Pejam celik kira-kira sebulan lagi je kita akan kembali bertemu dengan Ramadan. Bila dah nak dekat dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ni, yang paling kelam kabutnya wanita lah baru sedar yang mereka belum ganti puasa!

Ehh tapi tak boleh pukul rata perempuan je yang perlu ganti puasa dek datang bulan, banyak lagi golongan lain yang mungkin ada meninggalkan puasa atas sebab tertentu.

Namun, Islam itu mudah. Bagi yang tak sempat untuk menggantikan puasa dalam masa terdekat atau lupa yang tahun-tahun sebelum ini tak diganti, perlulah membuat bayaran fidyah.

Menurut perkongsian di dalam laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan terdapat pelbagai kategori yang diperlukan untuk membayar fidyah dan wajib menggantikan puasa tersebut.

Selain itu, mereka turut menerangkan dengan teliti cara bagaimana pengiraan bayaran fidyah dilakukan.

Maksud FIDYAH

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadan.

Hasil bayaran fidyah perlu diserahkan kepada Baitulmal dan akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.

Ramadan Dah Nak Dekat, Tapi Tak Ganti Puasa Lagi! Semak Golongan Yang Perlu Bayar Fidyah & Cara Membayarnya

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan hamil

IKLAN

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3. Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan

Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

IKLAN

TAKSIRAN FIDYAH

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

KADAR BAYARAN FIDYAH

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2019, secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.

KONSEP GANDAAN BAGI PENENTUAN BAYARAN FIDYAH

Apabila seseorang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

IKLAN

RM 4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM 36.00.

Ramadan Dah Nak Dekat, Tapi Tak Ganti Puasa Lagi! Semak Golongan Yang Perlu Bayar Fidyah & Cara Membayarnya

PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH DI MAIWP

Cara perkiraan dan jumlah bayaran fidyah boleh dibuat di Unit Sumber Am Bahagian Baitulmal manakala bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat manakala pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin oleh Baitulmal.

Kiraan Fidyah

Ramadan Dah Nak Dekat, Tapi Tak Ganti Puasa Lagi! Semak Golongan Yang Perlu Bayar Fidyah & Cara MembayarnyaSumber : MAIWP

Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!

Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Ramadan Dah Nak Dekat, Tapi Tak Ganti Puasa Lagi! Semak Golongan Yang Perlu Bayar Fidyah & Cara Membayarnya

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI