Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara di sini hari ini.
Ketibaan Seri Paduka Baginda pada 11.45 pagi diiringi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Penasihat Kumpulan Media Karangkraf yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Datuk Hussamudin Yaacub.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara di sini hari ini.
Ketibaan Seri Paduka Baginda pada 11.45 pagi diiringi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Penasihat Kumpulan Media Karangkraf yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Datuk Hussamudin Yaacub.
Edisi kali kesembilan itu dihadiri kira-kira 4,000 jemaah, mengangkat surah Al-Jumu’ah sebagai surah utama. Program ini bersiaran secara langsung di lima stesen televisyen utama selain media sosial selama sejam bermula jam 12 tengah hari sehingga jam 1 tengah hari.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusof, panduan daripada Surah Al-Jumu’ah adalah model bagi membina kesatuan dan transformasi sosial ummah yang kuat dan jitu.
Ads
“Kita hendak masyarakat di seluruh dunia berubah dengan al-Quran. Golongan ulama dan pemimpin diharapkan bergabung untuk membimbing ummah. Ummah #GrandReset mensasarkan tiga golongan iaitu Ulama, Umara’ dan Ummah untuk melakukan transformasi sosial sebagai formula menuju kemenangan akhir zaman.”
Barisan Panji Surah Al-Jumuah pada world #QuranHour terdiri daripada Qari Ustaz Abdul Khair Jalil, Ustaz Asem Othman Abdul Karim, dan Ustaz Ahmad Tarmizi.
Perkongsian tadabbur disampaikan Ketua Pegawai Penyelidik WUIF Fazrul Ismail dan Pengarah Pusat Tadabbur Ustaz Syaari Abdul Rahman, manakala Pesan Tokoh dibawakan oleh Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim dan bacaan doa penutup oleh Imam Besar Masjid Negara Ehsan Hosni.
Sementara itu, bacaan ikrar al-Quran diketuai penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Munqiz Mohd Subki.
Ads
Turut hadir Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, Menteri Pendidikan Fadlina Sidek, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Asli Abd Halim dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
“Solat jemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak 27 darjat”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Lantas dalam merebut pahala solat berjemaah, bolehlah kita lakukan bersama-sama keluarga.
Pun begitu, perlu difahami dalam hal menentukan kedudukan makmum. Ini dijelaskan untuk pemahaman bersama.
Suami isteri solat berjemaah
Bila isteri sahaja menjadi makmum, pastikan kedudukan isteri betul-betul dibelakang suami seperti gambar di bawah.
Pun begitu, andai isteri berada di bahagian belakang sisi kiri atau kanan, maka makruh hukumnya.
Manakala jika suami mendirikan solat bersama dua anak lelakinya, begini pula kedudukannya.
Anak perlu berdiri dibelakang imam dan pastikan anak kedua pula berdiri di sisi kanan makmum yang pertama tadi.
Pun begitu jika kita anak beranak solat bersama, pastikan anak lelaki berdiri di sebelah kanan ayahnya dan ibu sebagai makmum pula berdiri selari di belakang anak lelaki.
Secara umumnya, posisi imam dan makmum dalam solat berjemaah ada 8 posisi.
Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat memberi pencerahan untuk kita sekeluarga dirikan solat berjemaah bersama-sama.
Sumber : Tweet Islamik
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Beruntungnya anak ini! Kelahirannya dilimpahi dengan kemewahan. Salah satu menarik perhatian apabila mandi tubnya dengan susu dan madu!
Bahkan kanak-kanak termanja dunia kerana dilimpahi dengan barangan mewah, meraih perhatian apabila dihadiahkan pakaian berjenama, percutian serta pelbagai alat permainan mahal sempena Krismas lalu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Jareem yang berusia dua tahun, dihadiahkan pakaian berjenama, Burberry bernilai 348.88 Pound Sterling (RM1,852.31), penginapan di rumah musim sejuk, kereta api tunggangan, mainan dinosaur, gelang emas, basikal dan kucing robotik.
Ibunya, Kasey Akram menuruti permintaan Jareem untuk melihat seekor ikan lumba-lumba sebenar dengan membawanya bercuti ke Kepulauan Canary.
Ibu kepada dua anak itu menabung sejak Mei lalu perbelanjaan besar anaknya itu.
“Ramai keluarga saya tidak menyambut Krismas jadi ini hanya untuk Jareem.
“Dia ada 33 stokin untuk diisi dan saya ada banyak hadiah,” kata surirumah sepenuh masa itu kepada Metro seperti dilaporkan NDTV.
Kehidupan harian kanak-kanak itu juga dilimpahi kemewahan apabila ibunya membelikannya puting pejal emas bernilai AS$1,200 (RM5, 142.60) di mulutnya dan gelang bertatahkan berlian bernilai AS$1,100 (RM4,714.05) di pergelangan tangannya, lapor New York Post.
“Apa yang Jareem mahu dia dapat.
“Sepasang kasut terakhir yang saya beli sendiri ialah selipar Primark AS$1.21 (RM5.19) tetapi pada hari sama, saya membelikannya Gucci (sneakers),” kata bekas model dari Sheffield , Yorkshire Selatan ini.
Kanak-kanak itu juga sering kelihatan memakai rantai Versace bernilai AS$900 (RM3,856.95).
Malah, Kasey turut memandikan Jareem dalam tab susu dan madu beberapa kali dalam seminggu.
Tidak dinafikan bergelar ibu bapa, kita perlu berkelakuan baik dan melakukan perkara yang betul di hadapan anak-anak. Anak-anak akan memerhatikan tindak tanduk ibu bapanya.
Pengaruh ibu bapa amat kuat dalam diri anak-anak. Percaya atau tidak sikap ia boleh ‘diturunkan’ anak-anak. Misalnya jika ibu bapa itu seorang yang pembersih, displin dan rajin, ia akan mempengaruhi anak-anak. Setiap hari anak-anak melihat, pasti ia sudah biasa dengan persekitaran begitu.
Begitulah yang dikongsi oleh wanita ini mengenai arwah ibunya yang disifatkan seorang yang rajin dan pembersih. Setiap hari ada rutin yang wajib dilakukan mengikut jadualnya.
Wanita ini mengakui sikap arwah ibunya turut mempengaruhi cara beliau menguruskan rumah sekarang.
Ikuti perkongsian beliau.
Saya senaraikan beberapa perkara yang semasa hidupnya Mak dah tunjuk contoh tauladan yang baik dalam bab penjagaan dan mengemas rumah.
KEMAS TEMPAT TIDUR
1) Bangun pagi perkara pertama Mak buat adalah kemas tempat tidur, dan katil tu takkan ada siapa berani landing untuk bersantai- santai / berehat. Nak landing sila ke sofa/ruang tamu tengah. Sampai malam katil tu cadarnya tetap ‘tegang’.
BASUH BAJU AWAL PAGI
2)Mak akan basuh baju di awal pagi selepas solat Subuh. Sesiapa lepas solat Subuh tidur balik dan bangun lambat silalah basuh baju sendiri. Kalau taknak basuh sendiri, mandi dulu kemudian sambunglah tidur semula. Hahaha. Dalam baldi memang takkan ada pakaian kotor.
SIDAI BAJU, TAK BERTANGGUH
3) Mak akan sidai pakaian sebaik sahaja siap cuci. Takde tangguh-tangguh. Kadang- kadang Abah perli,
” Matahari pun tak muncui lagi. Awei beno pun sidainya..”
TERUS SAPU HALAMAN RUMAH
4) Selepas sidai pakaian di ampaian luar Mak akan ambil penyapu luar. Mak sapu halaman dan sapu dalam longkang. Buang daun kering etc. Kemudian Mak masuk rumah semula, ambil penyapu di dalam dan sapu dalam rumah pula.
SARAPAN TERUS BASUH PINGGAN, SINKI PASTIKAN TAK ADA PINGGAN 5) Mak akan breakfast. Lepas makan terus basuh pinggan, cawan. Rumah kami takkan ada pinggan mangkuk dalam sinki. Abah pun basuh pinggan dan cawan sendiri walaupun dia seorang guru besar, ketua di sekolah dan juga ketua keluarga. Abah pun tunjuk contoh tauladan yang baik. Kerja rumah mesti sama-sama buat. Bukan harap Mak semua. Settle breakfast kemudian Mak akan berehat sambil baca surat khabar.
JAM 10 PAGI MASUK DAPUR 6) Tepat pukul 10 pagi Mak akan masuk dapur untuk masak. Settle masak Mak akan siap hidang semua. Pinggan, gelas, periuk nasi semua dah ada atas meja. Dapur pula Mak akan lap, kemudian Mak akan sapu semula ruang dapur.
12 TENGAHARI ANGKAT BAJU DI AMPAIAN 7) Selesai masak dalam pukul 12 tengahari Mak akan angkat pakaian di ampaian dan terus lipat. Dalam rumah kami memang takkan ada longgokan baju yang belum dilipat. Mak pantang tengok benda berlonggok.
SIAPA SEDIA TUNGGU WAKTU SOLAT ZOHOR DAN REHAT HINGGA 4 PM
8) Kemudian Mak akan terus mandi, pakai telekung dan menunggu waktu solat Zohor. 9) Lepas Zohor Mak akan makan dan berehat sehinggalah pukul 4 Mak dah siap mandi dan stand by untuk Asar.
AKTIVITI SANTAI WAKTU PETANG 10) Waktu petang aktiviti santai. Ada masa sambil bersih halaman Mak bersembang dengan jiran, ada masa Mak dok rumah menonton tv. Kalau ada kelas mengaji biasanya lepas Asar Mak akan pergi sampailah pukul 6.30 petang.
MANDI SETIAP KALI SOLAT;4 KALI SEHARI 11) Nak masuk Maghrib Mak akan mandi lagi sekali. Waktu ni Mak akan make sure semua orang dah rendam pakaian dalam baldi untuk dibasuh keesokkan hari. Bagusnya Mak ni setiap kali nak menghadap Allah dia akan make sure mandi dan badan dalam keadaan bersih. Sehari Mak mandi 4 kali. Sebab tu kalau nak tahu kulit badan Mak cantik. Tiap kali mandi dia akan gosok daki di badan, sabun. Bila Mak sakit setiap kali mandikan dia saya memang suka tengok kulit Mak. Mak dah la putih, kulit pulak bersih, halus walaupun dah berumur 70++.
MAKAN SELEPAS SOLAT MAGHRIB 12) Selepas solat Maghrib ada masa Mak akan makan dulu, ada masa Mak akan tunggu Isyak. 13) Settle dinner Mak akan bersihkan semua meja makan. Sampah kalau dah penuh Mak akan buang di tong sampah luar.
JADUAL BERKALA UNTUK BASUH TELEKUNG, SELIMUT DAN TUALA
Selain itu:- 1) Towel, telekung, selimut, sarung bantal, cadar, Mak ada jadual berkala untuk basuh. Sebab tu kalau tengok semua telekung Mak takkan ada kotoron contoh kuning di dagu, tahi lalat etc. Sampai reput kain tu tetap bersih. Sama juga dengan towel, selimut. Dah bertahun- tahun pun masih elok.
SAMBIL MANDI BERSIHKAN BILIK AIR TAK PERLU TUNGGU KOTOR 2) Bilik air bukan tunggu kotor baru cuci. Sambil mandi pun kadang-kadang dengarlah Mak memberus. 3) Buku cerita/mainan selepas baca/main silalah simpan di tempatnya. Bukan suka hati nak selit sana sini. Kalau tak letak di tempat yang sepatutnya Mak akan ambil.
HABIT YANG JADI IKUTI KINI
Habit ni saya dah perhati dari kecil lagi. Imagine hari-hari tengok rutin yang sama. Memang ‘meresap’ masuk dalam otak dah. Hehehe. Ia bukan soal kemas, bersih semata- mata sebenarnya, tapi ia berkaitan dengan DISIPLIN. Mak ni tambahan masa muda orangnya lemah lembut je. Saya pun tak ingat bila mak pernah marah. Mak tak pernah pun bagi arahan/ marah kami untuk ikut rules dia. Mak bukan jenis pot pet, pung pang marah. Bukan. Tapi.. Saya belajar dari PEMERHATIAN. Bila dah biasa dengan keadaan begitu, sebagai anak kita pun dah terikut habit Mak. Sebab tu kalau nak anak- anak buat sesuatu, kita mesti buat dulu dan tunjuk contoh tauladan yang baik. Percayalah.. Terima kasih Mak sebab dah didik satu perkara yang baik untuk kami ikut. Bila terkenang rutin harian Mak ni rasa rindunya Ya Allah. Rindu pada susuk tubuh itu. Al fatihah Mak..
*Dalam gambar ini adalah bilik Mak Abah di sini. Semua dah tinggal kenangan. Walaupun dah berumur, tapi sebab dah biasa kemas tetap akan kemas juga kan.
Dan gambat yang lagi satu adalah ‘rumah’ baru Mak. Mudah- mudahan rumah baru Mak ini Allah gantikan yang lebih baik dari apa yang ada di sini. Aaminnn..
Nota: Habit Mak ni saya perhati dari KECIL. So bila dah berakal, dah faham pelan-pelan kami pun ikut habit Mak dan bantu Mak buat kerja rumah sama. Umur 4, 5 tahun dah boleh bantu Mak buang sampah, umur 6 tahun basuh pinggan mangkuk, sapu sampah dan sebagainya. Tugasan ikut kesesuaian umur. Bukanlah Mak buat semua ni seorang sampai tua. Jangan salah faham. Mak dan Abah saya bawa tinggal bersama sejak 7 tahun lalu. Bila Mak tak sihat saya yang jaga Mak, mandikan dia hari-hari, sediakan makan minum, cuci najis Mak dan sebagainya sehinggalah Mak menghembuskan nafas terakhirnya di sini. Jasad Mak pun bersemadi di sini bukan di kampung. Mak dah takde, sekarang Abah tetap tinggal bersama kami. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk berbakti pada orang tua walaupun saya tahu sampai bila-bila pun jasa mereka membesarkan saya takkan terbalas.