang betul untuk menjawab soalan anak tentang seksual.
Satu ilmu power yang saya belajar dari Akhi Fairuz (penulis pendidikan seksual) ialah skrip yang betul untuk jawab soalan anak tentang seksual. Dan saya nak share kat sini, supaya kita boleh sama2 betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul. . So lepas ni bila anak2 tanya pasal seksual, takde la kita— 1. Terkebil2 atau malu2 tak tentu pasal 2. Marah atau suruh anak stop tanya 3. Pass soalan tu kat suami. Pastu suami pass balik kat kita. Pastu dua2 pura2 noob tak tahu jawapan. 4. Anggap anak kecik lagi, nanti dah besar diorang tahu sendiri lah . Kalau macam ni perangai kita, jangan terkejut kalau anak— 1. Stop tanya kita tentang seksual 2. Lebih suka tanya Google / kawan2 3. Belajar dari strangers kat internet 4. Belajar SEGALANYA dari pornografi
Ingat, ini bukan lagi zaman kita perlu bersusah payah mencari pornografi. Sebab segalanya terhidang depan mata tanpa dicari— dalam TV, youtube, netflix, facebook, instagram, tiktok lagi lahh , iklan2 kat phone apps, billboard tepi jalan pun berlambak soft porn.
Sebab tu penting untuk biasakan beri nama yang sepatutnya untuk kemaluan anak. Udah2 la guna nama objek seperti burung, bebird, bunga, flower, belalai, karipap, asam keping, nasi lemak, batang.
Kiasan nama2 objek macam ni la yang mencetus lawak double meaning yang makin merepek2 zaman sekarang.
Ini la akibat bila mak bapak tu sendiri tak terbuka untuk ajar anak sebut zakar / penis atau faraj / vagina, semata2 sebab rasa malu, rasa lucah, rasa akward.
Padahal dalam quran dan hadis pun sebut jelas perkataan2 tersebut dalam bab hadas, jimak, haid dan sebagainya.
Kat sekolah pun anak belajar tentang zakar/penis dan faraj/vagina, dalam subjek Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam dan Sains.
So apa isunya lagi? Apa yang awkward?
Ok dah. Kembali kepada point asal. Skrip yang betul untuk jawab soalan anak seperti:
1. Seks/ persetubuhan/ kahwin tu apa? 2. Baby datang dari mana? 3. Kenapa kemaluan lelaki perempuan berbeza? 4. Atau soalan2 yang seumpamanya.
Pertama sekali, jangan panik. Syukur dulu sebab anak tanya soalan ni pada kita dan bukan pada orang lain. Maksudnya kita adalah orang yang paling anak percaya.
So this is the best learning moment untuk kita sampaikan ilmu seksualiti pada anak dengan jelas, tanpa melucah, tanpa melawak, dan dengan berterus terang.
Sambil buat muka cool, just jawab dengan tenang—
Anak: Mama, bersetubuh tu apa? Seks tu apa?
Mama: Kakak dengar dari mana perkataan tu?
Anak: Kat sekolah / Tadi kawan sebut (contoh)
Mama: Kakak tahu kan, Allah ciptakan manusia ni berpasangan. Ada lelaki, ada perempuan. Kakak rasa, apa yang membezakan lelaki dan perempuan?
Anak: Tubuh badan? Kemaluan?
Mama: Pandai! Yang bezakan lelaki dan perempuan adalah kemaluan. Macam mama dan kakak, kita perempuan, Allah beri faraj/vagina. Kalau lelaki macam Papa pulak, Allah beri zakar/penis.
Allah buat macam tu, sebab sampai satu masa lelaki dan perempuan akan berkahwin. Lepas berkahwin, Allah benarkan lelaki dan perempuan bermesra, berciuman, berpelukan, dan boleh lakukan hubungan seksual atau bersetubuh.
