Tahniah diucapkan buat pereka fesyen terkenal dan pengasas bersama jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin yang selamat menimang cahaya mata kedua selepas isterinya selamat melahirkan anak perempuan kedua mereka.
Rizman mengumumkan perkhabaran gembira itu menerusi laman Instagramnya semalam. Bukan itu sahaja, bahkan bapa penyayang ini juga turut mendedahkan wajah serta nama puteri keduanya.
“Bismillahirahmanirahhim dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang pemilik sekian alam.
“Alhamdulillah, 11 Ramadan, telah lahir puteri kedua kami yang dinanti, PRINCESS RAINAA,” tulisnya menerusi kapsyen.
Ads
Melalui entri yang sama juga, Rizman turut berkongsi makna pilihannya dan isteri, Rainaa yang turut membawa maksud yang indah dan baik.
Meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga, Rizman turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya dipermudahkan malah menjadi anak yang solehah dan baik budi pekertinya kelak.
“Semoga Rainaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi. Amin amin ya rabbalalamin,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan memuji wajah comel Rainaa yang saling tak tumpah seperti kakaknya.
Terdahulu, Rizman dan isteri, Nurida Suraya mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019. Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan, Rizqaa.
Setelah ‘cuti panjang’ daripada persekolahan akibat pandemik, bermula hari ini (1/3/ 2021) merupakan hari pertama persekolahan buat murid-murid pra sekolah, darjah 1 dan dua.
Sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, tarikh pembukaan penuh sekolah itu membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sesi persekolahan secara bersemuka ini sudah pastinya mendidik murid agar mematuhi SOP baharu di sekolah bagi memastikan sesi pembelajaran dalam keadaan selamat.
Sesi persekolahan hari ini juga merupakan hari pertama buat anak Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Sophea Natasha, 8.
Sebagai ibu bapa, sudah pastinya mendoakan dan memberikan kata-kata motivasi buat anak-anak pada hari pertama setelah sekian lama duduk di rumah dengan mengikut Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Menerusi Instagram beliau berkongsi hari pertama menghantar anaknya dengan SOP baharu di sekolah.
BELAJAR KERANA ALLAH
School begins today after the pandemic . My little Tasha is not so little anymore .
She’s now in Standard 2. Woke up early , Solat Subuh , Cereal for breakfast and off to School .
We left by 640 am . Everything is still dark . Upon arrival parents are not allowed in.
Tasha is a big girl now. No fuss whatsoever . So proud of her . Love you my little Princess.
Jangan lupa – belajar kerana Allah
Good Morning Everyone. Love As Always .PS – Bella starts next week
Perkongsian seorang bapa yang cuba mengalih perhatian anak ketika lalu di hadapan kedai mainan meraih perhatian ramai.
Video tersebut dimuatnaik menerusi laman tiktok lelaki berkenaan membuatkan ramai terhibur tetapi tip tersebut rupa-rupanya menjadi.
Menerusi perkongsian tersebut, si ayah kelihatan mendukung anak perempuannya itu dan berlari sambil menutup mata kanak-kanak itu.
Anak yang ditutup pandangannya seketika dan hanya selepas melalui kedai tersebut barulah diturunkan semula dan berjalan seperti biasa.
Pelbagai reaksi dan komen dikongsikan oleh warganet lain. Ada yang mengatakan mereka menggunakan idea yang sama.
Tak kurang yang berkongsi tip yang dilakukan mereka termasuklah menolak stroller anak atau troli laju-laju, sanggup buat U turn atau cari jalan jauh sikit dan sebagainya.
Tak dinafikan, adakalanya ketika bersolat pun kita masih memikirkan soal duniawi. Soal kerja yang tak habis-habis kita fikirkan, saban hari malah saban waktu. Itulah kesilapan yang kita lakukan. Gagal untuk kusyuk.
