Untuk buat anak-anak suka makan dan tidak memilih, kita perlu rajin memperkenalkan pelbagai jenis makanan pada mereka. Bila dah biasa mencuba, nak akan okay dan lebih ‘open’ untuk makan apa saja yang diberikan pada mereka. Salah satu tip untuk buat anak suka makan, elakkan beri jajan atau makanan proses.
Kalau tengok Rina makan, rasa seronok sebab dia sangat berselera. Anak kepada Ryzal Ibrahim dan Maryam ni juga tak kekok makan sendiri. Kalau tengok hidangan yang disediakan Maryam, macam orang dewasa yang nak makan. Lengkap dengan karbohidrat, protein dan serat dan dihidangkan tanpa perlu ‘sembunyi’.
Sesetengah kanak-kanak kita perlu campurkan sayur dalam masakan tapi Rina boleh makan salad timun macam tu saja. Dahulu, Maryam pernah kongsikan bersama Pa&Ma salah satu tip untuk buat anak suka makan, jangan marah mereka. Beri saja anak cuba pelbagai jenis makanan, tapi kalau anak tak suka jangan marah.
Satu video yang dikongsikan oleh Maryam ketika makan mencuri perhatian ramai. Maryam sediakan nasi, sup bebola, kek ketam dan salad timun beserta epal untuk anaknya itu. Seperti biasa, Rina sangat teruja setiap kali waktu makan dan sangat menghargai masakan omma.
Ads
Selesai membaca doa makan, Rina menikmati hidangan tersebut dengan berselera sekali. Dia makan salad timun dan kek ketam kemudian nasi dimasukkan ke dalam sup. Dari cara Rina makan, memang nampak dia seorang pemakan tetapi sangat tertib.
Untuk kanak-kanak berumur lebih kurang dua tahun seperti Rina, cara dia makan sangat kemas dan sopan. Lebih bagus lagi, dia sangat menghargai makanan serta bersyukur dengan rezeki yang ada.
Ads
Bukan saja ajarkan anak untuk tidak memilih makanan, tetapi pujian harus diberikan kepada Ryzal serta Maryam kerana turut mendidik Rina menjadi anak yang beradab. Tengok Rina makan, kita pun jadi terliur!
Bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah memohon Pengeluaran i-Lestari dan berjaya mendapatkan kelulusan, bayaran pengeluaran bulan pertama akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula esok hingga 18 Mei ini.
Ahli KWSP yang permohonan pengeluarannya diluluskan akan dimaklumkan mengenai pengkreditan itu menerusi laman sesawang i-Lestari sejurus bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.
Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata proses pengkreditan ke dalam akaun bank ahli mungkin mengambil masa satu hingga tiga hari daripada tarikh KWSP membuat pindahan.
“Tarikh sebenar wang tersedia dalam akaun bank untuk membolehkan ahli membuat pengeluaran adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran bank masing-masing.
“Ahli perlu memastikan akaun bank mereka masih aktif dan tidak dibekukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sejak i-Lestari dilancarkan pada awal April lalu, KWSP sudah meluluskan lebih 3.51 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion.
“KWSP mengadakan perbincangan mendalam dengan bank-bank rakan kongsi sepanjang bulan lalu bagi memastikan sistem dan infrastruktur mereka bersedia untuk menerima dan memproses sejumlah besar deposit pada satu-satu masa.
“Kami kemudian bersetuju bahawa kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian secara berperingkat daripada KWSP ke institusi kewangan.
“Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar, dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal,” katanya.
KWSP memahami keperluan mendesak ahli untuk menggunakan wang bagi melalui waktu mencabar ini walaupun khuatir Pengeluaran i-Lestari akan mengurangkan simpanan persaraan mereka.
“Kami berharap ahli sudah berfikir secara mendalam sebelum memutuskan jumlah yang akan dikeluarkan dari Akaun 2 mereka.
“Ini kerana mereka perlu mengimbangi keperluan tunai semasa dengan keperluan untuk memiliki kewangan yang utuh pada masa depan,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Beberapa hari lepas, Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
Pengumuman tersebut melegakan banyak pihak memandangkan keadaan ekonomi yang kian meruncing yang mana ada diberhentikan kerja, ada yang terpaksa bercuti tanpa gaji dek penangan Wabak COVID-19.
Dalam satu perkongsian, Puan Asiah Abd Jalil memuat naik kisah hidupnya yang suatu ketika dahulu pernah melalui saat getir. Namun, mereka memperoleh jalan pengelesaian apabila dapat mengeluarkan akaun 2 KWSP. Sekali gus membantu ekonomi keluarga mereka.
Kisah hidup saya dan pengeluaran Akaun 2 KWSP (milik encik suami). ————— Pada Oktober 2007, setelah 6 tahun menjadi surirumah sepenuh masa yang hanya berkelulusan SPM, saya nekad nak sambung belajar. Saya mendaftar di UiTM Merbok, Kedah pada Disember 2007. Pada waktu itu pendapatan bersih encik suami hanyalah RM2,200 sebulan. Saya sedang hamil anak keempat. Kami tiada sumber kewangan lain, selain gaji bersih encik suami dan sesekali dapat elaun tambahan bila encik suami bekerja shift. Ketika itu kami sudah membeli sebuah rumah semi-D di Kuantan, dengan bayaran ansuran bulanan bank sebanyak RM800 sebulan. Setelah saya sambung belajar, encik suami tinggal di Kuantan, manakala saya membawa anak-anak tinggal bersama saya di Merbok, Kedah, dengan menyewa rumah RM200 sebulan. Kos menghantar anak-anak ke taska sewaktu saya ke kelas ialah RM150 untuk seorang anak, bersamaan RM600 sebulan untuk 4 orang anak. Manakala tambang bas untuk encik suami berulang-alik setiap minggu dari Kuantan ke Sungai Petani ialah RM55 sehala, bersamaan dengan RM110 seminggu. Bayangkan pada waktu itu berapa ratus saja yang tinggal untuk duit makan kami anak-beranak? Beban kewangan inilah yang buatkan saya tertekan untuk meneruskan pembelajaran saya.
————— Beberapa minggu selepas saya mendaftar di UiTM, kami temui sinar cahaya untuk perancangan kewangan rumah tangga kami. Mulai Januari 2008, kerajaan memperkenalkan satu skim pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi pencarum yang membeli rumah, untuk menjelaskan bayaran bulanan ansuran bank. Dalam bahasa mudah, encik suami boleh mengeluarkan RM800 sebulan daripada Akaun 2 KWSP, bagi menggantikan RM800 sebulan yang dipotong daripada gaji bulanannya kerana bayaran ansuran pembelian rumah. Maka kami ada extra RM800 sebulan sebagai duit cash untuk perbelanjaan rumah tangga kami setiap bulan. Dengan duit cash RM800 sebulan daripada KWSP encik suami itulah yang membantu keluarga kami untuk survive dari segi kewangan, sepanjang 7 tahun pengajian saya di UiTM, sehingga saya tamat LLB dari Fakulti Undang-Undang UiTM pada tahun 2014. Adakah encik suami menyesal mengeluarkan duit simpanan dari Akaun 2 KWSP, yang sepatutnya adalah simpanan untuk hari tuanya? Tidak, dia tidak pernah menyesal. Kerana duit tersebutlah yang memungkinkan keluarga kami meneruskan hidup dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun, sehinggalah saya tamat belajar. Pelaburan yang encik suami korbankan melalui pengeluaran bulanan Akaun 2 KWSP miliknya sudah memberi pulangan. Kini saya sudah ada qualification, sudah ada kerjaya sendiri, sudah ada pendapatan sendiri. Sekarang ni segala hal ehwal ekonomi rumah tangga, kami boleh saling bantu membantu dan berkongsi bebannya.
————— Apabila kerajaan Pakatan Nasional mengumumkan bahawa rakyat boleh mengeluarkan wang tunai RM500 sebulan dari Akaun 2 KWSP masing-masing, sebagai salah satu langkah untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi akibat COVID-19, saya menyambut baik dasar kerajaan tersebut. Saya hairan kenapa ada pihak tertentu, terutama penyokong Pakatan Harapan, mempolitikkan isu ini untuk meremehkan usaha kerajaan membantu rakyat. Kononnya simpanan KWSP rakyat tidak boleh diganggu, kerana simpanan tersebut adalah untuk perbelanjaan di hari tua. Dalam keadaan yang sukar ini, rakyat cuma ingin hidup dari sehari ke sehari, dari bulan ke bulan. Situasi COVID-19 akan berlalu, dan sementara tiba saat itu, rakyat cuma perlu bertahan dan survive melalui apa jua cara.
Dengan pengeluaran RM500 sebulan tersebut, untuk 12 bulan akan datang, mungkin tiada bayi yang akan kekurangan nutrisi, tiada kanak-kanak yang akan diberhentikan sekolah, tiada ibu bapa dan golongan OKU yang terputus bekalan ubat, tiada keluarga yang berantakan dan bercerai-berai, tiada pelajar universiti yang perlu melupakan pengajian demi membantu keluarga, dan banyak lagi masalah masyarakat yang boleh dielakkan. Saya pernah melalui saat-saat itu. Ketika wang tunai dari Akaun 2 KWSP yang encik suami keluarkan setiap bulan menjadi talian hayat keluarga kami. Disebabkan itu, kali ini saya menyokong penuh usaha kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...