Tapi kalau bersetubuh tanpa berkahwin, ia dipanggil zina. Zina haram dan berdosa besar. Kalau bersetubuh secara paksaan pulak, ia dipanggil rogol. Rogol ni satu perbuatan yang amat jahat dan jijik! Jenayah dan dosa besar.
Tapi kalau hubungan seksual atau persetubuhan dalam perkahwinan, suami isteri dapat pahala. Allah sayang. Dan melalui persetubuhan ni la, boleh dapat anak / baby.
Anak: Aikk macam mana pulak boleh dapat baby?
Mama: Setiap makhluk di dunia ni ada cara membiak. Contohnya pokok membiak melalui biji benih. Binatang macam kucing, lembu, gajah, harimau membiak melalui proses mengawan (mating) antara jantan dan betina.
So kita manusia pun ada cara membiak, iaitu persetubuhan antara lelaki dan perempuan.
Zakar yang ada pada lelaki, bukan sekadar tempat keluar air kencing, tapi juga tempat mengeluarkan benih iaitu sperma. Bentuk dia macam berudu. Sperma ni dihasilkan dalam testis lelaki. (Lukis atau guna buku panduan)
Perempuan pula ada ovari di kanan dan kiri rahim. Ovari keluarkan benih jugak iaitu ovum. Bentuk dia macam telur.
Bila sperma ayah dan ovum mama bertemu, ia akan membentuk zigot, kemudian jadi embrio, fetus dan akhirnya jadi lah bayi.
(Boleh ajak anak buka Quran, lihat surah Al-Mukminun ayat 12-14, tentang proses kejadian manusia)
Anak: Oooo.. tapi macam mana pulak sperma lelaki boleh bertemu dengan ovum perempuan?
Mama: Sperma dan ovum bertemu bila zakar lelaki dimasukkan ke dalam faraj perempuan. Itu lah yang dinamakan persetubuhan.
Itulah cara macam mana kakak dan adik2 boleh lahir ke dunia. Tapi kakak kena ingat, persetubuhan ni dibenarkan oleh Allah bila lelaki dan perempuan itu berkahwin sahaja.
Kalau tak kahwin, itu yang ada anak2 remaja lahirkan anak luar nikah, sampai sanggup buang bayi dalam tandas, sebab lakukan persetubuhan di luar perkahwinan.
Sebab tu mama kena terus terang dengan kakak tentang ni. Mama taknak kakak dapat info dari sumber yang salah. Mama risau, kakak terjebak dengan video lucah.
Sebab tu mama selalu ingatkan, kalau kakak ternampak video atau gambar orang seksi, tak pakai baju, kena cepat2 bagi tahu mama.
Kakak kena pandai jaga diri. Jangan bagi sesiapa pun sentuh mulut, dada, punggung, paha dan kemaluan. Tak kiralah orang tu papa ke, mama ke, atuk, bapa sedara, sepupu, cikgu, ustaz, kawan2, atau rakan sama jantina sekalipun.
Mama bangga dengan kakak sebab berani tanya tentang ni, dan terima kasih sebab tanya mama. Mama happy dapat bantu kakak. (Peluk anak)
Haa amacam? Ready nak jawab dengan anak lepas ni? . But of course, bukan senang nak start bercerita dengan anak tentang seksual ni kan. Baca skrip ni je pun dah berpeluh. Apatah lagi nak cakap depan anak. Menggelupur terus. . Tapi insyaAllah, kalau niat kita benar2 untuk mendidik anak, dan untuk pastikan mereka tak “dididik” oleh sumber yang salah, pasti Allah permudahkan. . Dan sebenarnya pendidikan seksualiti ni luas lagi. Soalan anak takkan berakhir kat situ. Ada banyak lagi kemusykilan yang akan buat kita tercengang memikiorkan jawapan. . So sebelum didik anak, pastikan kita dulu terdidik. Okay? .
Sumber: Adlil Rajiah
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan Ni Dikurniakan 11 Anak, Netizen Lebih Rasa Bangga Dengan Isteri Pasangan Ni!
Anak ialah satu amanah dan anugerah yang sangat berharga. Pun begitu mungkin ada yang merasakan di zaman ini bilangan anak tidak perlu ramai. Bukan kerana menolak rezeki, namun banyak perkara difikirkan untuk mempastikan keluarga hidup dengan harmoni dan sempurna.
Namun lain pula kisahnya bagi pasangan suami isteri, Shamsuri, 38 dan pasangannya Rosnaida Ismail, 36, yang berkahwin pada tahun 2005 dianugerahkan dengan 11 orang anak, iaitu enam lelaki dan lima perempuan dengan anak sulung berusia 17 tahun, manakala anak bongsu berusia setahun.
Menurut Shamsuri, dia bersyukur kerana dikurniakan anak yang ramai dan menganggapnya sebagai rezeki daripada Allah SWT.
“Ramai juga salah sangka ingat saya ada lebih seorang isteri kerana ada ramai anak, tetapi hakikatnya saya tidak berkahwin lebih daripada satu.
“Saya dan isteri berkahwin kira-kira 18 tahun lalu ketika sedang menuntut di universiti. Nawaitu (niat) kami kahwin kerana Allah, jadi syukur sangat dengan rezeki Allah bagi iaitu ada anak ramai yang jaraknya selang setahun serta dua tahun.
“Saya memang suka anak ramai. Ia kerana adik-beradik saya pun ramai, 13 orang semuanya dan saya anak ke-11.
“Isteri pula okey dan kiranya kami satu kepala suka anak ramai. Lagipun, isteri ada tiga beradik saja,” katanya sebagaimana memetik perkongsian bersama Harian Metro.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bercerita lanjut, Shamsuri berkata, memiliki anak ramai membuatkannya bekerja lebih keras bagi memastikan keperluan dan kebajikan anak terbela. Sebagai bapa, Shamsuri seboleh mungkin memikul amanah dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.
“Bukan senang ada anak ramai kerana 11 orang ada 11 perangai berbeza. Banyak juga perkara perlu difikirkan termasuk yuran persekolahan kerana ada lapan masih bersekolah dan semuanya perlukan kos.
“Anak ramai perlukan tahap kesabaran dan kekuatan tinggi, tetapi alhamdulillah dengan izin Allah, semuanya dipermudahkan untuk dijaga dari kecil sampai sekarang.
“Ia hasil bantuan isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa dan anak yang besar bantu uruskan adik mereka,” katanya.
Shamsuri berkata, dia tidak menyangka perkongsian video di TikTok mendapat perhatian ramai warganet.
“Ikutkan, saya tidak aktif di TikTok jadi tak sangka ramai menonton video dimuat naik. Niat saya sebenarnya nak bagi semangat kepada orang lain supaya jangan malu ada anak ramai kerana segelintirnya begitu.
“Bukan niat saya untuk menyinggung, melukakan hati atau menunjuk-nunjuk kepada mereka yang tiada anak kerana zuriat itu milik Allah, bukan kita.
“Kita rancang macam mana sekalipun, kalau Allah nak bagi, Dia bagi dan saya bersama isteri cuma berusaha untuk ramaikan lagi umat Nabi Muhammad,” katanya.
Sementara itu, Rosnaida menganggap pengalaman melahirkan 11 cahaya mata adalah perkara normal bagi setiap wanita yang bergelar ibu.
“Alhamdulillah, setakat ini kelahiran anak semuanya normal dan dipermudahkan Allah. Bahkan semua kelahiran awal dari tarikh sepatutnya.
“Perasaan setiap kali melahirkan anak masih sama iaitu teruja, sama saja daripada yang sulung sampai bongsu,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kekuatan dan keberanian isteri ini yang melalui proses kelahiran hingga 11 kali dan semuanya secara normal. Malah tidak kurang juga memuji personaliti ibu ini yang kekal cantik dan slim meskipun ramai anak.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.