Perlu muhasabah diri untuk lebih khusyuk dalam solat. Bila solat khusyuk barulah semua perkara dapat diperbetulkan. Pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar berkongsi 13 cara untuk mengawal otak dan selebihnya khusyuk dalam solat.
Katanya khusyuk dalam solat itu satu REZEKI.
Salah satu tanda betapa dekatnya kita dengan kiamat ialah Allah SWT tarik nikmat khusyuk ini. Dan kiamat kecil ialah kematian kita.Apabila tiada juga khusyuk mungkin itu tanda kiamat kecil makin menghampiri kita.
Solat itu tuntutan. Suruhan dari Tuhan. Hadiah untuk insan.
Solat bukan sekadar rutin. Bukan juga aktiviti berdiri, rukuk dan duduk.
Ia aktiviti libatkan otak. Lebih menarik ada beza antara solat kusyuk dan tidak. Keduanya terpamir pada otak manusia.
Apabila kita solat dengan khusyuk, aktiviti OTAK bernama Parietal Lobe menjadi kurang aktif.
Fokus hanya pada yang satu. Bukan lagi terkenang kunci yang hilang atau apa yang perlu dibuat selepas ini. Apabila OTAK masih sibuk fikir hal dunia, tandanya Parietal Lobe masih aktif.
Soalnya bagaimana mahu kurangkan aktiviti Parietal Lobe supaya solat lebih kusyuk?
13 cara tenteramkan Pariental Lobe
Untuk tenteramkan bahagian ini perlu PRAKTIS. Setiap hari.
Sama seperti orang berlatih sukan. Tanpa latihan tiada pencapaian. Caranya MUDAH. Perlu PRAKTIS dahulu.
1. Cari tempat yang tiada gangguan.
Boleh jadi bilik tidur atau mana-mana tempat yang sesuai. Jauh dari gangguan untuk 5 minit sebagai permulaan.
2. Duduk dalam keadaan selesa.
Cara duduk terpulang. Asal SELESA. Pejamkan mata atau buka bergantung pada tahap SELESA.
3. Bernafas melalui hidung.
Rasakan udara yang masuk. Sejuk @ panas. Hembus nafas melalui mulut. Rasakan udara yang keluar.
4. Teruskan bernafas.
Fokuskan pada bahagian dada yang turun naik apabila bernafas. Teruskan bernafas. Rasakan pergerakan itu.
5. Teruskan bernafas.
Alihkan fokus pada pergerakan di perut. Turun naik perut. Rasakan.
6. Mungkin fikiran akan melayang.
Biarkan. Kembalikan fokus pada rasa udara keluar masuk, gerakan di dada dan diperut.
7. Selepas dua minit, boleh mulakan zikir.
Ambil perkataan dua suku kata. Contohnya Allah. Ini akan aktifkan Frontal Lobe.
8. PRAKTIS 5 minit dahulu.
Buat untuk 12 hari. Tujuan utama untuk belajar tenteramkan PARIETAL LOBE.
9. Dapatkan Rentak.
Apabila sudah dapat rentak ini, setiap kali sebelum solat, lakukan aktiviti ini. Bernafas dan berzikir.
10. Perlu rancang waktu mahu solat. Beri lebih masa. Perlu ruang bertenang.
11. Bernafas dengan Tenang.
Selepas zikir dan sebelum mulakan solat bernafas dengan tenang. Berdiri dan bernafas dengan relaks.
12. Semasa solat nafas perlu dijaga.
Ritma nafas perlu selari dengan bacaan. Contohnya, tarik nafas dan baca ayat. Berhenti dan tarik nafas untuk ayat berikutnya. Kaedah ini akan tenteramkan parietal lobe.
13. Fokus pada sebutan bacaan.
Apabila fikiran melayang, tarik nafas, lepas. Sambung semula apabila dapat fokus kembali.
Perlu PRAKTIS. Tenang tidak bertandang tanpa diundang. Khusyuk itu REZEKI.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.